Sabtu, 16 April 2011

KURSUS 'SEMELEH' AYAM


Nasib baik ini still picture. Kalau video, korang gerenti nampak
tangan aku
menggeletau.... tapi sembelih totap sombolih.
Brader Amil tolong pegang ayam. Pegawai JAWI (kanan).



HARI Sabtu lepas, 9 April 2011... tercatat satu sejarah dalam hidup aku.

Bukan kerana aku berpeluang menonton video jam Omega yang hampeh tuu, bukan.

Sejarah tercatit kerana aku berjaya menyembelih ayam.
Bukan sekor, dua ekor tu.

Elehh... ayam pun nak bangga ke? Lain le kalau unta ke, rusa ko.
Oiii... mesti bangga punya.

Kalau poton' kepala ikan tu biasa sangat.
Ayam tu sedikit mengerikan oo.

Dulu kek kampung time aruah bapak aku nak semelih ayam, aku le tukang pegang.
Pegang kaki dan kepak ayam, tapi kepala beralih kut lain.
Tiada keberanian nak tengok.

Kekadang kena sound ngan bapa aku sebab salah pegang tengkuk ayam.


Ni ayam yang kedua. Wak Kamsari,
Pengerusi BKUM memberi tunjuk ajar
kepada penyembelih yang tak makan ajar.
'Jangan sampai 'putuih' tengkuk ayam
tu... 'putuih' makan sendiri'...
Wak memberi amaran.

Bunyi pisau menghiris urat tengkuk ayam menusuk ketelinga. Srettttt...
Ayam pun aku tak campak, kesian. Letak kat rumput pelan-pelan...

Lepas jadi ayam goreng.... ngappp! Takde belas kasihan.
Pepak dengan tulang-tulang sekali.

Kursus sembelihan yang aku join ni, anjuran Badan Keluarga Utusan Melayu dengan kerjasama JAWI.

Ni kira kali kedua dianjurkan.  Sebelumnya dua tahun lepas, tapi aku tak join.

Ianya diadakan di Dataran Utusan bermula jam 9 pagi dan berakhir pada 12 tengah hari.

80 peserta mengambil bahagian dengan 120 ekor ayam dikorbankan.

Semuanya lulus. Alhamdulillah.

Lepas ni, boleh kut buat part time semelih ayam kat mana-mana kilang.

Demonstrasi dulu. Pisau brader tu berharga RM800.
Di order dari German. Kelengkapan sembelih
pun dah dapat sekor lembu.
Okkk... semua lulus.

Kat Bangi ka, Semenyih ka, Gemencheh ka....

Daripada bangla dok semelih, baik bagi malayla.

Mola-mola ketag jugak tangan nak hirih tengkuk ayam.
Tapi brader dari JAWI dok sebelah pandang-pandang, jeling-jeling.... jadi confident sikittt.
Lepas berjaya mengorbankan sekor, terus mintak sekor lagi. Cheh.

Bukan saja semelih. Peserta jugak diajar cara memproses ayam.
Kalau kat kampung kena rebus dulu, baru cabut bulu.
Tapi disini tak perlu rebus. Buang kulit terus... seperti memproses kambing.

Cara-cara menyembelih lembu dan kambing dengan betul menerusi
tayangan slaid dan penerangan ringkas dan beberapa tips mengenai
penyembelihan juga diberi.

'Kalau semelih dua ekor sekaligus
boleh tak bang?' tanya Armus
pada brader dari JAWI.
'Ko makan sendiri' pantas
Laupa menjawab.
Bagus jugak kursus ni.
Dapat le sedikit sebanyak ilmu.
Kalau sesak-sesak... bolehle kedepan.

Ceramah berkaitan dengan penyembelihan berdasarkan firman Allah dalam Al-Quran dan hadis Nabi SAW disampaikan oleh Ustaz Halim Zakaria, seorang pendakwah bebas. 

Video serbuan pihak JAWI keatas premis-premis yang membekalkan ayam diLembah Kelang juga dipertontonkan.

Menonton klip video ini... menimbulkan pelbagai persoalan.
Antaranya... 'Apakah ayam yang aku makan ni disembelih mengikut syariat?'

