Kata penambah pada RASA MAKAN/MINUM
-----------------------------------------------------
JIKA anda memakan sesuatu dan sebaik sahaja makanan tersebut menyentuh lidah,
maka secara sepontan reaksi akan diberikan.
Reaksi terhadap rasa makanan tersebut dari pelbagai sudut samada terlebih gula atau terkurang garam dan lain-lain.
Bagaimana reaksi diluahkan bergantung kepada diri sendiri mengikut kesesuaian tempat
dan keberanian anda meluahkan isi hati.
Berterus-terang boleh, simpan dalam hati pun boleh atau cakap dibelakang lagi la boleh.
Namun hati orang yang mendengar reaksi anda patut juga diambil kira.
lebih-lebih lagi kalau si tukang masak itu isteri anda yang bapanya guru silat abjad, atau tuan rumah kenduri yang membela polong atau warung teh tarik yang dilindungi samseng 'bakar dan buang' atau taukeh kedai tomyam yang mempunyai bengkung hitam dalam seni tomoi painaimairopang.
Di Kedah, reaksi berikut akan anda dengar jika ada yang tak kena pada makanan dan minuman yang masuk kemulut oleh sikaki komplen...
1. Kalau minuman terlalu manis....
KOMPLEN: " Isk.. MANEH BELECAS ayag tey ni. Mamak! kasi tukag...
2. Kalau gulai terasa tawar...
KOMPLEN: " Awat yang TAWAQ HEBIAQ gulai mak hang ni"
3. Kalau masakan terlalu masin atau masam...
KOMPLEN: " Nak telan lagu mana, ayam masak toyu ni MASIN PERIT.
" Masak asam ni MASAM PERIT sangat la.
4. Kalau sambal pedas yang amat...
KOMPLEN: " PEDAS HAU-HAU... sambai ni mesti kak hang buat ni"
5. Kalau kuih keras semacam...
KOMPLEN: " Ni apa ni? batu ka kayu... KERAS KONG kuih baulu ni"
6. Kalau kuih lembik semacam...
KOMPLEN: "LEMBIK BEDENE kueh sagu ni... nak telan pun tak lalu"
7. Kalau kuih kecik sangat...
KOMPLEN: "Aii karipap KECIK TET lagu ni lima dua ringgit?"
"Buah melaka KECIK MONE lagu ni lima seringgit?"
--------------------------------- gitulah adanya ----------------------------------
HAHAHAHA..adoi la..komplin macam ni la ceq selalu dengaq dari mulut bapak ceq..hohohoho..
BalasPadamperghh susahnyer... tegeliat lidah ceq no.. lain kali ajau ler yg basic dulu...
BalasPadamtu kira tak peau lagi tu... kena donga depa bersembang lagi fenin...
BalasPadam