Rabu, 9 Disember 2015

KEDAH masuk final pulak dah...

Dok tak dok, Liga Malaysia dah nak sampai kepenghujung.
Sapa sangka cempedak jadi bulldozer.

Dengan perhatian ramai terarah pada pasukan elit seperti JDT dan Pahang untuk beraksi dipentas akhir, tup tup coih mai Lang Merah.

Lang Merah akan berentap dengan gergasi Merah Kuning di Shah Alam
sabtu ni. (12 Disember). 

Kalau takdak apa-apa halangan, sabtu ni aku akan menyertai puluhan ribu 
penyokong kedua-dua pasukan menontonnya di.....rumah. Rumah jer.....

Takdak pasai nak pi stadium aih.
Dok rumah boleh pekena kopi dengan rempeyek sambil menonton.

Sapa yang patut disokong?
Tengok pada Kad Pengenalan, alamatnya di Kajang, Selangor.
Kena sokong Selangor la secara prinsipnya.

Kelebek nombor pada Kad Pengenalan xxxxxx-02- xxxx, ada pulak kod 02.
Itu kod negeri Kedah. Dah tentu anak jati negeri kelahiran Tun Mahathir.
Kena sokong Kedah la, nanti di cop derhaka pulak.

Untuk berlaku adil, sokong dua-dua team la.
Yang penting game mesti cantik punya.

Sapa main baguih, dia menang.
Yang main hampeh, terbongkang.

Cuma... untuk pasukan Hijau Kuning, aku kitar semula la lagu lama ni.
Lagu ni aku bikin tahun 1998 dulu. Zaman Kedah dok rajin masuk final.
Zaman Dato' Basri Akhil (Allahyarham), Radhi Md. Din, Ahmad Sobri dll...

Buat kedua-dua pasukan...
Pulun sampai 'ketitisan' wisel penamat.

Buat sahabatku Norkamaro, walaupun Red Warrior telah kecundang...
jange lupo mu kini oghe Tanjung Karang. Kehkehkeh...

Akhirnya, serangkap pantun dipersembahkan.

'AYAG MENET ROTI KAPAI,
JOM MAKAN DIPEKAN KODIANG,
MAIN BOLA GUNA AKAI,
JANGAN SAMPAI DIBUANG PADANG!


Rabu, 4 November 2015

Himpunan Sang Kartunis - blog 3

Selepas ucapan Dato' Lat, kemuncak majlis mengambil tempat iaitu
majlis penganugerahan kepada lapan kartunis yang layak mengikut kacamata juri.

Anugerah Kampung Boy 2015 diberikan kepada kartunis yang memenuhi
kriteria seperti kualiti karya, komitmen dan kesungguhan memperjuangkan
seni kartun dan keberkesanan serta pengaruh besar kepada masyarakat.

Jaafar Taib menerima penghormatan tertinggi bila beliau dinobatkan
sebagai penerima Anugerah Perdana Kampung Boy 2015. 


Kiri:... Jaafar Taib menerima anugerah dari Perdana Menteri. 
Kanan:... Jaafar Taib, Mishar dan Cabai

Tujuh penerima serta anugerah yang dimenangi mereka seperti berikut:
  • Kartunis Berbakat:.......................LAMBOK
  • Kartunis Watak Animasi:.............DON
  • Kartunis Editorial:........................ REGGIE LEE
  • Kartunis Malaysiana:................... FATAH NGAH
  • Kartunis Terbaik:......................... CABAI
  • Kartunis Legenda:....................... ZAINAL BUANG HUSSEIN
  • Kartunis Anugerah Juri:............... MISHAR

Kiri:... Bersama Don dan Miki. Kanan:... bersama Kimo, Azmi@pungguk dan Roslim.




Namron tak mai...
(Gambar dari 
Blog AlmariKartun)
Majlis berakhir on time.
VIP dan sebilangan kecil tetamu pulang atau beredar keluar dewan.
Diluarnya ada pameran kartun-kartun mengenai GAZA.
  
