Sabtu, 20 Ogos 2011

HARI RAYA... KARTUN DOLU-DOLUU

 

Kenangan lalu.

Keluaran khas Aidilfitri ditahun pertama
penerbitannya sejak tahun 1994.

Cover bilangan ke 7 (Mac 1995) ini dilukis
oleh saudara KAB.
KAB dah lama pencen, tapi masih aktif melukis
terutamanya komik.
  

Aku bukanlah kartunis tetap dan berpencen dalam
sidang redaksi majalah KAWAN.
Tugas aku sebenarnya di Unit Rekabentuk majalah WANITA,
sekapal dengan majalah KAWAN.
Boss aku pada waktu ini, Encik Shukor Lin ( Allahyarham)
mempelawa aku berkarya dimajalah tersebut.
Sebab dia tau asal-usul aku pun geng kartun jugak.
Apalagi... berasap jugak kaki tangan nak
menyiapkannya...

Aku antara kartunis yang paling lewat menyerahkan
artwork kepada Encik Shukor dan Kak Ros.

Apalagi 'bernanah' telinga le setiap bulan kena sound.

Bukan senang oii nak berkarya.
Ada cerita, takde masa nak melukis.
Ada masa nak draw, bahan pulak kering.
Ada bahan, ada masa, duit dalam poket
ada seringgit dua kupang....
mood hilang pulak....
Ini le masalah aku setiap bulan...
(Rupanya kartunis lain pun ada sindrom yang sama
macam aku jugak... cheh!)


Oleh kerana kartun yang aku lukis ini dibayar, maka
aku dilarang menyiapkannya dipejabat.
Kena buat kat rumah.
Tugas utama menyiapkan layout majalah Wanita perlu didahulukan.
Tapi kalau kerja hakiki dah beres, dibolehkan.

Tapi mana boleh draw kat opis, dah beku. Otak dah jem.
Balik rumah pulak lagi laa... dah letih.

Tu yang selalu terbabas tarikh akhir menghantar artwork kepada boss.

'Hang sorang yang belum bagi lagi, orang lain dah bagi dah'.
Ini ayat standard Encik Shukor kepada aku setiap bulan.

Memang mengelabah dan berpeluh le bila mendengar
ungkapan ini. Mau tak mau kena le siapkannya...
(Rupanya... ramai lagi belum siap)


Memang sakit perut nak menyiapkannya.
Pembaca membaca lima enam minit je...
Kartunis koman sepana macam aku
nak melukis empat muka suratpun
berjamjamjamjammmm.....
(jadi le ompek limo ari)

Tapi bila dah siap,
pehhh... lega yang amat.
Fuhhhh.


Proses yang cukup memeritkan bagi aku ialah
sewaktu hendak melakarkan dengan pensil.

Sampai la ni.

Time ni memang perlu konsentrasi penuh.
Lagu pun tak boleh dengar.

Bila dah setel dengan pensil, proses-proses
yang berikutnya iaitu melukis semula dengan
pen dan lain-lain amat mudah.

Time ni nak gempa bumi 3.5 pada skala ritcher
pun no problem.


Cuma satu yang best ialah karya yang dipersembahkan
pada boss-boss diterima tanpa sebarang masalah.

Tiada dan tak pernah di riject.

Kalau ada pun pindaan, cuma pada ejaan.


Kebanyakkan kisah Budak Kampung yang aku
muatkan dalam majalah KAWAN adalah berdasarkan
pengalaman peribadi aku sendiri.
Yang selebihnya pengalaman kawan-kawan dan
cerita-cerita yang disampaikan dari mulut-kemulut.


Tidak semua kisah yang ada dalam memori aku
dapat diluahkan diatas kertas untuk tatapan pembaca.
Masa adalah faktor utamanya.
Mood nak melukis pun punca banyak 'hikayat' tersimpan
dilaci meja.



Kekadang dah standby nak melukis sesuatu cerita.
Dah di draft.
Dan dah siap pun satu muka surat. Siap ink.

Tetiba rasa malas datang menyerang.

Apa yang berlaku ialah, cerita tadi disimpan.
Cerita baru pulak dibuat.

