Khamis, 18 Februari 2010

KEAJAIBAN AZAN - KEAGUNGAN TUHAN





KETAHUILAH bahawa pada setiap waktu, ribuan bilal di merata dunia akan melaungkan azan, mengakui 'Bahawa Allah Sahaja Yang Patut Disembah,
dan Nabi Muhammad Adalah Rasul Allah.

'Dimulakan dengan Indonesia yang terletak dibahagian timur dengan ratusan kepulauan-nya dan jumlah penduduknya seramai 180 juta.

Sebaik masuk waktu Subuh, Azan mula berkumandang dari kawasan ini dengan ribuan Bilal yang akan melaungkan
Ke-Agungan Allah S.W.T Dan Nabi Muhammad S.A.W.

Proses ini akan bergerak kearah barat kepulauan Indonesia. Perbezaan masa antara timur dan barat Indonesia adalah 1-1/2 jam.Belumpun laungan
Azan dimerata Indonesia selesai, ianya bermula pula di Malaysia.

Berikutnya di-Burma dan dalam masa satu jam selepas Azan dilaungkan di-Jakarta,tiba giliran Dacca di Bangladesh.Berikutnya laungan akan kedengaran di Calcutta dan terus ke Srinagar dibarat India.

Perbezaan waktu dikota-kota Pakistan adalah 40 minit jadi dalam jangka masa ini, Azan akan berkumandang diseluruh Pakistan.Belum berakhir
di-Pakistan, Azan akan bermula pula di Afghanistan dan Muscat.Perbezaan waktu antara Muscat dan Baghdad adalah satu jam.

Dalam jangka masa ini, Azan akan berterusan dilaungkan di UAE, Makkah, Madinah, Yaman, Kuwait dan Iraq.

Proses ini berterusan setiap detik sehingga ke pantai timur Atlantik.
Jarak masa Azan mula dilaungkan di Indonesia sehingga ke pantai timur Atlantik adalah 9-1/2 jam.Belumpun Azan Subuh berkumandang di pantai Timur Atlantik, Azan Zuhur kini sudah mula dilaungkan di Indonesia.
Ini berterusan bagi setiap waktu sembahyang, tidak putus-putus.

Subhanallah, begitu hebat dan agungnya Islam!

Kalaulah setiap kawasan boleh memasang pembesar suara super canggih, akan bergegar satu dunia dengan laungan Azan tidak putus-putus.

Allahu Akhbar, Allahu Akhbar, Allahu Akhbar

----------------------------------------------

## Artikel ini disalin dari blog lain ##

LAGU: PULANGLAH





Ilham lagu ini tercetus sewaktu aku bekerja di Pustaka Delta, sebuah syarikat penerbitan buku sekolah diPJ sekitar tahun 1992 dahulu.

Masa ni aku dok diWangsa Maju. Berulang la tiap hari menaikki dua bas seawal 6.30 pagi.

Dari WM, amik bas Len Seng ke Chokitrod. Lepas tu berebut macam ayam nampak nasik celapak naik bas mini no 38.

Kalau bas 38 lambat dan memang hampeh lambatnya kenala naik bas no 27 yang destinasinya ke Sungai Way. Lagi lenguh kaki berjalan.

Turun di Asia Jaya. Menapak kepejabat dari bus stop kepejabat nun dihujung dunia hampir 1 km. Dihujungnya jalan mati.
Pernah aku basah 'lokoih' dek ujan. Abis... nak berteduh takde tempat.

Haa... dalam perjalanan kepejabat kepunyaan Mr Lim ni le banyak idea datang mengetuk-ngetuk jiwa dan menumbuk-numbuk kepala.

Menyusuri jalan tar yang dikiri-kanannya ada berbagai premis perniagaan dari bengkel Bas Sri Jaya hinggalah kekilang cat, melodi lagu ini bermain-main, menari-nari dibibir.

Bermula dari serangkap dua, melodi ini beranak dan akhirnya mencecah 8 atau 9 bar jika ditulis atas garisan melodi. Almaklumlah hari-hari dok mengulang benda yang sama.

Akhirnya dengan izinNYA... lagu ini berjaya disiapkan walaupun terdapat pelbagai kelemahan dan kekurangan dari beberapa sudut.

KOMPOSER 

Sewaktu TV3 menerbitkan rancangan 'Komposer' disekitar 90'an dulu, akupun 'tompang semangkok'.
Ada beberapa lagu yang aku kirimkan. Tapi takde Hasil.

Masuk musim ketiga atau keempat rancangan ini berjalan, aku mencuba lagi.

Melalui seorang rakan yang bertugas distesyen tv berkenaan, aku minta beliau serahkan lagu ini  kepada
penerbitnya. Bukan minta rekomen. Cuma tolong kasi 'byhand'.

Dua tiga minggu kemudian, sahabat tadi memulangkan semula lagu ini kepada aku. Apa kes?
Rancangan berkenaan ditamatkan siarannya.

Apo nak dikato?
---------------------------------------------------------------------------------------------

PULANGLAH

Jika bencana terusan melanda
dan insan resah gelisah kemana arah
lalu bertanya sesama mereka
mengapa apa sebabnya oh... huru hara...

Usah berpura dan usah gulana
kitalah punya angkara semua sirna
dan kini tiba pembalasannya
surami seluruh maya oh... terimalah

Telahpun kita berulang diingatkan
menapis tingkah nafsu nista
tidak melanggar batas kemanusiaan
tak mengira siapa jua...

Padamu insan usah kelemasan
mengejar syurga dunia
Oh... sementara....
Hallo taukey... tanya sama itu
hud-hud lang mensilang kui mengsikui,
keana dia yang terbangkan aku kemari....

Setiap detik alam kita cemari
paksinya susut demi hari
dan atas nama kemajuan duniawi
moraliti terketepi...

Andai terlajak dan segera sedar
pulanglah ketitik asalnya
Oh... pulanglah...

Pulanglah engkau... ketitik asalnya
Pulanglah... kita kettitik asalnya
Pulanglah... semua ketitik asalnya
Oh pulanglah...
Oh Pulanglah...
Oh pulanglah...


KN1500 Technic
Wangsa Maju
1998

cerita TOK MUDIM