Jumaat, 21 November 2014

AKHIRNYA...9

Malam esok... 'konserto de'hatiomeh'

1985...
Anak keenam Kembara dilahirkan.
Nama yang diberi agak ringkas, tapi penuh bermakna: DUIT.

1985... memang tahun duit.
Kegawatan ekonomi melanda negara dan tempiasnya turut terkena pada
perut aku dan rakan-rakan di majalah LIGA.

'Duit...duit...duit...duittt'

Ramai yang kehilangan kerja.
Gaji dipotong atau dibayar separuh.
Malah ada yang satu sen pun tak dapat. 

Pada masa sama lagu 'duit' pulak rancak berkumandang di radio.
Ialah... DJ radio tak merasa kesakitan poket orang diluar konti.

'Duit...duit...duit...duittt'

Sepuluh lagu-lagu  'best banget'
dalam album 'duit' ialah...

1. Di Manakah Dikau 
2. Harapan Terakhir 
3. Hujan Rindu 
4. Gadis Berpurdah Hitam 
5. Putar Alam 
6. Rozita
7. Balada Pelaut Derita
8. Mencurah Janji Di Daun Keladi
9. Panorama Jingga
10. Duit!


'Duit...duit...duit...duittt'


Bergoyang kaki melayannya sambil memicit perut yang penuh angin.
Ada dua tiga lagu ini dinyanyikan dalam filem Kembara.....Seniman Jalanan.

Satu-satunya filem Melayu yang aku tengok dua kali dipanggung Coliseum
diJalan Tengku Abdul Rahman. Theehiii...

'Duit...duit...duit...duittt'

Tahun yang penuh dugaan berakhir apabila majalah LIGA diberhentikan
operasinya.

Aku adalah staff yang menunggu hingga saat-saat akhir.
Dan, Aidilfitri pada tahun itu aku hanya mempunyai RM30 dalam poket
buat bekalan beraya dikampung. Huuhuuu...

'Duit...duit...duit...duittt'

Banyak betul soalan diasak oleh keluarga bak wartawan menggasak 'penjaga'
Cameron Highlands.

Ada lagi 'tragedi' selepas pulang semula ke KL selepas beraya dengan
keadaan 'kerja' takada.... Lain kalilaa cerita.

'Duit...duit...duit...duittt'

Lagu 'duit' mempunyai senikata yang releven hingga kehari ini.


'Ramai orang yang berkata,
Duit punca banyak dosa,
Jangan sampai 'MAKAN RASUAH',
Nanti bangsa jadi musnah...

Melihat situasi hari ini, bukan sahaja bangsa musnah bahkan negara.
Semuanya kerana...
'Duit...duit...duit...duittt'

Peminat Kembara bersiap sedia untuk konsert esok. Cayalah.

Khamis, 20 November 2014

AKHIRNYA...8

Harap-harap lagu disebelah
berkumandang nanti di IB...
KAMI ORANG MELAYU

Dari mana asalnya kita
Pernahkah kau memikirkannya
Kemana pula destinasi
Apakah sudah disuratkan begini

Bagaimana nak mengubah nasib
Kalau fikiran kita sempit
Manakah pula yang lebih baik
Antara kejujuran dengan cerdik

Kami orang melayu
dari rumpun yang satu
ada cabaran di hadapan

Kami orang melayu
dari rumpun yang satu
adakah mimpi kita sama

kalau terlalu banyak berangan
nanti tersungkur di tengah jalan          

Kami orang melayu
dari rumpun yang satu
ada cabaran di hadapan

Orang-orang melayu
Kenallah sejarahmu
adakah mimpi kita sama

-------------------------------

LAGU diatas dimuatkan didalam album kelima Kembara.
Album yang berjudul HIJRAH diterbitkan pada tahun 1984.

1984? 
Bermakna album ini kembar album Seniman Jalanan.

Wow! Dua album dalam satu tahun.
Ni mesti stok lagu 'brader' melimpah ruah ni.




Album ini menampilkan beberapa kelainan.
Antaranya perubahan barisan anggota asal Kembara.

A.Ali dan S. Sahlan beralih angin.
Ada yang kata mereka 'angin' dengan Ketua kumpulan Kembara.
Ada khabar angin berlaku 'perang dingin' antara mereka.
Ceh... mana satu betul.

Agaknya ribut dalam cawan saja kut.
Biasala. Ber'grup' ni kalau tak berangin sesama ahli taksah le.

Bersama John Goh, A.Ali menubuhkan kumpulan Pelangi.
Manakala S. Sahlan banyak berada dibelakang tabir industri muzik.

Sepuluh lagu menarik didalam album ini ialah;


1.   Bunga Bakawali 
2.   Menentang Badai 
3.   Keroncong Untuk Ana II 
4.   Kami Orang Melayu 
5.   Rindu 
6.   Perwira
7.   Buta Kerana Cinta 
8.   Tarian Hidup
9.   Bukan Senang Nak Senang
10. Nyanyian Jiwa


Perubahan lain pada album ialah tiada lagi lukisan brader S. Amin Shahab.

Aku masih di lokasi yang sama. 
Pejabat tu juga. Kerja dok main cow gum, 
teknikal pen, set square, letraset bla..blaaa...


