Sabtu, 7 Jun 2014

kartunis DEE... bahagian 2


Memori lama. Barisan kartunis KAWAN.
Karikatur oleh Maro untuk keluaran Aidilfitri.

SIAPA DEE?
-------------------------------------------------------
Tak banyak kisah peribadinya yang aku tau.
Tau macam-macam tu je. Ingat-ingat lupa. Ala buat-buat lupa lah.

Asalnya dari Perak. 
Senegeri dengan Datuk Lat. Ceh... sama dengan Miki dan Nuek.   

Penyokong kuat skuad bola Seladang.
Miki 
Kalau Seladang rebah, disokongnya pula
Singa Utara.
Red Giant pun termasuk dalam senarai.

'Aku duduk di Selangor, kenala sokong Selangor.'
Kata beliau sewaktu di pejabat di Taman Shamelin lama dahulu setelah di provoke oleh kengkawan bila Red Giant ke final Piala Malaysia.

Dari sudut raut wajah, Dee ditinggalkan jauh oleh Miki. 
Hmm... jauh betul.
Dari segi keramahan, memang dia peramah 'segeng' dengan budak-budak lain kecuali 'mamat' yang tengah menaip story ni. Ceh.

HALLO BOSS di UTUSAN PRINTCORP
-------------------------------------------------------
Sebelum menyertai Utusan, aku selalu menatapi karya-karya Dee yang berkisar kisah-kisah dipejabat iaitu Hallo Boss.

Selain menikmati lawak yang diketengahkannya, aku juga tertarik dengan stroke lukisan beliau. Setiap garisan begitu lembut dan bermakna menandakan beliau memang talented.
Tiga watak utama iaitu si Boss, Rosli dan Liza menjadi santapan pecandu kartun bagi pembaca setia akhbar Utusan Malaysia.

Bila aku menjejakkan kaki di Utusan pada tahun 1994, aku ditempatkan dibahagian majalah. Dee waktu itu berada ditingkat
atas bersama satu unit lain.

Dua tiga bulan di bangunan yang sama,
masih tidak mengenali beliau.
Aku sibuk dan berpeluh di majalah WANITA,
Dee pula dengan tugasnya.

Peluang bertemu Dee tercapai bila suatu pagi, Allahyarham Shukor Lin (Boss Grafik pada waktu itu) mengajak aku menyertai sesi 'lampas otak' disebuah hotel di ibu negara.

Sesi selama sehari itu bertujuan membincangkan 'pengisian' sebuah majalah kartun
untuk remaja bawah 15 tahun.

Tiga bulan selepas itu, lahirlah majalah KAWAN. 
Dannn... akupun kenal la Dee.


IKUTI BAHAGIAN 3
MELAWAK AJE 1
(Setiap Sabtu dalam sisipan DOT.COM/ Utusan Malaysia)
MELAWAK AJE 2
MELAWAK AJE 3

Jumaat, 6 Jun 2014

kartunis DEE... siri -1

Kartunis DEE.
Beliau melarang keras
gambarnya disiarkan
sambil memberi amaran.
'Lu Siar, Gua Saman!'

MUKA'DEE'MAH:
----------------------
Sebenarnya dah lama aku nak berhikayat tentang rakan-rakan kartunis aku yang berbakat besar ini. Mereka masih aktif melukis seperti dahulu. Walaupun slow tapi masih steady.

Slow... yalah, umur makin bertambah 'tak muda'.
Steady... idea masih power walaupun 'imbuhan' yang diterima agak menyedihkan. 

Dee, Miki, Maro, Roslim, Kazim, Shah, Nuek, Alin, Rosli Usin, Shaiful (Allahyarham), Mas Joko, Huzzier, Dan dan Al-Zafran antara rakan-rakan lama yang bertungkus lumus menghiasi setiap helaian majalah KAWAN sepanjang ia diterbitkan pada 1994. 

1. Majalah KAWAN
2. Majalah KAWAN
3. Majalah KAWAN

Dari segi rating,  kartunis Dee berada diatas carta berbanding kengkawan kartunis lain.
Karyanya telah kita tatapi setiap hari sejak puluhan tahun lalu sehingga kini didalam akhbar Utusan Malaysia.

Kelahiran majalah KAWAN, menambah koleksi kartun beliau.
Kini karyanya banyak menari-nari agogo dan bosanova didalam akhbar KOSMO.
Siri popularnya, 'Hallo Boss' pula terus bertahan sehingga saat ini. 

Tidak keterlaluan, nama beliau patut dipahat dalam Malaysia Book of Record.
Setidak-tidaknya bagi kategori 'Kartunis paling banyak@lama berkarya.
ataupun sekurang-kurangnya 'Kartunis yang paling banyak membayar income-tax.'

Itu pandangan aku je.


IKUTI BAHAGIAN 2



WATAK PERTAMA ROSLI dalam Hallo Boss.

WATAK KEDUA ....

WATAK KETIGA. Pilih satu mana watak anda.

