Sabtu, 4 Februari 2012

when the smoke is going SERVER down... - part 5

Baca Bahagian Pertama - disini
Baca Bahagian Kedua - disini
Baca Bahagian Ketiga - disini
Baca Bahagian Keempat - disini
Set square. Selain
untuk kerja grafik, ianya
juga boleh digunakan
untuk menggaru belakang
yang gatal... Ceh.



Cutter, Set square dan Bofaset

Sebelum kerja-kerja menampal dilakukan, artikel perlu dipotong.
Dah tentu kena gunakan pisau. Bukan pisau pelit atau pisau budak sekolah.
Pisau mahal punya. Guna gunting pun boleh.

Untuk potongan yang kemas, kena pulak gunakan pembaris.
Pembaris besi atau set square sering digunakan.

Set square juga digunakan untuk mengadjust artikel yang ditampal agar selari dan kemas.
Bofaset pula banyak digunakan rakan-rakan di advetising.  



Set teknikal pen yang
menjadi igauan
ketika mula memasuki alam
pekerjaan dulu.


Dapat gaji je, merayau
ke Jalan Petaling.
Teknikal pen


Banyak-banyak peralatan grafik, inile 'makhluk' yang paling ana suka sekali. Banyak suka ooo.

Nak kenal 'Mat-Mat Grafik' time ni senang je.
Tengok kat poket baju dia.
Fuh. Mesti ada paling koman sebatang teknikal pen.
Dihujung jari masing-masing ada kesan hitam dakwat.

Dah tentu jenama Rotring.
Pen buatan German ini begitu famous dan glamour pada waktu itu.
Harga dia jangan cakap le.

Dapat beli sebatang pun syukur.
Tapi tengok dia punya set... pehh... meleleh air liur.

Teknikal pen digunakan untuk membuat garisan dan kotak gambar.
Ia juga digunakan kartunis untuk melukis kartun dan membuat illustrasi.

Bukan setakat pen, pisau
punya design pun nampak
cun dimata aku.
So... koleksi pisau pun
ada... pandai depa.

Pantang teknikal pen ini ialah jangan jatuh je.
Kalau jatuh, kiok.
Ia juga perlu dicuci bila aliran dakwat mula tersangkut.

Banyak jugak gaji aku dulu yang tak seberapa tu melayang untuk membeli pen-pen teknikal ini.

Kekadang tak rancang pun.
Niat asal nak beli kertas.
Sampai kedai mata jadi rambang.
Apalagi sambar le bang.

Gaji aku dulu round about tigo ompek ratus jo.
Silap haribulan, mintak advance kat boss looo.



Dengan bangga menayangkan
kartun yang dihasilkan dengan teknikal pen.

Gambar penulis pada 1982. 18 tahun.
Baru sebulan lebih bekerja
diakhbar Mingguan Tanahair di Jalan Ipoh.
Ni pejabat pertama den dari sembilan pejabat.
Kehkehkeh... 9? Humang aii...

Apa pasai tak berbaju?
Ni dah tengah malam buta.
Semua orang dah balik.
Gua berumah di opis bersama
beberapa staff . Ceh.

Selain Rotring, banyak jenama-jenama lain muncul dipasaran
dengan harga yang lebih praktikal untuk seniman jalanan low cost macam aku ni.

Antara jenama lain yang masih aku ingat ialah Faber Castle dan Uchida.

Sebab-sebab lain hati ingin memiliki pen-pen teknikal ini walaupun dah ada banyak kat rumah
ialah warna dan paternnya yang sangat memikat. Very colurfull and beautiful.

La ni dah takde walaupun sebatang.
Dah guna pen pakai buang. Sebatang limo nam hinggit jugak.

Akhirnya, nasib teknikal pen ni pun sama macam cow gum juga.

Pecah kepala.
Dapat memiliki set teknikal pen merupakan
satu kepuasan. Koleksi berbagai jenama dan saiz
yang dibeli memberi semangat untuk berkarya.

Walaupun gaji yang diperolehi mengalami
defisit dan menyebabkan kerongkong terpaksa
menelan mee ekspress, tapi... den pueh ati.


Baca 'Kartun Mat Scrambler' - disini
(Antara karya awal menggunakan teknikal pen)




100% teknikal pen.

Karya lama aku sewaktu
bertugas di akhbar Mingguan
Tempo di Taman Permata
sekitar tahun 1993.

Tapi masa ni dah tak
pakai cow gum dah.

-------------------------------
Bersambung part 6
  

Jumaat, 3 Februari 2012

When the smoke is going SERVER down - part 4

Letraset


Apa itu Letraset?

