Sabtu, 15 November 2014

AKHIRNYA... 6

...LAGI 1 MINGGU...
(21-23 NOV 14)


ALBUM ketiga KEMBARA, 

Generasi ku muncul dipasaran pada 1983.





1983. 
Dihutan batu Kuala Lumpur.
Penghujung 1982, aku diterima 
bekerja di sebuah akhbar tabloid politik,
Mingguan Tanahair 
yang beroperasi di Jalan Ipoh.

Cuma tiga bulan bertahan disitu.
Kemudian hinggap di Taman Keramat.
Sebuah majalah sukan lahir dengan nama LIGA 
dimana aku bergelumang dengan 
hiruk-pikuk dunia bolasepaknya.

Lama jodoh aku dengan penerbitan ini.

Empat album KEMBARA dengan 40 lagu 
dihasilkan sifu dan rakan-rakan kongsinya sewaktu
aku mencari rezeki di Jalan Enggang Timur 7 ini.

Cukup bulan dapat gaji ataupun@selalunya meleret sampai
seminggu baru boss kasi. Itu lumrah.

Dengan gaji yang tak seberapa,
ongkos untuk hiburan tetap ada.

Bayar 30 sen, drebar bas Sri Jaya membawa aku dari
Taman Keramat ke Keramat Supermarket. (Dah takdo dah)

Menapak ke Chow Kit yang bingit dan hangit.
Berjalan dikaki-kaki lima sepanjang Jalan Tunku Abdul Rahman
hingga ke Pertama Kompleks. 

Kekadang solo.
Kekadang bersama Jabar dan Syed.

Mencari T'Shirt dan juga kaset.
Kembara, Alleycats, Mercy's dan D'lloyd.




Album Generasi ku 'melonggokkan' 10 lagu terbaik.

Gerhana dan Kiambang paling popular. 

Lain-lain lagu menarik seperti Kolar Biru,
Kawan, Jalan Sehala, DiPerhentian Puduraya, Empat Penjuru,
Dunia Tanpa Cinta, Musim dan Kami Anak Zaman Ini.

Tapi lagu Jalan Sehala paling bererti...
Harap lagu inipun keudara nanti di IB.
----------------------------------------------------



JALAN SEHALA


MALAM YANG DINGIN 
MEMBUAT TUBUHKU MENGGELETAR
KINIKU TAK TAHU DIMANAKAH AKU...

BINGUNG TERASA 
MELIHAT ARAHAN DIPAPAN TANDA
TAPI TAK SATUPUN MEMBERI PEDOMAN...

DALAM HATIKU HANYA TERSIMPAN HASRAT INGIN PULANG
DAN AKU TAHU TIADA JALAN LAIN YANG DAPAT KULALUI
OOO...
HANYA NALURI DAN PEDOMAN DARI YANG MAHA KUASA
MEMBERI PEDOMAN HIDUP WALAU DIMANA KU BERADA

TELAH KU JELAJAH SEMUA BENUA
SEMUA JALAN BERLIKU
TAPI HANYA JALAN SEHALA
YANG MEMBAWAKU PULANG KERUMAH...

LANGKAH INI TAKKAN KU PATAHKAN
KERNA KU TELAH MELIHAT CAHAYA
HANYA JALAN SEHALA
YANG MEMBAWAKU PULANG KERUMAH...



OTAI KEMBARA
Credit Gambar: UTUSAN ONLINE

Khamis, 13 November 2014

AKHIRNYA... 5

21-23 NOVEMBER... 
... ISTANO BUDAYO ...




Ada rakan bertanya.

Apa maksud  'AKHIRNYA...' yang menjadi 
tajuk coretan mengenai Konsert Hati Omeh.

Takde maksud apa-apa.

Cuma,... 

- Dah lama menunggu konsert ini. 
Dipersembahkan oleh kumpulan yang satu ini.
Yang nota-notanya berlari turun naik diatas 
  garisan melodi amat dekat dihati.
Yang bait-bait puisinya mengenai diri.

Dan akhirnya... konsert yang ditunggu itu
datang kemari...

 Tu je.
--------

Harap lagu dibawah keudara di IB nanti...
--------------------------------------------------------- 

SIAPA ORANG KITA

Manakah teman-temanku
Yang sama berjuang dahulu
Hilang sudah (2x)

Kebendaan menggelapkan
Lupa dengan perjuangan
Lupa sudah (2x)

Manakah semangat dulu
Atau hanya helahmu
Hanya palsu (2x)

Siapa
Siapa orang kita
Mana
Mana orang kita

Hela!
Nafasku hela
Hela! 

Kita harus bertemu
Buat rencana baru
Kita satu (2x)

Siapa
Siapa orang kita
Mana
Mana orang kita

Hela!
Nafasku hela
Hela!