Sabtu, 12 November 2011

Budak Kampung ke 'KOBUN GOTAH'

KAWAN keluaran Disember, 1995.
Cover bilangan ke-16 ini dilukis oleh Miki.
----------------------------------------------------------


DALAM kesibukkan dan 'buat-buat sibuk'
menyiapkan layout majalah WANITA, hingga selesai,
aku 'menyibukkan' diri pulak
menyiapkan 'artwork' untuk majalah KAWAN.

Macam biasa, last minute baru siap.
Kena sound dengan Makcik Rosmah, penyelaras
KAWAN tu dah menjadi 'menu' bulanan.

Tension betoi...

Nak copek jo...
Tah hape yang nak dikoja eh...

Untuk keluaran sempena Krismas tu,
aku mencoretkan kenangan bersama
emak aku di kebun getah sewaktu kami
menetap di sebuah ladang. 
 (Su Poh Estate.)
Bapa aku menjadi mandur disini.

Walaupun tinggal di rumah kongsi
kepunyaan ladang yang pemiliknya tinggal di Penang ini,
ramai juga yang menoreh
getah dengan taukeh lain termasuk emak aku.

Aku taktau siapa pemilik tempat emak aku 
mencurahkan keringatnya saban hari ini.
Tapi kami memanggilnya 'Kebun Bala', sempena
nama kerani atau penyelianya berbangsa India bernama Bala.
Beliau dikenali juga sebagai 'kerani Bala'.


SEAWAL 6.30 pagi setiap hari,
emak aku akan bergegas mengatur langkah
ke tempat kerjanya yang jarak perjalanannya
kira-kira lima kilometer dari rumah kongsi kami.

Sebelum itu, beliau akan menyiapkan
sarapan pagi untuk aku dan kakak
yang akan berjalan kaki kesekolah
Kebangsaan Bukit Genting yang
jaraknya lebih kurang dengan
kebun emak aku menoreh.

'Ktuk-ktuk.. ktuk-ktuk'
Bunyi ketukkan kasut emak aku setiap pagi
sebelum disarungkannya kekaki masih

terngiang-ngiang ditelinga.

Time ni aku kat tempat tidur lagi.

Kasut wajib diketuk sebelum dipakai
bagi mengelakkan kita membawa bersama kekebun
 'lipan', 'katak puru', 'scorpion @ kala jenkiang' atau 'ular'

 yang tumpang berehat didalam kasut.

CUMA pada hari Jumaat sahaja,
operasi dikebun tidak berjalan.

Jumaat adalah cuti mingguan di Kedah.
Cuti-cuti umum yang lain juga
adalah hari rehat bagi para penoreh getah.

Hari hujan atau musim hujan,
penoreh mengeluh kerana pokok tidak dapat ditoreh.
Lebih-lebih lagi menjelang musim perayaan dan penggal
persekolahan baru. Cobaaaan.

Kebanyakkan estet membayar gaji hari.
Tak kerja takde duit. Takde duit, tak berasaple dapur.

Sampai hari ini, perjuangan penoreh getah untuk
mendapatkan gaji bulan tidak kesampaian.

Yang kaya tetaplah pemilik ladang.
Tunggule aku jadi PM nanti...


NYAMUK memang banyak.
Dah jadi perkara biasa.

Pacat pun ada.
Kehadirannya cuma dirasai bila terasa
gatal-gatal dikaki.

Kera pun tak ketinggalan.
Kera-kera ini akan mencuri bekalan
makanan dan minuman yang dibawa
jika diletakkan ditempat terbuka.

Ada waktunya hujan turun
sewaktu berehat selepas menoreh.
Apalagi kelam-kabut semua orang
menyelamatkan susu getah.

Diladang ini, mandor yang dikenali
sebagai 'Tandey pendek' akan
meniup 'tetuang' bagi menandakan
waktu susu getah dikutip.

Tetuang ini dibuat dari
tanduk kerbau.



SETIAP  penoreh diberi dua blok pokok
untuk ditoreh. Setiap blok mempunyai
lebih kurang sepuluh barisan dan
mempunyai beratus-ratus pokok.

Setiap hari, penoreh akan
menoreh diblok yang berlainan mengikut giliran.

Ada harinya penoreh diarah mandor
menoreh dikedua-dua blok.

Ini dipanggil 'Daban'.
Daban ni rupanya berasal dari perkataan 'double'.

Aku cukup tak seronok dengan 'hari daban' ni.
Penat oo. Cheh.. tak motong pun penat.

Emak aku lagi penat.
Beliau akan mengandar susu-susu ini ke tempat penimbang.