Ianya juga satu lagi komponen penting dalam industri penerbitan seperti cow gum.
Letraset  tersedia dalam berbagai bentuk iaitu tulisan atau imej.


Beribu-ribu typeface @ font dan imej ada dalam letraset.

Pilih sahaja mana yang berkenan dan bersesuaian dengan konsep rekabentuk yang telah ditetapkan.


Biasanya setiap syarikat penerbitan menggunakannya sebagai kepala berita atau headline.
Letraset.
Digunakan untuk
membuat tajuk rencana.
Selepas kehadiran teknologi
Apple, letraset terus di let throw set.


Aku pun taktau nak menerangkan lagu mana depa mencipta menatang letraset ini.

Yang aku tau, kita tenyeh saja mana-mana huruf yang kita nak diatas kertas.

Sebelum menenyeh kena le draw line yang nipis dengan pensil dulu untuk memastikannya selari.

Kecuali diatas dummy page majalah atau akhbar. Sebab linenya sudah tersedia.
Menenyehpun harus hati-hati. Huruf-huruf diatas letraset ini mudah terkoyak.

Kebanyakan pengguna tegar letraset dahulu kala ialah syarikat-syarikat pengiklanan.
Manakala penerbit-penerbit akhbar tabloid dan majalah pula menggunakannya pada awal penerbitan sahaja.


Oleh kerana kosnya 'boleh tahan' mahalnya, penerbit-penerbit yang agak miskin dan yang ingin berjimat
mencetak semula letraset ini diatas art paper.

Cuma kali ini sistem 'tenyeh' tidak terpakai lagi, sebaliknya kena le memotongnya satu persatu. 

Cheh.
Akupun pernah melalui zaman ini. Lenguh le jugak tangan kalau kena heading yang panjang.

Contohnya seperti:  
'M.Nasir jual gitar tong buat tambang ke Kuala Lumpur.' atau...
'Miki, Maro dan Nuek ditawar ke Hollywood bintangi filem Rambo-liau' atau...
'Datuk Azman Taha dijangka membeli Studio HollyBollyIndoMalywood' (contoh je).

Sebelum memotong kena le membilang ada berapa huruf 'A'. Ada berapa huruf 'N'.
Pehhh. Kalau sehari dok potong lima, enam heading panjang, mau tergeliat urat lengan.


Font untuk mesin IBM.
Boleh diprogramkan.
Bunyinya agak bising bila beroperasi.
Boleh ditukar font bila-bila masa.


IBM, Lynotype dan Bromide

Kemudian muncul beberapa lagi alternatif selain menggunakan letraset.
Ada beberapa syarikat menyediakan perkhidmatan menaip artikel menggunakan mesin
Lynotype dan juga perkhidmatan bromide.

Mesin IBM dulu.
Bila malam dah takde
orang. Aku pun apalagi,
taip surat hantar kat
kampung.
Melalui mesin lynotype artikel dan tajuknya akan diproses melalui mesin berkenaan
dan dicetak diatas kertas licin.

Artis grafik cuma perlu memotong tajuk berita dan berita  sebelum memulakan kerja-kerja grafik.
Lebih senang dari letraset.

Tapi, ini pun menelan banyak kos dan masa.
Mahu tidak mahu, syarikat penerbitan perlu memiliki mesin-mesin berkenaan demi
kelancaran proses penerbitan.

Antara yang popular dahulu ialah mesin IBM.
Apple Macintosh tahun 1984.

Banyak digunakan oleh syarikat
penerbitan bila tin-tin cow gum
mula dipinggirkan.

Mesin ciptaan Steve Job dan
rakannya ini perlahan-lahan
mendominasi pasaran 'grafik'
dengan rekaan dan keupayaan
yang mengalami proses
penambahbaikan
dari tahun ke tahun hingga
sekarang.


Mesin ini boleh diprogramkan untuk menaip artikel dan mempunyai banyak font mudah alih.
Agak bising dan perkataan yang ditaip mudah tertanggal selain tiada font bersaiz besar untuk heading.

Manakala lynotype agak praktikal walaupun perlu selalu di service kerana ia menggunakan
bahan chemical.

Mesin-mesin ini samada dibeli atau disewa.
Itu le yang jadi masalah bila ada syarikat yang meskin gagal melunaskan bayaran bulanannya.

So, apalagi. Main aci le dengan Ah Cong yang ingin menagih utang dan ingin menarik barang.

Akupun pernah melalui situasi ini.

