Jumaat, 23 Mac 2012

ALAMAK MATO-MATO

Ini kisah malam tadi.
Alaa... tadi malam, khamis 22 mac.

Hari khamis biasanya menyiapkan sisipan S3 untuk keluaran hari sabtu 24 mac
dalam akhbar Utusan Malaysia dan menyiapkan page yang sudah ada untuk sisipan
Mega keluaran Isnin, 26 mac.


Sisipan S3 untuk keluaran Sabtu,
24 mac, akhbar Utusan Malaysia.

Malam tadi, tiada masalah berbangkit. Jadi pukul sebelas malam dah boleh balik.
Kalau ada problem, pukul 12 keatas tu biasa le...
Bukan aku seorang, tapi bersama saudara Zul.
Beliau adalah visualiser diunit grafik Mega.

Biasanya, saban malam aku menapak dari ibu pejabat ke tempat parking di Pusat Latihan Utusan (PLU) yang jaraknya kira-kira 500 langkah.
Taktau le berapa kilometer.

Kena salak dek anjing yang ingin mengambil hati tuannya tu perkara biasa.
Kena ligan belum lagi. Mudah-mudahan tidak.

Kalau kena, dengan anjing dan kilang-kilang sekali den bako.
Ceh. Melalut pula.

Kekadang menumpang sesiapa yang melewati jalan tersebut.
Dan selama beberapa hari ini, aku menumpang motor saudara Zul ke PLU.

Malam tadi, kami bergerak menuju ke PLU lebih kurang pukul sebelas lebih.
Dengan kelajuan yang agak rendah sekitar 30 atau 40 km/jam.
Dipertengahan jalan, kami ternampak kelibat empat buah motorsikal dihadapan menuju kearah pejabat.
Dan apabila berselisih, rupanya empat anggota polis sedang berkonvoi meronda.

'Halamak mato-mato' terlintas dalam hati. 

Saudara Zul memperlahankan sedikit kelajuan.
'Polis'... kata Zul.
Akupun tak toleh belakang.

Aku dan Zul cukup sedar kesalahan kami. 
Bukan curi pasiag, atau cilok lembu.
Cu...cuma tak pakai helmet.

Beberapa saat kemudian, motorsikal kami membelok masuk ke PLU.
Belum melepasi pintu utama (slidding gate) kedengaran bunyi 'tin-tin''tin-tin' agak meriah dalam nada B flat 7. Rentak 4/4.

Apabila ditoleh, Alamak. 
Empat anggota polis bermotosikal tadi mengekori kami. 
Ceh. Masa mana depa cilok balik aku pun tak perasan. Siap.

Memang kami nak berhenti kat situpun.
Aku nak pi amik kereta kat dalam tu.

Seorang anggota, mungkin konvoi leader menghampiri kami.
Tiga rakannya yang nampak sebaya berada diluar kawasan pagar memerhati.

'Cik... cik dari mana ni?' kata anggota polis tersebut dalam nada lembut.
Mungkin dalam nada C major kut.

'Kami dari pejabat nu, nak ambik kereta kat sini'. Jawab saudara Zul.
'Sana parking penuh' tambah saudara Zul sebelum menjelaskan kami
dari pejabat Utusan.

Anggota polis berkenaan yang aku terlupa nak melihat 'calit' dibahunya
masih tidak berpuas hati. 'Pedulik apa aku Utusan'. Agaknya mungkin itu kata
polis yang menaiki motor berenjin petrol tersebut. Agaknya la.

'Cik... minta lesen dan I.C'. 
Saudara Zul memenuhi permintaan anggota polis yang lembut tapi tegas tersebut
sebelum beliau diminta menujukkan road-tax pula.

Selepas semua dokumen yang sah laku dan bukan 'terbang' itu ditunjukkan,
anggota polis berkenaan bertanya apa pula isi kandungan sebuah beg dibawah
tempat duduk motosikal Zul.

'Takde cik, baju hujan je' jawab saudara Zul tenang.
Aku dah naik rimas berdiri kat situ.

Rasa macam nak amik gambar depa masuk dalam blog.
Takut kena sergah pulah. Tak nampak 'pak hitam' kat pinggang depa tu.
Bukan satu, ompek oii.

Lepas tu depa belah. 
Meronda.

Apa agaknya akan berlaku, jika kami terus masuk kedalam gudang
tempat parking tanpa berhenti selepas dihon berkali-kali tadi.

Mungkin tembakkan amaran akan dilepaskan keudara Chan Sow Lin?

Dua malam sebelum tu, lebih kurang pukul dua belas malam kami hampir
terserempak dengan mereka. Cuma mereka berada dihadapan kami.
Kami terlewat beberapa saat. Kehkehkeh....

Tadi kalau dia periksa beg galas aku memang kantoi.
Sebab dalam beg pensil aku ada pisau. 
Ala...pisau asah pensil je.

Mungkin boleh didakwa dibawah akta keselamatan dalam jalan kampung.
Entah.

Empat anggota keselamatan berkenaan wajar diberi pujian kerana
berkhidmat penuh dedikasi. 
Mungkin pemberian sijil penghargaan perlu dipertimbangkan.

Walaupun jarak pejabat Utusan ke PLU cuma beberapa saat jika menaikki
motorsikal, kalau tak pakai helmet ianya tetap satu kesalahan.
Nasib baik tak disamannya kami malam tadi.

Untuk mengelakkan pertembungan lagi kami dengan anggota peronda 
malam tadi, saudara Zul mencadangkan kami memakai helmet.

Apalagi, harini aku terpaksa bawa helmet dalam kereta.

Dan pertama kalinya, aku memakai helmet yang dibawa ketika
menumpang saudara Zul tengah hari tadi.

'Eh hang pakai helmet ni mana boleh, ni topi German ni, tak lulus ni'
kata saudara Zul sebaik sahaja kami tiba dipejabat.

Alamak kantoi lagi malam ni!




Topi German sesuai untuk sikepala batu.
'Dia punya kepala, batu busar dalam ada duduk.'
 






















Isnin, 19 Mac 2012

P.Ramlee memang GENIUS - 2



Dalam satu babak dari filem Nujum Pak Belalang, Ajis dan Sudin
mencilok lembu dan kambing orang sambil bernyanyi riang...





Kamilah penyamun di dalam negeri
Kami penyamun di dalam ini negeri
Kerja merompak mencilok dan mencuri
Tidak memilih mas intan kerbau sapi
Asal yang boleh ku bawak lari
Kami penyamun
Penyamun

Kamilah penyamun di dalam negeri
Kami penyamun cukup berilmu kebal
Pasal mencuri terkenal paling handal
Ayam dan itik semua kami bedal
Siapa melawan ku tunjal-tunjal
Kami penyamun
Penyamun


Dalam filem ini, lembu dan kambing dipulangkan kepada tuannya semula
hasil kepintaran belalang. Pencurinya diakhir cerita dihukum pancung.
Namun sebelum itu mereka sempat membuat beberapa angkara.

Hmm... 

Lembu punya susu, sapi dapat nama.
Lembu punya angkara, organisasi dapat balaaaa....

Hai manusia... aku anak jin,
aku nak makan engkauuu....