KAWAN, Januari 2004 |
-------------------------------------------------------------------------------------
Ramai tertanya-tanya bagaimana Dee memperolehi
idea sehari-hari terutamanya dalam kartun Hallo Boss.
Menurut Dee seperti yang aku pernah dengar,
'idea datang dari rakan-rakan sekeliling.'
'Juga dari pemerhatian dan pembacaan.' Tambah beliau.
Kadang-kadang bila ada idea lebih, aku turut 'menjaja' pada beliau. Dan kekadang pada 'Mamak Cybe@Maro.'
Ada masa diterima, ada masa direjek depa.
Ada masa-masa tertentu, kartun Hallo Boss di 'reject' oleh pihak atasan.
Dee akan menghubungi aku untuk membikin dialog baru. No problem.
HALLO BOSS PERNAH DI'BAN'
-------------------------------------------------------------------------------------
Tahun kedua KAWAN, 1996. |
Lama juga tidak disiarkan.
Ini kerana ada pihak-pihak yang terasa pedas dari kartun tersebut. Namun bila ada ramai peminat-peminat yang bertanya mengenai 'kehilangan' tersebut, akhirnya Hallo Boss kembali disiarkan.
Yang agak kelakar bila Dee telah 'membuat' kartun
mengenai satu majlis yang belum berlangsung. Dan bila majlis berkenaan berlangsung keesokkannya, memang terjadi seperti yang dikartunkan Dee.
Apalagi. Panas le telinga pihak-pihak berkenaan.
Dan... Hallo Boss di'stop' penyiarannya. Kahkahkahh. Itu dulu. Zaman Pak Kaduk.
SAYANG SERIBU KALI SAYANG
-------------------------------------------------------------------------------------
STAFF KAWAN, 1997. Karikatur oleh Maro. |
Jika hendak dimuatkan dalam almari,
banyak almari kena beli.
Begitulah karya-karya Dee.
Jika hendak dibikin koleksi,
mungkin dah beratus-ratus.
Tapi sayang.
Karya-karya Dee tidak banyak dibukukan.
Ada la satu dua. Tupun ala-ala dondang sayang je.
Entah dimana silapnya.
Ini bukan nasib Dee aje.
Nasib Miki, Maro, Nuek dan lain-lain.
Gitulah alkisahnya Dee al Yusof.
Seorang kartunis yang tidak kering idea
dan setia berkarya selagi terdaya. ( Abiss dahhh)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
...angin barat gambar solo...