Isnin, 17 September 2012

ANDA patut MALU...


Kartun HALO BOSS yang dilukis oleh sahabat aku, kartunis DEEusop.

Kartun penuh sinis ini disiarkan didalam akhbar
Utusan Malaysia bertarikh 17 September, 2012.

Aku adalah seorang dari peminat kartun-kartun Dee sejak dulu.

Sorry le Dee, gua amik kartun lu tanpa permisi tampal kat blog gua.
Takkan nak saman kut.
Ala setakat teh tarik dengan roti nan kat 

Bistro Batu 9, takde hal punya...

Aku respek betul si Dee ni, kartun Halo Boss ni
keluar paper tiap-tiap hari kecuali sabtu dan ahad.

Banyak betul idea dia...
Satu hari nanti, kalau berkesempatan aku nak
story kisah dia dan kartunnya...


Meminjam kata-kata Dee diatas...


...ANDA PATUT MALU...
DAH LAMA MERDEKA, AKAI TAKDAK!

Ahad, 16 September 2012

HARI MALAYSIA...selamatlah tanahairku


Negaraku
Tanah tumpahnya darahku,
Rakyat hidup
bersatu dan maju,

Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan,
Raja kita
selamat bertakhta,

Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan.
Raja kita
selamat bertakhta 



Tegakkan Bendera Kita - (Sudirman)


Hormatilah bendera kita
Ia lambang negara
Bersatu padu kita dibawahnya
Hidup berkeluarga

Putih merah biru kuning
Warna bendera kita
Berkibar-kibar megah
Di angkasa
Kemegahan semua

Tegakkan bendera kita



JALUR GEMILANG (Siso)


Merahmu bara semangat waja
Putihmu bersih budi pekerti
Kuning berdaulat payung negara
Biru perpaduan kami semua

Puncak dunia telah kau tawan
Lautan luas telah kau redah
Membawa semangat jiwa merdeka
Semarak jaya kami warganya

Empat belas melintang jalurnya
Semua negeri dalam Malaysia
Satu suara satu semangat
Itu sumpah warga berdaulat

Jalur gemilang... di bawah naunganmu
Jalur gemilang... kami semua bersatu
Perpaduan ketaatan
Amalan murni rakyat Malaysia
Jalur gemilang... megah kami terasa
Jalur gemilang... kibarkanlah wawasan
Merah putih biru kuning
Jalur semangat kami semua

Berkibarlah
Berkibarlah
Berkibarlah

Jumaat, 7 September 2012

PANTUN MALAM MERDEKA





GRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRR


Pantun 1
ANAK CINA PIJAK GAMBAQ,
ANAK MELAYU TUNJUK PUNGKOQ,
SAHHH DEPA KURANG AJAQ,
ELOK DITONYOH DALAM KELEBOQ...






Pantun 2
AYAQ MENET ROTI KAPAI,
MAKAN MINUM TEPI PERIGI,
BAGI MUKA PUNYA PASAI,
ESOK LUSA BUAT LAGI...





Pantun 3
TOUCH N' GO,
CATCH N' RELEASE,
NAK TUNJUK TERER BRO,
LAIN TEMPAT... PLEASE...

tHEEeeiiii...heiii..heeeee......



Jumaat, 17 Ogos 2012

AIDILFITRI... memori silamku - siri 4

Budak-budak dahulu tidak kisah dengan
duit raya yang diperolehinya.

Dapat lima sen pun syukur.
 Sedekah standard 
adalah antara sepuluh sen dan dua puluh sen 

yang diperolehi hasil kunjungan rumah ke rumah.

Sedikit demi sedikit, lama-lama membukit...

Dapat modal beli pistol air atau pistol yang pelurunya
kertas merah bergulung pun jadilaaa...

Mercun papan pun murah dahulu.
Antara 40 sen dan 80 sen sebungkus.

Rancangan TV pun bebudak tak kisah sangat.
Kecuali rancangan SARKIS yang menjadi rancangan
wajib RTM pagi-pagi raya dulu.

Kekadang disebelah tengahari, ada ditayangkan
cerita purba Melayu terbitan
Cathay Keris atau Shaw Brother seperti
Panglima Harimau Berantai.

Ni wajib ditonton.

Selebihnya, bebudak kampung betul-betul beraya
samada dirumah orang atau berperang dengan
kawan-kawan sepermainan dengan mercun
sambil memegang kayu api yang masih berbara...