Penceramah sendiri mengatakan dia sendiri, tak menjamah ayam di KL kecuali
yang dia nampak sendiri ayam disembelih.

Kita?
 
Lu pikiag la sendiri.

Kursus berakhir dengan jamuan makan tengah hari dikantin.

Menunya?
Menunya, ayam yang kami ramai-ramai semeleh tadi yang digoreng ala kentaki dan
gulai kambin' yang juga dikorbankan awal paginya.

Acara wajib. Bergambar setelah sesi peyembelihan selesai.

'Sapa semelih ayam nih?' Tanya brader
berbaju merah. Sorang pun tak mengaku.
'Ok! lulus..' 'Sa..saya punya tu'!


Lawak pada hari itu.
------------------------------

Selepas semua ayam disembelih, petugas JAWI akan memastikan setiap sembelihan
itu menepati syariat.
Dalam satu kes. Petugas JAWI memegang seekor ayam yang disembelih sambil
matanya memerhati peserta dan bertanya dengan serius. "Ayam ni sapa sembelih?"
Sorang pun tak mengaku takut tersalah sembelih dan tak dapat sijil nanti.

Kemudian dia berkata... "Ok lulus".

Dan-dan tu jugak ada suara-suara bersahutan.. "Ha... bang, ayam tu saya semelih"
"Itu kami punya tu".... Cheh!





Selasa, 12 April 2011

MEOR COLLECTION'S

Lepas baco ceriter Meor Dapek Menantu yang panjang tak lebar tu,
la ni aku siarkan sebahagian karya-karya saudara Meor.


Beliau kini gigih dan ketagih menghasilkan lukisan cat air dan akrilik lalu menumpahkan
idea-idea yang segar diatas kertas dan kanvas.


Beliau juga menerima tempahan melukis potret dan apa sahaja berkaitan dengan
bidang seni lukis.

Khabar yang diterima, studio dirumahnya hampir penuh dengan karya yang dihasilkan.

Kalau dah penuh... bagi le sekepin dua kat member-member bro.

"Idea datang melimpah ruah bila aku pergi memancing" kata Meor dalam smsnya kepada
aku beberapa hari lalu sewaktu beliau singgah dipasar Gombak untuk membeli ikan Toman  buat umpan memancing.


Sebahagian koleksi hasil karya Meor.
Gua respek dan saspek lu bro.
 

MEOR 'DAPEK' MENANTU



Meor... penampilan terbaru.
Masih hemsem dan bergaye.
Dah patut dapek golaran
'Datuk' ni... Gambar dicilok
dari pesbok beliau.  
Sebelum cerite pasal dapek menantu, elok diceritakan sedikit hikayat disepanjang  mengenali anak kelahiran Hulu Kelang ni... Panjang ceriternya....

Cerciter...cerciter....


SIAPA Meor?


Bukan pelakun Mior Hashim, pelakun teater tersohor tu. Bukan Mior Shariman @ kartunis Mishar abang Sohaimi Mior Hassan penyanyi lagu puisi tu.. bukan.


Meor atau nama penuhnya Meor Ariff Ahmad adalah salah seorang pelukis illustrasi yang popular sekitar tahun 80-an dulu.

Meleleh jugak ayag liog aku menatapi kehalusan kerja seninya.

Sentuhan artistiknya memukau. Walaupun cuma menggunakan medium pensil,
tapi garisan dan tone yang terhasil amat unik.

Sewaktu Meor mula berkarya pada tahun 1979, aku baru ditingkatan dua.

Beliau juga adalah pereka grafik ditempat yang sama. Berbakat juga dalam lukisan karikatur dan potret. Kiranya, serba boleh le ni.

Akhbar Mingguan Wanita dan majalah Kisah Cinta adalah antara dua penerbitan
tempat Meor mempamerkan karyanya saban minggu dan bulan selama puluhan tahun.

