Khamis, 9 Ogos 2012

LAILATULQADAR

Hari ini dah masuk hari ke 20 kita berpuasa.
Malam ini, insyallah solat sunat tarawih yang ke 21 kita akan dirikan.

Maknanya kita kini berada didalam fasa ketiga Ramadan yang mulia.
Fasa penting iaitu 'PEMBEBASAN DARI API NERAKA'.

Adakah kita termasuk dalam golongan yang dibebaskan itu???
Sepuluh malam terakhir Ramadan yang menjanjikan malam yang lebih baik dari seribu bulan.

Dibawah ini, sedikit info mengenai malam Lailatulqadar yang dipetik dari ruangan Bahasa Arab
akhbar Utusan Malaysia (muka surat 21) keluaran Jumaat (10, Ogos, 2012).


Ruangan ini dibawah kelolaan *Dr. Abd. Razak Abu Chik.



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Berbagai pendapat ulama tentang tarikh Lailatulqadar. Menurut jumhur ulama, malam Lailatulqadar ialah pada malam-malam ganjil di sepuluh malam terakhir Ramadan iaitu malam 21 atau 23 atau 25 atau 27 atau 29.

Bagi mereka yang berpegang teguh dengan pendapat malam ke-27, mereka bersandarkan kepada surah al-Qadr. 

Dalam surah al-Qadr  terdapat lima ayat yang mengandungi 30 perkataan. Mereka mengaitkan perkataan “hiya” yang bermaksud ”ia” yang merujuk Lailatulqadar adalah perkataan ke-27 daripada 30 perkataan. 

Sehubungan itu ia malam ke-27. Manakala perkataan tanazzalu pada perkataan ke-17 boleh dihubungkan dengan nuzul Quran pada malam ke-17. Sila buat analisis surah Lailatulqadar di kertas lain seperti gambarajah di bawah.


*Sebarang maklumat berkaitan Bahasa Arab sila hubungi   019-2788055
atau layari http://drarabic.blogspot.com. Emel: drarabiah@yahoo.com

Selasa, 7 Ogos 2012

SYAWAL menggamit kenangan lalu - 4

Barisan karyawan KAWAN.
Dilukis oleh Maro.


Bagaimana suasana Hari Raya dikalangan
pelukis KAWAN waktu zaman kegemilangan dahulu?

Pehh... meriah gitu.

Maklumle happy tunggu hari nak ber 'Aidil Fitri'.

Lawak merapu, lawak cerdik dari bertaraf kebangsaan hingga
keperingkat antarabangsa menghiasi hari-hari yang dilalui.

Maklumlah kartunis. (kecuali aku....ceh)
Bikin bising, hingaq sikit baru idea mari.

Lagu raya tak payah cakap la, silih berganti.
Kalau takde lagupun, dia orang menyanyi sendiri.

Suara Miki memang takde tandingan kat pejabat.
Ada pertandingan karaoke semua hadiah dia sebat.
Kawan ada yang naik meluat.
Peluang nak menang telah disekat.

Jamal Abdillah pun boleh terperanjat,
tengok Miki punya kelibat.
Jamal Pak Tongko boleh pengsan.
Dek suara Miki punya penangan.

Maro pula apa kurangnya.
Mirip Awie suara sopranonya.

Ubi Stelor lagu kegemarannya.
Bersama Udin Jubakar pentas digegarnya.

Hafiz jejaka tinggi lampai.
Bernasyid berzanji semua boleh.
Kumpulan Kuntum beliau tubuhkan.
Pernah dioffer buat rakaman.

Tu je yang boleh menyanyi.
Bakat-bakat terendam yang lain tu pun banyak.
Malaslah nak cerita. Lain kali je la.

So... kemana bebudak KAWAN ni balik beraya?

Dee... balik Kampung Pandan. Lepas tu balik Perlis nu...
Maro.... balik Wakaf Mek Zainab, Kelate
Miki... mula-mula beraya di Sungai Tekali.
Pastu.... start kereta balik Taiping.
Roslim... balik Segambut sat, kemudian ke Labu Sendayan.
Kazim... Setiawangsa, pastu ke Parit Buntar.
Nuek... Teluk Intan
Hafiz... Subang Jaya
Alin... alamak? Alin balik mana???
Rosli Usin... beraya kat opis...