Cehhh... memang best dulu.
BEST BANGET.



BACA bahagian 1 - DISINI
BACA bahagian 2 - DISINI
BACA bahagian 3 - DISINI

SALAM AIDILFITRI SEMUA





AIDILFITRI... memori silamku - siri 3


LAIN hulu lain parang.
Lain 'dolu' lain 'sikalang'... haiyaaa...

Keseronokkan menyambut 1 Syawal dahulu
lebih terasa meriahnya berbanding sekarang.

Terutamanya yang tinggal dikampung.

Tidak dapat dilupakan, mandi dipagi raya
diparit yang terletak 500 meter dari rumah.

Air yang mengalir dari sebuah kolam besar dan
juga dari mata air yang jernih.

Pehhh... sejuk derrrr.



BACA bahagian 4 - DISINI

AIDILFITRI... memori silamku - siri 2

BUNYI letupan mercun walau tak sehebat sekarang,
tapi riuh-rendah dimalam hari tetap meriah.

Bertemankan pelita minyak tanah,
budak-budak kampung berpesta dengan cara tersendiri.

Tiada muka yang pecah, tiada yang putus jari 
dan takdak yang hilang mata... macam la ni.

Cuma ada sesekali kes member yang hilang bulu kening
disambar api meriam karbaid.

Ini kes cucuh meriam tak meletup.
Member dengan penuh eksyen dan berani
menjenguk serombong meriam didepan.

Member yang sekor lagi mengetuk lubang meriam
dengan selipar... apa lagi...
KABOMMM.... 'Bulu kening terbakar'.


BACA bahagian 3 - DISINI

Khamis, 16 Ogos 2012

AIDILFITRI... memori silamku - siri 1

KAWAN bilangan ke-30.
Diterbitkan pada Februari, 1997.

Pejabat sewaktu ini beroperasi 
di Taman Shamelin Perkasa, Cheras.

Lukisan muka depan dihasilkan
oleh kartunis Miki Mat Salleh.


Memandangkan Februari pada tahun itu
adalah musim Raya, maka aku pun
bercerita pasal raya...

Kisah raya no problem...
Yang problem, nak mendrawnya



BACA bahagian 2 - DISINI
BACA bahagian 3 - DISINI
BACA bahagian 4 - DISINI

Khamis, 9 Ogos 2012

LAILATULQADAR

Hari ini dah masuk hari ke 20 kita berpuasa.
Malam ini, insyallah solat sunat tarawih yang ke 21 kita akan dirikan.

Maknanya kita kini berada didalam fasa ketiga Ramadan yang mulia.
Fasa penting iaitu 'PEMBEBASAN DARI API NERAKA'.

Adakah kita termasuk dalam golongan yang dibebaskan itu???
Sepuluh malam terakhir Ramadan yang menjanjikan malam yang lebih baik dari seribu bulan.

Dibawah ini, sedikit info mengenai malam Lailatulqadar yang dipetik dari ruangan Bahasa Arab
akhbar Utusan Malaysia (muka surat 21) keluaran Jumaat (10, Ogos, 2012).


Ruangan ini dibawah kelolaan *Dr. Abd. Razak Abu Chik.



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Berbagai pendapat ulama tentang tarikh Lailatulqadar. Menurut jumhur ulama, malam Lailatulqadar ialah pada malam-malam ganjil di sepuluh malam terakhir Ramadan iaitu malam 21 atau 23 atau 25 atau 27 atau 29.

Bagi mereka yang berpegang teguh dengan pendapat malam ke-27, mereka bersandarkan kepada surah al-Qadr. 

Dalam surah al-Qadr  terdapat lima ayat yang mengandungi 30 perkataan. Mereka mengaitkan perkataan “hiya” yang bermaksud ”ia” yang merujuk Lailatulqadar adalah perkataan ke-27 daripada 30 perkataan. 

Sehubungan itu ia malam ke-27. Manakala perkataan tanazzalu pada perkataan ke-17 boleh dihubungkan dengan nuzul Quran pada malam ke-17. Sila buat analisis surah Lailatulqadar di kertas lain seperti gambarajah di bawah.


