Selasa, 18 November 2014

AKHIRNYA... 7

Kau mampu patahkan sayapku,
Kau mampu tambatkan kedua kakiku,
Tapi kau tak akan dapat,
Mematahkan semangatku untuk hidup...

Lampu neon digedung indah,
Hanya pemikat mata yang tergoda,
Tapi akukan tetap berjalan,
Menuju tujuanku disana...'





Dua rangkap pertama lirik lagu Impian Anak Jalanan yang dimuatkan dalam 
album Kembara yang ke-4.
Album berjudul Seniman Jalanan ini diterbitkan pada tahun 1984.

Aku masih di Taman Keramat.
Hampir dua tahun berkelana@ber'megi'na dibumi asing.

Bekerja merangkap menginap dipremis satu tingkat yang disewa dari 
kedai runcit 'Kapten Mini Market' yang berada dibawahnya dijalan Enggang Timur 7.

Boss bermurah hati kasi duduk opis.
Tak payah sewa rumah. 
Gaji pun ciput gitu. (Gaji terakhir RM330.00) 

Sebelum nak dapat gaji baru, mee segeralah penyambung nyawa.

Jabar Isnin, Syed Yusof, Yahya Mohd Zain, Fauzi de'Castro, Ramli Abd. Rahman, 
Aziz Sharif@nanarose, Siti, Yati, Liza, Azlah, Cik Nan (Allahyarham) dan Kak Rosni antara teman sekerja yang berkongsi seperiuk instant mee
Ceh... sedap sungguh depa masak. Memang tinggai periuk.

Ralit sungguh menyodok dan menghirup kuah mee segera sambil diringi 
background 'Keroncong untuk Ana.' 
Asyik membikin layout majalah LIGA yang memasuki tahun kedua penerbitannya sambil melayan lagu Benteng Selera dan Nusantara.

Kembara  masih mengekalkan konsep lukisan abstrak hasil karya seniman tersohor,
S. Amin Shahab menjadi cover album.





Memuatkan sepuluh karya bermutu seperti:
1.  Nusantara
2.  Cetak Rompak
3.  Keroncong Untuk Ana 
4.  Warung Sederhana 
5.  Untuk Dunia Yang Lebih Bahagia
6.  Impian Anak Jalanan
7.  Lindungilah Kami
8.  Benteng Selera 
9.  Kutu
10.Kupu-Kupu

Dua lagu dari album berkenaan yang menjadi nostalgia hingga kehari ini 
ialah Keroncong Untuk Ana dan Impian Anak Jalanan.

Diwaktu ini aku baru berjinak-jinak 'kasawari' belajar gitar.
Aku dan member segrafik, Fauzi de'Castro@jowo kekadang ada melepak dirumah boss dijalan Ampang. (belakang Wisma Central @ tempat race kuda dahulu) 

Bilik hujung tempat kami menumpang itu ada sebuah gitar kapok.
So, Fauzi yang dah x'pert tu menurunkan la sedikit ilmunya kat aku.

Itulah dua lagu yang kami jemming sampai berbekas kuku jari 
tangan kiri aku menekan Chord.
Tangan dah keras beb. Dah tua baru berpeluang main gitar betul.
Kat kampung dulu tali gitar dari brake basikal. 
Body gitar made in plywood. Ceh.

Lagu Impian Anak Jalanan ini diminati ramai anak rantau khususnya 
di ibu kota hinggga sekarang.
Liriknya memberi pengertian yang mendalam. 
Itulah kelebihan lagu-lagu Kembara. 
Amat dekat dihati peminatnya.

Majalah LIGA telah lama berkubur.
Begitu juga syarikat yang pernah aku bernaung ditahun-tahun pertama
'penghijrahan' dari kampung. Dah sampai ajal.

Manakala  Kembara pun boleh dikatakan 'takdo' dalam konteks 
keaktifannya dalam industri.

Namun irama dan lagu Kembara masih berkumandang.
Dicorong radio, dikaca TV, pusat karaoke, rumah kenduri, studio jemming 
dan busker dijalanan.

Di Istana Budaya minggu depan, Kembara akhirnya kembali. 
Kembali menggamit memori silam.

Berdendang anak jalanan,
Berdendang dengan rentak kehidupan,
Ku mohon perlindunganmu yang Esa,

Aku dan mereka sama,
Punya hati dan punya cita-cita,
Kota ini tempat ku belajar erti hidup,

Ku tinggalkan kampung halaman,
Ku tinggalkan semua yang ku sayang,
Demi masa depan yang cemerlang,
Semuga aku diberi pedoman...



Ini bukan kumpulan Kembara.
 Cuma balun lagu Kembara. 
Huru-hara betul.
















Tiada ulasan:

Catat Ulasan

...angin barat gambar solo...