Didalam dewan meriah dan riuh dan tidak rendah frekuensinya.
Maka bermulalah sesi akhir, salam-menyalam. Bertanya khabar.

Bergambar? 
Sudah tentu. Acara wajib. Entah bila pula akan ketemu seperti malam ini. 

Pemenang pula sibuk dicari wartawan.
Yang tak menang sibuk dok cari kawan.

Kartunis Bor, yang aku tidak pernah berjumpa ada malam itu.
Namron? Ceh... Namron takdak. Ada hal kut tu.

Sebenarnya Namron ini kawan dan seusia dengan abang dan sepupu aku 
kat kampung dulu. Persamaannya, bersekolah yang sama di SM Guar Cempedak, Kedah.



Kiri: Bersama Bor. Ditengah, dengan otai Rossem dan paling kanan bersama 'abang' Mishar.

Walaupun begitu, amat mustahil untuk berjumpa dengan semua penggiat kartun
pada satu malam yang singkat. Terutamanya generasi-generasi baru.

Segan pun ada sikit.

Takut tangan dihuloq, dia bertanya...'Hang sapa?', 'Hang lukih natang apa?'...bla...blaaa.
Malu den. Theee hee... Just joking. Bior Kenal pelan-pelan...


Nan dan Dato' Lat. Dua 'Kartunis Legenda Tanahair'. 
(Gambar dari buku cenderamata)

Mana Nan?
Bukan aku saja yang tercari-cari, ramai juga mengintai-ngintai kelibat kartunis tersohor yang popular dengan lawak Din Teksi dalam akhbar Mingguan Malaysia dan Ayub Anak Tulakang dalam Gila-Gila. 

Hampa.

'Nan tak dapat datang'... kata Mie, Pengerusi AJK Augerah menjelaskan kepada rakan-rakan
yang bertanyakan darihal kartunis kelahiran Parit Buntar, Perak itu. 

Sedar tak sedar sejam lebih juga berdiri didalam dewan.
Lauk ikan keli tadi pun dah hadam agaknya dalam perut.
Rancangan asalnya selepas majlis, nak singgah minum on the way balik rumah.

So, pelan-pelan beredar kebawah.

Miki dan Pakya telah menunggu diluar.
Melepak diluar bangunan, sambil menunggu beberapa rakan lagi turun.



Apa agaknya topik perbualan Miki dan jurugambar
Utusan, Zaki. Sementara Pakya  asyik
membelek hp. Ni turun kira nak balik dah ni.
Dok tunggu member yang belum turun. Sudahnya melekat
kat situ sejam lebih bila sorang demi sorang turun. Ceh. 

Sesi sembang kosong dan berisi bermula balik sambil diiringi asap rokok dan jerebu
yang masih bermastautin diruang udara Malaysia.

Bermula dari tiga orang, korum semakin bertambah.
Asap rokok pun meriah dengan  pertambahan ahli.
Sudahnya sejam lebih juga tersangkut kat situ.

Plan nak minum bersama sudah lari.
Kami bertiga angkat kaki. Driver Kancil  pun ada hal tu.
Mengantuk pun ado le sikit.
Kami membelah malam yang semakin larut dari Putrajaya menuju Kajang.

Singgah sat 'mengeteh' di Prima  Saujana  dan cabut 1.30 pagi.

Khabarnya Maro dan rakan-rakan lain menyertai Mie minum-minum
di sekitar Putrajaya sehingga 3 pagi. Cayalah. Mato den tak tahan tu.

Gitule lebih kurang den membuang dan mengisi maso mengarang ni.
Ado apo silap lebih kurang kiro halal le yo.

Apapun, majlis yang diadakan tempoh hari berjalan lancar.
Tahniah pada Kelab Kartunis Malaysia.

Hidup seni kartun di Malaysia.

Gambar dari kamera kartunis Padi.

Isnin, 2 November 2015

HIMPUNAN SANG KARTUNIS - blog 2

Dato' Lat berucap pada majlis  Anugerah Kampung Boy 2015.