Rakan sekerja bersilih ganti keluar masuk.
Mana offer baguih dok ada, apa lagi mau tunggu.

Aku masih setia disini walaupun tanda-tanda ekonomi mula bergoyang
telah mula kelihatan.

1985...
Tahun Suram dan kelam.

1985...
Kembara masih menerbitkan album.
Album 'DUIT'.

'Duit...duit...duit...duit'

Yang pasti waktu itu ramai orang tak berduit.
Termasuk la aku.

Kembara. Gambar terbaru

Selasa, 18 November 2014

AKHIRNYA... 7

Kau mampu patahkan sayapku,
Kau mampu tambatkan kedua kakiku,
Tapi kau tak akan dapat,
Mematahkan semangatku untuk hidup...

Lampu neon digedung indah,
Hanya pemikat mata yang tergoda,
Tapi akukan tetap berjalan,
Menuju tujuanku disana...'





Dua rangkap pertama lirik lagu Impian Anak Jalanan yang dimuatkan dalam 
album Kembara yang ke-4.
Album berjudul Seniman Jalanan ini diterbitkan pada tahun 1984.

Aku masih di Taman Keramat.
Hampir dua tahun berkelana@ber'megi'na dibumi asing.

Bekerja merangkap menginap dipremis satu tingkat yang disewa dari 
kedai runcit 'Kapten Mini Market' yang berada dibawahnya dijalan Enggang Timur 7.

Boss bermurah hati kasi duduk opis.
Tak payah sewa rumah. 
Gaji pun ciput gitu. (Gaji terakhir RM330.00) 

Sebelum nak dapat gaji baru, mee segeralah penyambung nyawa.

Jabar Isnin, Syed Yusof, Yahya Mohd Zain, Fauzi de'Castro, Ramli Abd. Rahman, 
Aziz Sharif@nanarose, Siti, Yati, Liza, Azlah, Cik Nan (Allahyarham) dan Kak Rosni antara teman sekerja yang berkongsi seperiuk instant mee
Ceh... sedap sungguh depa masak. Memang tinggai periuk.

Ralit sungguh menyodok dan menghirup kuah mee segera sambil diringi 
background 'Keroncong untuk Ana.' 
Asyik membikin layout majalah LIGA yang memasuki tahun kedua penerbitannya sambil melayan lagu Benteng Selera dan Nusantara.

Kembara  masih mengekalkan konsep lukisan abstrak hasil karya seniman tersohor,
S. Amin Shahab menjadi cover album.





Memuatkan sepuluh karya bermutu seperti:
1.  Nusantara
2.  Cetak Rompak
3.  Keroncong Untuk Ana 
4.  Warung Sederhana 
5.  Untuk Dunia Yang Lebih Bahagia
6.  Impian Anak Jalanan
7.  Lindungilah Kami
8.  Benteng Selera 
9.  Kutu
10.Kupu-Kupu

Dua lagu dari album berkenaan yang menjadi nostalgia hingga kehari ini 
ialah Keroncong Untuk Ana dan Impian Anak Jalanan.

Diwaktu ini aku baru berjinak-jinak 'kasawari' belajar gitar.
Aku dan member segrafik, Fauzi de'Castro@jowo kekadang ada melepak dirumah boss dijalan Ampang. (belakang Wisma Central @ tempat race kuda dahulu) 

Bilik hujung tempat kami menumpang itu ada sebuah gitar kapok.
So, Fauzi yang dah x'pert tu menurunkan la sedikit ilmunya kat aku.

Itulah dua lagu yang kami jemming sampai berbekas kuku jari 
tangan kiri aku menekan Chord.
Tangan dah keras beb. Dah tua baru berpeluang main gitar betul.
Kat kampung dulu tali gitar dari brake basikal. 
Body gitar made in plywood. Ceh.

Lagu Impian Anak Jalanan ini diminati ramai anak rantau khususnya 
di ibu kota hinggga sekarang.
Liriknya memberi pengertian yang mendalam. 
Itulah kelebihan lagu-lagu Kembara. 
Amat dekat dihati peminatnya.

Majalah LIGA telah lama berkubur.
Begitu juga syarikat yang pernah aku bernaung ditahun-tahun pertama
'penghijrahan' dari kampung. Dah sampai ajal.

Manakala  Kembara pun boleh dikatakan 'takdo' dalam konteks 
keaktifannya dalam industri.

Namun irama dan lagu Kembara masih berkumandang.
Dicorong radio, dikaca TV, pusat karaoke, rumah kenduri, studio jemming 
dan busker dijalanan.

Di Istana Budaya minggu depan, Kembara akhirnya kembali. 
Kembali menggamit memori silam.

Berdendang anak jalanan,
Berdendang dengan rentak kehidupan,
Ku mohon perlindunganmu yang Esa,

Aku dan mereka sama,
Punya hati dan punya cita-cita,
Kota ini tempat ku belajar erti hidup,

Ku tinggalkan kampung halaman,
Ku tinggalkan semua yang ku sayang,
Demi masa depan yang cemerlang,
Semuga aku diberi pedoman...



Ini bukan kumpulan Kembara.
 Cuma balun lagu Kembara. 
Huru-hara betul.