Sabtu, 28 Mei 2011

LOGHAT KEDAH KLASIK.... 'A' - siri 4

'Bahasa Menunjukkan Bangsa'...
kata P. Ramlee dalam Seniman Bujang Lapuk.
Tu pun lepas kena sound dengan Mr. Singh.



1. APOM @ bahasa standardnya ialah APAM
= sejenis kuih
= susu getah yang memenuhi pot@bekas

contoh ayat:
- Encik Osaman gembira bila apom susu getah beku memenuhi pot-pot dikebunnya.
- Apom balik yang dijual dipekan Sabtu Pendang enak rasanya.

Apom getah sekerap buat tidur tidak lelap.
Terlelap sekerap kena songlap.
 
2. AGAQ-AGAQ @ puding
= sejenis makanan

contoh ayat:
- Agaq-agaq popular dibulan puasa.


3. ACAN
= mengagah

contoh ayat:

- Anak bongsu Maro yang berusia setahun itu ketawa terkekeh-kekeh di acan bapanya.

- 'Hang jangan dok acan lembu tu Don, kena sondoi sekupang pun tak guna.' Pesan
Din dari atas rumah yang pernah lapan kali ditanduk lembu berkenaan.


4. ATOQ
= berjalan dari satu tempat kesatu tempat
= susun

contoh ayat:

- 'Mana mak hang tak balik-balik lagi ni, dia dok pi atoq rumah sapa.' Rungut Pak Darus pada anaknya Nuek.

- 'Hang atoq bata tu elok-elok jangan dok bagi herot.' Pak Lah berpesan pada anaknya Khayree yang agak gelojoh itu sewaktu membuat kolam ikan dihalaman rumah.

5. ADAP/ADAB
= depan
= tak sopan

contoh ayat:

- 'Tahun adap dah nak pi Mekah, dok sibuk gila burung lagi pak hang nii...' Leter Mak Yun
pada suaminya Pak Maun.

- Tahun adap Rauf Awie akan memasuki darjah tiga cengkeh.

- 'Budak-budak muda la ni takdak adab, depan surau pun nak press minyak.'  Pak imam
merungut sendirian terhadap sekumpulan mat motor yang dikepalai anak bongsunya.

Pak Maun asyik dengan
burung peliharaannya.


Rabu, 25 Mei 2011

LOGHAT KEDAH KLASIK.... 'A' - siri 3

Ni baru abjad A... terhegeh-hegeh nak siapkan.
Belum masuk B sampai Z lagi... loklaq betoi...


-A-

1. ANGKUT
= Bawa

Contoh ayat:
- 'Dah ada motor ni, jangan hang dok pi angkut anak dara orang pulak.'
Nasihat Pakcik Taha pada anaknya Azman yang mewarisi sifat 'romeo must die'nya.

- 'Cilakak punya majlis perbandaran. Habis diangkutnya kerusi meja aku'. Rungut Rudin sendirian
bila warung cendol dan rojaknya ditepi highway Lekas diganggu penguatkuasa.

2. AIH
= Ais@Air batu

aih kacang
Contoh ayat:
- 'Saleh, hang tolong pi beli aih kat kedai Linggam tu sat, nanti pakcik upah sekupang.' Suruh Miki pada anak jirannya yang montel itu.

- 'Wuii.. tengah panas lit-lit ni kalau pekena aih kacang buang semangkuk, syok ni'. Kata Maro kepada
Apis sebaik sahaja mereka pulang dari menoreh.

- 'Ayah.. cek nak aih kepai'. Jerit Adam kepada bapaknya Pojis sambil menunjuk kepada penjual
ais kepal dipasar malam Bandar Baru Bangi .


3. ASAM KATOK
asam katok
= Sejenis makanan ringan yang rasanya masam masin dan manis.
Campuran beberapa spesis buah seperti kurma dll. yang dihancurkan. Warna hitam.  Dibungkus dlm plastik. Katok bermaksud 'pukul' @ dihancurkan.  

Contoh ayat
- Sejak demam, Azila banyak makan asam katok.
- Asam katok telah pupus dikebanyakkan tempat di semenanjung Sinai dan Asia.

4. ALMARI SETBOD @ (set board)
= Set almari

Contoh ayat
- Sebulan sebelum perkahwinan anaknya, Pokcik Mior telah memberi almari setbod secara tunai.
Almari setbod yang dimakan anai-anai itu akhirnya dibakar oleh makcik Yun.

Anok ditarik kerbau
5. ANOK
= Alat membajak sawah tradisional

Contoh ayat
- Pakcik Zapran memukul belakang kerbaunya agar terus menarik anok disawah itu sambil menjerit ahhh!, ahhh!
- Anok kini tidak lagi digunakan. Ianya sudah menjadi sejarah dikebanyakkan tempat.





...............................theeheeii... ada dua siri lagi ................................