Majlis Anugerah Kampung Boy 2015 diadakan sempena Sambutan Setengah Abad Kartun Lat. Ianya dianjurkan oleh Kelab Kartunis Malaysia (KKM).

Majlis berlangsung pada 12 Oktober lalu di Menara Sri Wilayah, Putrajaya itu
dirasmikan oleh PM dan turut dihadiri beberapa tetamu kehormat.

Hmmm... berbalik pada kisah kemajlis tersebut.

Selepas maghrib, aku dan Miki menumpang 'Kancil' Pakya.
Perjalanan dari Kajang ke Putrajaya lancar. Dekat je...pun. (Bukan dekat Jepun)

Cuma nak mencari Menara Sri Wilayah agak kacau, maklumle semua al kalabul malami.
Selepas mendapat bantuan encik waze bin oppo, baru jumpa lorongnya. Tak terlajak, tak sah.

Biasa le tu. Kalau mencari tak jumpa. Kalau tak cari, itu yang mata kita nampak dulu.

Dari parking, sayup-sayup kedengaran bunyi siren bapak polisi mengiringi PM.
Tanda kami lambat la tu. Kelibat Acai dan Piza tiba-tiba muncul dari arah belakang.
Ceh... ada geng lambat juga. 

Beberapa langkah menghampiri bangunan, Acai yang berbaju batik menjerit memanggil
kartunis mie@Azmi tshirt. Pun lambat juga.  

Kami biarkan VIP naik ketingkat satu menuju dewan majlis.
Sementara ada dikalangan kami yang nak ke tandas 'tukar minyak hitam', 'alignment- balancing tayar ' atau ganti' timing belt'...



Majlis dah selesai. Kat luar bangunan sambung lagi.
Dari kiri... Armus, Miki, Acai, Zoy, Mie, Piza, Pakya, Maro,
Shah, Aku dan Nazan (kanan)

Dewan hampir penuh bila kami masuk.
Tercari-cari meja... mata melilau kiri kanan.

Nun didepan sana.
Kelibat Maro berseorangan. Angin satu badan dia, kawan-kawan masuk lambat.
Yang penting sampai. Meja kami kosong dua seat. Apis dan Kazim absent. Ada hal.
Ni tak termasuk kartunis Halo Boss, Dee dan Nuek yang menyepikan diri.

Kalau takde ucapan, taksah. Taksah kalau ucapan tak panjang.

So, mendahului...ucapan alu-aluan oleh kartunis Juragan selaku Presiden Kelab Kartunis Malaysia diikuti ucapan perasmian oleh PM.

Acara yang ditunggu-tunggu pun mengambil tempat. Makan.
Menu ok. Sambil nyekik, tetamu dihiburkan oleh orkes keroncong yang khabarnya
dianggotai sebahagiannya kartunis juga. Antaranya Adiputera.

Pernah nampak kelibat dia sewaktu dibahagian majalah (1994+) dahulu.

Ada antara rakan-rakan berkira-kira nak menolak Miki kepentas untuk 'membalun'
selagu dua. Tapi masa tidak mengizinkan. Tahan je telinga dengar keroncong.
"Kalau Keroncong Untuk Ana...cantik", Shah membuat ulasan ringkas.

Kemudian giliran Dato' Lat kepentas.
Beliau berkisah tentang pengalamannya dalam dunia kartun sejak dibangku sekolah
hingga sekarang. Memang seronok mendengarnya.


Turut hadir... kartunis Ronasina (kanan sekali).

Bersama Dato' Lat. Disebelahnya ialah Mohas yang
mempunyai lakaran seni yang hebat.





Jumaat, 30 Oktober 2015

HIMPUNAN SANG KARTUNIS - blog 1


LAT menyambut ketibaan tetamu yang hadir...


PROLOG: SEDIKIT NOSTALGIA LALU

Kali terakhir aku menghadiri majlis bersama rakan-rakan kartunis ialah 17 tahun yang lalu.
Agak lama. Itu pun kerana menghadiri majlis penyampaian hadiah Pertandingan Karya Seni Kreatif Kartun Kebangsaan anjuran PNB.


