Sabtu, 29 November 2014

KONSERT HATI EMAS KEMBARA...4

27 lagu-lagu didendangkan tanpa henti... Apa lagi mau. - Gambar UTUSAN.

STALLS W39 Panggung Sari menjadi saksi kehadiran.
Tepat 8.45 malam hadirin berdiri menyanyikan lagu Negaraku.

Personaliti TV Al-Hijrah, A.I. mengumumkan Konsert Hati Emas Kembara
bermula. Riuh rendah dengan tepuk sorak hadirin yang tidak sabar-sabar ingin
menikmati persembahan lagu-lagu rakyat.

Pentas 'bawah tanah' dinaikkan.
Diatasnya kumpulan Kembara dan pemuzik undangan termasuk penyanyi latar.

Maka bergemalah irama nusantara.
Kaki dan kepala bergoyang mengikut rentak.
Lebih kurang tiga jam Panggung Sari menjadi pelepas rindu 'hantu-hantu Kembara'.

Lagu pertama pembuka tirai ialah Ekspress Rakyat.
Diikuti Impian Anak Jalanan dan seterusnya Siapa Orang Kita.

Pehhh... baru tiga lagu tu.

Kemudian disambung dengan Sesat DiKuala Lumpur.
Semuanya dinyanyikan Datuk Dr. M Nasir.

A. Ali kemudian meneruskan persembahan dengan lagu Ada Sepasang Mata.



A. Ali masih steady...
Aksi sewaktu lagu Kolar Biru 
 
- Gambar UTUSAN.

Itu sahaja lagu yang menurut turutan yang aku ingat.
Lepas tu takdan catit dah. Gelap beb.

Lagu-lagu dari tujuh album Kembara dialunkan sambil ketiga-tiga
anggota asalnya bercerita mengenai perjalanan hidup kumpulan berkenaan.

Semuanya mempunyai cerita tersendiri.
Yang menariknya, setiap lagu yang disampaikan diterjemahkan diatas
layar dibelakang dengan visual yang menarik dan unik.

'Kita cipta lagu bas. Dah ada bas, mesti ada perhentian bas' kata A.Ali
merujuk lagu Bas No 13 dan Diperhentian Pudu Raya.

Lagu-lagu juga disampaikan bergilir-gilir antara Sifu, S.Sahlan dan A.Ali termasuk gitaris yang juga adik kepada M Nasir, Zul.

Begitu juga lagu bertemakan bunga yang dinyanyikan selepas sedikit 'pencerahan'.
Bunga Bakawali dinyanyikan Zul. Kemudian A.Ali dengan Sekuntum Bunga Plastik.

Menurut A. Ali, idea lagu tersebut muncul bila terbayangkan penjagaannya yang mudah. Yakni tidak perlu disiram. Lagu Kiambang ciptaan A.Ali kemudian
bergema penuh syahdu dendangan M.Nasir.



Zul (kiri)... menyanyikan beberapalagu malam itu...  - Gambar UTUSAN.

 Apa yang melegakan ialah tiada kelibat penari-penari IB yang berkeliaran
diatas pentas sewaktu persembahan berlangsung. Kalau tidak...

Antara karya  yang paling aku tunggu-tunggu dan berkumandang
ialah Impian Anak Jalanan, Siapa Orang Kita dan Rupa Tanpa Wajah.

Lagu Hati Emas dan Keroncong Untuk Ana meriuh-rendahkan suasana 
bila audien diajak menyanyi bersama.

Selepas dicongak-congak, lagu-lagu dari album kedua Kembara 'Perjuangan',
paling banyak dinyanyikan malam itu iaitu tujuh (7) lagu.

Paling sedikit dari album Hijrah dan Duit. Masing-masing satu lagu.

Barisan pemuzik yang mengiringi persembahan mempamerkan skill yang mantap.

Paling mencuri perhatian ialah Ujang yang bermain drum.
'Ujang main drum... takde dia susah kita' kata M.Nasir sewaktu memperkenalkan
barisan pemuzik pengiringnya dipertengahan persembahan.