Sayang.... tiada satupun illustrasi beliau disimpan untuk dipaparkan disini.
Agaknya, jika dihimpun dan dihamparkan, mungkin seluas Taman Seri Gombak atau setinggi ibu pejabat BSN di Jalan Ampang. (over le tu)

Suatu ketika dulu, beliau mempelopori medium titik-titik halus @ dot-dot dalam menghasilkan illustrasi yang mana menghasilkan satu impak yang menarik.
 Titik-titik yang beribu-juta (agaknya) dihasilkan dengan teknikal pen jenama Rotring memerlukan tumpuan yang khusus dan penuh sabar. (Rotring: famous gila time tu pen ni dikalangan mat-mat grafik. Dalam poket baju wajib ada... cheh!)

Kemudian, teknik ini menjadi ikutan oleh beberapa illustartor dipenerbitan lain. Mior, akhirnya kembali semula pada stroke asalnya yang bermain dengan tona dan garisan.


Meor.... dengan 'folio beg' nya begitu menggerunkan
 aku sewaktu baru bekerja seatap dengannya.
  

Mula mengenali Meor


Pertengahan 1986, pada usia 21 tahun aku menyertai syarikat penerbitan tempat Meor bekerja.

Amir Enterprise.
Nama yang begitu besar dan Gah pada ketika itu. Antara produknya yang popular dipasaran ialah majalah Keluarga, akhbar Mingguan Wanita, majalah hiburan Kisah Cinta, novel-novel remaja, buku-buku masakan dan dibidang perfileman. Filem box office  Ali Setan merupakan antara yang berjaya dipawagam.

Sewaktu aku menghadiri temuduga sebagai pereka grafik, syarikat ini masih beroperasi
di Damansara Utama. Dan ketika melapurkan diri, mereka sudah berpindah di Jalan Genting Kelang, Setapak.

Aku yang masih dalam 'keperitan' bersama syarikat sebelumnya kerana kemelesetan ekonomi yang teruk pada 1985 memerhati seorang demi seorang rakan-rakan baru dijabatan Reka bentuk.

Mereka berketerampilan penuh gaya bensen n hedges.
Semuanya smart like hell. Aku pulak selekeh like heaven.... sampai le laaa ni.

Meor pada waktu duduk berseorangan diatas kerusi dan meja spesel. Meja pelukis plan.
Geng lain dan aku kemudiannya duduk atas meja dan kerusi biasa je.

Aku... dulu-dulu... bandingkan
dengan Meor... Cheh! La niii... pong sama.

Apa yang mengerikan aku pada waktu itu ialah melihat folio beg yang dibawa Meor setiap hari kepejabat. Peh. Time tu kalau bawak folio beg, memang nampak canggih.

Aku? aku cuma bawak beg galas kain usang yang penuh dengan contengan. Cheh.

 Selain Meor, rakan diunit rekabentuk pada ketika ini ialah M. Jusoff Taib selaku ketua unit, Dol Brunei, Hashimuddin, Nan Toba (adik Man Toba), Mali jr, Ridzuan Ramli @ abang Wan (juga merangkap tauke warung di opis), Tahiruddin (Allahyarham) dan Kayla.

Bila syarikat mengembangkan sayap menerbitkan beberapa produk lagi, maka ramai pereka grafik diambil. Dari lapan menjadi berpuluh-puluh dan berpeluh-peluh boss nak bayau gaji.



 Adat kehidupan. Setelah menempa kejayaan demi kejayaan sekian lama, syarikat bumiputera yang banyak berjasa kepada aku dan kengkawan lain akhirnya tidak dapat melawan takdir.

'Hidup dan nasib roller coaster, susah dan senang bersilih ganti... bila-bila boleh naik dan turun' .... bak kata sifu Datuk M.Nasir menerusi lirik lagu Apokalips nukilan arwah Loloq.

Shutdown. Ctrl+alt+delete. Restart. Log off..... no jalan and no road. Full stop.

1990-an, Meor, aku dan yang lain-lain kemudiannya membawa haluan masing-masing  menuju
takdir yang telah ditetapkan.

Dan kini, tahun 2011... semuanya sudah menjadi sejarah.

Ada yang sudah bersara. Ada yang dah pergi. Ada yang menjalankan bisnes sendiri.

Yang masih bergelumang dalam dunia senireka bentuk grafik pun ada termasuk aku, Armus (Utusan), Megat (Karangkraf)... yang lost contact pun ramaiiii.