Cerita yang disimpan itu, masih ada hingga ke hari ini.

Gitulah...






Keperitan melukis terubat setiap kali naskah
yang baru dicetak diberi pada setiap kartunis.

Tak sabar pula nak melihat karya yang diterbitkan.
Walhal sudah melihatnya setiap hari dari A hingga ke Z
kerana setiap proses berlaku didepan mata.




Selain itu, tak sabar  jugak nak menatapi karya-karya
rakan lain dan melihat kehebatan mereka
bermain dengan warna dan mengolah cerita.




Masing-masing dengan kelebihan tersendiri.
Bakat dan kreativiti kurniaan Illahi ditumpahkan
untuk sesuap rezeki.

Tapi yang paling-paling best ialah bila
Kak Umi kerani yang baik hati berperi...

'Cek kartun sudah mariiiii'
...YIPPIEEE...






Tinggal kenangan.
Lukisan karya Miki ini memaparkan gelagat
sidang redaksi KAWAN pada tahun 1995.
Hanya enam orang masih berkhidmat di Utusan.
Yang lain, bersara wajib dan berhenti.

Paling kiri berdiri: Kak Ros, Datuk Chamil, En. Shukor dan KAB.
Belakang sekali, Apis.
Duduk depan: Maro, Miki, Roslim.
Rosmah dan Dowan angkat dulang. (Dia ni takde kena
mengena dengan ini gambar)
Baju melayu hitam? Sapa ntah!
 

Rabu, 17 Ogos 2011

BUDAK KAMPUNG DULU-DULU



KAWAN BILANGAN : 33
TAHUN : 1997 (MEI)
LUKISAN COVER : MARO

Aku dibayar RM70 sekeping
untuk ompek keping kartun
dibawah. Time tu bujang
lagi jadii... yipieeee.
 


 Bila musim main kereta sorong, selalu kami kena marah.

Bising. Bayangkanle bunyi tin-tin milo atau susu tepung
bergerak atas tanah. Time penoreh getah tidur keletihan
diwaktu petang selepas makan tengah hari, time tu le
kami meronda dengan 'kereta' masing-masing.
Bukan satu kereta, banyak. Dah le tu... mulut pun bising
jugak... brmmmmmm brummm....

'OI BUDAK-BUDAK! PI MAIN JAUH-JAUH... HINGAQ LA...'

Mai musim 'Cakplong' atau senapang buluh pulak lagi best.

Oleh kerana ditempat kami tiada pokok buluh, maka kami beramai-ramai
akan memanjat bukit, meredah hutan mencari buluh berkenaan.
Masing-masing membawa parang atau pisau.
Buluh yang terbaik dipilih dan dibawa balik kerumah dimana
Cakplong akan disiapkan.

Pelurunya pulak kami menggunakan buah cenerai.
Sekali lagi kami meredah hutan mencari pokok berkenaan,
hingga terlajak kekampung orang.

Dan selepas itu, peperangan pun bermula.
Cerita pun tak guna, makan pun boleh lupo.

Kalau sesak-sesak, kertas yang direndam dalam air pun
boleh menjadi peluru. Tapi buah cenerai adalah yang terbaik.
Yang mahalnya berasap macam pistol. Yang tak syoknya, kena badan...
sakit wooo.



Yang nyata, semua permainan budak-budak kampung
dahulu dah hampir pupus. Macam Dinosour.
Dah masuk muzium. Zaman la ni, budak-budak main game
dalam komputer dan cybercafe. Takpun merempit.
Baru Sekolah Kebangsaan, mak bapak dah belikan motor...
Dulu aku selalu jugak cilok kapur kat sekolah.
Masa sekolah rendah la.
Asyik dok main arang dapur je, habis hitam tangan.
Kena pulak yang colour. Peh.. syok betul.
Macam dapat emas setahil.
Dah dapat kapog tu, faham-faham je lah apa
aku nak buat... Cheh!!!

Mak dan bapa aku tak marah aku menyonteng...
Tapiii... abang akuuu....

Kenangan lalu memang indah.