Sabtu, 25 Oktober 2014

LANG MERAH atau CAK RUMAH?

KU sangka panas hingga kepetang. Rupanya panas sampai kemalam.
Impian melihat Lang Merah ke final Piala Malaysia musim 2014 berkubur malam ini.

Bukan sebijik 'dereluih'. Tapi lima. (dereluih=Bocor)

Ancik dalam bahasa Tamil.
Ha' dalam bahasa Siam.
Cehhh dalam bahasa Sankrit kuno.


Lebih sadis mata terpaksa melihat gol demi gol menggegar jaring melalui kaca 
TV LCD Panasonic yang melekat di tiang sebesar balak dipejabat.

Nak lari tak boleh.
Tengah buat kerja. Deadline lagi.

Nak alih saluran lagila tak boleh.
Jabatan Pengarang control  remote sebab nak buat berita untuk siaran esoknya.

Sambil mata beralih pandangan antara skrin TV dan PC, jemari sempat juga
melayangkan mesej pada kengkawan untuk ulasan dan kutukan selari.

Dalam pada itu, hati kecil dok berharap juga, Hijau Kuning dapat sumbat kalau tak selori padi, sebijik pun jadi.

Tapi itulaa...

Pertahanan Jelapang Padi umpama 'gundi buruk' malam ini. Carik disana-sini.
Tak menjadi.
Striker pula berpusing-pusing macam gasing. Pun malam ni jugak. 

Ada yang berpendapat kehadiran dua negro Tok Gajah malam ini, membuatkan Lang Merah tenggelam punca. Umpama pemilik daun ketum terserempak mata-mata.

Mereka umpama durian. 
Kita langgar dia kita jatuh. Dia himpit kita, terguling.

Musim depan, kehadiran pemain pertahanan  import niger di Darul Aman 
amat dialu-alukan.

Berikut komen beberapa sahabat mengenai 'tragedi' game malam ini.

"CEH... APA SUDAH JD... SMUE XMNJADI" - MIKI (penyokong Perak)
"HU... DAH TUKAR CANEL" - ORG RUMAH GUE
"PATOT TK BRASA NK TGK.. MEMG HAMPEH BILA KITA TGGU..
KALU TK TGGU TGK MENJADI PULAK" - ZUL AYAQ PUTIH
"HAHAHA... SABAQ-SABAQ. MASA BYK LG" - MARO (penyokong Klate)
"KEDAH GAH DGN SEMANGAT JAA... MANA BOLEH JD - LAN GUAQ KEPAYANG

Ada jugak komen-komen yang tidak dapat disiarkan disini kerana pemilik blog
boleh didakwa dibawah akta hasutan dan lain-lain akta bersangkutan.

Anyway... ketidakpuasan hati dah pun diluah.
Dunia belum kiamat. Esok masih ada. 

Sambil menunggu duit BRIM tahun depan yang dah naik, kita berharap
skuad Lang Merah akan bangkit dan kembali terbang tinggi.

Bukan setakat gajah. Seladang, penyu, raksasa merah, pahlawan merah, 
singa utara-selatan, kijang semua kita balun.

Bukan seperti malam ini yang cukup 'mengconfusekan' akal samada yang
berentap di stadium Darul Makmur sebentar tadi itu burung 'Lang' atau 'Cak Rumah.'

Salam 5-0.
Salam MAAL HIJRAH 1436.


ANTARA PUNCA-PUNCA KALAH...
KOMEN-KOMEN YANG DIKUTIP DI WARUNG JAI, TAKSAT.

"OII... AKU TAKDAK KENA MENGENA
DENGAN INI GAMBAQ" - Cak Rumah.