Jumaat, 3 Februari 2012

When the smoke is going 'SERVER' down... pt 3

Cow Gum
Majalah Kisah Cinta terbitan
Amir Enterprise. Antara majalah
terawal tempat aku berkarya
sewaktu masih bersekolah.

Apabila aku menyertai
Amir Enterprise sebagai
perekabentuk
grafik pada 1986,
aku ditempatkan
dimajalah ini selama
beberapa tahun
bersama otai Meor
dan Abang Wan.

Apalagi cowgum la
night and day.


Apa itu Cow Gum?
Ia bukanlah sejenis makanan berasaskan lembu. Bukan.

Kalau makan kompom mampus. Diulangi gerenti mampoih. Ule lagi...make mu mapoh.

Cow Gum adalah sejenis gam. Tu je. 

Ia adalah komponen penting dalam proses pembikinan rekaletak majalah atau surat khabar.
Tanpanya alamat kerja tak jalan.

Dengannya, perekaletak atau pasteup artis akan menampal segala artikel dan gambar diatas kertas kilat @ art paper yang dipanggil dummy.

Aku mula mengenali dan menggunakan cow gum yang hampir pupus ini dipenghujung 1982
hinggalah ke tahun 1988/89 sebelum era grafik menggunakan komputer mengambil alih perlahan-
perlahan sistem penerbitan tanahair.

Gam ini mesra pengguna.
Senang dibuang kalau terkena tangan.
Tapi, dia punya bau satu macam.
Kalau grafik artis kaki hidu gam, mau dia tersengih sorang-sorang sambil buat kerja.
At last kalau tak kena kick, syarikat pulak kiok.


 

Taik Cow gum.
Setiap grafik artis wajib ada
sorang satu.
Lama kelamaan warnanya
akan bertukar hitam.
 
Taik Cow Gum

Satu hal yang menarik dan unik tentang cow gum ini ialah saki baki gam yang terlekat dijari
dan lelehan ditepi bekas tin atau yang hampir keras dibahagian dalam penutupnya.

Ianya akan digentel oleh grafik artis menjadi bulat sedikit demi sedikit setiap hari.
Lama kelamaan ia akan menjadi satu ketulan getah hitam yang mana saiznya bergantung
kepada situkang gentel.

Kami memanggilnya 'taik cow gum'.

Apa gunanya? Getah ini digunakan untuk membuang saki-baki gam atau 'daki' yang terdapat diatas
artwork sewaktu kerja-kerja paste-up atau menampal artikel dibuat.

RONSON...
Satu lagi teman
artis grafik.

Ianya digunakan
untuk menanggalkan
artikel yang telah
ditampal.

Tanpa Ronson,
artikel yang hendak
 ditanggal berisiko
terkoyak.


Selepas mencuci 'daki', barulah artwork kita nampak kemas dan bersih.
Boleh dikatakan setiap grafik artis mempunyai ketulan 'taik cow gum' ini.

Angin satu badan jika ada kengkawan yang meminjam dan menjadikannya harta pusaka atau menghilangkannya selepas pinjam.
Kalau dah takde kerja, bolehlah membaling kepala kawan-kawan dengannya.

Dialog dibawah biasa didengar di unit rekabentuk dahulu.

" Oi Meor, baling taik cowgum sat. Mangkuk hayun mana
pinjam tak kasi balik."
" Ai... macam kenal je taik cow gum ni Uda Asim" 

Menggunakan 'perisian cow gum'  mengingatkan aku pada penoreh getah.
Selepas habis menoreh, getah yang 'menumpang' ditangan akan dibersihkan.

Begitu jugak pada grafik artis dulu.

So... kalau tak jadi grafik artis, jadi penoreh pun sama jugak.
Kedua-duanya mementingkan aspek seni.

Seni visual yang cuma berbeza medium.


Gambor Jun 1987.
Penulis di Amir Enterprise yang berpengkalan
di Jalan Genting Klang, Setapak. Bikin layout majalah
Kisah Cinta merangkap kartunis hampeh.
Tin cowgum dan teknikal pen peneman
sewaktu bertugas.
                                                            Bersambung lagi... part 4
Klik sini... Baca bahagian kedua...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

...angin barat gambar solo...