Sabtu, 8 November 2014

AKHIRNYA... 4

21-22-23 NOVEMBER, 2014
ISTANA BUDAYA

1982...
KEMBARA melahirkan 'anak kedua'. 
Diberi nama 'PERJUANGAN'.
Kelahiran yang dinanti-nanti pencinta dan pecandu lagu-lagu berunsur kerakyatan.

Memuatkan 10 lagu berbagai rentak. 
Menghidangkan lirik-lirik puitis yang menyentak.
Mengupas persoalan diluar kotak. 

Muka Satu
1. Perjuangan (Lagu & Senikata : M.Nasir)
2. Ada Sepasang Mata (Lagu : A.Ali / Senikata : S.Amin Shahab)
3. Bas No 13 (Lagu & Senikata : M.Nasir)
4. Ayahku dan Angkasawan (Lagu : Shahlan / Senikata : S.Amin Shahab)
5. Di Suatu Keramaian (Lagu : M.Nasir / Senikata : S.Amin Shahab)

Muka Dua
1. Sekuntum Bunga Plastik (Lagu : A.Ali / Senikata : S.Amin Shahab)
2. Impian Seorang Nelayan (Lagu & Senikata : M.Nasir)
3. Kafilah (Lagu & Senikata : M.Nasir)
4. Penjual Suratkhabar (Lagu & Senikata : M.Nasir)
5. Kepada Mu Kekasih (Lagu : M.Nasir / Senikata : Eunosasah)




Cover album simple gila.
Tapi karya didalamnya,
gila nak membuatnya.
 

Kalau ditanya aku mana lagu paling best?
Jawapannya... hehehe.... satu album.

Beberapa lagu dari album berkenaan terus menjadi siulan sehingga hari ini.
Antaranya Kepada Mu Kekasih, Perjuangan, Impian Seorang Nelayan dan 
Sekuntum Bunga Plastik.

Namun lagu Perjuangan banyak dinyanyikan dalam setiap show di TV atau dipentas. 
Lagu berkenaan dikategorikan sebagai 'wajib nyanyi' bersama lagu Gerhana yang lahir setahun kemudian menerusi album Generasiku (1983). 

Lagu Kafilah agak tidak bernasib baik.
Sewaktu 'Penguasa Radio' pada waktu itu yang popular dengan tagline 'gam',
lagu berkenaan menerima tempiasnya.

Kafilah tidak dibenarkan keudara kerana dikatakan 'kurang sesuai'.
Tang mana tak sesuai tu, tak tahulah.

Jika anda mengamati dan meneliti senikata lagu berkenaan, rambut anda akan
banyak luruh digaru. Sedangkan anda tidak menemui apa-apa. Cehh. 

Tak caya?
Cer... tengok kat bawah.

Kafilah 

Disuatu perhentian tengah Sahara 
Air ditelaga membunuh dahaga 
Kafilah berehat untuk seketika 
Dalam perjalanan dari kota ke kota 

Pedagang berkhemah di bawah pohon kurma 
Sambil senandungkan zapin dan qasidah 
Menceritakan tentang zaman gemilangnya 
Masa tanah ini jadi kemegahan mereka 

Kapas sutera tenunan halus berharga 
Kulit dan manik batu berlian permata 
Rempah dan garam attar dan air mawar 
Perdagangan ini harus dilakukan 

Dengan tiba-tiba 
Ribut pasir dari barat 
Datang bertujuan 
Untuk melemahkan semangat 
Namun berkat doa yang 
Yakin mengandung nikmat 
Mereka terlepas dari 
Cengkaman yang dahsyat 

Kemanakah tujuan kafilah ini 
Bagai tak henti-henti mencari-cari 
Mungkin kalau aku ikut menyertai 
Mungkin hidup ini akan lebih bererti


Amacam? 
Pening bukan.

Semuga lagu ini akan didendangkan pada konsert 'Hati Emas'.

----------------------

Aku masih dikampung lagi waktu ini.
Tahun ni (82') pulak bergelut dengan SPM.