Majlis berlangsung pada 13 Ogos 1998.

Budak Utusan, hanya aku dan Miki yang masuk. (Memang muka pertandingan...ceh)
Seperti biasa, artwork dihantar byhand pada hari terakhir penerimaan.

Beberapa minggu kemudian, berita baik diterima dari pihak penganjur.
Alhamdulilah, karya kami berdua terpilih dan kami diminta menghadiri raptai sehari sebelum majlis sebenar berlangsung.

Oleh kerana majlis berkenaan diadakan pada hari bekerja, 'permit keluar' terpaksa di minta pada boss selama dua hari. Tiada masalah. 

Menumpang kereta Miki, dari pejabat diTaman Shamelin Perkasa kami berdua meredah
kesesakan ke Menara TNB. 

Hadiah wang tunai bukanlah igauan, tetapi dapat berjumpa rakan-rakan seangkatan
memang mengujakan. Bukan senang dapat bertemu lantaran kesibukan berkarya.

Sayang, tiada gambar dapat dirakamkan. 
Kamera tikam pun tak mampu beli. HP pun takde lagi.

Otai-otai kartun yang hadir  pada majlis yang diadakan di Theatrette, tingkat 2, Menara PNB Jalan Tun Razak antaranya Lat, Zainal Buang Hussein, Jaafar Taib, Zunar dan Pak Jab (Allahyarham).

Selepas majlis di Menara PNB itu, ada beberapa pertemuan atau perjumpaan 
anjuran persatuan kartunis samada bersekala kecil dan besar.

Namun aku 'gagal' menghadiri satupun. 
Banyak faktor antaranya pertembungan masa dengan 'kerja'. Ye la tu...


Gambar kenangan 1998. Pertandingan Karya Seni Kreatif
Kartun Kebangsaan anjuran PNB. Agak Kalabul Malami...
di scan dari sisipan produk PNB dalam akhbar Utusan Malaysia.

Karya kartunis Ramzahurin mendapat tempat pertama,
Miki, kedua. Manakala Kulat tempat ketiga. Selebihnya,
dapat sagon dan roti je. Jadilah. Yang penting dapat jumpa
kawan-kawan seangkatan.



ANUGERAH KAMPUNG BOY 2015

Bila kartunis Maro, suatu petang bertanya samada aku hendak join majlis
diatas lantas aku mengiayakannya.

Katanya, meja untuk 'budak-budak katon' dari Utusan seramai 9 orang sudah ada.

Dalam kepala sudah membayangkan beberapa rakan yang sudah lama tidak
mendengar khabar berita. Dan ada yang tidak pernah bertemu muka, walaupun
sama-sama bersilat dalam gelanggang yang sama. 

Namron dan Bor, dua kartunis lama yang ingin sangat aku jumpa.
Kali terakhir aku berjumpa Namron, sewaktu 'persinggahan singkat'ku di Karangkraf.
Sekitar 1990... ceh lama bonar tu.

Manakala Bor, jumpa tak pernah. Tapi kami sama-sama mengasah bakat dalam
ruangan Mekar diGG dalam majalah Gila-Gila zaman persekolahan dulu. Sama sezaman
dengan Acai@Yusna dan Armus yang kemudiannya menyertai Utusan.



 'Utusan Katonboy.' 
Jurufoto Utusan, Zaki mencadangkan kami naik kepentas 
bergambar sebaik majlis berakhir. Apa lagiiii...
(Dari kiri: Pak Ya, Shah, Gue, Acai, Maro, Piza, Miki dan Armus.)


Makan time. Dengan iringan lagu keroncong dan perut kosong.
Sambal ikan keli... fuh! sedap bebenor. Aku dua kali sambaq.
Maro tiga kali. Armus dan Shah sekali. Piza tak makan. 

Pakya angkat seketul. Tinggal pinggan. Miki takdan. Cehh.

Isnin, 14 September 2015

MERAH punya turn plakkk...