*Sebarang maklumat berkaitan Bahasa Arab sila hubungi   019-2788055
atau layari http://drarabic.blogspot.com. Emel: drarabiah@yahoo.com

Selasa, 7 Ogos 2012

SYAWAL menggamit kenangan lalu - 4

Barisan karyawan KAWAN.
Dilukis oleh Maro.


Bagaimana suasana Hari Raya dikalangan
pelukis KAWAN waktu zaman kegemilangan dahulu?

Pehh... meriah gitu.

Maklumle happy tunggu hari nak ber 'Aidil Fitri'.

Lawak merapu, lawak cerdik dari bertaraf kebangsaan hingga
keperingkat antarabangsa menghiasi hari-hari yang dilalui.

Maklumlah kartunis. (kecuali aku....ceh)
Bikin bising, hingaq sikit baru idea mari.

Lagu raya tak payah cakap la, silih berganti.
Kalau takde lagupun, dia orang menyanyi sendiri.

Suara Miki memang takde tandingan kat pejabat.
Ada pertandingan karaoke semua hadiah dia sebat.
Kawan ada yang naik meluat.
Peluang nak menang telah disekat.

Jamal Abdillah pun boleh terperanjat,
tengok Miki punya kelibat.
Jamal Pak Tongko boleh pengsan.
Dek suara Miki punya penangan.

Maro pula apa kurangnya.
Mirip Awie suara sopranonya.

Ubi Stelor lagu kegemarannya.
Bersama Udin Jubakar pentas digegarnya.

Hafiz jejaka tinggi lampai.
Bernasyid berzanji semua boleh.
Kumpulan Kuntum beliau tubuhkan.
Pernah dioffer buat rakaman.

Tu je yang boleh menyanyi.
Bakat-bakat terendam yang lain tu pun banyak.
Malaslah nak cerita. Lain kali je la.

So... kemana bebudak KAWAN ni balik beraya?

Dee... balik Kampung Pandan. Lepas tu balik Perlis nu...
Maro.... balik Wakaf Mek Zainab, Kelate
Miki... mula-mula beraya di Sungai Tekali.
Pastu.... start kereta balik Taiping.
Roslim... balik Segambut sat, kemudian ke Labu Sendayan.
Kazim... Setiawangsa, pastu ke Parit Buntar.
Nuek... Teluk Intan
Hafiz... Subang Jaya
Alin... alamak? Alin balik mana???
Rosli Usin... beraya kat opis...

KAWAN.... memang banyak kenangan.
Artwork asal...


BACA SYAWAL 1 - KLIK sini da...
BACA SYAWAL 2 - KLIK sini da...
BACA SYAWAL 3 - KLIK sini da...


SYAWAL menggamit kenangan lalu - 3


Syawal, kedatangannya memang dinantikan kanak-kanak.
inilah peluang mereka menerima limpahan rezeki.


Kata orang tua, jauh perjalanan luas pemandangan.
Bagi anak-anak, jauh berjalan lagi banyak wang.

Dahulu dihulur sekupang dua kupang
diterima tanpa kerenah.

Sekarang seringgit disedekah,
'Aisey... singgit je ke Pak Dolah?'

Ialah.... zaman dah berubah.
Bak kata orang, 'sekali air bah dua tiga kampung pindah'.

Hari Raya memang indah.

Bebudak suko dapek duit.
Orang tua suko anak cucu balik.

Taukeh kedai pula
melompat tengok duit membukit.




Sidang redaksi majalah KAWAN.
Ramainye line-up.... yang bertungkus-lumus
menyiapkan majalah lima enam kerat je.
Biasale kannnn.




Isnin, 6 Ogos 2012

SYAWAL menggamit kenangan lalu - 2

Biasanya bila bulan Ramadan memasuki
minggu kedua, mood hari Raya mula menyelinap
dalam sanubari pada setiap budak kampung.

Pantang jumpa, mesti topik pasal 'Raya' yang
dibualkan. Sapa gatal mulut bawa topik selain itu
alamat bernanah telinga la kena kutuk.

Bukan setakat dirumah. Kat sekolah pun sama.
Cikgu pun sekali sekala tumpang menghangatkan suasana.

Pada waktu dahulu, kuih-muih raya banyak  yang dibuat sendiri.
Antara kuih yang wajib dibuat ialah kuih BAHULU.

Lain-lain kuih ialah kuih LOYANG (ada yang memanggil kuih rose atau kuih goyang),
PUTU KACANG dan beberapa jenis kuih tradisional lagi.

