Jumaat, 13 Januari 2017

Oh my kibod... LINGKUP jua AKHIRNYA... part 1

Technics KN1500.... 1993 - 2015



Zaman bujang dulu, duit gaji 'seciput' selain tertumpah dikedai alatan 
melukis juga tercurah dikedai alatan muzik. 

Dua bidang seni yang mengiringi hidup diperantauan.
Melukis... mata pencarian.
Muzik... telinga pekerjaan.

Kibod diatas dibeli pada 1993. 
Duduk di Wangsa Maju time ni.
Yang kelima... dan... boleh tahan harganya.

Bermula dengan yang kecik berjenama Casio (ada radio sekali...hiiieee),
Panasonic, Yamaha sedang
dan Yamaha besar. (Ikut kemampuan poket)

KN1500 Technic ni dibeli disebuah kedai muzik di Wangsa Melawati, JJ Muzik.
Ada waktu terluang, start motor melepak dikedai kepunyaan Mr. Edward.

Beliau drumer hebat. Selain menjual, beliau jugak mengajar muzik.

Hasil dari berulang alik kedai muzik 'Apek' yang fasih berbahasa Melayu itu,
maka hati terpaut pada KN1500. Ada lagi 'KN' yang lebih power, namun
terpaksa menelan ayaq lioq berdasarkan kedudukkan kewangan semasa.

Dipendekkan cerita, KN1500 menjadi penghuni bilik den selepas beberapa
urusan selesai seperti terpaksa trade-in kibod cap Panasonic dan
menghantar duit syiling dikedai mamak bagi mencukupkan 'syarat' Mr. Edward.

Maka... bermulalah berkarya sambil bereksperimen dengan KN1500.
Sound dan ciri-ciri lain yang ada pada instrumen
made in Japan ini amat memuaskan. Namun bunyian strings dari
kibod Yamaha lebih aku gemari.

Hasil karya boleh diprogram dan disimpan dalam disket dengan
mode step by step recording atau easy record.

Hmm... pendekata pembelian KN1500 berbaloi.

... 2B - kontiniu ...


Mat Insun... pengikut tegar dan ketegaq blog gua...
BACA: PART 2