Jumaat, 3 Jun 2011

SAJAK untuk 'SA...YA'

SA....YA
Kau dilahirkan pada waktu bulan teghang.
Seperti ungkapan Encik Jamil dalam filem Madu tiga. Sungguh.

SA....YA
Kau tidaklah sehemsem Datuk Shah Rukh Khan dan setampan Eman Manan.
Namun tidaklah seteruk Kublai Khan.

Tapi... senyumanmu ramai tertawan. Sungguh.

SA....YA
Humormu tidak terjangkau kawan.
Lawakmu tidak menyakit lawan.
Hadirmu... menghalau rawan. Sungguh.

SA... YA
Ramai yang mencemburuimu.
Tidak sikit yang menggagumimu.
Termasuk aku. Sungguh.

SA... YA
Ada yang bertanya 'ilmu apa kau pakai?'
Yang laser bersuara 'pawang mana kau try?'
Depa lupa takdir Illahi.
Pasti terjadi akan terjadi. Sungguh.

SA.... YA
Kami... satu pun dah cukup.
Bukan tak berani... memangpun penakut.
Yang dah ada pun kelam kabut. Sungguh.


SA.... YA
Bukan satu, tapi dua, dari dua jadi tiga.
Kini telah cukup 'quota'.
Kau memang insan istimewa. Sungguh.

SA.... YA
Ramai yang nak jadi Sa....Ya
Aku pun nak jadi Sa...Ya
Kengkawan aku pun nak jadi Sa....Ya
Tapi tak upaya.
Hanya Sa...Ya yang boleh jadi Sa....Ya
Kerana kau.. lelaki istimewa.

Sungguh.

tti.kajang

Karikatur ini atas ehsan sahabat gua,
kartunis Nazri Mohd Salleh @ Miki.
Dilukis dan disiarkan pada tahun 1996,
dalam majalah KAWAN. (Edisi Raya)

-------------------------------------------------------------------

NOTA KAKI:
Kartunis Miki sedia menerima
tempahan melukis karikatur
dengan harga yang berpatutan.
Juga sedia melukis
dimana-mana majlis
seperti Hari Jadi, Rumah terbuka,
 dll. Hasil dijamin memuaskan.
SUNGGUH.

Kalau tak caya... tanya SA..YA.


Walopun tampan dan bergaya,
jejaka-jejaka ini masih tidak
dapat menandingi SA..YA.
 

Khamis, 2 Jun 2011

nak LETAK HANDPHONE atas meja pun SEGAN la nii

Perkembangan teknologi la ni begitu pantas. Sepantas duit gaji yang mengalir dari poket.

Komputer, handphone, kamera. Hmmm.. apa lagi?
Tu tak termasuk segala mak nenek gajet-gajet.

Kalau hari ini kita berbangga membeli satu produk diatas yang kununnya the latest one, esok lusa
dah ada yang lebih canggih-manggih.

Gitulah.

Takdan nak ligan.

Dan... aku tak pernah pun ligan. Tak pernah waima sekali. Never.

Tapi aku ada kengkawan yang prihatin benda-benda 'the latest one' ni.

Bila ada perjumpaan bulanan 'mengetehtarik' diluar akan ada yang menayangkannya,
terutamanya handphone dan yang seangkatan dengannya.
Kalau hp yang pertama dulu tak jatuh
dalam jamban, mau gua pakai lagi.

Masing-masing pakat letak diatas meja.

Prap! Prap! Prap! Prapp!

Aku pun letak jugak. Tapi lepas tu pelan-pelan
tarik masuk poket.

Segan daaa.

Depa punya handphone... humang aii.... ngeri gua tengok.
Nak sambar tak mampu.

Belum masuk bab nada dering lagi. Peh.

Tak kisahle depa nak pakai yang gempaq punya.

Gua setia dengan hp lama yang nombor pun dah kelabumalami.

Yang penting dengan hp gua yang sudah pupus
dikedai-kedai hp ni, gua
dapat berbalas sms ngan kengkawan pun cukup.

Dapat tipon emak gua kat kampung pun alhamdulillah.
Bini dan anak gua dapat contact gua suruh beli beras dan susu, syukur tu.

Tapi yang paling penting, dengan hp gua yang buruk ni... gua dapat sms boss gua kat pejabat....