Ini bukan trio Datuk T.
Meor berposing sakan bersama Mazlan Enjah (jurufoto) dan
boss unit reka bentuk, M. Jusoff Taib untuk keluaran khas Hari Raya
majalah Kisah Cinta... tahun 1986.


Populariti Meor

Selain dihormati kerana personaliti, bakat dan kewibawaannya, beliau amat disenangi oleh semua staff pejabat dek keramahannya.
Pendekata kalau ada Meor, kompom meriah. Beliau mempunyai banyak modal berbayar untuk berbicara. Tak sunyi le kalau dia ada.

Bukan cam aku... kelu lidah untuk berkater-kater. Modai takdak...hampeh!

Pendek kata kat unit rekabentuk tu, tolak aku sorang... yang lain tu semua ringan mulut.
La ni pun samaaaa. Hampeh lagi sekali.

Ada Meor memang tak sunyi...
Gambar hiasan je ni... kehkehkeh...



Hampir sertai Utusan

Bila aku menyertai Utusan Melayu pada 1994, aku ada jugak mengajak Meor join sekali.

Kebetulan majalah KAWAN baru diterbitkan, pelawaan melukis untuk majalah kanak-kanak tersebut turut diajukan.

Beliau ada menghadiri temuduga. Hampir pasti dapat. Tapi berubah fikiran untuk join the club, atas sebab tertentu. Bagi aku, Meor kalau jadi Art Director pun layak.

Kartun yang beliau kirimkan turut disiarkan dalam dua keluaran majalah KAWAN tapi telah dijadikan 'peraduan mengisi dialog'.

Meor sedikit kecewo, tapi aku takleh buat apo-apo. Ni Kak Rosminah punyo kerjo. 
Menggunakan nama pena Pokcik Mior, kartun RAF dan LEZZ
disiarkan dalam majalah KAWAN pada September dan Oktober 1994.
Tapi boss nak kartun ini dijadikan peraduan. Apo boleh buek.
Meor merajuk dan terus maleh nak hantar lagi.

Memancing

Salah satu hobi Meor yang tak dapat ditinggalkan sehingga kini ialah memancing.
Dapat tak dapat ikan belakang kira. Janji dapat redah hutan, cari parit ke sungai ke...

Semasa tinggal sekampung diWangsa Maju pada tahun 90-an dulu, pernah jugak aku
menyertai Meor memancing.

Biasanya hari ahad le.
Meor, siap bawa umpan yang di'uli' dari rumah.

Menapak lebih kurang seratus meter ke bus stop dan menaikki bas Len Seng bernombor 170
ke Zoo Negara.

Lokasi kami disekitar anak-anak sungai diKampung Kemesah, Ulu Kelang.
Tempat permainan Meor le katakan. Memang dah xpert.
Pernah jugak kami sampai hingga ke Empangan Klang Gate.

Segan aku sebenarnya nak memancing ni. Dekat kampung boleh main batang buluh je.
Tapi disini kenalah membeli jorannya atau 'bokkail' bahasa kampung aku.
Bukan apa nak membaling tak reti-reti....sampai la laaa ni... ham......peh!

Dapat la dua tiga ekog ikan tilapia. Itu pun belum cukup umur agaknya.
Kekadang, member serumah dan seopis, Hasbul pun ikut sekali.

Ada satu peristiwa yang tak dapat dilupakan ketika kami memancing.
Ketika tengah berjalan nak memilih lokasi baru ditengah-tengah hutan sekitar Kampung Kemensah, tiba-tiba kami dikejutkan dengan satu bunyi dari belakang.
Seolah-olahnya hendak mengejar kami. Huh apalagi... berterabur tak cukup tanah lari.
Terus balik. Lama jugak jadi bahan ketawa kengkawan lain bila Meor menceritakannya.

Berteraburrr... Aku pun musykil...
nak kata babi hutan bukan.
Mungkin biawak kut... tapi memang saspen pun.
Lebih saspen dari nampak polis buat road-block.
Lebih seram dari video jam omega.

'Kami datang nak makan'...

