Rabu, 25 Ogos 2010

SURAT DIPINTU PAGAR

Ini pintu pagar bukan pintu surat olps..err.. peti surat




Gambar diatas adalah dirujuk.

Kelihatannya seperti sepucuk surat... bukan batu bersurat ataupun surat khabar lama.

Surat ini sepatutnya dimasukkan kedalam peti surat.


Adakah tempat yang diselit surat itu kelihatan seperti peti surat?

Sekali pandang...hmm bukan.
Dua kali tengok pun... hmm bukan.
Tigo, ompek, limo.. ne, tujoh, lape, sembilangg.....ahhhhh bukan! bukan! bukan!

Itu pintu pagar da.

Habis! mana peti suratnya?

Ada. Disebelah tu.
Dari dalam rumah sebelah kiri. Kanan dari sebelah luar.

Dari tempat surat diselit tu, cuma tiga langkah je menuju ke pintu peti surat.


Habis apa pasai surat terselit disitu?


ADA PENUNGGU PETI SURAT?

Adakah terdapat harimau kumbang atau musang pulut yang ditambatkan disitu?
Atau ada ulaq sawa batik atau anaconda amazon yang tak makan lapan hari dok melengkar diatas tu?
Mungkin kut ada jebon yang menanti untuk menerkam sesiapa yang menghampiri peti surat itu?


Jawapannya ialah tak ada. Noktah.


Kalaupun ada cuma kucing rumah aku je.
Posmen takut kucing? Mustahil.


Ini bukan kali pertama surat terselit disitu.

Betul tu memang le betul surat yang dimasukkan dalam peti surat lebih banyak dari yang diselitkan dipagar.

Akupun takle kisah sangat kalau surat-surat yang tak penting diselitkan disitu.


Antara surat-surat yang nak termuntah aku menengoknya seperti bil api, air, telefon, internet, tv satelit, surat bank, cukai tanah dan cukai pintu.

Ha surat-surat atau bil-bil ni kalau tak hantar pun takpa.
Kalau diselitkan kat bumbungpun tak jadi hal.


Dalam dok sibuk tulis dalam blog ni,
dia selit kat keta pulak!



Yang aku tension kalau ada surat berisi cek.

Manalah tahu silap-silap haribulan Presiden Amerika ke, Perdana Menteri Australia ke atau Raja Sepanyol ke sesaja nak menghantar cek bernilai berbillion dolar kat aku.

Takpun surat yang berisi peta lokasi harta karun yang dikirim Indiana Jones bernilai trilion dinar diGurun Sahara. Sapa tau.


Kalau nak bersangka baik pun boleh. Bukan tak boleh. Andaian begini mungkin boleh dibuat.
Surat aku tercicir dari karung atau raga abang Posmen. Ada orang jumpa dan dimasukkan dalam peti surat aku.

Tengok tu. Ada aku sebut orang yang jumpa surat aku tu selitkan surat kat pagar? Takdo, Takde...
Jadi siapa yang punya angkara?




AHMAD ALBAB
..............................

POSTO! POSTO... pernah dengar perkataan ni?

Ini dialog dari filem Ahmad Albab arahan P.Ramlee.

SiPosto ni siap masuk rumah si Muharam dan Safar nak bagi surat.
Malah sanggup pergi kepadang mencari si Syawal yang sedang menggembala kambing untuk menyerahkan sendiri surat.

Dalam satu babak pulak, siPosto menolak pelawaan Syawal yang mengajaknya minum. "Tak boleh, Rasuah", katanya.


...."Tak boleh, Rasuah"....


P.Ramlee yang genius itu bukan sembarangan membikin filem. Dalam gelak tawa melihat telatah tiga menantu dan bapa mertua, dia rupanya turut mengajar posmen bagaimana menyampaikan surat dengan betul.

Lani Posmen dah naik motor.                                         
Gaji pun dah naik baru-baru ni.
Hmm.. harga stem pun naik...

Steady le bang...
Tempat surat dalam peti surat ye!
Tempat Batu Bersurat kat Muzium.
Tempat surat khabar lama... atas lori


Jangan marah.

Terimalah lagu dari kumpulan
Carpenters ini bagi meredakan kemarahan...
(aku sekolah rendah lagi waktu lagu ni top)