'Boss... saya MC arini'
..... atau.....
'Boss, saya E.L arini'






Rabu, 1 Jun 2011

'HARAM BACA UTUSAN...' punya fasal...gua blacklist!

Selasa, 31, Mei, 2011.

Rasa nak sarapan merangkap makan tengah hari kat luar harini.
Selaku driver, aku pun taktau nak menghala kemana.

Tiba disimpang tiga Jenaris, mobil dikona kekanan.

Kedai makan kat Tesco masih dalam pengubasuaian... so... menghampiri Saujana Impian,
Bangi menjadi pilihan.

Comfirm... makan kat kompleks PKNS Bandar Baru Bangi.

Satu perkara yang aku sekeluarga suka kat kompleks ni ialah kedai buku ditingkat paling atas iaitu sama tingkat dengan food court tempat nak pi makan.

Pelbagai buku dengan ribuan judul yang menarik ada disini.

Pendekata sekali kami singgah, lama juga masa yang diambil membelek dari satu rak ke rak yang lain.

Lima puluh hingga seratus ringgit memang diperuntukkan setiap kali membeli buku-buku disini.
Banyak dah buku aku sefamily beli kat sini dari dulu.

Lima kurang lima belas minit drive dari Kajang sampai le B.B.Bangi.

Terus celapak naik atas. Makan.

Habis makan, aku melangkah ke kedai buku yang dimaksudkan yang hanya cuma -+ lima belas langkah dua hun dari food court yang boleh tahan masakannya.

Didalam kedai buku.... menjamu mata pada buku-buku yang berada di saf hadapan dulu.
Sampai teliang kepala dok perati judul demi judul.

Apabila mahu melangkah kelorong-lorong dirak yang berbaris-baris itu tiba-tiba anak aku bersuara.

'Ayah... 'Haram Baca Utusan'

Mata aku tetiba terpaku pada salinan fotokopi yang ditampal pada sebelah tepi rak tersebut.

Keratan berita sebuah akhbar tabloid milik sebuah parti politik dan gambar Prof. Dr. Datuk Harun Din jelas terpampang sama. Cantik punya dok lekat. Memang niat sipenampal nak bagi orang tengok.

Setahu aku Datuk Harun Din menafikan membuat kenyataan seumpama itu.
'Saya pun baca Utusan' kata ulama tersohor itu.

Apa pasai berita penafian Dr. Harun Din, dia tak tempek sekali?

Menyirap darah aku tengok.

Mood nak meninjau dan membeli merudum. Seperti merudumnya Dollar Obama dan merudum 'mere dum' hati-hati lelaki melihat Salleh Yaakup berbini ompek.
'Jom pi kedai lain'. Anak aku terpinga-pinga.

Sejumlah sumpah seranah tahap hijau (sederhana) bersimpang-siur dalam hati.

Tak tau la sapa yang tampal. Tokeh kedai ka staff dia.
Tapi aku rasa itu satu tindakan yang 'kureng asam dan kureng cerdik'.

Apasal kureng cerdik?
Mu pikir le sore-sore.

Taukey kedai yang BIJAK tidak akan menampal apa-apa notis yang boleh menghilangkan
selera membeli  pelanggannya kecuali notis 'Dilarang Berhutang'.

Tapii...setakat aku takpi sorang, kedai tu tak terjejas pun. ('Tau tak apa' mungkin gitu kata taukey buku.)

Lepas ni, kalau nak beli buku... kat tompek lain le nampok gayonye. Alfa Angle, Wangsa Maju pun cantik gak. Tompek lamo den tu.

Hmmm...alahai... macam tu le Melayu berniaga.

Ahad, 29 Mei 2011

LOGHAT KEDAH KLASIK - A - siri 5 (akhir)

Siri 'A' tamat disini.
Kalau ada lagi ayat-ayat lain yang

tiada tercatit diblog ini, atau tersalah...
sila khabarkan..
.



1. ASAG
= Asal dari perkataan 'asar' (solat asar)

Jangan takut jadi imam.
contoh ayat:
- 'Dok ralit tengok natang Astro ni, dah semayang asag ka?', sound Pak Maun
pada menantunya Lokman, yang dari tadi asyik melayan Cartoon Network.
- 'Asag' ni kita berjemaah tau, hang jadi imam', pinta Wak Rudin pada
Pak Asbol yang kelihatan mula berpeluh.



