Sabtu, 10 Disember 2011

Selamat Pengantin Baru JON...


Jon dan anak sedaranya, F'yad.
Petang Jumaat semalam, lebih kurang pukul 3.30 petang waktu Cheras satu mesej
hinggap di handphone purba aku.

'Paksu esok nak join majlis akad nikah tak?'

Ooo... rupanya dari anak sedare aku.
Copek betul masa berjalan.

Setahun bertunang.
Hari ini, Sabtu 10 Disember beliau akan bersalam dengan Tok Imam.

Masjid Al Taqwa, Kapar, Kelang menjadi saksi seorang lagi anak buah aku
ke jenjang pelamin.

Sorry le Jon. Paksu tak dapek menghadiri hari bersejarah ekau lopeh Zohor tadi.

Esok, Ahad 11.12.11 majlis kenduri dirumah pengantin perempuan pula.
Masa majlis meminang tahun lepas aku dah kesana, di Kampung Jawa.
Tapi, tobat tak tau lagi nak pi sana lone ranger.

Esok kami akan berkonvoi bersama-sama rombongan pengantin lelaki.
Tak sabor nak makan kenduri ni.



Karikatur pasangan mempelai.
Dilukis oleh kartunis Maro.
 
Karikatur pengantin di abadikan
diatas mug... tapi bukan jenis ni kut.
 

Yang ni pulak
ditenyeh oleh kartunis Miki.

Sebenornya Jon minta
Paksu dia yang draw.
Tapi karikatur bukanlah
kepakaran aku.

So, kasile kat kengkawan
yang lebih berkebolehan
seperti Miki dan Maro.

'Jon... ongkos untuk kedua-dua
karikatur ini di sponsor
oleh Paksu...'


Kenduri disebelah pengantin lelaki akan
berlangsung pada Mac tahun depan.

Khabarnya, dua ekor lembu akan ditumbangkan.

Anyway Jon, Selamat Pengantin Baru.
Semuga berbahagia selama-lamanya.

(**Psstt... psstt... tadi berapa kali akad nikah?
Hah!! Appaa..? Telu kali!**)
** baca dalam loghat Jawa **













Jumaat, 9 Disember 2011

SEPANA HIDUP.... dari fail lama-1


KARTUN lama bertarikh 17 Mac, 1994
dari ruangan Sepana Hidup.

Time ni, unit grafik berpusat
dilorong sempit di Jalan Lima.
Sekarang PLU.

Disiarkan setiap Jumaat didalam akhbar
Utusan Malaysia.

Kartun mengisahkan seorang mamat melompat
sakan kerana menerima imbuhan
yang akhirnya terduduk bilamana
menerima warkah cinta
dari pejabat LHDN.

Aku dibayar RM70 untuk kartun diatas.

Ait... awat la ni dah 'tworun'?

Moral of the story.
JANGAN terlalu SERONOK
dapek duit. Kerano
pitih itu semuo bukang
mu ye punyo...


Khamis, 8 Disember 2011

Budak Kampung 'Jual Botol' - 2


Sekarang, botol minyak kelapa  bukan dalam bekas kaca lagi.
Semuanya diisi dalam bekas plastik.

Boleh masuk dalam tong kitar semula aje.

Cuma botol kicap, sos tomato masih dalam bekas kaca.

Memang zaman dah berubah.
Hanya tinggal kenangan yang memang indah.

Ok dah.


Bahagian PERTAMA - klik SINI



ARTWORK asal. 2011 - 1996 = ...... peh 15 tahun.
 

Rabu, 7 Disember 2011

Budak Kampung 'JUAL BOTOL' @ juai botoi - 1

 
Cover bilangan ke 21 ini
adalah hasil karya kartunis Maro.


Diterbitkan pada bulan Mei, 1996.
Markas beroperasi di Taman Shamelin Perkasa, Cheras.


Hari-hari yang dilalui bersama kawan-kawan
seperjuangan diwaktu ini, amat-amat menyeronokkan.


Segerombolan budak-budak grafik dan kartunis
menapak  ke kedai mamak diseberang jalan
untuk minum petang adalah perkara wajib dan
pemandangan biasa bagi warga majalah.


Ada yang memandang dengan dada lapang.
Tak kurang jugak dengan mata yang bengang.

Boss angin satu badan.
Tapi tak kemana anginnya.
Kerja beressssssss pak.


Bila malam menjelang, asyik bekerja.
Tak terasa nak pulang kerumah.
Mood berkarya dimalam hari lebih menyeronokkan.
Ya... pejabatlah rumah kedua kami.


Malam, berkonvoi pulak untuk dinner...


Tu duluuuuuuu.


La ni...
Zaman dah banyak berubah.
Usiapun makin bertambah.
Lawak pong dah kureng dah.
Kawan-kawan banyak dah berpecah.
Ramai dah berpindah-randah.
Takde lagi riuh-rendah.
Masing-masing dah beranak-pinak doh.
Majalah KAWAN pun takdo dah.


Adapoodahhh!
 



Pernah jual botol sewaktu kecil?

Kalau tak pernah, bukan budak kampung.
Mungkin anak orang kaya.
Anak orang 'ada-ada'.

Menjual botol adalah salah satu punca
pendapatan budak-budak kampung
zaman dahulu.


Budak-budak sekarang tidak lagi.

Nak duit, huloq je tangan sambil
membuka mulut dengan suara yang
perlahan tapi meruntun perasaan.
Ditambah dengan memek muka
yang penuh harapan


'Ayah... mai sepuluh ringgit'.
Dan, duit pun bertukar tangan.
 



 Bukan dijual setiap hari botol ni.
Kekadang je.

Tengah leka bermain,
tiba-tiba kelibat penjual botol 
muncul dikampung.

Apalagi bertempiaran balik
kerumah mencari botol-botol kosong
yang sememangnya disimpan.

Kalau botol kosong tiada,
silap-silap haribulan, botol yang
masih berisi sedikit minyak dituang
kedalam bekas lain.

Bukan sebarang botol yang
boleh dijual. Hanya botol kaca.

Biasanya botol minyak kelapa,
kicap dan cuka.

Kadang-kadang pembeli botol
juga menjual asikrim.

Maka sistem barter berlaku
disini.  Kita dapat aiskrim,
si dia dapat tin.

.............................................
(bersambung)

Aku nak pi cuci kat depan laman rumah sat.
Anak kucing berak merata. Tahule aroma
taik kucin. Cehhh.
...............................

Bahagian Kedua - Klik DISINI