Khamis, 20 Disember 2012

BONUS.... (sebuah sajak in D minor 7)

BONUS....

Bonus...... menunggu kau berhingus
Bonus...... dah dapat engkau, dua hari hangus...

Bonus...... menunggu kau penuh saspen
Bonus...... dah dapat engkau, lhdn cilok limo nam persen

Bonus...... belum dapat mencongak sini dan sana
Bonus...... dah dapat engkau, rupanya tak bleh beli apa

Bonus...... dapek berapo bule pong alhamdulillah
Bonus...... dah dapat tu, jange lupo bersedekah

Bonus...... lebih baik abih kat anak sekolah
Bonus...... jangan abih ke 'samsung' sudah 

Bonus...... selagi tak dihabiskan hati tak senang
Bonus...... dah dihabiskan... ceh.... lagi tak tenang

Bonus...... jumpa lagi di aidilfitri
Bonus...... kalau tak jumpa isi form pinjam lagiiiiii...


(Bakal dideklamasikan pada perjumpaan tahunan 'x-majalah
graphic designer shamelin perkasa' .... soon.)


Perjumpaan pertama... Jun lepas. Tak ramei yang dapat hadir. Tapi
makanan atas meja setel gitu....




Jumaat, 14 Disember 2012

HARIMAU... cuba lagi no

GAJAH MATI MENINGGALKAN TULANG

HARIMAU MATI MENINGGALKAN BELANG

GAJAH MENANG SIAM RIANG

HARIMAU TEWAS MALAYA MALANG



Takpa... jangan bersedih.
Jom singgah Padang Besag sat...
Boleh pekena Tomyam... pehh.

Boleh borong jersey...


 

Selasa, 11 Disember 2012

MAT YO.... kasi terangkat itu jaring

ULASAN SELARI DARI BANGKOK (yang aku nak dengar)


"....Bola dapat dirampas Shafik dari Pilchikition pantas

melorongkan pada Badrol Bakhtiar yang tidak dikawal...

Mat Yo berlari kesebelah kiri sambil menjerit ' pah depe pah depe'
kepada Badrol... Badrol berdepan dengan dua pertahanan
Thailand, Meesiam dan Nha See fataya... 

Berjaya beliau memperdaya pertahanan dan menguis
dengan tumit pada Mat Yo...

Mat Yo cuba diasak Thom Yham namun beliau berjaya
membuat hantaran pendek pada Mahali yang  berlari disebelah kanannya...

Mat Yo berlari kesebelah kiri sambil diekori rapat  Phatt Pritt dan Som Tham...

'Pass sama Mat Yo Mahuliii' jerit coach Datuk K Rajagobal dari luar padang...

Mahuli mengatur langkah dengan bola masih dikakinya...
saling membuat hantaran satu dua tiga bersama Shafik dan Badrol....

Penjaga gol Thailand resah didepan gawang, mundar-mandir kekiri dan kanan.


Semakin dekat dengan pintu gol Thailand....
beberapa pertahanan lawan meluru dengan wajah bengis
umpama baru mendapat saman AES kearah Mahuli....

Mahuli menyungkit bola melepasi beberapa pertahanan Thailand,
tiba-tiba meluru dari arah belakang Safee Sali yang mengacah untuk merembat
tapi sebaliknya menghantar pendek pada Mat Yo yang tidak dikawal rapi...

Mat Yo selamba menggelecek Som Tham, dengan kaki kanannya
merembat kencang kepenjuru kanan Tiang Gol Thailand....

Terangkat jaring lagi sekali

....GoLLlllllLLLLLLLlllll....

Gol kedua juga jaringan Mat Yo.... 

Malaysia mendahului Thailand dengan kelebihan tiga jaringan
berbalas satu....

Mereka bermain dalam masa tambahan
yang berbaki beberapa saat lagi.

Apakah sekali lagi kita akan kepentas akhir?
Kita balik dulu kestudio untuk mengikuti
pesanan penaja....












Isnin, 10 Disember 2012

HARIMAU MALAYA BOLEHHHHH....


Pai Nai Mai Ro Pang,
Mau pigi final kalu mesti mau menang... 


SELEPAS permainan separuh akhir pertama malam tadi berakhir
dengan berkesudahan seri 1-1, rata-rata peminat bolasepak
tanahair bermuram durja.

Umpama tertelan cuka.

Yang berada diperut stadium lagi la.
Berhujan sejak petang, beratur panjang membeli tiket dan 
kejang kaki jem dijalan keBukit Jalil mengundang rasa demam.

Pemain sudah berusaha mengerah tulang empat belas kerat.
Tapi... itulah keputusan yang terbaik kita dapat.

Tajuk berita sukan diakhbar-akhbar selepas itu
semuanya karat dan berat. Berat tanggungan yang bakal digalas
kesebelasan anak-anak muda yang akan bermain
dibumi Chao phraya dinrat.

Kena pulak undang-undang jahiliah FIFA
mengenai peraturan gol ditempat lawan yang memberi
kelebihan pada Thailand.


