Jumaat, 3 Jun 2011

SAJAK untuk 'SA...YA'

SA....YA
Kau dilahirkan pada waktu bulan teghang.
Seperti ungkapan Encik Jamil dalam filem Madu tiga. Sungguh.

SA....YA
Kau tidaklah sehemsem Datuk Shah Rukh Khan dan setampan Eman Manan.
Namun tidaklah seteruk Kublai Khan.

Tapi... senyumanmu ramai tertawan. Sungguh.

SA....YA
Humormu tidak terjangkau kawan.
Lawakmu tidak menyakit lawan.
Hadirmu... menghalau rawan. Sungguh.

SA... YA
Ramai yang mencemburuimu.
Tidak sikit yang menggagumimu.
Termasuk aku. Sungguh.

SA... YA
Ada yang bertanya 'ilmu apa kau pakai?'
Yang laser bersuara 'pawang mana kau try?'
Depa lupa takdir Illahi.
Pasti terjadi akan terjadi. Sungguh.

SA.... YA
Kami... satu pun dah cukup.
Bukan tak berani... memangpun penakut.
Yang dah ada pun kelam kabut. Sungguh.


SA.... YA
Bukan satu, tapi dua, dari dua jadi tiga.
Kini telah cukup 'quota'.
Kau memang insan istimewa. Sungguh.

SA.... YA
Ramai yang nak jadi Sa....Ya
Aku pun nak jadi Sa...Ya
Kengkawan aku pun nak jadi Sa....Ya
Tapi tak upaya.
Hanya Sa...Ya yang boleh jadi Sa....Ya
Kerana kau.. lelaki istimewa.

Sungguh.

tti.kajang

Karikatur ini atas ehsan sahabat gua,
kartunis Nazri Mohd Salleh @ Miki.
Dilukis dan disiarkan pada tahun 1996,
dalam majalah KAWAN. (Edisi Raya)

-------------------------------------------------------------------

NOTA KAKI:
Kartunis Miki sedia menerima
tempahan melukis karikatur
dengan harga yang berpatutan.
Juga sedia melukis
dimana-mana majlis
seperti Hari Jadi, Rumah terbuka,
 dll. Hasil dijamin memuaskan.
SUNGGUH.

Kalau tak caya... tanya SA..YA.


Walopun tampan dan bergaya,
jejaka-jejaka ini masih tidak
dapat menandingi SA..YA.
 

8 ulasan:

  1. hahahahaha ... jangan lelaki... org pompuan pun belum tentu berani mau jadi no 4 .... Hidung sapa lagi comei???

    BalasPadam
  2. memang ramai yg berangan nak ikut jejak si salleh.. bukan takut bini cumo segan jer..

    BalasPadam
  3. tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia dapat makan ayam...

    BalasPadam
  4. untung sabut timbul untung batu lomas dipukul Tsunami... kaki ayam pun ada value skrg nie... hehehe

    BalasPadam
  5. amboii klasik tul gambor tu... SA..YA poket nye tobal maa... haaii geleng kepla .... pompuan2 haiii mmg duit penting nak idup tapi jangan ingat duit tu segala2nya udah ler ...

    BalasPadam
  6. mcm mn nak contact Miki? ada email addrres tak? sbb sy nak buat tempahan kat dia,,, ckp dgn dia Noha nak buat tempahan,,..

    BalasPadam

...angin barat gambar solo...