Rumah aku masih takde 'pemain kaset'. Mesekin gitu.
Rutin yang sama, masih 'melepak' dirumah Mat Sapag sebelum balik kerumah.
Beliau cukup enjoy mendengar lagu Ada Sepasang Mata.

Sebetulnya aku banyak 'melayani' album ini bila sudah berhijrah
ke KL bermula penghujung 1982.

Mendengar album PERJUANGAN, sambil berjuang untuk hidup. 
Dikota batu. Kota bisu. Kota marang perapu...








Khamis, 6 November 2014

AKHIRNYA... 3

21-23 NOVEMBER 2014
ISTANA BUDAYA

BAYI sulung kumpulan KEMBARA lahir pada 1981.
1981... hmmm aku ditingkatan ompek@4 tu, disekolah Menengah Guar Cempedak @ SMGC.

Dari rumah ke SMGC dan sebaliknya aku menaiki basikal dan bas. 
(BACA DISINI - SMGC)

Sebelum pulang ke rumah aku di Kampung Baloh, aku biasanya akan singgah
dirumah sepupu aku (Mat Sapag Man) di Kongsi Lima Su Poh Estate.

Sedikit sejarah tempatan. Kongsi Lima... bukan sebuah kumpulan samseng kebun.
Tapi sebuah penempatan pekerja-pekerja ladang getah.

Disinilah tempat lahir, membesar, bermain, berguling  dan meretau.

1980, kami berpindah ke Kampung Baloh.
Kata orang tua... 'Tompek jauh lagi dikenang. Inikan pula tompek mengubang.'

Tempat transit la konon.
Penat ooo mengayuh basikal.

Dirumah sepupu aku biasanya ada dua acara wajib yang aku buat.

Pertama, kedapur menyelongkar periuk. Lapar beb...
Ada pulak gulai lemak ikan. Peh... tak kasi can punya.
Kena pula rempah giling air tangan Njang Nab.

Kedua, layan lagu.
Dirumah aku takde Kaset player. 
Jadi dirumah Mat Sapag la aku melayan kehendak telinga.

Antara lagu favourite yang selalu dimainkan ialah instrumental 'Jangan Lama-Lama.'
Petikan gitar lagu Sweet Charity itu memang mengasyikan.

Bila Kembara menerjah pasaran muzik tempatan, beberapa lagu
kumpulan yang dianggotai tiga seniman berbakat tersebut menjadi hit.

Sebenarnya semua lagu aku suka.
Tapi radio waktu itu dok balun tiga, empat lagu je seperti Hati Emas, Lagu untuk Seorang Ibu, Senandung buruh Kasar dan Ekspress Rakyat.

Tapi lagu Hati Emas menjadi pilihan.

Petikan gitar  A.Ali, susunan muzik dan lirik yang ampuh serta vokal yang harmoni menjadi pakej terbaik untuk dinikmati walaupun didengar menerusi kaset player
cap ayam yang dibeli dipekan Guar Cempedak.

Sampai naik kendur la tali kaset tersebut aku lanyak
Almaklumlah 'kaset cap lanun'. (Mat Sapag sekolah lagi, fulus yelek)

Maka bermula dari era Hati Emas pada tahun 1981 hinggalah sekarang 
kumpulan Kembara mekar mewangi dihati. 

2014....
Kongsi Lima Su Poh Estate tidak lagi seperti dahulu.
Pepohonan getah 'merampas' rumah-rumah. 

Yang tinggal kini cuma Ah Kau dan trekta gajah.

Mat Sapag pun dah lama berpindah.
Kaset pun dah pupus dah. 

Namun Kembara masih terus mengembara walaupun 
berbagai 'transformasi' dialaminya.

Irama Kembara akan terus bermaharajalela kerana sipengkaryanya punya jiwa.

Jumpa di IB bro ya.






Isnin, 3 November 2014

PIALA MALAYSIA: TAHNIAH TOK GAJAH


Skuad Piala Malaysia Pahang@PDM
membuktikan keunggulan mereka apabila
menjulang Piala Malaysia musim 2014.