Lesen dah dapat... 




hamampama bumuwatmat omokeymey.
kimitama omorangnmang punmon nakmak bemelamarakmak jumugakmak.

kimitama temengokmok samapama yangmang kemenama...
hammampehmeh tolmol...



Selasa, 14 Julai 2015

SALAM AIDIL FITRI 1436H

18 Jun... mula berpuasa.
Sok@sahur, terawih, berbuka, pi kerja balik kerja...
dapat gaji, habis... menganga.
Dok tak dok... Ramadan semakin kepenghujungnya.

Ya Allah.
Sungguh pantas masa berlalu.

Hari ini, 14 Julai Ramadan memasuki hari ke 27.

Yang bersekolah, dah mula bercuti.
Yang bekerja... terutama line publishing macam aku,
kerja dan masa saling kejar mengejar....

Dan... sepanjang berada dikota batu ini, 
itu lah  line aku sejak penghujung 1982.

Dari akhbar nyamuk ke akhbar Perdana.
Dari majalah picisan ke majalah glamour.
Dari majalah kartun ke majalah puaka.
Bila Ramadan datang, bermakna pejabat 
menjadi rumah kedua.

Malam ini, malam ke 28 Ramadan.
Entah sudah berlalu atau belum
 'Malam Ganjaran Seribu Bulan'.

Ramadan yang masih berbaki,
kumpulkan amalan mampatkan iman.

Disebalik riuh rendah suasana menuju 
kampung halaman, roh Ramadan jangan diabaikan.

Salam 1 Syawal.
Maaf Zahir Batin.



Balik naik 'mutu' je... 










Jumaat, 1 Mei 2015

SELAMAT HARI PEKERJA 2015

PAI NAI... MAI RO PANG... 
TAK KENAI... TOKSAH TUMPANG..

Senandung Buruh Kasar

Lihatlah bangunan yang tinggi mengawan
Menghiasi kotaraya
Menjadi kemegahan dari zaman ke zaman
Kejayaan negara

Pandanglah aku yang bermandi keringat
Di bawah terik mentari
Bekerja dengan menghempas tulang
Mencari nafkah sehari

Aku hanyalah seorang buruh kasar
Di tengah kota besar turut merasa bangga
Kerana telah berjasa

Kerana tanpa kami tak mungkin terlaksana
Sebuah kota yang menjadi
Impian sezaman

Cukup hidup sederhana
Sedang bekerja, haaa..
Bisa bernyanyi, ketawa dan bersenda

(Lagu kumpulan Kembara)

Isnin, 16 Mac 2015

G.S.T

Apakah itu GST?

Bukan 'Geng Sungai Tiang'. Pun bukan 'Geng Sorok Tepung'.

GST adalah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (Good and Service Tax). 

Hampeh betul. Rupa-rupanya selama ini kita telah membayar dua cukai serentak. Cukai Jualan dan Perkhidmatan (Sales and Service Tax –SST) bagi setiap barangan dan perkhidmatan yang kita beli iaitu;

Cukai Jualan - 10% dan Cukai Perkhidmatan - 6% menjadikan setiap barangan yang kita beli dikenakan cukai 16%. Cukai-cukai ini kadangkala tidak disedari oleh pengguna kerana tiada dalam bil atau resit pembelian kita. Lagi sekali hampeh.

Kedua-dua cukai ini akan dihapuskan sama sekali dan digantikan dengan cukai GST berkuatkuasa pada 1 April 2015. Selepas tarikh itu kita hanya dikenakan cukai GST 6% sahaja. Sekian... serba sedikit. Ni pun CnP. 
.................................................................................

Nak lebih kefahaman, carile sendiri...

GST yang nak aku kongsikan ini bukan pasal cukai diatas, tapi GST yang
membawa pengertian lain... lebih penting lagi aku rasa....





T.U.A.
Tiga huruf diatas akan menjelma dalam hidup kita, suka atau tidak.
Sebaik sahaja dilahirkan ke dunia, maka bermulalah detik kiraan menuju TUA.

