Ahad, 30 Oktober 2011

NIZAM KRING KRING.... 'semuga mendapat haji mabrur.'


...NIZAM...
Karikatur yang dilukis oleh Maro ini
menjadi logo ruangan 'Kring-kring' yang
popular dalam sisipan Pancaindera akhbar
Mingguan Malaysia suatu ketika dahulu.



Dua tiga hari lepas terserempak dengan wartawan hiburan popular,
Nizam Kring-Kring diluar surau pejabat.

Dia diantara wartawan hiburan yang 'mesra kawan' dan tidak 'mencuka atau serius'
dipejabat.

Sentiasa ceria dan peramah. 

Pernah sebumbung bersama beliau dibahagian majalah di Taman Shamelin Perkasa.

Bila Unit Majalah berpindah ke Bangi, dia aku dan lain-lain yang 'tidak terpileh' @ (memileh untuk ke ibu pejabat) meneruskan kehidupan di Jalan Chan Sow Lin.

Tidak pernah berkerja bersama beliau.
Berbual pun ala-ala saja, bila terserempak sekali-sekala atau sekali banyak kala.

Aku sering jugak mengikuti tulisan beliau terutamanya ruangan Kring-Kring dalam
sisipan Pancaindera.

Bukan nak baca kisah artis.
Cuma tertarik cara beliau menggarap artikel yang bersumber dari panggilan
telefon dari pengikut ruangan kelolaan beliau itu.

Olahan beliau menggelikan hati. Kelakar you. Walaupun berita itu serius.
Lebih kelakar dari kartun yang tersiar dalam akhbar mingguan terlaris dipasaran itu.

Kahkahkahh....

Tapi kini tinggal kenangan.
Ruangan itu berkubur bila Nizam mengangkat kaki dari Utusan.

Nizam kini bernaung di akhbar omputeh, The Star.
Mintak mahap la. Ada le sekali dua aku menyelak helaian akhbar berkenaan
membaca tulisan beliau pada hari minggu dipejabat.

Dulu-dulu la...

La ni dah jarang-jarang seluloi.

Beliau juga 'mengusahakan' sebuah blog.
Aku pun follow jugak.

Tapi dek kesibukkan, blog tupun lama tak dikemaskini.
Apo la ko Nizam.  klik sini (blog beliau yg lama tak di-update)

Kunjungan singkat Nizam ke Utusan selepas Asar tu ialah untuk berjumpa dengan
kengkawan-kengkawan lamo.

Bersalam-salaman.

Beliau 'terpileh' menjadi tetamu Allah tahun ini untuk mengejakan ibadah haji.
Pada masa aku menaip entri ini, Nizam telahpun berada diTanah Suci.

'Mintak maaf kalau ada apa-apa salah silap.' 
kata Nizam sewaktu bersalam pada petang itu.

'Okay... selamat-selamat'.

Semuga beliau mendapat haji yang mabrur.