Rabu, 3 Ogos 2011

MERDEKA... kartun dulu-dulu

Sempena bulan kemerdekaan ini, disiarkan karya aku yang diterbitkan dalam majalah KAWAN empat belas tahun yang lampau. Cehh... lamo tu.

Semuanya kisah benar ni.

Budak-budak la ni mana merasa ni semua.
Celik-celik mata, bukak Astro.

Aku dulu, celik-celik mata pi cari kaboi.
Theie heehee... apa itu kaboi?





Cover edisi ke-36. Keluaran Ogos, 1997.
Cover ini dilukis oleh Miki.
Teknikal design oleh Rosmi dan Roslim.


Nak mandi esok pagi kesekolah, petangnya kena angkut 'ayaq'
dari telaga yang jaraknya dari rumah kira-kira 60 meter
dari rumah. Lenguh jugak le tangan. Telaga ini yang
dalamnya 'ya amat' dikongsi oleh semua penduduk yang
terdiri dari Melayu, India dan Cina.
Tidak digalakkan mandi disini, kerana airnya untuk diminum.
Ada dua telaga lain yang digunakan untuk mandi iaitu
'Telaga Kawin' dan 'Telaga Bukit'.


'Masa darjah satu, mak aku bagi sekupang je untuk belanja sekolah.
Ada hari takde duit pecah, dia bagi lima sen. Mulale aku merajuk.
Darjah enam baru naik gaji. Dapat dua kupang.
Sekolah menengah dapat seringgit.. tapi untuk belanja tiga hari.
Bila majalah 'GILA-GILA' mula diterbitkan pada tahun 1978, 
duit seringgit tu le jadi korban...
Anak aku la ni bawa 3 hinggit sehari... baru sekolah rendah.
Tu yang dibagi. Yang dia amik sendiri......
 Dulu nak merasa duit poket sendiri kenala bekerja sikit.
Cari biji getah. Tebas hutan. Bersihkan kebun.
La ni... curi sekerap, cilok wayar telefon... lambat lepa
tinggai celepa...
 Nak Merdeka bukan senang.
Peliharalah keamanan dan kedamaian yang lahir
hasil dari kemerdekaan.
Jauhi perhimpunan haram.
Ibu segala 'Yang Menjahanamkan'.
MERDEKA!
 

Isnin, 1 Ogos 2011

RAMADAN... diperantauan 1

Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.

Kita dipertemukan lagi dengan bulan yang mulia ini.

Tadi mula berterawih.

Kala bilal mula berselawat.
Hati tersentuh tanda rasminya Ramadan mula menyapa segenap tubuh. 

Surau dibawah flat penuh sesak dengan para muslimin dan muslimah serta kanak-kanak
berjemaah Isya', bertahlil, berterawih dan witir.

Diikuti dengan Tadarus.

Tiada gangguan bunyi mercun.
Esok lusa taktau la.
Kebetulan hari off pada hari ini.
Esok, terawih di pejabat pulak.

Semuga Ramadan kali ini lebih baik dari yang lalu.

Amin.



Sewaktu zaman kanak-kanak dahulu, waktu sahur@soq
untuk hari pertama berpuasa, Mak aku akan menghidangkan
menu wajib iaitu sup daging. Kira eksklusif le
dapat makan daging time tu.