Ahad, 3 Julai 2011

Loghat KEDAH klasik - B-1

'Pai nai ... mai ropang... tak kenai toksah tumpang'
Kata-kata hikmat Bekas Ketua Kampung Paya Mat Insun, Den Rat.
Maksudnya jangan tumpang atau menumpangkan orang yang kita tak kenal.



 -B-

1. BELAT
=  membuat tambak@penahan .Selalunya diparit atau anak sungai yang aliran airnya
tidak kuat. Membelat air menggunakan kayu, papan dan selut atau apa-apa sumber
disekeliling. Biasanya dimusim kemarau.

Contoh ayat:
> Azman Taha membuat belat diparit bersebelahan rumahnya diKampung Batang Rokan, sebelum operasi menimba ikan dimulakan.
> Hawarudin Rasani dan Hasbullah Talib membuat belat disebatang anak sungai berhampiran Kampung Semarang Perapu bagi tujuan mandi sambil terjun tiruk.

2. BELARAK
=  Rombongan berkereta @ konvoi mengiringi pengantin kerumah mentua.
Bertaburan@terpelanting (kata-kata ketika naik angin @ bergurau)

Contoh ayat:
>  'Ha... berapa bijik kereta nak pi belarak esok?' tanya Keri Tok Mo yang akan mengetuai konvoi pengantin ke Changloon pada tuan rumah kenduri.
> 'Ai budak Ombega niii..., aku sepak sat lagi... belarak taik telinga kut!' kata Berahim Ally kepada anak jirannya yang kemasai itu kerana membaling cermin matanya lalu tersangkut dipohon ketapang. 

3. BAN@BATAS BAN
=  Tebing dikiri dan kanan sungai 

Contoh ayat:
>  Oleh kerana tidak mempunyai lesen memandu, Zaidi Yusoff sanggup menunggang motosikal Harley Davidson melalui ban sungai dari Wang Kelian, Perlis hingga ke Wang Tepus diJitra untuk mengambil angin barat gambar solo.

4. BESIANG
=  menyiang ikan @ bawang pada hari kenduri.

Contoh ayat:
> 'Anak dara apa hang nii..., besiang ikan pun taktau. Sisik dok ada lagi nih'. Leter Mak Ella pada anaknya Yuntawaty yang terkial-kial memproses ikan Arowana bagi santapan tengah hari.
> Kebiasaannya, bawang dibesiang beramai-ramai sehari sebelum kenduri kahwin bermula.


5. BAKIAQ
=  Susu pada minuman yang mulai masam@basi
=  Susu getah yang mulai berbuih@tercemar 

Contoh ayat:
>  Punyalah lama Nazri Mohd Salleh dan Mohd Yusof Nawi melepak di kedai mamak itu, hinggakan susu teh tarik mereka mulai bakiaq.
>  'Haiya....lu taloh ayer ka dalam ini susu, tengok lia sula mo bakiaq' marah taukeh Wong, pemilik ladang getah tempat Norkamaro menoreh ditempat menimbang susu.


# Jumpo laie... ado lapan siri 'B' lagi, dari 50 ayat klasik yang sompek den himpun ha.
Cadange tu nak buak illustrasi skali... tapi rasa malah plak...ishhh...awat taktau.

Siri-siri terdahulu boleh diikuti pada pautan-pautan dibawah.
http://manhassan.blogspot.com/2011/02/loghat-kedah-klasik-siri-1.html
http://manhassan.blogspot.com/2011/02/loghat-kedah-klasik-siri-2.html
http://manhassan.blogspot.com/2011/05/loghat-kedah-klasik-siri-3.html
http://manhassan.blogspot.com/2011/05/loghat-kedah-klasik-siri-4.html
http://manhassan.blogspot.com/2011/05/loghat-kedah-klasik-siri-5-akhir.html

http://manhassan.blogspot.com/2010/09/mai-kenai-loghat-kedah-siri-1.html
http://manhassan.blogspot.com/2010/09/mai-kenai-loghat-kedah-siri-2.html
http://manhassan.blogspot.com/2010/09/mai-kenai-loghat-kedah-siri-3.html
http://manhassan.blogspot.com/2010/09/mai-kenai-loghat-kedah-siri-4.html