BACA BAHAGIAN 2
BACA BAHAGIAN 3
BACA BAHAGIAN 4

CADBURY... (Hanya peduli isu Cadbury?)

Soalan
ISU coklat yang dikesan mempunyai Asid Deoksiribonukleik (DNA) babi menjadi isu yang besar dalam kalangan masyarakat Islam. Bagaimana seharusnya sikap seorang Muslim dalam menangani isu-isu sebegini?

Jawapan Ustaz
Perhatian besar umat Islam dalam isu ini adalah sikap yang baik dan terpuji. Mereka prihatin dan cakna dengan isu makanan halal agar tidak ada sedikit pun makanan haram masuk ke dalam mulut mereka.
Namun begitu, semangat keperihatinan ini sewajarnya dipandu oleh ilmu. 
Antara pedoman dalam isu ini ialah:
  • Kewujudan DNA babi dalam sesuatu makanan mempunyai beberapa kemungkinan. Mungkin memang bahan DNA babi antara bahan asas dalam pembuatannya, mungkin sengaja disabotaj dan mungkin tercemar. Oleh itu, pemeriksaan teliti perlu dilakukan agar tidak berlaku kezaliman terhadap mana-mana pihak.

    AL-SYAIKH MOHAMMAD
    NIDZAM ABDUL KADIR
  • Jika DNA babi adalah bahan dalam pembuatan makanan tersebut tetapi disembunyikan, maka ia tindakan yang salah dan amat tidak beretika. Tindakan tegas mestilah diambil.

    Namun jika ia disabotaj atau sekadar tercemar, maka kita perlu berfikir dengan lebih rasional.

    Kaedah fikah menetapkan bahawa keyakinan tidak hilang dengan keraguan. Maka keyakinan bahawa sesuatu makanan adalah bebas DNA telah dibuktikan sebelum sijil halal dikeluarkan.

    Namun wujud keraguan kerana ujian terbaharu mendapati ada unsur DNA babi. Keyakinan bahawa ia bebas DNA babi terbatal jika wujud keyakinan yang lain pula, bukan sekadar syak dan prejudis.
  • Kajian pengesahan sijil halal telah dilakukan oleh pihak yang berkuasa dalam hal ini. Maka umat Islam sewajarnya berpegang dengan kajian dan keputusan yang telah dilakukan. Pihak pengeluar sijil halal mempunyai prosedur operasi standard (SOP)yang profesional dalam mengeluarkan sijil halal.

    Jika kita sendiri tidak yakin dengan sijil halal tersebut, maka umat Islam akan berada dalam kehidupan yang sukar dalam isu-isu yang lain. Contohnya bagaimana dengan restoran, makanan di hotel, kedai-kedai tertentu dan bahan makanan lain.

    Jika bahan makanan dan kedai makan yang mempunyai sijil halal yang sah pun tidak digunakan dan tidak dipercayai, bagaimana dengan bahan makanan dan kedai makan yang langsung tidak mempunyai sijil halal?

  • Pandangan bahawa umat Islam yang telah makan makanan mengandungi DNA babi hendaklah menyucikan darah adalah pandangan yang pelik. Islam tidak menuntut perkara tersebut. Dalam nas al-Quran, disebutkan bahawa tiada dosa ke atas orang Islam yang beriman dan beramal soleh dalam apa juga yang telah dimakan.

    Sesungguhnya para sahabat telah minum arak ketika arak belum diharamkan.
    Apabila arak diharamkan, maka para sahabat yang masih hidup tertanya-tanya tentang sahabat yang sudah meninggal dunia dalam keadaan mereka minum arak ketika arak belum diharamkan. Maka nas al-Quran menjelaskan bahawa tiada dosa dalam isu ini.

    Kes yang sama berlaku dalam isu ini. Makanan tersebut dimakan dalam keadaan wujudnya pengesahan halal.

    Cuma sekarang ini, ada laporan tidak rasmi menyatakan bahawa ia mengandungi DNA babi lalu sijil halalnya digantung. Maka tidak perlu dibimbangi dengan perkara yang lepas.
  • Terdapat maksiat-maksiat lain yang lebih besar dosanya daripada makanan yang dikatakan mempunyai DNA babi. Maksiat rasuah, maksiat judi, maksiat mencuri, maksiat riba dan sebagainya adalah maksiat yang mana dosanya lebih besar daripada DNA babi. Namun malangnya sebahagian umat Islam memandang sepi dosa-dosa ini.
        .............................................................................................................................
  • AL-SYAIKH MOHAMMAD NIDZAM ABDUL KADIR (al-Jarumi) 
  • Pensyarah, Jabatan Bahasa al-Quran, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

BACA DISINI...UTUSAN ONLINE
www.utusan.com.my 
(Artikel diatas disiarkan dalam sisipan MEGA, akhbar Utusan Malaysia bertarikh 6 Jun, 2014)

Khamis, 5 Jun 2014

SELAMAT 'PENGANTIN BARU' KAK NGAH


  PASANGAN pengantin.
Kedah vs Terengganu.
.........................................