Raffi bertindak sebagai pengarah muzik sambil bermain gitar akustik.
Aku perhatikan antara dia dan Ujang saling 'berkomunikasi melalui tangan'
untuk menamatkan sesebuah lagu dan melayan 'penyanyi' didepan.

Masa berjalan tanpa disedari dengan puluhan lagu sambung-menyambung.
Menghampiri pukul 11.15 malam, ketua kumpulan Kembara mengumumkan
konsert menuju penghujungnya.

'Kami nak balik berehat. Esok nak nyanyi lagi', kata Sifu.

Lagu Gerhana dinyanyikan beramai-ramai.
Persembahan yang sepatutnya berakhir disambung gara-gara
penonton yang menjerit meminta 'extra song'.

M.Nasir yang berkemeja putih berkata 'pemuzik saya dah kehabisan lagu',
sambil memerhati barisan pemuziknya disambut deraian ketawa penonton.

Kemudian dia menghampiri A.Ali dan bertanya 'Ada lagu lagi ke?'.
A.Ali berkata ada lagu. 'Kafilah'.

Maka berkumandanglah Kafilah sebagai lagu penutup persembahan 
malam itu dengan jam ditangan menunjukkan pukul 11.30 malam.



A.Ali menyampaikan lagu
'Ada Sepasang Mata'
 
- Gambar UTUSAN.

KLIK SINI ... KONSERT HATI EMAS KEMBARA - 1
KLIK SINI ... KONSERT HATI EMAS KEMBARA - 2
KLIK SINI ... KONSERT HATI EMAS KEMBARA - 3
KLIK SINI ... KONSERT HATI EMAS KEMBARA - 5

Jumaat, 28 November 2014

KONSERT HATI EMAS KEMBARA...3

Tiada lagu dari album solo. Semua dari album Kembara.
Mau sepuluh malam kalau nak dendangkan semua hits beliau.
'Ini macam taukeh boleh demam' memetik kata Sarep Dol. - Gambar UTUSAN.

5.30 petang: Sampai di IB.
                      Hujan mulai reda. Parking... cantik punya dekat satu 
                      court... bola keranjang(?) rasanya.
                      Pandangan dihala ke cafe'. Diluar smoking zone, ramai melepak.
                      Entah peminat Kembara atau tidak.

                      Ternampak kelibat sesetengahnya membawa alat muzik.
                      Mungkin baru habis latihan kut.
                      Hubungi Rozaman... (tiket dalam tangan dia) 


6.15 petang: Rozaman@Pengarang Berita Utusan memberitahu dia ondeway.
                      Menapak kedalam.
                      Meninjau mini galeri. Kamera takde. Rosak sewaktu bercuti diPangkor
                      beberapa minggu lalu. (Mana tak lingkup. Off. On... tak berenti)
                      HP pun zaman batu. Gambar kelabu asap...

Ni je hasilnya... alahai.

6.30 petang: Melangkah ke cafe'.
                      Aroma teh tarik bagai memanggil-manggil.
                      Nasi lemak disambar bersama segelas teh.
                      Memang terasa boring keseorangan disitu.
                      Sambil menunggu Rozaman, sebungkus lagi 
                      nasi lemak dipulun. Kali ini beserta dua jenis kuih.
                      Mata memerhati setiap 'pecandu Kembara' yang mula
                      memenuhi setiap ruang cafe'.

                      Akhirnya, kelibat Rozaman kelihatan. Legaaaa.
                      Beliau bersama isteri melepak diluar.
                       
                      Sebaik suapan terakhir nasi lemak daun pisang ditelan, dan 
                      piring kuih dan gelas dikosongkan, aku bergegas keluar.

                      Berborak pasal konsert dan konsert dan jem dan konsert sambil
                      Rozaman menunggu kehadiran rakan-rakannya yang juga peminat
                      setia Kembara.
                      Mereka adalah geng 'Alumni Uitm 85/88.'

