Rabu, 18 November 2020

JANGAN MENANGIS PALESTIN @ sebuah catatan



Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Dengan izin Allah S.W.T, lagu yang didedikasikan kepada saudara-saudara
diPalestin akhirnya berjaya diyoutubekan.

Ilham untuk memuatkan lagu ini dalam YT sudah lama. Bertahun-tahun-tahun lalu.
Sewaktu masih bekerja di akhbar Utusan Melayu lagi.  Namun banyak kekangan.
Terutama masa dan idea.

Rancangan asalnya adalah menulis sendiri liriknya. Tapi gagal. Cuma mampu
menulis beberapa baris sahaja.  Ilham tak kunjung tiba. Cemuih. Beku. Tumpoi.

Oh yaa... sebenarnya melodi lagu JMP ini bukanlah yang baru dicipta.

Ianya diambil dari lagu lama aku juga yang sudah berusia puluhan tahun. Lagu ini sudah lama dimuatnaik di YT iaitu lagu Mencari Cahaya Indah.


Tak salah kan?  ibarat ganti baju baru. Heehii hee...
(Pstt...Nak bikin lagu baru la ni dah tak terdaya rasanya.palotakjemm!)

Hari dan tahun berganti. Tibalah 2020. 
Tahun dimana diramalkan ada kereta terbang...namun... rupa-rupanya kita lebih banyak duduk didalam rumah. Corona punya pasai.

Kehadiran 2020 membawa semula idea untuk meneruskan projek lagu Palestin. 

Masalah yang sama. Cuba untuk menulis liriknya. Gagal.

SISO
Lantas, muncul nama Siso dikepala.
Apalagi, penulis lirik tersohor yang juga bekas ahli kumpulan Kopratasa ini dihubungi. Seperti biasa, insan bernama Siso ini
jarang menghampakan permintaan 'budak kampung' 
yang sering menyusahkan beliau. Haahaa...

Selepas memberi lirik dan melodi asal dan sedikit penerangan menegenai lagu JMP menerusi whatsApp, beliau menyiapkan lirik berkenaan tak sampai setengah jam. Wow... persis kacang aje bagi Siso.

Langkah seterusnya ialah mengirimkan melodi lagu berkenaan kepada saudara Arbanji diJitra, Kedah. Beliau memiliki mini studio rakaman dirumahnya di Bandar Darulaman. Kali pertama berurusan dengan beliau ialah sewaktu membuat rakaman lagu sekolah beberapa tahun dahulu.  

ARBANJI (KANAN) DAN AKHBAR (KIRI).

Beliau menyusun semula muziknya.
Proses ini mengambil masa seminggu dua juga.

Mengikut rancangan asal, rakan kartunis Miki yang akan menyanyikan lagu ini. Namun, dek kerana beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan beliau tidak dapat berbuat demikian.

Aku meminta saudara Arbanji mencari 
pengganti yang sesuai sambil menetapkan tarikh untuk proses memasukkan vokal di Arbanji Studio.

Pagi 9 Julai, memandu 'sang kancil' meredah Lebuhraya Utara Selatan menuju utara dengan membawa dua misi. Satu, kestudio. Dua, menghantar Kancil yang banyak berjasa ini ke kampung.

POSING SAT DISTUDIO ARBANJI.

Malam 11 Julai, rakaman vokal berlangsung lancar walaupun hujan lebat dalam perjalanan ke studio. Ditemani adik ipar. (Terima kasih Lan) Hampir 3 jam selesai.

Sampai dirumah abang aku hampir satu pagi. Alamak, esok pagi nak balik KL pula.

Nasib baik ada 'lowfare  flight'. Hehehie... (La ni  depa nak low fly pun takleh. Kesian).

Pagi Ahad, 12 Julai selamat mendarat di KLIA2. Selesai satu bab. Bab kedua     
iaitu proses membikin clip video  lagu JMP untuk di upload ke YT.

Sementara menanti saudara Arbanji menyiapkan proses editing, mixing dan       
mastering lagu berkenaan yang mengambil sedikit waktu, ops JMP untuk YT bermula.

Illustrasi dan karikatur yang menjadi hiasan lagu JMP diserahkan kepada              kartunis Miki dan Maro untuk disiapkan. 

Ada perancangan untuk mengambil video-video berkaitan Palestin didalam              laman sosial, namun dibatalkan. Takut timbul masalah hakcipta dan lain-lain pula.

Video cuma dalam studio sahaja, sewaktu proses memasukkan vokal oleh
saudara Akhbar Haji Omar yang menyanyikan lagu ini dengan cukup baik.

Itulah yang termampu.
Lama juga proses menyiapkan clip video ini yang menggunakan perisian Window Movie Maker @WMM.  

SANG KANCIL YANG BANYAK BERJASA.  SETAKAT FERRARI, 
SELAMBA GEAR 3 JE POTONG............ FERRARI ON TOW LA. 


WMM?? Haittt...jangan ketawa.

Inilah software yang mesra pengguna 'tua' macam aku ni. Kehkeh...
Walaupun tak secanggih software lain, tapi tools dia mesra alam. Tak banyak songeh. 

Beberapa tahun dahulu, aku cuba-cuba menggunakan WMM ini menyiapkan
clip video reunion rakan-rakan persekolahan @ SRP80-SMGC. Adala lebih sepuluh clip berjaya disiapkan. Ternyata, ianya banyak membantu sewaktu membuat clip video lagu JMP.

Alhamdulillah.
Setelah berhempas pulas, berpeluh, pedih mata, sakit hati, lenguh urat dan sakit pinggang, maka ops clip JMP siap walaupun tak seperti yang diangan-angankan.

GAMBAR INI DICETAK DIATAS CANVAS DAN DI'FRAME'KAN
SEBAGAI CENDERAHATI UNTUK KARYAWAN DIATAS.
SORANG-SORANG MANA BOLEH BIKIN INI JOB.  


27 Ogos  JMP dimuatnaik ke YT.Ingat dah habis boleh cuci tangan.     
Ceh...ada lagi idea rupanya. Bikin t'shirt pulak.

Asalnya t'shirt ini khas untuk mereka yang dibelakang tabir membantu aku menjayakan lagu ini. Sebagai cenderahati la katakan.

Namun aku mencetak lebih sikit untuk kawan-kawan rapat dan saudara mara.
Ada yang pakai nampaknya. Yang 
tak pakai tu..., harap depa tak buat kain buruk la no.

AKU DIBANTU SAHABAT KARTUNIS NGETOP MALAYA,
MIKI & MARO (KIRI) DENGAN LAKARAN YANG KELAS GITU.

Terima kasih kepada mereka yang share lagu ini di berbagai platfom media. Dan terima kasih juga yang menonton di YT.

Jangan lupa tekan butang SUBSCRIBE tau.

Ada banyak lagi lagu-lagu lama aku (zaman prasejarah@kaset) yang di rancang untuk di buat semula muziknya dan dirakamkan distudio. 

Mudah-mudahan menjadi kenyataan.

Insya Allah.


INI BUKAN PEJUANG HAMAS ATAU FATAH... BUKAN!

PUN BUKAN DARI PARTI PEJUANG. 
BUKAN!  MEREKA ADALAH MODEL TIDAK BERBAYAR
SUKA TAK RELA YANG MEMPROMOSI LAGU DAN TSHIRT LAGU INI.

BOLEH DITEMPAH KALAU MAU. HARGAPUN CINCAI-CINCAI.
SILAP HARIBULAN AKU  BAGI PERCUMA JER. CEHH...