DiWangsa Maju, kami geng bujang tinggal diblok E6. Meor bersama keluarga diblok F2(?).
Rumah bujang kami memang simple. TV pun takdak. Dapur lagi le, walaupun paip gas
tersedia.

Bila sesekali terasa nak tengok TV, malamnya aku dan Hasbul akan menapak kerumah Meor yang terletak kira-kira 50-60 langkah. Kengkawan yang lain segan.

Biasanya setelah kami selesai makan digerai barulah kami kerumahnya.

Ada masanya ketika kami sampai, beliau sekeluarga tengah menikmati makanan maka kami
diajaknya sekali. Ada masa kami pulon dan ada masa kami menolak.

Ada jugak diwaktu bulan mengambang, kami kerumah beliau dengan niat serampang dua, tiga mata... nak tengok tv dan nak tengok nasi. Dan.... pantang dipelawe.... ngappp. Alhamdulillah.

Itu dirumahnya. Pernah jugak Meor mengajak aku ke kedai makan milek keluarganya di sebelah Zoo Negara yang ini menjadi tapak Finas. Makan free lagi.

Kebaikkan Meor dan isterinya, Faridah memang sentiasa dalam ingatan.

   

 
Dua jejaka sengkek sedang mengambil 'bau aroma' hidangan diatas meja,
sebelum mengosongkan bekasnya sehingga tidak perlu dicuci.
Masakan kak Faridah memang classsss...

Meor, Studio Merdeka dan P.Ramlee

Selepas  era kegemilangan filem-filem Melayu di Studio Jalan Ampas, Singapura mengalami
detik kejatuhan, ramai anak-anak wayang lari ke Studio Merdeka.

Studio perfileman yang letaknya berdekatan Zoo Negara itu  juga berhampiran dengan restoran keluarga Meor.

Aku dah lupa apa nama restoren tu, tapi pernah sekali dua mengikut Meor kesana.
Bila Finas ditubuhkan dan pembangunan pesat dikawasan sekitarnya berlaku, maka
gerai makan, warung termasuk restoren bapa Meor terpaksa tutup.

Membesar dikawasan orang 'bikin wayang' atau 'wayang pusing, Meor mempunyai banyak
koleksi cerita menarik mengenainya.

Ada la dua tiga kisah yang pernah diceritakan kepada kami ketika duduk bersembang.

Rupanya Meor pernah berlakun sewaktu remaja dulu dalam sebuah filem keluaran
Studio Merdeka. Nama filem tu, apa watak yang dibawanya sampai hari ni masih menjadi
rahsia beliau. Puas kami bertanya, namun dia hanya menjawab sambil tersengih. "Adalaaa".

Yang sah bukan hero. Bukan Crook. Mungkin pegang tombak? Mungkin? Who Know?

Meor juga pernah menceritakan gelagat orang tengah yang menge'POW' duit dari pelakun-pelakun tambahan yang dicarinya. Kes amik Komisen le tu. Begitu jugak seribu satu lagak dan perangai diluar scene anak-anak wayang yang disaksikannya secara live.

Dan Meor sempat juga menyaksikan detik-detik terakhir seniman agong kita yang pada
ketika itu melalui zaman suram berkampung di restorannya. 


Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dan krew-krew filem selalu berkunjung
ke Restoran milek keluarga Meor berhampiran Studio Merdeka, Hulu Kelang. 



Kisah misteri... Baju Melayu terbakar

Perkara ini pernah diceritakan Meor kepada kami pada satu hari.

Amir Enterprise ketika itu beroperasi di Damansara Utama.
Zaman mewah. Bonus kencang. Langkah panjang. Bujang trang tang tang.

Menjelang Hari Raya, Baju Melayu sepersalinan dibeli.

Tak pastilah samada berlaku sebelum atau selepas Hari Raya.

Pada suatu hari... (jeng jeng jeng.. bunyi muzik saspen), Meor membuka almari bajunya.
Dan... terperanjat besar apabila mendapati 'pakaiannya' itu hangus seperti terbakar.

Ada peristiwa disebalik ceritera ini. Tapi... cukuple setakat tu.




