Ni baru abjad A... terhegeh-hegeh nak siapkan. Belum masuk B sampai Z lagi... loklaq betoi... |
-A-
1. ANGKUT
= Bawa
Contoh ayat:
- 'Dah ada motor ni, jangan hang dok pi angkut anak dara orang pulak.'
Nasihat Pakcik Taha pada anaknya Azman yang mewarisi sifat 'romeo must die'nya.
- 'Cilakak punya majlis perbandaran. Habis diangkutnya kerusi meja aku'. Rungut Rudin sendirian
bila warung cendol dan rojaknya ditepi highway Lekas diganggu penguatkuasa.
2. AIH
= Ais@Air batu
aih kacang |
- 'Saleh, hang tolong pi beli aih kat kedai Linggam tu sat, nanti pakcik upah sekupang.' Suruh Miki pada anak jirannya yang montel itu.
- 'Wuii.. tengah panas lit-lit ni kalau pekena aih kacang buang semangkuk, syok ni'. Kata Maro kepada
Apis sebaik sahaja mereka pulang dari menoreh.
- 'Ayah.. cek nak aih kepai'. Jerit Adam kepada bapaknya Pojis sambil menunjuk kepada penjual
ais kepal dipasar malam Bandar Baru Bangi .
3. ASAM KATOK
asam katok |
Campuran beberapa spesis buah seperti kurma dll. yang dihancurkan. Warna hitam. Dibungkus dlm plastik. Katok bermaksud 'pukul' @ dihancurkan.
Contoh ayat
- Sejak demam, Azila banyak makan asam katok.
- Asam katok telah pupus dikebanyakkan tempat di semenanjung Sinai dan Asia.
4. ALMARI SETBOD @ (set board)
= Set almari
Contoh ayat
- Sebulan sebelum perkahwinan anaknya, Pokcik Mior telah memberi almari setbod secara tunai.
- Almari setbod yang dimakan anai-anai itu akhirnya dibakar oleh makcik Yun.
Anok ditarik kerbau |
= Alat membajak sawah tradisional
Contoh ayat
- Pakcik Zapran memukul belakang kerbaunya agar terus menarik anok disawah itu sambil menjerit ahhh!, ahhh!
- Anok kini tidak lagi digunakan. Ianya sudah menjadi sejarah dikebanyakkan tempat.
...............................theeheeii... ada dua siri lagi ................................
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
...angin barat gambar solo...