Sabtu, 7 Jun 2014

kartunis DEE... bahagian 2


Memori lama. Barisan kartunis KAWAN.
Karikatur oleh Maro untuk keluaran Aidilfitri.

SIAPA DEE?
-------------------------------------------------------
Tak banyak kisah peribadinya yang aku tau.
Tau macam-macam tu je. Ingat-ingat lupa. Ala buat-buat lupa lah.

Asalnya dari Perak. 
Senegeri dengan Datuk Lat. Ceh... sama dengan Miki dan Nuek.   

Penyokong kuat skuad bola Seladang.
Miki 
Kalau Seladang rebah, disokongnya pula
Singa Utara.
Red Giant pun termasuk dalam senarai.

'Aku duduk di Selangor, kenala sokong Selangor.'
Kata beliau sewaktu di pejabat di Taman Shamelin lama dahulu setelah di provoke oleh kengkawan bila Red Giant ke final Piala Malaysia.

Dari sudut raut wajah, Dee ditinggalkan jauh oleh Miki. 
Hmm... jauh betul.
Dari segi keramahan, memang dia peramah 'segeng' dengan budak-budak lain kecuali 'mamat' yang tengah menaip story ni. Ceh.

HALLO BOSS di UTUSAN PRINTCORP
-------------------------------------------------------
Sebelum menyertai Utusan, aku selalu menatapi karya-karya Dee yang berkisar kisah-kisah dipejabat iaitu Hallo Boss.

Selain menikmati lawak yang diketengahkannya, aku juga tertarik dengan stroke lukisan beliau. Setiap garisan begitu lembut dan bermakna menandakan beliau memang talented.
Tiga watak utama iaitu si Boss, Rosli dan Liza menjadi santapan pecandu kartun bagi pembaca setia akhbar Utusan Malaysia.

Bila aku menjejakkan kaki di Utusan pada tahun 1994, aku ditempatkan dibahagian majalah. Dee waktu itu berada ditingkat
atas bersama satu unit lain.

Dua tiga bulan di bangunan yang sama,
masih tidak mengenali beliau.
Aku sibuk dan berpeluh di majalah WANITA,
Dee pula dengan tugasnya.

Peluang bertemu Dee tercapai bila suatu pagi, Allahyarham Shukor Lin (Boss Grafik pada waktu itu) mengajak aku menyertai sesi 'lampas otak' disebuah hotel di ibu negara.

Sesi selama sehari itu bertujuan membincangkan 'pengisian' sebuah majalah kartun
untuk remaja bawah 15 tahun.

Tiga bulan selepas itu, lahirlah majalah KAWAN. 
Dannn... akupun kenal la Dee.


IKUTI BAHAGIAN 3
MELAWAK AJE 1
(Setiap Sabtu dalam sisipan DOT.COM/ Utusan Malaysia)
MELAWAK AJE 2
MELAWAK AJE 3

1 ulasan:

  1. Terima kasih atas entri yang menarik ni.. Majalah Kawan memang menemani hidup saya semasa kecil, darjah 6 pada tahun 2000. Harganya cuma RM3.50 senaskhah pada waktu tu. Selepas 2001, saya maakin meningkat remaja dan majalah ni semakin sukar didapati di pasaran, dan bukan lagi jadi keutamaan saya untuk membelinya.

    BalasPadam

...angin barat gambar solo...