Anak Omak.
Meor diapit oleh dua puterinya.
Sepuluh tahun berlalu... dah bosau.
Gambar: Pesbok Meor


Dari Stadium Merdeka ke Dataran Merdeka

Kalau tak silap tahun 1988. Akupun dah lupa apa 'acara besar' yang berlangsung
pada waktu itu.

Hari Kebangsaan atau Tahun baru.? Lupa habis.
Pejabat pada waktu ini di Jalan Genting Kelang, Setapak.

Aku, Meor, Hasbulah, Munah segaraga dan Din Tamblong membuat
perancangan untuk 'bersiar-siar' menghabiskan cuti umum ditengah ibu kota.

Maka bermula pada awal pagi kami ke Stadium Merdeka.
Berjumpa dihentian Bangkok Bank. Berjalan kaki ke Stadium.

Pagi hingga ke tengah hari didalam perut Stadium menyaksikan entah pertunjukkan apa.

Hujan renyai-renyai mula turun sewaktu kami melangkah keluar Stadium.
Kemudian menapak ke Dataran Merdeka.

Singgah makan. Berehat. Ronda-ronda...

Malamnya, kami ditengah ribuan pengunjung di Daratan Merdeka menyaksikan entah apa show... ada bunga api lagi.

Itule 'xpdc' yang pertama dan terakhir. Letih ooo.




1986... "Malam 10 tahun Amir Enterprise".
Kumpulan 'SADAKA-EMMABU' bikin gempaq.
Gabungan wartawan, jurugambar dan grafik berjaya
men'SUMBANG'kan lagu 'Impian Anak Jalanan'. Sifu M. Nasir
yang turut membuat persembahan pada malam itu
hampir pulang ke Singapura untuk menguburkan grup Kembara.
Apapun, kami menang malam itu... theeeheehiieee.
Dari kiri... Shirmy, Gua, Meor, Asemudin, Pakya, Kayla dan Nan Ungai.
Band pengiring: Polis-PPH, Cheras.


 Buat kerja 'Gila'... berhenti serentak.

Bila Amir Enterprise berpindah dari Jalan Genting Kelang ke Petaling Jaya pada tahun
1990/1991 kalau tak silap.... aku, Meor dan beberapa kawan lain turut serta kesana.

Kedudukkan syarikat pada waktu itu agak kurang stabil. Ada yang angkat kaki ketempat lain,
yang setia pun ramai.

Aku sebenarnya sebelum itu 'terpaksa'... diulangi 'terpaksa' berhenti dan berhijrah ke
Karangkaraf di Taman Tun kerana akhbar Mingguan Wanita pada waktu itu di gantung
penerbitannya oleh KDN pada 1989 atas sebab tertentu.

Aku di Karangkraf selama tiga bulan dan kembali menyertai Amir Enterprise semula dengan
muka yang agak tebal.

Di PJ, pejabat yang berhampiran dengan Balai Bomba itu, aku kembali ke meja Mingguan Wanita setelah pengharamannya ditarik balik KDN.

Entah apa hantu atau jembalang yang merasuk atau tertekan dengan pelbagai
masalah dan ketidakpuasan hati yang bersarang dihati.... aku, Meor dan Tahir mengambil
keputusan untuk meletakkan jawatan sebagi pereka grafik.

Kami 'The Three Stoogges' berhenti serentak.
Membawa haluan masing-masing.

Aku tak tahu apa perasaan Pak Harun. Tetapi melalui rencana pengarang majalah Keluarga, anak beliau (Kak Shimah) telah meluahkan 'kekesalan dan kekecewaannya'.

Maafkan le kami.

Aku tak tau le Meor dan Tahir. Tapi... aku telah melalui 'keperitan' yang amat panjang dari
tindakkan yang 'kureng cerdik' itu. Padan muka aku.



1988...?  Meraikan last day dua budak pompuan practical dari ITM.
Dari kiri.... Mali jr, Mat Rock (missing in action), Gue, Emma, Meor.
Berdiri... Allahyarham Tahir, Omar Suib dan Jamm.



Ajuk cakap boss

Salah satu perkara yang agak menarik dan kelakar di Amir Enterprise, mereka suka meniru suara Boss.

