Rabu, 9 Disember 2015

KEDAH masuk final pulak dah...

Dok tak dok, Liga Malaysia dah nak sampai kepenghujung.
Sapa sangka cempedak jadi bulldozer.

Dengan perhatian ramai terarah pada pasukan elit seperti JDT dan Pahang untuk beraksi dipentas akhir, tup tup coih mai Lang Merah.

Lang Merah akan berentap dengan gergasi Merah Kuning di Shah Alam
sabtu ni. (12 Disember). 

Kalau takdak apa-apa halangan, sabtu ni aku akan menyertai puluhan ribu 
penyokong kedua-dua pasukan menontonnya di.....rumah. Rumah jer.....

Takdak pasai nak pi stadium aih.
Dok rumah boleh pekena kopi dengan rempeyek sambil menonton.

Sapa yang patut disokong?
Tengok pada Kad Pengenalan, alamatnya di Kajang, Selangor.
Kena sokong Selangor la secara prinsipnya.

Kelebek nombor pada Kad Pengenalan xxxxxx-02- xxxx, ada pulak kod 02.
Itu kod negeri Kedah. Dah tentu anak jati negeri kelahiran Tun Mahathir.
Kena sokong Kedah la, nanti di cop derhaka pulak.

Untuk berlaku adil, sokong dua-dua team la.
Yang penting game mesti cantik punya.

Sapa main baguih, dia menang.
Yang main hampeh, terbongkang.

Cuma... untuk pasukan Hijau Kuning, aku kitar semula la lagu lama ni.
Lagu ni aku bikin tahun 1998 dulu. Zaman Kedah dok rajin masuk final.
Zaman Dato' Basri Akhil (Allahyarham), Radhi Md. Din, Ahmad Sobri dll...

Buat kedua-dua pasukan...
Pulun sampai 'ketitisan' wisel penamat.

Buat sahabatku Norkamaro, walaupun Red Warrior telah kecundang...
jange lupo mu kini oghe Tanjung Karang. Kehkehkeh...

Akhirnya, serangkap pantun dipersembahkan.

'AYAG MENET ROTI KAPAI,
JOM MAKAN DIPEKAN KODIANG,
MAIN BOLA GUNA AKAI,
JANGAN SAMPAI DIBUANG PADANG!