Membuat kuih tradisional juga  menggunakan cara tradisional untuk
memasaknya iaitu dengan api kayu atau sabut.

Dan itulah dapurnya yang digunakan seharian dikampung.

Tugas aku pula ialah mencari ranting-ranting kayu, kulit biji getah dan
sabut kelapa kering untuk dijadikan bahan pembakar.

Memandangkan tempat tinggal aku dikelilingi ladang getah,
mencari bahan-bahan bakar tersebut amatlah mudah.

Kekadang aku turut membantu
menyediakan bahan asas membuat kuih Bahulu
iaitu 'menimbuk' tepung yang sudah diadunkan
dengan telur dan gula didalam bekas yang dipanggil pasu.

Lenguh juga tangan dibuatnya.




Semakin hampir dengan hari Raya, makin meriah
suasana dikampung.

Malam paling dinantikan.

Time ni le budak-budak kampung aktif semacam atau dua macam.

Bunyi meriam kabat (karbaid) batang besi dan mercun silih berganti.

Malam Raya paling best.

Segala bahan letupan berkuasa rendah dihabiskan.

Esok dapat duit raya, beli lain.

Bersambung EPISOD 3



BACA SYAWAL 1 - KLIK sini da...
BACA SYAWAL 3 - KLIK sini da...
BACA SYAWAL 4 - KLIK sini da...

SYAWAL menggamit kenangan lalu - 1


Kartunis Miki diberi tugas melukis
kartun untuk muka depan majalah
KAWAN bilangan ke 18.

Sambil pekena lima gelas kecik
teh tarik bercampur sedikit serbuk
kunyit, halia dan segudang garam,
 beliau menyiapkan
tugasan tersebut dengan pantas.

Keluaran ini diterbitkan
pada bulan Februari 1996.

Hari ini Isnin, 6 Julai, 2012.
Bersamaan dengan 17 Ramadan 1433H.

Dan hari ini adalah hari Nuzul Quran.
Beberapa negeri bercuti hari ini seperti Selangor.

Ramai mengambil kesempatan cuti pada
hari ini untuk meng'kaya'kan taukeh-taukeh
kedai terutama yang menjual pakaian kanak-kanak.


Sempena Syawal yang bakal menjengah
lagi dua minggu, aku menyelongkar

almari mencari majalah KAWAN
yang menyiarkan kisah Hari Raya.

Ceh... ado pun.
Kartun diatas disiarkan dalam majalah
KAWAN
 bilangan ke 18. 

Ianya berkisar kepada ragam
menyambut Aidil Fitri dikampung.

Walaupun cuma ompek muka surat,
namun berpeluh ketiak juga nak menyiapkannya.


Masa diambil untuk menyiapkan
artwork ialah tiga hari.
Bermula 28 Disember hingga 28 Disember, 1995.

Ianya diterbitkan pada bulan Februari, 1996.
Maknanya, setiap isu perlu disiapkan dua atau tiga 
bulan lebih awal.
Sewaktu ini, aku bertugas diunit majalah
diTaman Shamelin dan membuat grafik untuk
majalah WANITA.

BACA SYAWAL 2 - KLIK sini da...

BACA SYAWAL 3 - KLIK sini da...

 BACA SYAWAL 4 - KLIK sini da...



Ahad, 5 Ogos 2012

zakatFITRAH... dah bayor ko?

...jangan dok tunggu lasmenet...


Rasa nak menulis mengenai zakat fitrah, selepas membayarnya
disurau Jenaris tengah hari kelmarin sebaik selesai solat jumaat.

Dan terus teringat lagu Rukun Islam ciptaan seniman agung kita,
allahyarham Tan Sri P. Ramlee.

Lagu yang dicipta pada tahun 1963 (aku tak lahir lagi nih)
ini, ditulis liriknya oleh S. Sudarmaji.

Lagu dakwah klasik ini tidak akan hilang ditelan zaman.
Ianya cukup lengkap dan menarik menceritakan perihal Rukun Islam dalam
bentuk hiburan.

..........................

