Sabtu, 17 September 2011

BALIK KAMPUNG SERONOK... NAK BALIK BANDAR...ALAHAIII....

Balik Kampung memang seronok.
Dari zaman naik bas sekitar 1983.... ada rezeki lebih terbang bersama MAS di Subang.... dan
berkereta lepas kahwin... memang menyeronokkan.

Tapi bila habis cuti dan terpaksa mengemas bagasi nak balik semula ke Ibu kota.... hmmm memang
boring. Kaki terasa berat betul....

Tu yang terlajak tuuuu....


Kartun lama aku bertarikh 15 Januari 1998.
Disiarkan dalam sisipan
Rakan Muda, akhbar Utusan Malaysia.
Mengisahkan cuti yang sering terlajak dan
menaikkan darah boss.
Ianya sering berlaku di semua pejabat hingga
dunia kiamat.

Dari pejabat Perdana Menteri Israel hingga pejabat tanah
Paya Mat insun, masalah ini tak pernah selesai.

Aku pun pernah buat... kehkehkeh...
dulu la... zaman jahiliah dulu.

La ni dah tobat.

----------------------------




Rabu, 14 September 2011

D' UMMIE'S GURL... dimana mereka sekarang?


D'Ummie's Gurl dalam kenangan.
Nama depa pun aku dah lupa, kecuali van Mat Noor
Bujang dikiri dan Kak Umi paling kanan.
Aku dan blogger Penanggah men'sumbang'kan
muzik kat belakang. Ceh.Tarak untunggg!


Antara kenangan menarik sewaktu bertugas dibahagian Majalah di Taman Shamelin Perkasa
ialah apabila Unit rekabentuk mengadakan Hari Kreatif.

Sepanjang kami berada disana, dua kali Hari Kreatif diadakan.

Kali pertama, venuenya di Taman Tasik Permaisuri , Cheras.
Manakala Taman Tasik Titiwangsa di tengah ibukota, kali kedua dan terakhir.

Berbanding Tasik Pemaisuri yang jaraknya kira-kira setengah batang rokok dari opis,
Tasik Titiwangsa boleh tahan jaraknya.

Namun riuh rendah dan lawak jenaka serta kenangan membuat persiapan
sehingga berlangsungnya hari berkenaan masih kekal dalam ingatan.

Setiap kali pertemuan dengan rakan-rakan sambil minum teh tarik,
memori kedua-dua Hari Kreatif tetap menjadi bahan ketawa.

Sebenarnya dah lama aku nak menulis mengenai Hari Kreatif ni,
tahun lepas lagi. Tapi terbantut. Mood nak mengarang.. yelekk.

Gambar-gambar pun dah banyak discan. Tapi manatah aku parking.
Hari ni scan balik sekeping gambar diatas.

Mengadakan Hari Kreatif tidaklah semudah yang disangka.
Walaupun bilangan perekabentuk grafik dalam lingkungan tiga puluh orang,
tetapi 'dateline' kerja setiap dari kami tidaklah sama.

Bila dia ni free, dia tu pula busy. Gitulah putarannya.

Namun, untuk menjayakan juga Hari Kreatif ini, semua petugas
memberi kerjasama yang baik sehinggalah semuanya berjalan lancar.

Hari Kreatif seperti hari keluarga yang lain, mengandungi
berbagai acara dan persembahan yang diatur oleh AJK yang dilantik.

Salah satunya ialah persembahan selingan.

Gambar diatas dirakamkan ketika persembahan berlangsung
pada Hari Kreatif yang kedua pada tahun 1998.. (ye ke?)

Kak Umi dan barisan perekabentuk grafik majalah sedang
beraksi penuh semangat walaupun penat lepas bersukaneka.

Walaupun tempoh latihan dibilik mesyuarat
yang menjadi studio sementara agak singkat dek kesibukkan
masing-masing, namun kumpulan ini tetap berjaya ditubuhkan.

Kak Umi, kerani diUnit Rekabentuk terpaksa menjadi penyanyi utama
kerana bebudak grafik lain semuanya jual mahal.

Almaklumlah show free.

Mereka mendendangkan lagu  'Bila Larut Malam' yang dipopularkan oleh
Panca Sitara dan sebuah lagu Inggeris 'Smoke on the water' yang
disampaikan dalam irama keroncong.

Berpeluh juga pemuzik koman sepana dibelakang nak mem'backing'nya.

Kalaulah kumpulan Spice Girls ada ketika persembahan itu berlangsung,
mau bini Beckam dan rakan-rakannya  menangis berguling kat padang rumput itu.

Mana tidaknya, dengan suara yang power dan padu, penuh harmoni  dan
bersahaja membuatkan semua rakan-rakan dan tetamu jemputan terhibur.

Trio kumpulan Kopratasa yang diundang menjadi juri pertandingan
karaoke turut mengakui hakikat ini.

'Boleh pi jauh ni' bisik Siso pada aku sewaktu
menghantar mereka ke tempat parking sebaik sahaja
majlis berakhir.

Tapi ada khabar angin bertiup, yang Beckam ada membayar sejumlah
pampasan supaya kumpulan pimpinan Kak Umi ini dibubarkan agar tidak
menjadi saingan kepada Spice Girl yang tengah popular ketika itu.

Tak tahulah aku sejauh mana kebenarannya.
 Namun, sebaik sahaja Hari Kreatif kedua berakhir kumpulan ini terus berkubur.

Lantaklah...itu hampa punya pasai.

Tapi yang pasti, D'ummie's gurl memang mantap beb.