'Selamat Pengantin Baru...(Trengtengtengggg)
Selamat Berbahgia' (tengtenggtenggg)
(Lagu' Pengantin' - Saloma)


MAJLIS berlangsung penghujung Mei lalu.
Penuh meriah, walaupun ada sedikit kerisauan
kerana petang hingga kemalam sebelumnya
hujan agak lebat dan lama.

Alhamdulillah. Hari kenduri cuaca terang benderang.
Bermula dengan majlis akad nikah di masjid Kobah
kira-kira 10 minit perjalanan dari rumah pengantin.

Kobah terletak ditengah antara Pendang dan Kota Sarang Semut.

Debaran pengantin berakhir bila rombongan
berkereta membawa kedua mempelai pulang kerumah
pengantin perempuan.

Tahlil dan doa kemudian menyusul agar majlis dirahmati-NYA.

Kemudian acara kemuncak berlangsung, iaitu makan le. Apalagi.
Tetamu mula bertali-arus. Tuan rumah mulai sibuk.

Akupun sibuk jugak. Ambik gambor sambil mata melilau mencari
tetamu-tetamu yang lamo tak jumpo.

Kenduri, antara majlis yang mempertemukan saudara mara,
sahabat-handai, kawan-karib yang hilang dipandangan dek perubahan
arus masa. 

Tiada lagu-lagu hindustan berkumandang.
Tiada suara DJ yang kadangkala 'over' dengan
lagu-lagu yang membingitkan.

Tenang. Tetamu dapat berbual sambil makan dengan aman.

Satay, apom balik...
Kebiasaannya banyak kenduri berlangsung sewaktu musim cuti
persekolahan dan kes 'berlaga' tarikh tidak dapat dielakkan.

Tidak menghairankan jika seseorang yang mendapat jemputan
hampir 10 kenduri pada hari yang sama.

Perut cuma ada satu kecuali ada yang membela hantu raya.
Jemputan mesti dan wajib dipenuhi.

Mata tuan rumah kenduri pula 'sangat tajam'.
Setiap tetamu terutama kenalan yang hadir atau tidak cukup diingatinya.
Awas... 'hang tak mai umah aku, aku tak pi umah hang nanti.'

Kerana itulah, menjadi kelaziman sekarang ini tuan rumah menyediakan
makanan alternatif yang berbagai.

Kenyang makan nasi, boleh makan makanan yang lain. Hati tuan rumah
tentunya girang.

Kenduri yang berlangsung minggu lepas dirumah abang kedua 
aku tak terkecuali. Ada Satay, bubur gandum, apom@apam balik
dan aiskrim. Semua sold-out.

Siapa Kakngah?
Pengantin perempuan@Kakngah adalah salah seorang anak saudara
aku yang seramai 21 orang. Tu tak termasuk anak sedara tiri. Tak terkira aku.

Beliau anak kedua dari tiga beradik.

Mungkin dihari perkahwinannya itu Kakngah terasa ketiadaan seseorang.
Ibu kandungnya telah lama menghadap Illahi.
Ibu 'kedua' pula kembali kerahmatullah di tanah suci Madinah tahun lepas.

Sebenarnya kami semua amat-amat terasa akan 'kehilangan' itu.


T'ganu kite
Majlis bertandang ke rumah pengantin lelaki bakal berlangsung
minggu depan di Kampung Makam, Kuala Terengganu.

Tentu best makang kenduri di sana.
Tapi den... mace tak dapek pi yo.
Apa fasal?

'Kerja, kerja, kerjaaa..' 
(Lagu' Kolar Biru' - Kembara)


MAJLIS  akad nikah di Masjid Kobah, Pendang.
Tok imam speaking Kedah berabuk. Nasib baik
pengantin lelaki dah amik kursus...
LAUK 'power ranger' tapi mempelai tak lalu makan.
Biasala... sepatutnya hidang nasi lomak je. Boleh? 
PENYAMBUT tetamu. Standby...
Sepupu, kakak dan abang ipar pengantin perempuan.
AISH dan Lokman (baju merah) bertanggungjawab
mengagih-agihkan aiskrim pada tetamu sambil dipantau
Pakcik Helmi. Satu untuk tetamu, tiga kun depa
dah tibai untuk tekak sendiri. Maklumla panas tu.
Aish... ada bakat meniaga aiskrim.

SEPUPU-sepupu pengantin perempuan
siap sedia untuk meninggalkan majlis. Sementara
dua 'budak' penjaga aiskrim asyik dok balun lagi.
TETAMU dari selatan Thailand dan Vietnam turut
hadir memeriahkan majlis. Mereka berdua
merupakan 'Geng Kongsi Lima' yang aktif
dalam kerja-kerja kebajikan di seluruh Asia Tenggara.

'SELAMAT MELAYARI
ALAM
RUMAHTANGGA'


...........................................................................
(Karikatur dihasilkan oleh sahabat aku, kartunis MARO.
Jika berminat boleh ditempah. Tapi... kena la 'huloq' sikit.)