KAWAN.... memang banyak kenangan.
Artwork asal...


BACA SYAWAL 1 - KLIK sini da...
BACA SYAWAL 2 - KLIK sini da...
BACA SYAWAL 3 - KLIK sini da...


SYAWAL menggamit kenangan lalu - 3


Syawal, kedatangannya memang dinantikan kanak-kanak.
inilah peluang mereka menerima limpahan rezeki.


Kata orang tua, jauh perjalanan luas pemandangan.
Bagi anak-anak, jauh berjalan lagi banyak wang.

Dahulu dihulur sekupang dua kupang
diterima tanpa kerenah.

Sekarang seringgit disedekah,
'Aisey... singgit je ke Pak Dolah?'

Ialah.... zaman dah berubah.
Bak kata orang, 'sekali air bah dua tiga kampung pindah'.

Hari Raya memang indah.

Bebudak suko dapek duit.
Orang tua suko anak cucu balik.

Taukeh kedai pula
melompat tengok duit membukit.




Sidang redaksi majalah KAWAN.
Ramainye line-up.... yang bertungkus-lumus
menyiapkan majalah lima enam kerat je.
Biasale kannnn.




Isnin, 6 Ogos 2012

SYAWAL menggamit kenangan lalu - 2

Biasanya bila bulan Ramadan memasuki
minggu kedua, mood hari Raya mula menyelinap
dalam sanubari pada setiap budak kampung.

Pantang jumpa, mesti topik pasal 'Raya' yang
dibualkan. Sapa gatal mulut bawa topik selain itu
alamat bernanah telinga la kena kutuk.

Bukan setakat dirumah. Kat sekolah pun sama.
Cikgu pun sekali sekala tumpang menghangatkan suasana.

Pada waktu dahulu, kuih-muih raya banyak  yang dibuat sendiri.
Antara kuih yang wajib dibuat ialah kuih BAHULU.

Lain-lain kuih ialah kuih LOYANG (ada yang memanggil kuih rose atau kuih goyang),
PUTU KACANG dan beberapa jenis kuih tradisional lagi.

Membuat kuih tradisional juga  menggunakan cara tradisional untuk
memasaknya iaitu dengan api kayu atau sabut.

Dan itulah dapurnya yang digunakan seharian dikampung.

Tugas aku pula ialah mencari ranting-ranting kayu, kulit biji getah dan
sabut kelapa kering untuk dijadikan bahan pembakar.

Memandangkan tempat tinggal aku dikelilingi ladang getah,
mencari bahan-bahan bakar tersebut amatlah mudah.

Kekadang aku turut membantu
menyediakan bahan asas membuat kuih Bahulu
iaitu 'menimbuk' tepung yang sudah diadunkan
dengan telur dan gula didalam bekas yang dipanggil pasu.

Lenguh juga tangan dibuatnya.




Semakin hampir dengan hari Raya, makin meriah
suasana dikampung.

Malam paling dinantikan.

Time ni le budak-budak kampung aktif semacam atau dua macam.

Bunyi meriam kabat (karbaid) batang besi dan mercun silih berganti.

Malam Raya paling best.

Segala bahan letupan berkuasa rendah dihabiskan.

Esok dapat duit raya, beli lain.

Bersambung EPISOD 3



BACA SYAWAL 1 - KLIK sini da...
BACA SYAWAL 3 - KLIK sini da...
BACA SYAWAL 4 - KLIK sini da...

SYAWAL menggamit kenangan lalu - 1


Kartunis Miki diberi tugas melukis
kartun untuk muka depan majalah
KAWAN bilangan ke 18.

Sambil pekena lima gelas kecik
teh tarik bercampur sedikit serbuk
kunyit, halia dan segudang garam,
 beliau menyiapkan
tugasan tersebut dengan pantas.

Keluaran ini diterbitkan
pada bulan Februari 1996.

Hari ini Isnin, 6 Julai, 2012.
Bersamaan dengan 17 Ramadan 1433H.

Dan hari ini adalah hari Nuzul Quran.
Beberapa negeri bercuti hari ini seperti Selangor.

Ramai mengambil kesempatan cuti pada
hari ini untuk meng'kaya'kan taukeh-taukeh
kedai terutama yang menjual pakaian kanak-kanak.