Budak-budak MASSCOMM-85/88.
Rozaman ditengah @ berjambang tu. - Gambar Rozaman

7.00 mlm:      Maghrib di surau IB.
                      Hujanpun dah berhenti.
                      Malam yang dingin di IB menyaksikan peminat Kembara mulai
                      memenuhi ruang legar dan cafe'.

                      Tiket dah pun bertukar tangan.
                      Theeeheee. Senyum sampai ketelinga.
                      Terima kasih Rozaman dan 
                      bro Roslan Mokhtar.



                      Rozaman kemudiannya bersantap bersama rakan-rakan manakala 
                      untuk menghilangkan bosan, aku mundar-mandir diluar dikedua-dua 
                      belah pintu masuk IB bak pengawal keselamatan.

                      Dicelah kesuraman malam, ternampak kelibat S. Amin Shahab.
                      Berselfie dengan beberapa peminat sambil menghembuskan asap rokok.
                         
                      Mata terpandang seorang lelaki berpakaian putih dan berserban.
                      Tidak menghairankan jika menonton Kembara. 
                      Kalau tengok Search, kacau.

8.15 mlm:      Pintu IB dibuka.
                      Ceh... lambat bebenor.
                      Apa-apahal pi toilet dulu.
                      Ini Ekpress Rakyat punya show non stop woo..
         

Apalagi... seranggggg.



KLIK SINI ... KONSERT HATI EMAS KEMBARA -1
KLIK SINI ...KONSERT HATI EMAS KEMBARA - 2
KLIK SINI ...KONSERT HATI EMAS KEMBARA - 4
KLIK SINI... KONSERT HATI EMAS KEMBARA - 5

KONSERT HATI EMAS KEMBARA...2

Show... baju merah menyala. 
Ini malam pertama untuk member press dan sekutu penaja. 
Sifu berkemeja putih, malam kedua aku bertandang ke sana.
 - Gambar Utusan Malaysia .

1.
SEBULAN sebelum konsert, aku dah bikin plan dengan sahabat karib, kartunis Miki
untuk menyaksikan kumpulan lagenda ini beraksi.

Topik perbualan di Restoran Warisan TKP saban pagi berkisar darihal
konsert selain hal-hal keduniaan yang lain termasuk kesibukkannya menghasilkan
karikatur GAZA untuk dipamerkan di Persidangan UMNO 2014 yang sedang berlangsung
ketika ini di PWTC. (25-29 November)

Plan berjalan lancar sehinggalah hari kejadian.

Biasanya setiap konsert bermula dengan show untuk press dan sekutu dan rakan penaja. Jadi, kami akan menyelitkan diri bersama rakan wartawan yang lain. Itu plan asal.

Namun lain pulak yang jadi.
Malam pertama show untuk press pada hari khamis itu berlalu tanpa disedari.
Tiada yang 'bikin bising' atau 'bikin sibuk'.

Melepas.

MIKI menghafal lagu-lagu Kembara
sebagai persiapan konsert. Member
cuma ingat lagu Jamal je... aparaa.

2.
Jumaat, 21November.
Lebih kurang 3.30 petang, sahabat lama Rozaman @ Mang menghubungi
mengatakan ada dua tiket untuk aku. Alhamdulillah.

Dengan pantas aku menghubungi Miki.
Ini jawapannya. "Aisey sorrile bro, gua ado hal mustahak. Lu pegi je le"

Jawapan yang tidak enak didengar.
'Ajak Maro ajelah'. Cadangan untuk diri sendiri. 

Selepas dihubungi, Maro yang tengah berhempas pulas menyiapkan
illustrasi untuk satu acara keesokkannya di Sungai Tekali berkata...

'Hang pi dulu. Apapa hal aku bagitau'

 Satu jawapan yang tak pasti.

Selepas maghrib, Maro melayangkan mesej 'gagal untuk hadir' dek kerja
belum beres. Hampa.

3.
Memang membosankan. Mati kutu. Langkah sumbang.
Berseorangan di tempat sebegitu.

Menunggu saat dibenarkan masuk ke Panggung Sari, terasa amat lama bebenor.
Kena pulak , kamera takde.