TUA antara lainnya bermaksud lama. 

Ada yang tidak dapat menerima TUA, lalu dicarinya petua awet muda.
Maka melimpah-ruahlah berbagai produk kecantikan dipasaran dengan segala
macam ayat-ayat power ranger meremajakan kulit.

Yang menghamparkan permaidani merah pada TUA pun ada. 
Seiring dengan kehadiran TUA, diharapkan perubahan pun berlaku secara
semula jadi dan bukan sebaliknya.

TUA... buang segala kekeruhan zaman jahiliah dahulu.
TUA... bikin yang sejernih-jernih salju sekarang ini...

(bersambung...)

Sabtu, 14 Februari 2015

MEOR dapek menantu lagi.... (UP-DATE)


...Kemas kini : 16 feb 2015...
Gambar tahun 1988. Datuk Meor (tigo dari kiri)
bersama grup 'Sadakaemabu'. Beberapo rakan dalam 

gambar  ini turut hadir memeriahkankenduri beliau
 hujung minggu lopeh.  Ada yang maintain body, tapi... 
banyak yang montel gitu. Ceh.


HUJUNG bulan lopeh (30 Jan) waktu den tongah bosiap nak poe somayang jumaek(?), tibo-tibo henpon purba den bobunyi tando ado mesej masuk. 

Cehh. Sapo pulok antar mesej tongahari buto ni. Bisik den dalam hati.

Time-time gaji dah masyuk ni... banyok along nak kutip utang. 
Bank lo, digi lo, uni-5 lo... cukai pintu, tingkap, bumbung, tanah,api,air, angin ado yo. Hampeh. Sosokali buek-buek lupo lo... kato negeri borkobajikan.

Humang aii. Rupanya kawan lamo den.
Si Meor Arep yang duduk kek Sori Gombak nu ha.
Dio jomput makan kenduri.

'Salam. Dgn penuh kesyukuran kepada Allah SWT, saya meor arifa hmad dan isteri, Faridah Ismail serta keluarga ingin menjemput sdr suami isteri ke majlis perkahwinan
anak perempuan bongsu kami... Eleena Ezreen dan pasangannya..Mizan Dzai pada:
14 feb 2015 bertempat di Casa Ombak, Jalan Ampang. Bla..bla...blaa... tak datang
siap hang....bla blaa... sadakaemmabu...bla bla...calips busker...bla blaa...

Dengan pantas den membalas undangan torsobut.

'Insyallah'.

.................................................................................................................................................

Esok 14 Februari.

Memandangkan den agak asing dengan lokasi majlis, apolaie google map le.
Tapi masih kolabu asap. Malam pulok tu kendurinya.

Apo la ekau Meor buek kenduri malam-malam.
Mato den kalau takdo matohari, payah lo...
Tapi takpo..., kato Meor dia ado jomput Calip Busker Band memeriahkan majlis esok.
Redah ajola...  Mano tau bulih tumpang sekaki jeming dengan depa.

Harap dapek jumpo kawan-kawan lamo den kenduri esok ni.
Dan... harap-harap ado teh tarik. Ceh.


Memandangkan kami tiba diwaktu puncak, cabaran
mencari meja kosong agak mencabar minda. Lapar...
melayan kerenah GPS yang tah hape-hape. So... sini pun
boleh makan. Tarak hal punya. Tapi teh tarik takde...
Sold out....

Hasbullah pekena kambin' bakaq pula selepas selesai
sepinggan beriani. Sesi balas dendam selepas menempuh
kesesakkan lalu lintas dari Semenyih ke Ampang Park.

Nyaris beliau berpatah balik selepas melihat kelibat
Ferarri, Porsche, Lamborgini dan Kancili dikiri kanan
jalan kerumah kenduri. Betul ke ni lokasinya?
Namun beliau akhirnya lega selepas
melihat gua yang memandu Fe'sona'ri tengah
terkulat-kulat mencari parking...
Sebelum balik. Posing dengan tuan rumah lebih kurang.
Ashraff (kiri) putera sulung Meor. Geng lain... Nan Unggai,
Mali Jr dan Hashimudin chau copek... Takdan masuk frame.

