Berlangsung majlis kenduri dirumah pengantin perempuan di Kampung Bukit Kapar, Kelang.
2010 bertunang. Semalam akad nikah.
Tibalah saat yang ditunggu-tunggu. Kenduri.
Semua saudara terdekat berkumpul dirumah sewa Jon di USJ 3.
Ada yang bermalam disana.
Dari sejauh Kedah hingga sedekat Kajang. Aku pagi tu baru pi sana.
Sempat jugak membuat acara wajib di USJ iaitu terlajak, salah masuk simpang. Ceh.
Konvoi dua belas kereta menyusuri jalan dari USJ ke rumah pengantin.
Turut menyertai rombongan pengantin ialah rakan-rakan sekerja beliau.
Alhamdulillah. Semuanya berjalan lancar. Penuh meriah.
Menu pun ok.
Slang Jawa yang unik pun ada kedengaran termasuk dari DJ.
Nak cerita lebih-lebihpun takde point.
Sebahagian foto yang sompek dirakam den paparkan disini.
Foto-foto itu sedikit-sebanyak menggambarkan kemeriahan pada hari bersejarah
bagi anak saudara aku itu.
Jon. Sekali lagi ucapan Selamat Pengantin Baru dari Pak Su.
|
AISH begitu sibuk mengambil gambar pada hari itu. Nanti besar boleh jadi jurugambar pro. Omak saudara dia risau takut kamera torlopeh. |
'AMBIK gambaq Tok Wan kas.' AISH lagiii. Kamera Tok Su dia pun dia pinjam. Sejurus selepas tiba dari USJ. |
PENGANTIN dah ready. Tapi belum dapat signal untuk bergerak. Jadi... kita posing sat. |
MASIH menunggu signal. Pengapit yang juga teman serumah pengantin sempat memberi penerangan lokasi rumah pengantin. |
AKHIRNYA.... isyarat sudah diterima. Perjalanan kerumah pengantin perempuan bermula. |
JARAK kerumah pengantin perempuan lebih kurang 100 meter. Rombongan pengantin lelaki diiringi paluan kompang yang memainkan sonata in D major 7. |
DIHALAMAN rumah pengantin perempuan. |
DIATAS singahsana. Lepas ambik gambar ini, aku dengan pantas terus pi cedok nasi. Dari pagi makan ala-ala aje. |
ACARA akhir. Sebelum pulang, sanak-saudara bergambar bersama pengantin. Aku je takdak kat situ.... |
BEBERAPA detik sebelum mula berjalan kerumah pengantin perempuan sejurus selepas isyarat diterima dirumah persinggahan. |
SEBELUM pulang. Sompek bergambar laie di rumah persinggahan. Perutpun dah kenyang. Mata pulak teringat bantal. Ceh. Aiman bersama ibu dan emak-emak saudaranya akan pulang ke Kedah selepas itu. |
SELESAI. Selamat Dunia dan Akhirat. |
'Allo boss... ya.. apo mau lagi. Ya sudah setel ma. Apa... oh tadi itu salah kontena ka. Bukan kita punya ka. Kapal pun bukan ka? Haiya. Lain kali kasi check butul-butul laaaa. Fuhhh! |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
...angin barat gambar solo...