Handphone cap ayam tak mampu merakamkan apa-apa.



Pekena dua bungkus nasi lemak,
segelas teh tarik dan dua
ketul kuih sebelum melayan
konsert 'Hati Emas'. Enak.



KLIK SINI ... KONSERT HATI EMAS KEMBARA - 1
KLIK SINI ... KONSERT HATI EMAS KEMBARA - 3
KLIK SINI ... KONSERT HATI EMAS KEMBARA - 4
KLIK SINI ... KONSERT HATI EMAS KEMBARA - 5

KONSERT HATI EMAS KEMBARA...1

Show... memang terangkat. Nak kata apa lagi.  - Gambar Utusan Malaysia .
1.
PENANTIAN sekian lama tertunai akhirnya sebaik sahaja kaki melangkah masuk 
ke Panggung Sari lebih kurang jam lapan suku.

Tiba seawal 5.30 petang di IB bagi mengelakkan kesesakkan jalan dan parking.

Sewaktu melalui Jalan Tun Razak, hujan renyai mula menyapa namun traffic clear.
Namun melepasi terowong menghala ke flight over menuju bulatan Pahang(?), 
deretan kenderaan mulai kelihatan. Bersusun-susun. Hadoiii....

30 minit disitu saja. Ceh.
Nasib baik laluan disebelah kiri menuju bulatan Pahang agak lancar kemudiannya
untuk membuat u-turn ke IB.

(Potong stim betul. Tengah menaip, sambil mata menyaksikan Live Suzuki Kapcai AFF 2014. Harimau Malaya tersungkur dilatam negara Gajah Putih, 3-2. Hampeh)

2.
KELIBAT peminat-peminat Kembara sewaktu aku tiba tidaklah begitu ramai.
Namun sewaktu aku bersantai di cafe IB sambil pekena sebungkus nasi lemak 
dan secawan teh tarik yang sedap itu,  kehadiran mereka mula dirasakan.

Sedikit demi sedikit.
Slow and steady.

Bangun kali kedua mengambil sebungkus lagi nasi lemak dan dua ketul kuih.
Sebaik semuanya selesai memasuki perut, cafe boleh dikatakan penuh walaupun
tidak sesak. Tidak termasuk smokin' zone kat luar.

Parking yang tadinya agak lenggang, kini mula berisi.
Lalu lintas dikedua-dua arah IB, bergerak perlahan tapi lancar.

Apa yang boleh dikatakan ialah, peminat-peminat setia yang dewasa bersama
lagu-lagu Kembara boleh dikategorikan 'otai' yang kini berusia 40an keatas.

Kebanyakkannya datang berpasangan dan berkumpulan dan berpenampilan
kemas dan berwajah ceria.

Aku?
Ceh. Aku solo je.
Apa pasai solo?

 Pi IB naik gerek lagi baguih...

KLIK SINI ... KONSERT HATI EMAS KEMBARA - 2
KLIK SINI ... KONSERT HATI EMAS KEMBARA - 3 
KLIK SINI ... KONSERT HATI EMAS KEMBARA - 4
KLIK SINI ... KONSERT HATI EMAS KEMBARA - 5

Isnin, 24 November 2014

AKHIRNYA...10

(KONSERT... SUKSESSSSS)



NOTA KEPALA: 
ARTIKEL INI DITAIP PETANGJUMAAT, 
(21 NOVEMBER 2014) 
HARI KONSERT PERTAMA.
TAK DAN NAK 'POST' SEBAB KELAM-KABUT NAK KE I.B. 

KES NAK ELAK JEM DAN PARKING...CEH.


Cehh... dah sampai kedestinasi akhir rupanya bicara 
album-album Kembara.

1986...
Sempena dengan pembikinan filem Kembara.....Seniman Jalanan (KSJ), 
album ketujuh dilancarkan.

Entah boleh dipanggil album ketujuh atau terakhir Kembara atau tidak.