Simfoni Band bikin show. Calip Busker takdo. Ceh...
Datuk Meor kelentong eden. Tapi takpo. Depa punya
persembahan tetap 'baguih dok ada'.
Gue respek abis brader yang main Drum Pad  tu.
Selamba je dia ketuk. Macam nak kena sambag satu ni.

Baco artikel lamo 'Meor' disini:

KENDURI 2011
JUMPO KAWAN LAMO

Jumaat, 16 Januari 2015

TABUNG BANJIR BENCANA BANJIR



Kampung Aur Gading, Lipis, Pahang.
Nurfarah Asyikin , 18, sedih mengenang nasib setelah
rumah yang didiami bersama keluarga musnah dihanyutkan arus deras
Sungai Tanum dalam kejadian banjir besar 23 Disember lalu.
- Gambar UTUSAN.



Mereka disana diuji bencana...
Kita disini berpakat menderma...


Hulurkan tanganmu membantu...
Hulurkan sekadar mampu...

Harta dunia pasti habis disini...
Harta 'jariah' kekal abadi disana...

Jumaat, 9 Januari 2015

Charlie Hebdo akhbar provokasi - Tun Mahathir


KHAIRULANUAR YAHAYA  |  08 Januari 2015 3:13 PM
  

KUALA LUMPUR 8 Jan. - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyifatkan akhbar mingguan Perancis, Charlie Hebdo yang diserang dengan senjata api sehingga menyebabkan 12 orang terbunuh sebagai akhbar pencetus provokasi.

Menurutnya, akhbar satira berkenaan tidak menghormati agama Islam 
dan Nabi Muhammad.

“Mereka suka membuat karikatur mengenai Nabi Muhammad. Ini provokasi. Walaupun orang Islam tidak harus membunuh tetapi sudah tentu ada kalangan orang Islam yang agak begitu marah dan mereka membuat tindakan sebegitu.

“Apa niat mereka mempermainkan Nabi Muhammad sedangkan mereka tahu ini menyakitkan hati orang Islam. 

Hanya kerana mereka rasa selamat dan kuat maka mereka boleh buat apa sahaja,” katanya dalam sidang akhbar selepas melancarkan program “One Soul One Quran” di Menara Kuala Lumpur hari ini.

Dr. Mahathir berkata, tindakan akhbar berkenaan yang mencetuskan provokasi tidak mendatangkan faedah kepada sesiapa.

“Saya tidak halalkan perbuatan membunuh ini. Bukan saya menyokong perbuatan membunuh. Tetapi kita harus ingat kalau kita sengaja provok orang dan reaksi mereka kita tidak boleh tentu. Sepatutnya tidaklah, tetapi ada orang yang begitu marah. Inilah yang berlaku.

“Menghina nabi dan sebagainya tidak harus dibuat. Mungkin pegangan mereka kepada agama sudah luntur tetapi kita dalam masyarakat manusia yang bertamadun kita harus menghormati kepercayaan orang lain,” tegasnya.

Dalam kejadian semalam, 12 orang terkorban selepas tiga lelaki yang dilengkapi senapang jenis Kalashnikovs dan pelancar peluru berpandu menyerang pejabat Charlie Hebdo.

Pada November 2011 pejabat akhbar berkenaan pernah dibom selepas menerbitkan karikatur Nabi Muhammad dengan menggunakan tajuk Charia Hebdo.

Sehingga kini seorang suspek, Hamyd Mourad, 18, yang didakwa terbabit dalam serangan ke atas akhbar mingguan Charlie Hebdo menyerah diri kepada polis di sini, malam tadi. 

- UTUSAN ONLINE

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pendapat aku... seorang kartunis (suam-suam kuku kambing Gurun Kedah)

TIADA SIAPA PATUT MEMBUNUH...
TIADA SIAPA PATUT DIBUNUH...
TIADA SIAPA PATUT MENGHINA AGAMA LAIN...