Isnin, 12 Disember 2011

DAULAT TUANKU


Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin
Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah
Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah



SEBAGAI anak jati Kedah, aku pun tumpang
bangga dengan pelantikkan Baginda menjadi
Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang ke-14.

Sewaktu Baginda ditabalkan sebagai
Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang ke-5 (1970 - 1975)
aku baru berusia lima tahun.

Bila usia Baginda bersemayam diatas takhta memasuki dua penggal
pada 1972, aku baru menjengah alam persekolahan.

Dari situ aku mula mengenali Sultan.
Bukan kenal secara peribadi tapi dari nyanyian
lagu rasmi Negeri Kedah setiap perhimpunan pada pagi Ahad.




Baginda diputerakan pada 28 November 1927 di Anak Bukit,
Alor Setar, Kedah sebagai Tunku Abdul Halim dan
merupakan Sultan Kedah ke-27 (1958 - kini)

Pada 15 Julai 2008 baginda menyambut Jubli Emas,
 iaitu ulang tahun pemerintahan baginda ke-50 di Kedah.
  
Tuanku Abdul Halim dipilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong
antara September 1965 dan September 1970.

Sewaktu ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong pada 1970, 
baginda berusia 43 tahun.

Perdana Menteri Malaysia yang pertama iaitu
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj adalah ayahanda saudara baginda.

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj kemudiannya
menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada
timbalannya ketika itu iaitu Tun Abdul Razak.
Tunku Abdul Rahman merasakan
beliau tidak patut berkhidmat di bawah anak saudaranya.





Pada November 2006,
Tuanku Abdul Halim dipilih buat kali kedua sebagai
Timbalan Yang di-Pertuan Agong,
bermula Disember 2006 hingga Disember 2011.

Beliau merupakan sultan ketiga memegang jawatan ini dua kali,
selepas Tuanku Ja’afar dari Negeri Sembilan
dan Sultan Mizan Zainal Abidin dari Terengganu.
  
Pada 12 dan 13 Oktober 2011,
Mesyuarat Majlis Raja-raja yang ke-225 telah memutuskan
bahawa Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah bakal menggantikan Tuanku Mizan sebagai
Yang di-Pertuan Agong yang ke-14 mulai 13 Disember 2011.

Uniknya, sewaktu Baginda menjadi
Yang di-Pertuan Agong (1970 - 1975),
Tun Abdul Razak menjadi Perdana Menteri.

Kali kedua Baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong,
Anak Tun Abdul Razak, pula menjadi Perdana Menteri.

Kuasa Allah.

Semuga bumi Malaysia akan terus diberkati-NYA
selama Tuanku memegang tampuk pemerintahan
tanah tumpah darah kita ini.

... DAULAT TUANKU ...



TUANKU Sultan adalah pencetus semangat
skuad hijau kuning.



Mangan Kenduri di Klang

Ahad. 11.12.11

Berlangsung majlis kenduri dirumah pengantin perempuan di Kampung Bukit Kapar, Kelang.

2010 bertunang. Semalam akad nikah.
Tibalah saat yang ditunggu-tunggu. Kenduri.

Semua saudara terdekat berkumpul dirumah sewa Jon di USJ 3.
Ada yang bermalam disana.
Dari sejauh Kedah hingga sedekat Kajang. Aku pagi tu baru pi sana.

Sempat jugak membuat acara wajib di USJ iaitu terlajak, salah masuk simpang. Ceh.

Konvoi dua belas kereta menyusuri jalan dari USJ ke rumah pengantin.
Turut menyertai rombongan pengantin ialah rakan-rakan sekerja beliau.

Alhamdulillah. Semuanya berjalan lancar. Penuh meriah.

Menu pun ok.
Slang Jawa yang unik pun ada kedengaran termasuk dari DJ.

Nak cerita lebih-lebihpun takde point.

Sebahagian foto yang sompek dirakam den paparkan disini. 
Foto-foto itu sedikit-sebanyak menggambarkan kemeriahan pada hari bersejarah
bagi anak saudara aku itu.

Jon. Sekali lagi ucapan Selamat Pengantin Baru dari Pak Su.



'Hallo ..ya..yaa. Hah... apa? Kontena
simen sudah sampai Port Kelang. Allo boss....
ini hari, hari busat saya la... ya.. ok..okkk
Kalau itu maciam, after sanding saya
sana sikijap pigi tengok. Roger. Haiya...' -

Agaknya itulah kut perbualan
pengantin yang nyata begitu sibuk
menjawab panggilan yang bertali arus.
Gambar dirakamkan dirumah persinggahan 'parking'
sebelum bergerak kerumah pengantin perempuan
yang jaraknya kira-kira 100 meter.
 

AIMAN memberi kerjasama berposing
bersama ayahnya Isa. Helmi dikanan. 


AISH begitu sibuk mengambil gambar pada hari itu.
Nanti besar boleh jadi jurugambar pro.
Omak saudara dia risau takut kamera torlopeh.



'AMBIK gambaq Tok Wan kas.'
AISH lagiii. Kamera Tok Su dia pun dia pinjam.
Sejurus selepas tiba dari USJ.



PENGANTIN dah ready. Tapi belum dapat signal untuk
bergerak. Jadi... kita posing sat.



MASIH menunggu signal.
Pengapit yang juga teman serumah pengantin
sempat memberi penerangan lokasi rumah pengantin.


'Hallo ..ya..yaa boss. Belum jalan lagi.
Oo itu kapal dari Brazil on the way ka.

Ok. Saya hantar saya punya pengapit
nanti sikit jam. Kasi dia makan dulu.

Round about 1 hour itu maciam.'


SEMENTARA menunggu isyarat
berjalan. Pengantin masih sibuk menjawab
panggilan.

AKHIRNYA.... isyarat sudah diterima.
Perjalanan kerumah pengantin perempuan bermula.


JARAK kerumah pengantin perempuan lebih kurang
100 meter. Rombongan pengantin lelaki diiringi paluan
kompang yang memainkan sonata in D major 7.


DIHALAMAN rumah pengantin perempuan.


 DIATAS singahsana.
Lepas ambik gambar ini, aku dengan pantas terus pi cedok nasi.
Dari pagi makan ala-ala aje.


 ACARA akhir. Sebelum pulang, sanak-saudara
bergambar bersama pengantin.
Aku je takdak kat situ....



BEBERAPA detik sebelum mula berjalan kerumah
pengantin perempuan sejurus selepas isyarat diterima
dirumah persinggahan.


 SEBELUM pulang. Sompek bergambar laie di
rumah persinggahan. Perutpun dah kenyang.
Mata pulak teringat bantal. Ceh. Aiman bersama
ibu dan emak-emak saudaranya akan pulang
ke Kedah selepas itu. 



SELESAI. Selamat Dunia dan Akhirat.

'Allo boss... ya..
apo mau lagi. Ya
sudah setel ma.
Apa... oh tadi
itu salah kontena ka.
Bukan kita punya
ka. Kapal pun
bukan ka?

Haiya.
Lain kali kasi
check butul-butul
laaaa. Fuhhh!