Kesemua mesin-mesin ini dicampakkan kelaut bila teknologi yang lebih canggih dan mudah tiba dibumi Malaysia. 

-------------------------------------
Bersambung... Bahagian 5


Nak baca bahagian 1- klik sini

Nak baca bahagian 2 - klik sini

Nak baca bahagian 3 - klik sini

Nak baca bahagian 5 - klik sini

When the smoke is going 'SERVER' down... pt 3

Cow Gum
Majalah Kisah Cinta terbitan
Amir Enterprise. Antara majalah
terawal tempat aku berkarya
sewaktu masih bersekolah.

Apabila aku menyertai
Amir Enterprise sebagai
perekabentuk
grafik pada 1986,
aku ditempatkan
dimajalah ini selama
beberapa tahun
bersama otai Meor
dan Abang Wan.

Apalagi cowgum la
night and day.


Apa itu Cow Gum?
Ia bukanlah sejenis makanan berasaskan lembu. Bukan.

Kalau makan kompom mampus. Diulangi gerenti mampoih. Ule lagi...make mu mapoh.

Cow Gum adalah sejenis gam. Tu je. 

Ia adalah komponen penting dalam proses pembikinan rekaletak majalah atau surat khabar.
Tanpanya alamat kerja tak jalan.

Dengannya, perekaletak atau pasteup artis akan menampal segala artikel dan gambar diatas kertas kilat @ art paper yang dipanggil dummy.

Aku mula mengenali dan menggunakan cow gum yang hampir pupus ini dipenghujung 1982
hinggalah ke tahun 1988/89 sebelum era grafik menggunakan komputer mengambil alih perlahan-
perlahan sistem penerbitan tanahair.

Gam ini mesra pengguna.
Senang dibuang kalau terkena tangan.
Tapi, dia punya bau satu macam.
Kalau grafik artis kaki hidu gam, mau dia tersengih sorang-sorang sambil buat kerja.
At last kalau tak kena kick, syarikat pulak kiok.


 

Taik Cow gum.
Setiap grafik artis wajib ada
sorang satu.
Lama kelamaan warnanya
akan bertukar hitam.
 
Taik Cow Gum

Satu hal yang menarik dan unik tentang cow gum ini ialah saki baki gam yang terlekat dijari
dan lelehan ditepi bekas tin atau yang hampir keras dibahagian dalam penutupnya.

Ianya akan digentel oleh grafik artis menjadi bulat sedikit demi sedikit setiap hari.
Lama kelamaan ia akan menjadi satu ketulan getah hitam yang mana saiznya bergantung
kepada situkang gentel.

Kami memanggilnya 'taik cow gum'.

Apa gunanya? Getah ini digunakan untuk membuang saki-baki gam atau 'daki' yang terdapat diatas
artwork sewaktu kerja-kerja paste-up atau menampal artikel dibuat.

RONSON...
Satu lagi teman
artis grafik.

Ianya digunakan
untuk menanggalkan
artikel yang telah
ditampal.

Tanpa Ronson,
artikel yang hendak
 ditanggal berisiko
terkoyak.


Selepas mencuci 'daki', barulah artwork kita nampak kemas dan bersih.
Boleh dikatakan setiap grafik artis mempunyai ketulan 'taik cow gum' ini.

Angin satu badan jika ada kengkawan yang meminjam dan menjadikannya harta pusaka atau menghilangkannya selepas pinjam.
Kalau dah takde kerja, bolehlah membaling kepala kawan-kawan dengannya.

Dialog dibawah biasa didengar di unit rekabentuk dahulu.

" Oi Meor, baling taik cowgum sat. Mangkuk hayun mana
pinjam tak kasi balik."
" Ai... macam kenal je taik cow gum ni Uda Asim" 

Menggunakan 'perisian cow gum'  mengingatkan aku pada penoreh getah.
Selepas habis menoreh, getah yang 'menumpang' ditangan akan dibersihkan.

Begitu jugak pada grafik artis dulu.

So... kalau tak jadi grafik artis, jadi penoreh pun sama jugak.
Kedua-duanya mementingkan aspek seni.

Seni visual yang cuma berbeza medium.


Gambor Jun 1987.
Penulis di Amir Enterprise yang berpengkalan
di Jalan Genting Klang, Setapak. Bikin layout majalah
Kisah Cinta merangkap kartunis hampeh.
Tin cowgum dan teknikal pen peneman
sewaktu bertugas.
                                                            Bersambung lagi... part 4
Klik sini... Baca bahagian kedua...

Khamis, 2 Februari 2012

when the smoke is going 'SERVER' down - pt 2


Dalam kenangan. 
Berbagai ragam manusia ada dalam bas mini ni.





