Jumaat, 31 Oktober 2014

PAHANG ato JOHOR?

Siapa punya?

Diam tak diam Piala Malaysia sampai kepenghujungnya.
Final edisi 2014 ini menemukan wakil Pantai Timur dan Selatan.

Malam Esok (1 November 2014) dipadang rumput Bukit Jalil, Pahang akan bergasak dengan Johor bagi menentukan 'Jaguh' piala kebanggaan peminat bolasepak tempatan.

Pahang atau Johor?
Melihat dari persembahan separuh akhir, 
kekuatan kedua-dua pasukan nampak seimbang.
Peluang menjulang piala sama cerah. Secerah hutan balak yang ditebang.

PDM atau JDT?
Tak kisah siapa pemenangnya.
Janji satu hidangan menarik dapat disajikan kepada penonton.

Samada yang memenuhi stadium atau melangut depan tv 
di rumah atau mamak stall, kaki bola berharap resepi ciptaan Zainal dan Hodak
yang bakal mereka nikmati amat-amat berbaloi.

Apakah Pahang akan 'menggulai patin' kan JDT?
Atau JDT akan 'me-meerebuskan' Pahang?

Pahang atau Johor?
Ada beberapa pemain lama @veteran Pahang dan Johor yang  masih
segar dalam ingatan zaman persekolahan dahulu.

Antaranya Jamal Nasir dan Rosmaini Mohd Shah.
Manakala dari Johor ialah Dollah Salleh dan Nasir Yusof.

PDM atau JDT?
Setiap kali berlangsungnya final Piala Malaysia, kemeriahannya
amat terasa khususnya dinegeri dua finalis.

Dari membotakkan kepala sehingga mewarnakan buah nangka mengikut warna
negeri adalah sebahagian dari keghairahan tahunan ini.

Bagi perantau yang berada di Lembah Kelang iaitu venue perlawanan akhir
turut hangat dan membara. Sehangat kes 'TAWIL' di Mahkamah Persekutuan
Putrajaya. Malah lebih panas lagi.

Pahang atau Johor?
Dipejabat aku penyokong Pahang tak berapa ramai. (Yg aku kenai la)

Lan, (grafik designer) orang Lipat Kajang, Temerloh.
Beliau meramalkan Pahang mengalahkan JDT (2-0...huhuhhuu)

Yang ramai disini penyokong Red Warrior. Tak tersebut. Ceh.
Ramai TRW fans memilih Pahang mendakap piala. Taktau pasai apa.
Mungkin faktor 'Pantai Timur' kut.

Orang Johor? Ada juga beberapa kerat.



PDM atau JDT?
Diperingkat nasional, penyokong kedua-dua pasukan 
datang dari pelbagai latarbelakang. 
Tentu kecoh tempat duduk VVIP.

PM orang Pahang. 
TPM orang Johor.

Johor ada Seach, Sepahtu, Nabil dan lagi dan lagi....
Pahang ada Datuk Siti... dan lain-lain...

Pahang atau Johor?
Tak kisah siapa yang score dulu.
Yang dikisahkan ialah siapa yang akan membakar suar dahulu.
Yang pertama membaling mercun bola.
Ni semua leceh punya kerja...

PDM atau JDT?
Berikut SMS yang diterima dari rakan-rakan mengenai perlawanan malam esok (Sabtu 1 nov ).

- MARO  = (Pahang... JDT MKN TIANG CORNER JE)
- LAN      = (Pahang... 2-0 JDT...Huhuuuu))
- UDIN    = (SERI 2-2... PENALTI PAHANG MNANG...Hihi)
- AWIE    = ( JDT 3 - PAHANG 1)
- ZUL      = ( Permainan dijangka menarik... 
                  Cuma kesiankan ke tiang penjuru nanti kena sepak lg)

Banyak komentar lain tidak dapat disiarkan.
Nanti tak pepasal aku kena minta suaka politik dari kerajaan England.


Pahang atau Johor?
LU PIKIAQ LA SINDRI...

P=Pahang 
D=Dakap
M=Malaysia Cup          

J= Juara 
D=Dah
T=Tentu

Undian melalui Utusan Online setakat pukul 10 malam.