'TENDANGAN penalti umpama bermain loteri'...
begitu kata jurulatih pasukan JDT, B.Hodak.

Namun bermain loteri tidaklah 
sepenat bemain bolasepak.

Tewas dengan tendangan penalti memang menyeksakan.
Sedangkan deretan peluang untuk bola menerjah jaring
 terhidang disepanjang 90 minit permainan.

Itulah bolasepak.

Lebih malang, anda satu-satunya
pemain yang gagal menjaringkan gol penalti.

Kegagalan yang membuatkan nama anda
meniti dibibir penyokong untuk satu tempoh yang lama.

Mat Yo bukanlah satu-satunya pemain
yang gagal menjaringkan gol dalam
penetuan sepakan penalti.

Dan Mat Yo juga bukan satu-satunya
pemain yang mengambil sepakan terakhir
dan gagal memperdayakan penjaga gol
dalam situasi bola mati dan diperhatikan satu stadium.

Ramai pemain ternama dunia yang bernilai
'million dolar' pun pernah merasai kekecewaan tersebut
walaupun hanya berhadapan dengan penjaga gol.

Itulah bolasepak.

Suka. Duka. Saspen. 
Tekanan. Silih berganti.

Teringat zaman  persekolahan dulu, penulis juga 
pernah merasai dua kali permainan yang berakhir
dengan sepakan penalti.

1977... 
Penulis didalam darjah enam.
Pertandingan bolasepak antara sekolah-sekolah
kebangsaan peringkat daerah Pendang diadakan.

Penulis bermain sebagai midfielder.

Perlawanan pertama dipadang SK Bukit Jenun
menemukan sekolah penulis, SK Bukit Genting
berentap dengan SK Pokok Tai.

Kami berbasikal. Diulangi... kami mengayuh gerek@basikal dari
sekolah kami ke venue perlawanan yang jaraknya lebih kurang 5km.

90 minit bertarung. 0-0.
Tambah masa pun tiada gol terhasil.
Penalti le, apalagi.

Dukdag...Dukdag.
Saspen bercampur gelabah.

Penulis antara lima rakan yang diarah guru mengambil sepakan.
Alhamdulillah. Kami menang 4-3.

Perlawanan kedua minggu berikutnya menentang
SK Tanah Merah. Pun sama. Penalti juga.

Samada striker dua-dua team 'hampeh'
atau defender kedua-dua team kebal tak taule.
Yang pasti, kami sudah all-out.

Alhamdulillah. 
Kami menang dengan pengambil
sepakan yang sama. 4-3 juga.

Minggu ketiga.
Lawan kami lebih gagah dan kental kali ini iaitu
SK Bukit Raya. Kami kena belasah 7-2.
Letih mengayuh basikal antara puncanya tu... ceh.
Theeheeheee.... Sejarah lama.

Tewas menerusi sepakan penalti lebih baik
dari kalah lambungan syiling.

Manakala kalah dalam masa 90 minit lebih baik, 
kerana ditanggung oleh satu team berbanding kalah penalti. 
Kena pula anda senasib dengan Mat Yo.

Itulah bolasepak.

Berbalik kepada final minggu lepas.
Telahan seorang rakan kepada penulis tepat.

Udin, asal  kelurahan Jubakar, Kabupaten Tumpat,
Kelate merupakan penyokong tegar TRW.

Beliau meramalkan perlawanaan sepenuh masa
berakhir seri 2-2. Sepakan penalti pula akan menyebelahi Tok Gajah.

Tahniah Udin.
Nanti kawe belanjo sup Ali power Kaje.
Maro dan Miki bayor.

TAHNIAH PAHANG.
TAHNIAH JDT.


UDIN, berbaju hitam menyorok dibelakang lelaki berbaju putih.Gambar dirakamkan di Pekan Takbai, Thailand sekitar 90-an.
Difahamkan lelaki-lelaki didalam gambar ini adalah pelarian
politik dari selatan pergunungan Sinerama.