GILA-GILA... meniti
zaman kegemilangan
sewaktu era Cowgum. 
Satu-satunya
majalah humor yang 
masih bertahan
hingga sekarang
walau tak sehebat
dulu.
 Bas mini fever

Suasana zaman Cowgum amat berbeza sekali dengan zaman komputer dan internet sekarang ini.

Antara perbezaan ketara ialah pengangkutan ketempat kerja.

Kebanyakkan budak-budak grafik berkenderaan sendiri la ni.
Paling koman pun, kapcai. Senang nak mencelah.
Kereta tu biasa sangat la. Lebih sudu dari kuah kekadang.
Boss naik kancil je. Dia bawa gajah.

Dulu, nak habag bagi... ya dulu... bas mini je la yang ada. Bayar lima puluh sen atau lima kupang sampai depan pintu pejabat.
Nasib tak baik, bawah jejambat. Kes bawa laju.
Semua penumpang dia sebat dan sumbat.
Dalam bas sendat dan padat... macam ketupat.

Bermaharajalelanya bas-bas mini membelah jalan, mencelah lorong dan memanjat divider disegenap pelusuk ibu kota menjadi bualan pengguna-pengguna jalanraya di ibu negara.

GELIHATI... muncul
selepas Gila-Gila
meledak dipasaran.





Dan itu adalah pemandangan biasa di Ibukota dizaman Cowgum dulu.
Cukup biasa.
Berat mata polis trafik dan JPJ memandang, berat lagi azab
penumpang didalam.

'Belakang lagi...lagi dan lagii.. naik-naik...
boleh masuk lagi...oii...masuk dalam lagii..'

Suara serak-serak kering sumbang konduktor bas mini berwajah bengis mengarahkan penumpang masuk kebelakang yang penuh sesak lagi
meyesakkan masih segar di ingatan. Kekadang... syok jugak berhimpit-himpit tuh. Cheh!

Diwaktu ini, industri penerbitan begitu rancak berkembang memeriahkan kedai mamak dikota dan desa dimana akhbar tabloid dan majalah silih berganti diterbitkan.

Dari berteraskan hiburan, keluarga, politik, sukan, misteri dan
BATUAPI... lahir
tidak lama selepas
itu menambah 
kemeriahan
dunia kartun
negara.


kartun semua ada.
Nasib baik bertahan lama. Tak baik kalu, merana.



Yang untung... yang kena kelentong

Yang dah tentu untung ialah pencetak (Ah Seng), dan syarikat
pemisah warna. (Ah Song)
Tapi...yang paling untung besar ialah pengedar. (Muniandy)

Untung atas angin bawah angin semua dia sapu.
Yang dok keluar modal, berpeluh ketiak bikin majalah ialah Ali.
(Melayu la tu)
Yang ikut pintu belakang lari dari orang bank, main aci dengan staf (kes tak bayar gaji) ialah Ahmat (pun Melayu).


 SALINA... majalah
komik terunggul
karya Rizalman
terbitan Raz Studio
selain Bujal.


Tu belum kes pejabat kena sita dengan mahkamah. (aku pernah terjebak sekali... hwaaaaaaa) Tak termasuk mesin IBM yang digunakan untuk menaip artikel nak kena tarik sebab miss bayar.
(pun kompeni Melayu)


Buka tutup buka...

Tak laku, tutup. Buka majalah baru.
Kena ban, lingkup. Buka kompeni baru.
KDN kena tarik, tak serik. Apply KDN baru.

Gitulah... rempah ratus, sepak terajang dunia majalah dan surat
khabar tabloid pada waktu itu.
Dan... aku adalah salah seorang pemain yang turut terlibat sama.
Lama pulak tu, sampai la ni.

Pahit, perit, sempit, manis arus penerbitan diwaktu itu aku
turut sama melaluinya.

Suka atau terpaksa kena le menghadapinya.

Nak sangat duduk Kuala Lumpur. Nahh... 'amekaw'.



NOSTALGIA BUJAL...
aku pernah hantar gambar untuk ruangan
AGEBU @ aku geng bujal. Masa sekolah dulu la.
Lepas gambar tersiar, dapek surat layang
dari geng Sarep Dol kampung sebelah.
Cilakak betulII.
Tu belum muko den masuk
dalam penhaus ko, pleboi ko...

(Semua cover majalah dalam blog ini,
di copy dari blog-blog tempatan)

 
Cow Gum

Apa itu Cow Gum?
--------------------------
Bersambung - part 3