2. AYAG
= Air

Air suam pun kena bayor.
contoh ayat:
- 'Ayag suam pun dua kupang segelas, celakoi betoi tokey kedai ni,' rungut
Yaakob pada rakannya Saleh.
- Air Hangat di Langkawi disebut 'ayag hangat' oleh orang-orang di Utara.
- 'Ayag kopi cayag, susu pula bakiag, aku tak kelapag bayag...,' M.Nasir memarahi
pemilik warung itu, Pak Bakag yang cukup kahag dan kurang ajag.





3. AWAI
= Awal

Osaman sedang kusyuk semayang
subuh pada pukul lapan pagi...
contoh ayat:
- 'Tidog awai mangkit awai... lagutu la baguih,' kata ustaz Razi pada sesi kuliah Subuh
di Surau Saujana Mata Memandang yang lebih banyak tiang dari orang.
- 'Cuba solat Subuh awai sikit, bukan Subuh gajah!'. Pakcik Hassan meleteri anaknya Osaman yang selalu solat dua rakaat tersebut pada pukul lapan pagi. 
- Pi kerja sayup, tang balik nak awai. Itulah watak Rosli dalam kartun 'Halo Bos' yang dilukis
oleh kartunis Dee yang terkenal dengan 'tagline mis..g in ac....n' itu. Cheh!


4. ANJIN
= Anjing

contoh ayat:
- 'Anjin ni nak kena balin ketin!' Marah Maro pada anjing jiran, tiga pintu dari rumahnya yang sering menyalak awal pagi. 
- Bagai 'kucin dengan anjin' adalah perumpamaan bagi saudara-mara yang suka bergaduh.
- Jika kita terpijak taik anjin, kita wajib menyamak tempat yang terkena najis itu. 

5. AKAI
= Akal 
= Helah

contoh ayat:
- 'Sapa takdak akai ni, berak pun tak reti nak pam!,... Apis merungut sendirian didalam
tandas di pejabat Presiden di White House.
- 'Banyak akai Yahudi ni..., semua dia nak kona bagi untung dia', bisik sesama ajk OIC yang
kurang akai bagaimana nak menyetel masalah di Asia Barat.

6. AJAI
= Ajal

contoh ayat:
- 'Dah sampai ajai, matila kita', kata ustaz Ajai Mat Tapai dalam satu kuliah Maghrib di 
Surau Kampung Petai.

7. ARAH
Adik Zaidi, Hawarudin pun sama 'takde arah'.
= Ketahuan /takde kerja

contoh ayat:
- 'Budak ni takdak arah kut, dok musin sana, musin sini dengan gerek tua tu,'... ngomel
Makcik Senah pada anaknya, Zaidi dihalaman rumah.



8. ACAQ
=  Air kumbahan basuhan


contoh ayat:
- Itik serati asyik menyudu air acaq dibelakang dapur rumah Kak Chaq.

trrrrrrrrrrrrrr....

9. AKAQ
= Akar pokok
Krup..krappp... mengunyah
roti akag nyog memang asyik.


contoh ayat:
- Pak Mat tempe terjatuh kerana tersandung akaq pokok getah ketika lari waktu 
hujan lebat tadi. 
- 'Roti akaq nyoq' amat popular ditahun 70-an.




10. AJAQ
= Ajar

contoh ayat:
- Nazri Mohd Salleh membuka kelas vokal dan bertindak selaku tenaga peng'ajaq'.
- Azman Taha dituduh kurang ajaq kerana membaling selipar Jepun sewaktu Perdana Menteri Israel berucap di PBB.
- 'Abah.. ajaq la adik macamana nak bawak motor,'... pinta anak kedua Nuek pada suatu petang.

Azman Taha menujukkan aksi bagaimana beliau membaling selipar tepat ke dahi
PM Israel sebelum beliau dikejarkan kehospital berdekatan bagi membuang
peluru yang tertanam dirusuk kiri yang dihadiahkan ejen rahsia Yahudi.

11. ACAT
=  Sejenis makanan (acar)


contoh ayat:
- 'Sedap betoi acat limau dirumah kenduri tadi,' kata Makcik Fasha Fanda kepada
Makcik Tiz Zahkia sambil menunjukkan acar yang diciloknya sedikit didalam kotak bunga telur. 

Makan acar berlebihan tidak elok untuk perut
dan boleh menyebabkan percakapan jadi mengarut.