Wak Kasbi. Maro dan Dee mengadili acara wajib promosi KAWAN, iaitu peraduan mewarna... |
Dee, Roslim, Nuek dan Mahiran. Acara sama. Lain lokasi. |
DEE... dari Jalan 5 ke Shamelin ke Bangi
SENDAL 1 |
Setelah diterbitkan, ternyata majalah KAWAN mendapat sambutan hebat. Dibawah seliaan Kak Rose dan En. Chamil Wariya (Sekarang Datuk), KAWAN dan pengkaryanya tidak menoleh kebelakang dalam menghasilkan bahan-bahan yang bermutu tinggi.
Memandangkan bakatnya yang hebat, Dee 'ditarik' masuk ke dalam unit majalah oleh Kak Rose dan En. Chamil.
Maka berkampunglah beliau disitu sepenuh masa menyertai kartunis lain memerah otak bersama pengarang yang garang, Makcik Rosmah Dain. (Selalu aku kena marah dengan dia. Artwork lewat hantar. Ciss)
Dee tampil dengan siri Doktor Nina, Zul Tek dan Kalaulah yang menjadi popular dikalangan pembaca KAWAN.
SENDAL 2 |
Bila kami dibahagian majalah berpindah ke Taman Shamelin beberapa tahun kemudian, suasana bekerja agak berubah.
Walaupun serba baru, mood pelukis-pelukis agak kacau.
Punyalah kacau, sampai tidak dapat dicatatkan disini.
Namun Dee dan pasukannya tetap menjulang majalah
KAWAN hingga ketitisan dakwat yang akhir.
Tiada koleksi Dr. Nina dan koleksi ZulTek. |
Kami terputus hubungan secara langsung.
Di Bangi, Dee masih hangat berkarya seperti biasa.
'Hallo Boss'nya masih mengancam didada akhbar
Utusan Malaysia lima kali seminggu.
Setiap sabtu, kartun 'bola' nya mengganas disisipan dot.com akhbar yang sama.
Pada masa sama majalah MASTIKA dan AL-ISLAM pun menggunakan khidmatnya.
Dalam akhbar KOSMO, karya Dee mengisi slot kartun yang
sekangkang panda berselang-seli dengan kartunis Acai.
Pangkat pun naik juga tuu. Tahniah.
Khabar terbaru diterima, beliau juga telah
mendapat pangkat 'Datuk'. Tahniah sekali lagi.
IKUTI BAHAGIAN 4@khir
-
BACA BAHAGIAN 1BACA BAHAGIAN 2
BACA BAHAGIAN 4
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
...angin barat gambar solo...