Sabtu, 8 November 2014

AKHIRNYA... 4

21-22-23 NOVEMBER, 2014
ISTANA BUDAYA

1982...
KEMBARA melahirkan 'anak kedua'. 
Diberi nama 'PERJUANGAN'.
Kelahiran yang dinanti-nanti pencinta dan pecandu lagu-lagu berunsur kerakyatan.

Memuatkan 10 lagu berbagai rentak. 
Menghidangkan lirik-lirik puitis yang menyentak.
Mengupas persoalan diluar kotak. 

Muka Satu
1. Perjuangan (Lagu & Senikata : M.Nasir)
2. Ada Sepasang Mata (Lagu : A.Ali / Senikata : S.Amin Shahab)
3. Bas No 13 (Lagu & Senikata : M.Nasir)
4. Ayahku dan Angkasawan (Lagu : Shahlan / Senikata : S.Amin Shahab)
5. Di Suatu Keramaian (Lagu : M.Nasir / Senikata : S.Amin Shahab)

Muka Dua
1. Sekuntum Bunga Plastik (Lagu : A.Ali / Senikata : S.Amin Shahab)
2. Impian Seorang Nelayan (Lagu & Senikata : M.Nasir)
3. Kafilah (Lagu & Senikata : M.Nasir)
4. Penjual Suratkhabar (Lagu & Senikata : M.Nasir)
5. Kepada Mu Kekasih (Lagu : M.Nasir / Senikata : Eunosasah)




Cover album simple gila.
Tapi karya didalamnya,
gila nak membuatnya.
 

Kalau ditanya aku mana lagu paling best?
Jawapannya... hehehe.... satu album.

Beberapa lagu dari album berkenaan terus menjadi siulan sehingga hari ini.
Antaranya Kepada Mu Kekasih, Perjuangan, Impian Seorang Nelayan dan 
Sekuntum Bunga Plastik.

Namun lagu Perjuangan banyak dinyanyikan dalam setiap show di TV atau dipentas. 
Lagu berkenaan dikategorikan sebagai 'wajib nyanyi' bersama lagu Gerhana yang lahir setahun kemudian menerusi album Generasiku (1983). 

Lagu Kafilah agak tidak bernasib baik.
Sewaktu 'Penguasa Radio' pada waktu itu yang popular dengan tagline 'gam',
lagu berkenaan menerima tempiasnya.

Kafilah tidak dibenarkan keudara kerana dikatakan 'kurang sesuai'.
Tang mana tak sesuai tu, tak tahulah.

Jika anda mengamati dan meneliti senikata lagu berkenaan, rambut anda akan
banyak luruh digaru. Sedangkan anda tidak menemui apa-apa. Cehh. 

Tak caya?
Cer... tengok kat bawah.

Kafilah 

Disuatu perhentian tengah Sahara 
Air ditelaga membunuh dahaga 
Kafilah berehat untuk seketika 
Dalam perjalanan dari kota ke kota 

Pedagang berkhemah di bawah pohon kurma 
Sambil senandungkan zapin dan qasidah 
Menceritakan tentang zaman gemilangnya 
Masa tanah ini jadi kemegahan mereka 

Kapas sutera tenunan halus berharga 
Kulit dan manik batu berlian permata 
Rempah dan garam attar dan air mawar 
Perdagangan ini harus dilakukan 

Dengan tiba-tiba 
Ribut pasir dari barat 
Datang bertujuan 
Untuk melemahkan semangat 
Namun berkat doa yang 
Yakin mengandung nikmat 
Mereka terlepas dari 
Cengkaman yang dahsyat 

Kemanakah tujuan kafilah ini 
Bagai tak henti-henti mencari-cari 
Mungkin kalau aku ikut menyertai 
Mungkin hidup ini akan lebih bererti


Amacam? 
Pening bukan.

Semuga lagu ini akan didendangkan pada konsert 'Hati Emas'.

----------------------

Aku masih dikampung lagi waktu ini.
Tahun ni (82') pulak bergelut dengan SPM.

Rumah aku masih takde 'pemain kaset'. Mesekin gitu.
Rutin yang sama, masih 'melepak' dirumah Mat Sapag sebelum balik kerumah.
Beliau cukup enjoy mendengar lagu Ada Sepasang Mata.

Sebetulnya aku banyak 'melayani' album ini bila sudah berhijrah
ke KL bermula penghujung 1982.

Mendengar album PERJUANGAN, sambil berjuang untuk hidup. 
Dikota batu. Kota bisu. Kota marang perapu...








Tiada ulasan:

Catat Ulasan

...angin barat gambar solo...