Isnin, 23 Mei 2011

my YOUTUBE kalabul songs


mematahkan gitar boleh mendatangkan ilham mencipta lagu


Lapan lagu dibawah ini, semuanya dah di 'upload' kan dalam
youtube awal tahun 2010.
Dan semuanya dah dimuatkan dalam blog ini siap dengan memori yang tersendiri. 

Sengaja aku kumpulkan dalam satu post untuk mencari idea nak mengelokkannya
suatu hari nanti.
Elok dari segi persembahan, kualiti bunyi dan lain-lain.

Ternyata, pandang punya pandang. Jeling punya jeling, sedikit modal diperlukan. Cheh. Tang modai ni le yang lomah tu.

Nanti aku try mintak dengan blogger Penanggah.
Khabarnya dia bermurah hati membantu mana-mana kengkawan yang bermasalah.

Dengar cerita Presiden Libya, MG, baru-baru ini mengepam sejumlah jutaan dinar kepada beliau untuk meng'hackers' sistem dan pengkalan kubur data  NATO, PBB, MOSAD dan PEN'SAGON'  yang membuat onar dibumi Tripoli mutakhir ini. 

Tujuannya supaya segala peluru berpandu yang dihalakan ke Libya dan Palestin
berpatah balik ketempat ia dilancarkan oleh kafir-kafir laknatullah itu.

Entah betul atau tidak.

Tapi, Kartunis Maro yang baru balik dari membuat pameran solo di Benghazi 
minggu lepas mengesahkan berita ini kepada kartunis Miki sewaktu bertemu di downtown Bukit Dukong tiga hari lepas. 

kartunis miki gembira menerima
sedekah dari blogger Penanggah.

Miki yang baru selesai mendendangkan lapan belas lagu tanpa henti sebagai penyanyi undangan disitu terkesima, lantas menelefon kartunis Kazim yang baru pulang menjamu patin bakar sambil berkaraoke di Sungai Lui, Ulu langat.

Kazim pulak membisikkan hal ini kepada Kartunis Dee sewaktu beliau terserempak dengan pelukis kartun Halo Boss itu disebuah spa di Kajang.

Dee dengan pantas men'sms' kartunis Nuek.

Kartunis Nuek yang kebetulan berjumpa penulis ketika membawa sekumpulan artis baru untuk sesi fotografi dipejabat menceritakan hal ini dicafe.

"Betul, wa cakap lu. Penanggah sekarang loaded gile" kata Nuek serius sambil menyuruh aku membayar air tembikai dan mihun kungfu yang dilantaknya. Cheh.

Lagi satu. Mana kengkawan yang tahu membuat 'VIDEO CLIP' bolehlah kiranya
menghulur bantuan. Bukan nak buat video Jam Omega.

Tapi, aku nak bikin video clip untuk lagu-lagu yang aku cipta. Sesaje, sesaje.

Ada puluhan lagi lagu yang ada dalam stok di storedio aku. 
Daripada simpan kat umah, baik aku masukkan kat youtube.  
Dapek jugak menyakitkan telinga orang.



lagu: MENCARI CAHAYA INDAH
penyanyi undangan: MIKI
tahun dicipta: 1995
studio: WANGSA MAJU
muzik: YAMAHA PSR (kibod ni dah jual, nak beli stok megi)
jumlah pendengar: 682



lagu: AKU DAN SANG BAYU
penyanyi undangan: NAMSO
tahun dicipta: 1988
studio: WANGSA MAJU
muzik: PANASONIC (kibod ni di trade-in ngan Technic)
jumlah pendengar: 194



lagu: PULANGLAH
penyanyi undangan: NAMSO
tahun dicipta: 1998
studio: WANGSA MAJU
muzik: TECHNIC KN1500 (kibod ni berabuk dlm storedio)
jumlah pendengar: 140



lagu: HIJRAH DAN PASRAH
penyanyi undangan: NAMSO
tahun dicipta: 1993
studio: WANGSA MAJU
muzik: TECHNIC KN1500
jumlah pendengar: 090



lagu: ASTINADIA
penyanyi undangan: NAMSO
tahun dicipta: 1998
studio: WANGSA MAJU
muzik: TECHNIC KN1500
jumlah pendengar: 062



lagu: KEDAH KU SAYANG
penyanyi undangan: SISO
tahun dicipta: 1987
studio: SINGAPORE
muzik: EDDIE MARZUKI
jumlah pendengar: 1,903 (paling hits nih)



lagu: SELIMUT WAJA (album Perjalanan Rasa)
penyanyi undangan: EDDIE HAMID
tahun dicipta: 1988
studio: KL
muzik: RAKAMAN STUDIO
jumlah pendengar: 106



lagu: KHABAR DARI SINI (Pesta Lagu Malaysia ke6-1986)
penyanyi undangan: JULIE SUDIRO
tahun dicipta: 1986
studio: RTM
muzik: KOMBO RTM
jumlah pendengar: 095

Maap la noo. AUDIO kurang memuaskan