 Rukun Islam

Rukun Islam lima perkara
marilah kita mengerjakannya

Pertama mengucap dua kalimah sahadat
kepada Allah kita beribadat
supaya hidup kita tak sesat
dari dunia sampai akhirat
 
Kedua sembahyang lima waktu
sujud ke hadrat Allah yang satu
mengenal ia supaya tentu
dengan putih bersih di kalbu

Ketiga Ramadan hendaklah puasa
lapar dahaga harus dirasa
supaya kasih sama manusia
tauhid kepada yang maha Esa

Keempat fitrah dan memberi zakat
segantang beras pula disukat
tanda Islam semua bersahabat
 Allah akan memberi berkat

Kelima fardu haji ke Baitullah
rukun Islam sudah terjumlah
lima perkara tunailah sudah
itulah semua perintah Allah

Rukun Islam lima perkara
marilah kita mengerjakannya

..................................................


Membayar zakat fitrah dibulan Ramadan dikampung dan dibandar
ada bezanya.

Dibandar, bayaran dibuat kepada amil-amil yang dilantik oleh pihak
berkuasa agama negeri.

Dikampung-kampung, pemberian zakat fitrah dalam bentuk beras
masih berlangsung.

Sekarang, beras fitrah sudah tersedia yang dibungkus khas oleh pengilang.

Dahulu beras disukat dan dimasukkan kedalam bungkusan kertas.
Kertas pembungkus boleh didapati dikedai-kedai runcit.

Kemudian beras-beras ini akan dibahagikan kepada sesiapa yang difikirkan
layak. Biasanya pada guru-guru agama atau warga tua dikampung.

Aku pernah melalui pengalaman membawa beras fitrah ini sewaktu
dikampung dahulu.

Melihat proses pembayaran fitrah yang sudah pupus kini.
Antaranya berlaku surung dan tarik bungkusan beras antara pembayar
dan penerima.

Antara penerima beras fitrah yang sering aku kunjungi ialah Allahyarham Tok Ismail.

Kini semuanya tinggal kenangan.

Yang penting, rukun Islam keempat ini perlu ditunaikan segera.
Cara bagaimana terpulang. Ala kampung atau ala bandar.

Bak kata P. Ramlee dalam lagu tersebut...
'Keempat fitrah dan memberi zakat
segantang beras pula disukat
tanda Islam semua bersahabat
Allah akan memberi berkat'


Ya. Semuga Allah memberi kita 'berkat'.


















Jumaat, 3 Ogos 2012

RAMADAN KE 14


Ramadan di Mekah. (Gambar: REUTERS/Hassan Ali )



ALHAMDULILLAH.

Dengan rahmatNYA kita telah memasuki fasa kedua Ramadan yang diberkati.

Sudah empat belas hari kita menjalani ibadah puasa.
Malam ini adalah malam ke lima belas kita bertarawih.

Begitu pantas waktu berlalu.

Sepuluh hari awal Ramadan yang berlalu itu, takkan kembali.
Dan apakah kita semua beroleh 'RAHMAT-NYA'???

Empat hari dari fasa kedua yang kita lalui sekarang adalah KEAMPUNAN-NYA.
Dan apakah kita akan memperolehi 'keampunan-NYA?

Sabda baginda Rasullullah S.A.W ...."RUGILAH orang-orang yang berada didalam bulan
Ramadan, tetapi DOSAnya tidak diampunkan"

.......................................................................

Hari ini empat belas Ramadan.
Seperti tahun lepas, Imam dari Mekah, Sheikh Dr Mohd Idris Al Misrafi sekali lagi
akan berbuka puasa dipejabat.

Selain mengimami solat maghrib dan isya', beliau juga akan bertarawih bersama kami.

Insyallah.

.......................................................................
UPDATE: 1O.30 MLM





Sheikh Dr Mohd Idris Al Misrafi membawa
jemaah ke 'Mekah' dengan bacaan dan
suara yang lunak. 
Gambar: UTUSAN/Mohd Naim Aziz)










Khamis, 2 Ogos 2012

LOGO Tahun Melawat MALAYSIA 2013

ADA BERANI?

Kepada teman-teman pencandu dan penagih membikin 'Logo'.
Ketepikan rasa terkilan kerana ketiadaan pertandingan mencipta logo hari Kebangsaan tahun ni.

Hidup perlu diteruskan, walaupun bonos raya hilang disebalik awan hitam.

Nah ini dia sudah mampir.

Pertandingan 'MENCIPTA LOGO TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2013/14.'


