Khamis, 12 Jun 2014

kartunis DEE... 4@khir.


KAWAN, Januari 2004
IDEA... DEE BELI@CARI KAT MANA?
-------------------------------------------------------------------------------------
Ramai tertanya-tanya bagaimana Dee memperolehi
idea sehari-hari terutamanya dalam kartun Hallo Boss.

Menurut Dee seperti yang aku pernah dengar,
 'idea datang dari rakan-rakan sekeliling.'
'Juga dari pemerhatian dan pembacaan.' Tambah beliau.

Kadang-kadang bila  ada idea lebih, aku turut 'menjaja' pada beliau. Dan kekadang pada 'Mamak Cybe@Maro.'
Ada masa diterima, ada masa direjek depa. 

Ada masa-masa tertentu, kartun Hallo Boss di 'reject' oleh pihak atasan.
Dee akan menghubungi aku untuk membikin dialog baru. No problem. 

HALLO BOSS PERNAH DI'BAN'
-------------------------------------------------------------------------------------
Tahun kedua
KAWAN, 1996.
Mungkin ramai tidak menyedari, kartun Hallo Boss pernah dihentikan penyiarannya sebanyak dua kali kalau tak silap aku.

Lama juga tidak disiarkan.
Ini kerana ada pihak-pihak yang terasa pedas dari kartun tersebut. Namun bila ada ramai peminat-peminat yang bertanya mengenai 'kehilangan' tersebut, akhirnya Hallo Boss kembali disiarkan.

Yang agak kelakar bila Dee telah 'membuat' kartun
mengenai satu majlis yang belum berlangsung. Dan bila majlis berkenaan berlangsung keesokkannya, memang terjadi seperti yang dikartunkan Dee. 

Apalagi. Panas le telinga pihak-pihak berkenaan.
Dan... Hallo Boss di'stop' penyiarannya. Kahkahkahh. Itu dulu. Zaman Pak Kaduk.

SAYANG SERIBU KALI SAYANG
-------------------------------------------------------------------------------------
STAFF KAWAN, 1997.
Karikatur oleh Maro.
Jika hendak dihitung, tidak terhitung.
Jika hendak dimuatkan dalam almari, 
banyak almari kena beli.

Begitulah karya-karya Dee.
Jika hendak dibikin koleksi, 
mungkin dah beratus-ratus.

Tapi sayang.
Karya-karya Dee tidak banyak dibukukan. 
Ada la satu dua. Tupun ala-ala dondang sayang je.   

Entah dimana silapnya.

Ini bukan nasib Dee aje.
Nasib Miki, Maro, Nuek dan lain-lain.

Gitulah alkisahnya Dee al Yusof.
Seorang kartunis yang tidak kering idea
dan setia berkarya selagi terdaya. ( Abiss dahhh)

                                                  

Rabu, 11 Jun 2014

kartunis DEE... bahagian 3

Wak Kasbi. Maro dan Dee mengadili
acara wajib promosi KAWAN,
iaitu peraduan mewarna...
Dee, Roslim, Nuek dan Mahiran.
Acara sama. Lain lokasi.


DEE... dari Jalan 5 ke Shamelin ke Bangi
SENDAL 1
-------------------------------------------------------------------------------------
Setelah diterbitkan, ternyata majalah KAWAN mendapat sambutan hebat. Dibawah seliaan Kak Rose dan En. Chamil Wariya (Sekarang Datuk), KAWAN dan pengkaryanya tidak menoleh kebelakang dalam menghasilkan bahan-bahan yang bermutu tinggi.

Memandangkan bakatnya yang hebat, Dee 'ditarik' masuk ke dalam unit majalah oleh Kak Rose dan En. Chamil.
Maka berkampunglah beliau disitu sepenuh masa menyertai kartunis lain memerah otak bersama pengarang yang garang, Makcik Rosmah Dain. (Selalu aku kena marah dengan dia. Artwork lewat hantar. Ciss)

Dee tampil dengan siri Doktor Nina, Zul Tek dan Kalaulah yang menjadi popular dikalangan pembaca KAWAN.

SENDAL 2
Agak sibuk Dee dan rakan-rakan seredaksi memenuhi sesi promosi majalah KAWAN menjelajah keseluruh pelosok negara pada waktu itu. Tak menang tangan mereka melayani peminat-peminat.

Bila kami dibahagian majalah berpindah ke Taman Shamelin beberapa tahun kemudian, suasana bekerja agak berubah.

Walaupun serba baru, mood pelukis-pelukis agak kacau.
Punyalah kacau, sampai tidak dapat dicatatkan disini.
Namun Dee dan pasukannya tetap menjulang majalah 
KAWAN hingga ketitisan dakwat yang akhir.


Tiada koleksi Dr. Nina
dan koleksi ZulTek.
Bila bahagian majalah berpindah ke Bangi beberapa tahun kemudian dan bernaung dibawah bumbung Utusan Karya. Dee dan skuad KAWAN turut sama kecuali Maro, Kazim, Apis dan termasuk aku yang berpindah ke ibu pejabat di Jalan Chan Sow Lin.

Kami terputus hubungan secara langsung. 

Di Bangi, Dee masih hangat berkarya seperti biasa. 
'Hallo Boss'nya masih mengancam didada akhbar 
Utusan Malaysia lima kali seminggu.
Setiap sabtu, kartun 'bola' nya mengganas disisipan dot.com akhbar yang sama.

Pada masa sama majalah MASTIKA dan AL-ISLAM pun menggunakan khidmatnya.
Dalam akhbar KOSMO, karya Dee mengisi slot kartun yang
sekangkang panda berselang-seli dengan kartunis Acai.

Pangkat pun naik juga tuu. Tahniah.
Khabar terbaru diterima, beliau juga telah 
mendapat pangkat 'Datuk'. Tahniah sekali lagi.



IKUTI BAHAGIAN 4@khir


-
BACA BAHAGIAN 1
BACA BAHAGIAN 2
BACA BAHAGIAN 4