Khamis, 24 Februari 2011

LOGHAT KEDAH KLASIK - SIRI 2-A


A

ACI =  tak  boleh @ tak kira @ tak patut   

Contoh ayat:
1. "Tak aci la main macam ni." bantah Hosni pada Gadafi yang mengunakan pistol
betul semasa bermain perang-perang ala combat.
2. "Mana aci lagu ni... kami bertujuh je." Bantah Mubarak pada team Kampung Egypt, Muammar
yang membawa bersamanya 25 pemain dalam liga  sebelah 7.

ACI = sejenis permainan 'sorok-sorok'

Contoh ayat:
1. "Jom kita main aci." Azman mengajak rakan-rakannya yang turut sama ponteng belajar silat gayung Libya.
2.  "Kita main aci nusut@ (sorok) nak?." Ajak Nazri pada guru kelas lima manggis, Cikgu Kasbye.

ACI = Bertaruh

Contoh ayat:
1. "Aci kerat jari, kalau Nuek dapat tekel Fashanda yang cun giler tuh." Kata Apis penuh yakin pada Rizal.

(Nota: Lagu 'Aci-Aci open the door' nyanyian P.Ramlee tu kira lain tajuk tu.)

ASEY = Cukai, Cukai Jalan @ roadtax (Asal dari perkataan hasil)

Contoh ayat:

1. "Motor tu bukan ada asey tu Rudin , jangan nak cari pasai." Nasihat Mak Yun pada anak bongsunya.
2. "Nak pi pekan camno ni Acai, gua punya mutu takdak asey."  Zamri meluahkan kekecewaannya.
3. "Pak saya takdak, dia pi pejabat tanah Pendang, bayag asey." kata Muharam pada tok penghulu Pening Lalat.

ANGKIT = Angkat

Contoh ayat:
1. " Hang pi angkit kerusi ni wak naik atas rumah." Suruh Pak Maun pada anaknya Muaad.
2. " Haiii... nak angkit kayu ni pun tak larat ka?" Leter Mak Jah pada suamiya yang gendut itu.

Ahad, 20 Februari 2011

LOGHAT KEDAH KLASIK... - A - ... siri 1

 
  (c) hakcipta terpelihara


'loghat KEDAH' - 'A'


MUKADIMAH:
Beberapa bulan dahulu (tahun lepas),
blog marang perapu kepunden parang skeper ini
menyiarkan beberapa siri 'loghat Kedah'. Ianya mengenai
kaedah menyebut beberapa perkataan yang bermula
dengan huruf-huruf tertentu seperti R,G,L dan S.
 Apabila diKedahkan, perkataan-perkataan berkenaan
akan berakhir dengan huruf-huruf seperti
G,Q,N,I dan H .

Contoh:
AIR = AYAG, KUCING = KUCIN, KAPAL=KAPAI dan AIS=AIH.
-------------------------------------------------------------------------------------------

KALI ini diterangkan maksud perkataan yang sempat
dikumpulkan dan masih lekat diminda.
Bermula dengan huruf...

- A -


1. AYAG MENET...
Adalah sejenis minuman dalam botol.
Nama asalnya ialah Lemonade.

Amat popular sekitar tahun 70-an.
Ada dua jenis perasa dan dua label. Cap bendera (sarsi) dan cap limau (oren).

Popular  waktu berbuka puasa dan dimusim menuai padi.Harga sebotoi 15 sen. Saiznya sama botol kicap sekarang.

Susah nak cari la ni. Tapi di Kelantan dan Siam termasuk
dikedai tomyam milik kedua negeri tersebut di KL ada dijual...


Contoh ayat:
Penat membanting padi, Nazri Mat Salleh berehat dengan meminum lima botoi 'ayag menet' yang dibawanya tadi.



Nazri Mat Salleh berehat seketika selepas penat 'memukoi' padi sambil meminum 'ayag menet' dan roti kapai di sawah milik keluarga penulis di Kampung Baloh, Pendang Darul Bulan baru-baru ini. 

2. AYAG 12
Perkataan ini biasanya terkeluar bila bersembang. 

Maaf, asal usul perkataan ini tidak diketahui.

Ianya merujuk kepada seseorang yang 'lari' atau 'ghaib' akibat
dimarahi, rasa bersalah atau malu. Perkataan sampingan yang
mengiringi 'ayag 12' ialah 'tuang'. Kekadang perkataan 12 tidak digunakan.
     
Contoh ayat:
1. " Kena sound dengan aku, pi dengan 'ayag 12' tu" kata Maro kepada Mantaha
mengenai rakan mereka Roshianuar.
2. "Damanhorray tuang dengan 'ayag 12' tu lepas dapat duit pinjaman          
Bank Rakyat. Tinggai aku ternganga sorang. Cheh!"  rintih Namso pada Apisrizalman sambil berkata dalam hati 'pade muko mu'.
3. "Piiii dengan ayag tuu...". Miki memberitahu Pawie mengenai gelagat siRosmi
yang cabut lari selepas mengebas cd karaoke Jamal Abdillah miliknya.


     
 
3. AWAT
Bermaksud sebuah pertanyaan. Seperti 'apa fasal?', 'kenapa?' atau 'sebab apa?'
Mungkin perkataan ini di cilok dari bahasa inggeris 'WHAT'... atau depa yang
ambik daripada kita..

'Awat' juga digunakan bagi menjawab panggilan orang kepada kita.
'Nak awat' bermaksud 'tidak apa' atau 'apa salahnya'.



Contoh ayat:
1. 'Awat hang tak habag nak mai, boleh aku semelih kambing". Tanya Nuek pada Rosli Usin yang tiba-tiba muncul dirumahnya di Taman Interlok.
2. "Awat yang dia jadi lagutu hah?" Tanya Shah pada Zaidee yang kehairanan melihat Ucop ketawa seorang diri dikantin pejabat mereka.
3. "Awat kereta hang tu Maro?". Azmi bertanya setelah melihat Lamborgini Diablur milik rakannya itu remuk didepan.
4. "Norkamaroooooooooo" jerit Apis dari halaman rumah. "Awattt" balas Norkamaro.
5. "Cek segan la nak pi rumah Yuntawati makkk." Kata Lailatul. "Laaa... 'nak awat '... sepupu hampa tu." Balas emaknya.


 
4. ANGGOT  
Buah anggur.

Contoh ayat:
1. "Hang ni takdak buah lain, anggot! anggot!anggot!" Jerit Apis pada Zapran bilamana rakannya itu meminta dihulurkan sepinggan buah tersebut pada majlis jamuan makan dipejabat.
2. "Pakhang nanti beli buah 'anggot' buang sekilo no". Pesan Makngah Ila pada suaminya
Pakngah Raop.


5. AMERA
Buah kedondong.
Jugak disebut buah 'mera'.

Contoh ayat:
1. "Buah 'amera' ni cicah dengan garam belacan... fuhhh... nalarekik!." Bisik Kazim pada Zamani sewaktu sedang berkira-kira mencilok buah tersebut dibelakang rumah Wak Kasby.
2. "Buah 'mera' ni sekilo berapa bang?" Tanya Arina pada penjualnya di Pasar Tani Pendang.


-----------------------------------------------------

Cukup setakat ni....
Ada 15 perkataan lagi yang bermula dengan huruf 'A'.
Pehhh.... jumpo lagi.