Hadiahnya lumayan pak.
Boleh beli sepuluh ekor lembu.

TAPI...

Kena copek bertindak. 
Sebab tarikh tutup pertandingan lagi beberapa hari je.

Tapi yang tak best, pertandingan ini open untuk seluruh penduduk bumi.
(kecuali peneroka Felda)

Aku?
Kalau tarikh tutup lopeh raya, ingat jugak nak design beberapa ratus ribu logo.
Tapi pihak penganjur dah tak dandan nak tutup bulan posa ni jugak.

Jadi... ambik kat korang je la.

Hah! apa lagi....

RM50,000... FIRST PRIZE


Butiran Lanjut KLIK...disini

Humang aiii...
'Banyakkk tuh RM50,000....
Gadang hadiah eyy...
tapiiiii... tawaran hadiah RAMADAN
lagi lumayan beb...'


Ahad, 29 Julai 2012

LOGO MERDEKA 2012


... bikin banner sesuai le, kata penghulu kg. pening lalat ...



Kecoh beberapa hari lepas didalam laman pesbuk dikalangan 'pecandu-pecandu'

yang selalu menyertai pertandingan mencipta logo Merdeka. 


Apa tidaknya, logo diatas dikatakan akan dijadikan logo rasmi
sambutan perayaan kemerdekaan yang ke 55 tahun ini.

Apa lagi, banyak komen-komen termasuk yang boleh menguruskan puasa ramadan
dilontarkan. 

Aku membaca satu persatu dan dua perdua.... hmmm....

Sebagai seorang 'hantu bikin logo', aku amat memahami luahan rasa hati mereka.

Akupun tak tau sebenarnya daripada sumber mana yang mengatakan logo berkenaan  akan dijadikan logo rasmi merdeka dipetik.

Setau aku le, dua bulan lepas ada kenyataan dikeluarkan mengenai sambutan
merdeka pada tahun ini yang mana '...JANJI DITEPATI' (macam tajuk lagu je) dipilih sebagai tema perayaan.

Tapi,TIDAK pulak disebut ada pertandingan mencipta logo akan diadakan.

Frust menonggeng jugak aku sewaktu membaca perenggan tu.

Banyak kenangan betul bersama kengkawan terutama di unit majalah di Taman Shamelin
bila masing-masing berlumba-lumba mencipta logo hari kebangsaan.

Kutuk-mengutuk. Riuh-rendah. Meriah. Gamat.

Nanti le bila aku ada masa, aku story pasal ni.

Pada pihak kerajaan, apa salahnya mengadakan pertandingan mencipta logo
Hari Kebangsaan setiap tahun.

Bukan rugi apa pun.

Kedai jual mounting board dan gam untung, Pos Malaysia pun untung,
Stesen minyak pun untung (isi minyak hantar logo byhand ke Putrajaya).

Kata mengiktiraf seniman-seniman kita.

Tang hadiahpun menyedihkan jugak.
Hmmm... peneroka felda juga yang untung....

Mengakhiri ngomelan dengan pantun.... 

55 TAHUN MERDEKA,
JANJI DITEPATI,
LOGO BARU TAKDAK KA,
LAMAAA DOK NANTI... (tapi tak pernah menang. Ceh)


........................................................................................................................................

Dibawah ini adalah jawapan dari pihak berkenaan mengenai 'kontroversi' 
logo diatas. Dipetik dari Utusan Online.



Hari Kemerdekaan 2012: tiada logo rasmi kecuali logo 1Malaysia

KUALA LUMPUR 29 Julai - Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr. Rais Yatim menjelaskan, tiada logo rasmi digunakan bagi sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 tahun ini, melainkan logo 1Malaysia seperti sambutan pada tahun lalu.

Beliau berkata, sambutan Hari Kemerdekaan kali ini menggunakan tema “55 Tahun Merdeka Janji Ditepati".

"Bahan hiasan yang dipaparkan oleh sesetengah pihak setakat ini hanyalah paparan selingan bukan logo rasmi," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Rais berkata, akan ada beberapa bahan promosi lain dipaparkan menjelang Hari Merdeka 31 Ogos dan Hari Malaysia 16 September. - BERNAMA

Jumaat, 27 Julai 2012

SABTU BLUES

Kartun SABTU BLUES keluaran
Sabtu (28 Julai 2012) dalam sisipan
.COM (terbit setiap sabtu) akhbar Utusan Malaysia.