Begitulah pengorbanan emak membantu
ekonomi rumah tangga keluarga kami.

Terima kasih Mak.





Rabu, 9 November 2011

Budak Kampung 'Menggetah Burung'


Muka depan majalah KAWAN bilangan
ke-20 ini adalah edisi Aidil Adha.

Dilukis oleh Miki.
Diterbitkan pada April,1996.

Walaupun covernya berkisah
mengenai Haji, tapi isi kandungan
keseluruhan keluaran ini
menggambarkan sebaliknya.

Hanya kartunis Dee dengan
ruangan 'KALAULAH...'
dan kartunis Maro yang
menghasilkan ragam
si 'ACHOT'
yang membuat
lelucon mengenai
'korban'.

Kartunis lain?
Takdo....

Untuk pengetahuan anda,
keluaran bulan April ini,
kami siapkan artworknya
sekitar bulan Januari tahun
yang sama.

Aku sendiri pun lari jauh dari
cerita Aidil Adha. Lagipun,
kami diberi kebebasan berkarya.
Boss pun tak kata apa-apa, so...
jadilah cerita 'menggetah burung' ni.

Salah satu minat aku semasa
dikampung dulu-dulu ni selain
menangkap ikan, mencari siput dan
menangkap belalang ialah
'menggetah burung'.

Bahan utama untuk membuat
'getah burung' ini ialah... getah le.
Getah sekerap kering atau
getah keping kering dan
susu getah cair.

Biasanya hobi ini
dilakukan sewaktu musim kemarau.
Kononnya burung kehausan,
dan turun mencari air.
Lepas turun je,
terus je kawan tu kena getah.
Ceh. Bunyi macam senang je.



Cara-cara membuat
'getah' untuk menangkap
burung dipelajari dari
pakar-pakar yang ramai
dikampung. Orang-orang
tua le, siapa lagi.

Nak ilmu apa?
Semua ada dikampung,
yang sedia diperturunkan.

Duduk dikampung (atau estet sebenarnya)
yang dikelilingi pokok getah
tidaklah menjadi masalah untuk
mendapatkan bahan berkenaan.

Pokok getah ditepi rumah je.
Kalau takut orang nampak, kedalam sikit.
Tapi biasanya, aku dan kengkawan
mencilok getah keping digudang
tempat memproses getah
dikampung.

Bukan kami ambik sekeping.
Nak mampus.

Adala secekak atau segenggam.



Tempat memproses getah
keping ditempat aku memang
besar. Kami memanggilnya 'SETON'.

Semua susu cair dan beku yang
ditoreh dikebun berdekatan
akan dibawa oleh penoreh-penoreh
getah kesitu.

Disini getah ditimbang dan dicatitkan.
Tukang catit ialah aruah bapak aku yang menjadi
mandor sejak aku kecik lagi.

Mandor diKedah dipanggil 'TANDEY'.

Bermula dengan proses pembekuan,
kepingan, mengering, mengasap sehingga masak.
Akhirnya disusun dalam bentuk
'bundle' sebelum dibawa ke Pulau Pinang.



Menjadi kebiasaan kami pada hari
cuti akan 'menolong'
semua kerja-kerja diatas.

Dapatlah upah sekupang dua
yang kemudiannya menjadi milek
Linggam, taukeh kedai runcit
yang terletak disebelah seton.

Ada keseronokkan lain
yang lebih menarik di seton ini.

Selepas semua kerja-kerja
selesai, kami dibenarkan
berenang didalam palong
tempat susu getah dibekukan.

Dapat mandi air pancur dan banyak
 lagi keseronokkan.

Sewaktu membantu
menyusun getah-getah keping
digudang bersebelahanlah,
kami mengambil getah-getah
yang telah 'rosak' tapi
dengan kebenaran 'abang' yang
bertugas disitu.
Kadangkala main ambik...

Getah yang rosak ini digunting kecil-kecil
oleh petugas disitu sebelum dimampatkan menjadi
ketulan empat segi. Ianya juga diangkut untuk dijual.

Alah ambik sikit je.
Tapi sorokle jugak dalam baju.
Keluar sambil bersiul macam takde apa-apa.

Balik rumah terusle projek.
Getah burung memang menjadi.
Pekat, kuat dan mencengkam.
Setakat anak garuda, sure tak lepas.

Tapi tu le...
Sepanjang aku menggetah burung,
hasilnya alahai. Nak tangkap Murai
dapat burung kacip. Kuku tajam, bising.

Makan tak boleh. Jual tak laku.

Satu hal nak melepas dia balik.
Tangan aku pulak yang kena getah.

Getah cilok. Hasilpun tak elok.
Cehhh. Tarak untung.