Sempena Syawal yang bakal menjengah
lagi dua minggu, aku menyelongkar

almari mencari majalah KAWAN
yang menyiarkan kisah Hari Raya.

Ceh... ado pun.
Kartun diatas disiarkan dalam majalah
KAWAN
 bilangan ke 18. 

Ianya berkisar kepada ragam
menyambut Aidil Fitri dikampung.

Walaupun cuma ompek muka surat,
namun berpeluh ketiak juga nak menyiapkannya.


Masa diambil untuk menyiapkan
artwork ialah tiga hari.
Bermula 28 Disember hingga 28 Disember, 1995.

Ianya diterbitkan pada bulan Februari, 1996.
Maknanya, setiap isu perlu disiapkan dua atau tiga 
bulan lebih awal.
Sewaktu ini, aku bertugas diunit majalah
diTaman Shamelin dan membuat grafik untuk
majalah WANITA.

BACA SYAWAL 2 - KLIK sini da...

BACA SYAWAL 3 - KLIK sini da...

 BACA SYAWAL 4 - KLIK sini da...



Ahad, 5 Ogos 2012

zakatFITRAH... dah bayor ko?

...jangan dok tunggu lasmenet...


Rasa nak menulis mengenai zakat fitrah, selepas membayarnya
disurau Jenaris tengah hari kelmarin sebaik selesai solat jumaat.

Dan terus teringat lagu Rukun Islam ciptaan seniman agung kita,
allahyarham Tan Sri P. Ramlee.

Lagu yang dicipta pada tahun 1963 (aku tak lahir lagi nih)
ini, ditulis liriknya oleh S. Sudarmaji.

Lagu dakwah klasik ini tidak akan hilang ditelan zaman.
Ianya cukup lengkap dan menarik menceritakan perihal Rukun Islam dalam
bentuk hiburan.

..........................

 Rukun Islam

Rukun Islam lima perkara
marilah kita mengerjakannya

Pertama mengucap dua kalimah sahadat
kepada Allah kita beribadat
supaya hidup kita tak sesat
dari dunia sampai akhirat
 
Kedua sembahyang lima waktu
sujud ke hadrat Allah yang satu
mengenal ia supaya tentu
dengan putih bersih di kalbu

Ketiga Ramadan hendaklah puasa
lapar dahaga harus dirasa
supaya kasih sama manusia
tauhid kepada yang maha Esa

Keempat fitrah dan memberi zakat
segantang beras pula disukat
tanda Islam semua bersahabat
 Allah akan memberi berkat

Kelima fardu haji ke Baitullah
rukun Islam sudah terjumlah
lima perkara tunailah sudah
itulah semua perintah Allah

Rukun Islam lima perkara
marilah kita mengerjakannya

..................................................


Membayar zakat fitrah dibulan Ramadan dikampung dan dibandar
ada bezanya.

Dibandar, bayaran dibuat kepada amil-amil yang dilantik oleh pihak
berkuasa agama negeri.

Dikampung-kampung, pemberian zakat fitrah dalam bentuk beras
masih berlangsung.

Sekarang, beras fitrah sudah tersedia yang dibungkus khas oleh pengilang.

Dahulu beras disukat dan dimasukkan kedalam bungkusan kertas.
Kertas pembungkus boleh didapati dikedai-kedai runcit.

Kemudian beras-beras ini akan dibahagikan kepada sesiapa yang difikirkan
layak. Biasanya pada guru-guru agama atau warga tua dikampung.

Aku pernah melalui pengalaman membawa beras fitrah ini sewaktu
dikampung dahulu.

Melihat proses pembayaran fitrah yang sudah pupus kini.
Antaranya berlaku surung dan tarik bungkusan beras antara pembayar
dan penerima.

Antara penerima beras fitrah yang sering aku kunjungi ialah Allahyarham Tok Ismail.

Kini semuanya tinggal kenangan.

Yang penting, rukun Islam keempat ini perlu ditunaikan segera.
Cara bagaimana terpulang. Ala kampung atau ala bandar.

Bak kata P. Ramlee dalam lagu tersebut...
'Keempat fitrah dan memberi zakat
segantang beras pula disukat
tanda Islam semua bersahabat
Allah akan memberi berkat'


Ya. Semuga Allah memberi kita 'berkat'.