Ikutkan hati. berat tangan nak melukis dah.
Tapi...rasa rugi pulak kalau ruang
yang diberi ini dipulangkan semula.

Nak dapat balik, peh! bukan senang.

Ramai yang dok mengintai kalau-kalau
ada ruang kosong.

Gitulah....




Sabtu, 21 Julai 2012

JUZ' AMMA

Juzz' Amma mengandungi 37 surah.
Nombor dalam kurungan ialah kedudukkan
surah-surah dari Juzz' Amma dalam keseluruhan
surah-surah dalam al-Quran yang berjumlah
114 surah.

Jumaat, 20 Julai 2012

SALAM RAMADAN 1433H

Salam Ramadan buat semua rakan-rakan dan sedare-mare yang sudi mampir membaca blog yang suam-suam kuku kambing gurun Kalahari ni.

Esok (sabtu), insyallah kita mula berpuasa.
Dan... 'Ramadan yang dirindui' bermula malam ini.

Alhamdulillah.

Baru taksat (@sebentar tadi) setel solat terawih disurau pejabat.
Diimam dan dibilalkan oleh dua beradik tahfiz anak pakcik Kamarudin.

Terawih cuma lapan rakaat beserta tiga solat witir.
Sesuai dengan kelapangan petugas yang masih bergelut dengan tugasan yang belum selesai.

Balik rumah, kalau larat boleh sambung seberapa banyak amalan yang ingin dibuat.
Ganjaran dibulan Ramadan tiada batasan.

'Rugi sungguh kalau tak buat apa-apa dan membiarkan waktu berlalu begitu sahaja.'
kata ustaz yang memberi tazkirah sebelum solat jumaat di Surau Salak Baru tengah hari tadi.

Semuga kita semua tidak termasuk didalam golongan diatas tersebut.

Hendaknya, Ramadan tahun ini lebih baik dan berkualiti dari tahun-tahun lepas.

Aminnnnn.





Selasa, 10 Julai 2012

KARTUN...'kata orang lama'


Dipetik dari Utusan Online hari ini.

Kartun bukan platform kutuk pemimpin


SHAH ALAM 10 Julai - Tokoh-tokoh kartunis veteran negara menasihatkan para seniman dan kartunis tidak mencampuradukkan perjuangan politik dalam karya kerana dibimbangi memberi mesej negatif kepada pembaca.

Jaafar Taib yang juga salah seorang pelopor majalah Gila-Gila berkata, kartun sepatutnya dijadikan wadah ilmu bukannya digunakan untuk mengutuk pemimpin. (.., atau mengampu pemimpin - aku tambah)

“Kartunis sepatutnya berkarya untuk menyampaikan perkara-perkara yang positif. Bila ia digunakan kepada perkara negatif seperti menghina kerajaan dan pemimpin, ia ditakuti akan mengelirukan pemikiran pembaca terutamanya kanak-kanak," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis makan malam bersama penerima Anugerah Khas Penggiat Kartun dan Penganjur Program Pameran Kartun dan Animasi 1Malaysia di sini malam tadi.

Majlis anjuran Konsortium Cartoonist At Work dan Kelab Putera 1Malaysia itu memberikan anugerah kepada 10 tokoh kartunis antaranya Datuk Dr. Mohd. Nor Khalid (Datuk Lat); Hassan Abd. Muthalib; Zainal Buang Hussin; Kamn Ismail; Prof. Dr. Muliyadi Mahamood; Tan Sri Lim Kok Wing; Reggie Lee; Margaret Chelatora dan Abdul Jamil Ahmad.

Jaafar mengulas kelantangan kartunis Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee Anwar Ulhaque dalam penghasilan karya yang mengutuk kerajaan serta tindakannya menolak anugerah yang disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Program Pameran Kartun dan Animasi 1Malaysia di Pasar Seni, Kuala Lumpur, 24 Jun lalu.

Sementara itu, pencetus revolusi kartun, Mior Sariman Mior Hassan atau lebih popular dengan nama Mishar berkata, golongan kartunis tidak sewajarnya mencemarkan industri tersebut dengan penghasilan karya yang menyinggung orang lain meskipun mereka bebas memilih parti politik masing-masing.