Ini kerana album ini hanya memuatkan empat lagu baru
khusus untuk filem berkenaan.
Selebihnya adalah lagu-lagu dari album terdahulu dan satu lagu dari kumpulan Search yang juga ada kena mengena dengan filem KSJ.

Kulit album pun hanya gambar sifu seorang.
Seolah-olah menggambarkan 'kelangsungan hayat' kumpulan
yang memperjuangkan lagu-lagu rakyat tersebut selepas itu.

Bagi aku album terakhir Kembara ialah album 'duit'.

Album KSJ yang mengandungi cuma empat lagu baru itu boleh 
dianggap salah satu dari album-album koleksi Kembara yang 
'galak' dipasarkan selepas itu.

Boleh dikatakan aku membeli semua album penuh dan 
kompilasi Kembara dari zaman kaset ke CD.
Tapi selepas Kembara melepasi era kegemilangan satu demi satu 
semua koleksi dalam simpanan susut satu demi satu. 

Ada yang diberi kepada kawan.
Ada kawan pinjam terus ghuyup.
Ada yang hilang sewaktu zaman 'nomad'.

La ni adala dua tiga CD yang dibeli semula.

Berikut sepuluh lagu dari album KSJ...(B=lagu baru)

1.   Rupa Tanpa Wajah (B)
2.   Siapa Orang Kita (B) 
3.   Balada Pemuzik Jalanan 
4.   Duit
5.   Sesat Di Kuala Lumpur (B)
6.   Di Manakah Dikau 
7.   Cetak Rompak 
8.   Balada Osman Tikus (B) 
9.   Harapan Terakhir 
10. Rupa Tanpa Wajah (Instrumental)



SOLO...

Dua lagu ini, Rupa Tanpa Wajah dan Sesat Di Kuala Lumpur 
memang layan jika dimainkan secara solo dengan gitar akustik.
Apalagi jika dimainkan dikonsert. Pehh...

1986...
Aku dah bekerja ditempat baru.
Jawatan yang sama. 
Line pun sama,'publishing'.
Masih dizaman cowgum, teknikal pen dan lain-lain sahabat karib.

Amir Enterprise nama majikan yang ketiga selepas 
empat tahun berhijrah dari kampung.
Sebuah syarikat penerbitan bumiputera yang kukuh pada waktu itu. 
Terkenal dengan beberapa produknya yang terlajak laris seperti 
akhbar Mingguan Wanita, Keluarga, Kisah Cinta dan lain-lain.

Allahyarham Pak Harun Hassan, pemilik syarikat kemudian 
mengembangkan bisnes dengan menceburi bidang perfileman dan 
menerbitkan banyak filem.

Ali Setan antara filem paling popular.

Bermula dari filem Suara Kekasih, kelibat 'sifu' kelihatan mundar-mandir dipejabat.
Beliau diberi 'kerja' menggubah muzik untuk beberapa filem keluaran Amir Enterprise dibawah kendalian anak syarikat, Amircomm.

Bermula dengan filem Suara Kekasih.
Selepas itu filem Rozana Cinta87, Balik Kampung dan Kepala Angin 
sifu mencurahkan kreativitinya.

Gitulah serba-sedikit imbauan silam yang ditaip secara langsung.
Kalau nak detail payahle sikit... dengan masa yang ada.

Berbalik pada konsert malam ni (21 nov), 
harap-harap berjalan lancar.

Yang tak lancar jalan nak menuju ke IB je.

Tiada lain tujuanku,
Hati emas yang ku cari,
Kisahnya dihujung dunia,
Mengapa tak ku temui...

Gubahan baru dibawah.
Tiada lain tujuanku,
Konsert Hati emas yang ku cari,
Kisahnya diIstana Budaya,
Jalan jem-jem-jem menantiii...



Rakan-rakan dari Grup Teater Grafik Utusan@gerutu 
yang turut memberi sokongan padu pada Konsert Hati Emas.
Pergi belum tentu lagi. Almaklumlah ada yang minat K-Pop, 

Ella n'de Boy, Indie band, Bollywood, lagu Siam bla bla bla...