Ahad, 30 November 2014

KONSERT HATI EMAS KEMBARA...5

Abis dah. Jumpa lagi... - Gambar UTUSAN

Memang mantap. Terhibur. Layan habis.
Itu antara ayat atau frasa yang terbit dari hati sebaik tamatnya 
Konsert Hati Emas Kembara.

Hadirin melangkah keluar dari Panggung Sari penuh ceria.
27 lagu-lagu terpilih dari 7 album disampaikan satu persatu penuh makna.

*Disenaraikan lagu dan album terlibat dengan persembahan 
bertaraf 'dunia' itu. (* Berdasarkan persembahan 2 malam pertama)

1. Album KEMBARA 
    - Ekspress Rakyat
    - Senandung Buruh Kasar
    - Hati Emas
    - Malam
    - Oh Bulan
 
2. Album PERJUANGAN 
    - Perjuangan
    - Ada Sepasang Mata
    - Sekuntum Bunga Plastik
    - Bas No 13
    - Impian Seorang Nelayan
    - Kepada Mu Kekasih
    - Ayahku dan Angkasawan

3. Album GERHANA 
    - Gerhana
    - Kiambang
    - Kolar Biru
    - Empat Penjuru
    - Di Perhentian Puduraya 
 
4. Album SENIMAN JALANAN
    - Nusantara
    - Keroncong Untuk Ana
    - Impian Anak Jalanan
    - Kutu
    - Kupu-Kupu

5. Album HIJRAH
    - Bunga Bakawali   

6. Album DUIT 
    - Duit                        
 
7. Album LAGU FILEM KEMBARA SENIMAN JALANAN
    - Rupa Tanpa Wajah
    - Siapa Orang Kita
    - Sesat di Kuala Lumpur
 
 
Memandangkan keesokkan harinya nak balik kampung, aku terus cabut.
Niat nak tunggu 'acara lain' di IB terpaksa diabaikan.
Cadang nak terus balik rumah. Tapi perut terasa lapor la pulak.
Takde tempat lain, warung Jai depan opis la sasarannya.

Pekena tomyam sambil berborak mengenai konserto bersama Udin Ju Bakar
yang baru selesai membuat layout page Kosmo.

Udin berpeluang menonton konsert sehari awal (khamis) khusus untuk media.
Jadi banyakle modal yang dibualkan sehingga 1 pagi diiringi siraman hujan.

Berbalik kepada sahabat serumah sewaktu menyewa diatas rumah kedai di Jalan
Genting Kelang pertengahan 80an dahulu, saudara Rozaman @ Mang.

Beliau bersama 'Geng Alumni'nya mendapat 'slot' khas sebaik tamat konsert.
Depa berpeluang bertemu dan beramah mesra bersama kumpulan Kembara.

Jeles juga aku dibuatnya.


Geng ALUMNI MASSCOMM UiTM 85/88...
 senyum lebor bersama Sifu and The Gong - Gambar ROZAMAN

Geng ALUMNI MASSCOMM UiTM 85/88...
 wah wah wahhh... banyak pose nampak - Gambar ROZAMAN

Tahun depan boleh bikin lagi.
Lagu banyak lagi tu...

Terima kasih Luncai Emas.
Terima kasih Istana Budaya.
Terima kasih Mang....

'Kembara... puas sudahku mengembara'



KLIK SINI ... KONSERT HATI EMAS KEMBARA - 4
KLIK SINI ... KONSERT HATI EMAS KEMBARA - 3
KLIK SINI ... KONSERT HATI EMAS KEMBARA - 2
KLIK SINI ... KONSERT HATI EMAS KEMBARA - 1

http://praharaseni.blogspot.com/JENGUK sini...