Bila Pak Harun Hassan mengeluarkan sebarang arahan atau bercakap mengenai sesuatu perkara, maka mereka akan menirunya.

Bukan didepan, dibelakang.
Saja-saja bergurau. Endingnya semua ketawa.

Antara yang suka mengajuk cara Pak Harun bercakap ialah Don, Yusof Taib dan semestinya Meor.
Kekadang, yang boss tak cakap pun depa cakap jugak. Tapi menggunakan lenggok
Bosss.... Macam-macam pesen.


'Berita penting dari Meor' 

1993... berlaku peristiwa yang tak dapat aku lupakan sehingga kehari ini.
Aku baru tiga bulan bekerja di Pustaka Delta yang terletak di PJ ketika itu.

Satu hari, iaitu malam ke 11 Ramadan selepas berbuka puasa dipejabat dan baru memulakan tugas, telefon tiba-tiba berdering.

Tony, teman sekerja yang menjawab panggilan itu kemudian berkata... "Man... you punya
bapa panggil... dia marah you belum balik lagi"...

Rupanya Meor dihujung talian. Selepas berbual beberapa saat, Meor kemudian memecah suasana:...

"Man... aku ada satu berita penting!" "Bapa kau meninggal".

Haa!? terkejut dan lain-lain perasaan bercampur baur. Blur sekejap.
Apa lagi, kelam-kabut le malam tu nak balik kampung...

Sebenornya, bapa aku meninggal petangnya. Member serumah yang baru masuk lambat
bertindak. Hasbullah pulak lambat balik... jadi... jadilah lagutu...

Terima kasih le Meor.


Meor dapek menantu

Haaa... akhirnya. Tiba masa cerita Meor dapat menantu.

Ashraff anak sulong Meor. Ataupun anak lelaki tunggal dari tiga beradik.
Sewaktu aku mula menetap di Wangsa Maju, beliau masih bayi.

Bila berusia lebih lima tahun, beliau mula mengenali kami.
Apatah lagi, aku dan Hasbullah sering kerumahnya.

Ashraff juga sering mengikuti bapanya kerumah kami pada hari minggu.
Macan. Itulah nama panggilannya padaku.

1986... Malam keluarga Amir 10 tahun.
Pengantin lelaki 'Ashraff' dalam dukungan Kayla.
Berapa umog dia masa tu? Maybe roundabout 2 @ 3 years.
And... who  the hell guy@mangkuk beside him?
Bikin semak ajer... poe main jejauh... syuh... syuhhh. 


Kekadang Meor membawa Ashraff kerumah bujang kami...
Dia minat main keyboard Yamaha aku. Mula-mula main dengan
tangan.... peh tu dia start boring... hentam main dengan
kaki.... alamak. Dan-dan aku off... isk ishk ishh.



Tak banyak yang dapat diceritakan kisah Ashraff bila dia mula bersekolah dan kealam pekerjaan.
Ini kerana selepas beliau sekeluarga menetap di Taman Seri Gombak, jarang kami berjumpa. Hanya berhubung menerusi telefon dan sms aje.

Kali terakhir aku dan Hasbullah kerumah Meor ialah sekitar tahun 2000.

Ashraff bertemu jodoh dengan orang 'Ganu Kite'.
Mereka berdua selamat dinikahkan pada satu majlis yang berlangsung diTerengganu
awal Mac lalu.

Manakala kenduri di rumah pengantin lelaki pada 1 Mei ini.
Pastinya Meor dan isteri tengah sibuk mengurus dan membuat persiapan
kenduri hujung bulan ini. Maklum le, menantu pertama.

Ramai kawan-kawan lama khabarnya dijemput.
Tak sabar juga aku nak berjumpa, insyallah.

Buat sahabatku Meor dan isteri, selamat menerima menantu.
Dan semoga terus dirahmati dunia dan akhirat.
Selamat Pengantin Baru Ashraff dan isteri.
Semuga diberkati dunia dan akhirat.
Cepat anugerahkan 'Datuk' kepada Ayahanda dan Bonda kamu.
Gambar: Pesbok Meor.