“Saya faham perjuangan politik Zunar, namun menggunakan kartun sebagai platform menyinggung hati orang lain terutamanya pemimpin adalah tidak elok.

"Lebih baik hasilkan karya yang boleh menjadi pemangkin kepada kemajuan negara," katanya. - UTUSAN


Barisan otai-otai 'kartun' dimajlis berkenaan. 
Tak semuanya aku cam abang-abang ni...
Dari kanan: AZMAN YUSOF, MISHAR, JAAFAR TAIB, ZAINAL BUANG HUSSEIN, LAT.
FATAH
(diatas kerusi roda). REGGIE LEE (paling kiri). TAZIDI (misai tebal, barisan belakang)
Yang lain tu, mintak mahap la. Mata aku ketinggalan la.

Tiada dalam gambar, Zunar... kehkehkeh...


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ulasan (beserta gambar/kartun) aku sebagai kartunis hampeh..... SEKETIKA NANTI. JANGAN KEMANA-MANA.
Nak siap page untuk hari khamis sat. Ceh.

Jumaat, 29 Jun 2012

SOLAT itu...


Petang khamis kelmarin, aku menapak ke library pejabat. Nak pi scan aku punya kartun hampeh Sabtu Blues untuk keluaran Sabtu (30.06.2012) sisipan S3 akhbar Utusan Malaysia .

Sementara menunggu, brader kat situ menyiapkan tugasnya menyeken, aku merayau sambil
mata memerhatikan segala macam notis, gambar dan poster yang ada didalam bilik yang menempatkan beberapa petugas disitu.

Tiba-tiba, mata terpaku pada satu tampalan bersaiz kertas A4 yang dilekatkan disalah satu almari disitu.






Senyum kambing sekejap aku membacanya.

Menarik dan kreatif.

Aku amik dua tiga snap dengan handphone murah made in China aku. 
Kemudian hari ini aku redesign balik lebih kurang.

Bukan apa.
Sekurang-kurangnya dapat mengingatkan aku dan sesiapa yang mahu beringat akan
perihal pentingnya SOLAT ITU...



Design sikit... sikit jer.

D'LLOYD... tiada lagi suara emas itu...



SABTU 9 Jun 2012 yang lalu,  kumpulan legenda pop tersohor D'lloyd kehilangan vokalisnya, Sam buat selama-lamanya.

Dari Allah kita datang. Kepada Allah kita dikembalikan.

Allahyarham yang menghiburkan peminat-peminatnya diseluruh nusantara dengan lontaran
suara yang tiada dua rupanya menderita kanser sekian lama.

Melihat beliau beraksi dipentas mengalunkan koleksi hit kumpulan yang sekapal dengan
Mercy's dan Favourite Group ini, tiada riak-riak atau garis-garis kesakitan diwajahnya.

Beliau merahsiakan dari pengetahuan rakan dan saudara terdekat 'penderitaan' itu.

Dalam banyak-banyak lagu D'lloyd, Cinta Hampa adalah antara yang perfect
pada deria pendengaran aku. Dari intro lagu, gubahan muzik keseluruhannya dan suara Sam.
Cukup sempurna.

Walaupun lagu ini dinyanyikan oleh beberapa penyanyi lain seperti Emilia Contessa,
persembahan Sam dan grupnya tetap memikat sehingga sekarang. 

Kali pertama aku mendengar lagu ini sekitar tahun 70-an dulu.
Masih disekolah rendah.
Abang aku pun ada membeli piring hitamnya yang kecil sikit dari stereng kereta.

Sewaktu D'lloyd mengadakan 'konsert Semalam di Malaysia' tahun lepas,
aku berkesempatan menontonnya di Istana Budaya.
Nampaknya itulah kali pertama dan terakhir secara live.

Walaupun hayat D'lloyd tetap akan diteruskan selepas ketiadaan Sam,
namun kehilangan 'suara emas' beliau tetap akan dirasakan.

D'lloyd, walau masih mempunyai dua anggota asal, pemergian dan
kehilangan Sam dari kumpulan itu pasti tiada gantinya.

Semuga Sam tenang disana dan ditempatkan bersama-sama para salihin.


Klik disini.... catatan lama 'konsert dlloyd-semalam-di-malaysia' 

Koleksi album D'lloyd yang masih ada dalam simpanan.
Tapi dah bercalar-balar. Banyak lagu melompat-lompat.