HARIMAU MALAYA !

Usah gentar. Usah cemas. Usah bimbang. Usah buat silap.
Usah lawan pengadil.

USAH... + A = USAHA.

USAHA tangga KEJAYAAN.

Jadikan final milik kita.
Dan doakan kita bertemu Sang Singa.

lunaskan hutang 3-0 haritu.

HARIMAU MALAYA
BOLEHHHHHH!

...makan gajah...


Rabu, 28 November 2012

HARIMAU MALAYA ke KUCIN' SIAM?.....2



Pulon oi pulon. Bola dah ada kat atas, janganla gatai nak
tendang belakang kasi kat penjaga gawang la pulak.


MALAM ni... Rimau Malaya akan berentap lagi.


Pertemuan hidup atau  mamp  mati.
Lawannya takle handal sangat jika dibandingkan team Kampung Baloh
atau skuad 
belia Paya Mat Insun atau geng Bukit Perak pimpinan Mat Sapag Man.

LAOS.

Mengikut rekod lampau, keputusan banyak memihak tuan rumah.
Tapi... kalau main seperti melawan negara LKY hari tu,
jawabnya bye-bye le Suzuki Cup.


Balik main liga Honda Cup atau Modenas kapcai la pulak.

LAOS... silap sebut jadi LOST.
LAOS... kalau dibuang 'OS' boleh jugak jadi LAUK.

Siapa yang LOST dan siapa yang jadi LAUK malam ni.

Tepuk dada tanya Miki...

Moga Harimau Malaya tidak menerima
nasib seperti ini....  Malaysia Boleh!



HARIMAU MALAYA ke KUCIN' SIAM?.....1







KARIKATUR diatas ditenyeh oleh
sahabat gua, MIKI m.s.

Idea ni timbul sewaktu kami minum tengah hari
disebuah restoran dua suku bintang dipinggir bandar Kajang sehari selepas
Rimau Malaya ditokak Kodomo LionKingKong.

  Idea aku. Katun Miki.

Ianya melambangkan kekecewaan
peminat bolasepak seluruh Malaya.  

Memangle adat permainan ada menang, kalah dan seri.
Tapi kalau nampak main-main sewaktu bermain,
memang bukan main le angin peminat.

Yang membayar masuk distadium, 
yang bersidai diwarung menonton siaran langsung
dan yang melopong depan TV berkain sarung.
Dah kena tiga kosong... mesti berbuluuuu.


Bila gawang dibolosi, bukan penjaga gol yang harus dimarahi.
Defender pun tumpang sekaki...
Striker yang tak menjadi pun kena sebaldi....

Coach?
'Chittt... lain saya ajar, lain itu tambi-tambi bikin dalam padang'

Pembesar-pembesar persatuan bola?
'Oi relek la korang, dulupun first game kita kena balun ngan Indon'.
At last... siapa juara? Kita. Harimau Malaya'.

Kartun ni sepatutnya disiarkan dalam akhbar
Utusan Malaysia kelmarin (Selasa 27 Nov. 2012)

Memandangkan semua page telah
dirampas oleh berita persidangan Agung UMNO
yang sedang berlangsung la ni, maka
kartun tersebut duduk diam-diam dalam server.
Simpanpun... basi.

Jadi... aku amik tanpa kebenaran Miki
dan siarkan disini. Relekla Miki.

Kalau takde perhimpunan Agong Umno pun,
aku rasa 50-50 peluang kartun diatas nak disiarkan.
'Abang' hang tu rasanya tak kasi can punya...

REJECTTTTTTTTTTTT.

Jumaat, 16 November 2012

PALESTIN... kau diganyang lagiiiiiii!



Berarak ke Kedutaan Amerika adalah acara wajib
bagi menunjukkan bantahan terhadap Israel. 




Viva Palestin rayu bantuan segera 
untuk penduduk Gaza

KUALA LUMPUR 16 Nov. - Viva Palestina Malaysia (VPM) merayu sumbangan bekalan dan kewangan daripada rakyat Malaysia bagi membantu penduduk Palestin yang menghadapi tindakan ketenteraan Israel di Semenanjung Gaza.

Pengerusinya Datuk Dr Musa Mohd Nordin berkata pihaknya akan segera menghantar RM50,000 sebagai dana kecemasan ke Gaza dan lebih banyak dana diperlukan.
Dalam kenyataan di sini hari ini, beliau berkata bekalan amat diperlukan termasuk makanan, air, ubat-ubatan, pakaian dan selimut musim sejuk.

Dr Musa berkata mereka yang ingin menderma boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan menghubungi Azra di talian 016-2094500, Azian (012-2115749) dan Hamidah di nombor telefon 012-2170918.

Manakala sumbangan wang tunai boleh dibuat melalui akaun Maybank bernombor 5643-2460-1324 atau menyerahkan sendiri kepada Pertubuhan Viva Palestina Malaysia di alamat Block C, Kompleks Pejabat Damansara, Jalan Dungun, 50490 Kuala Lumpur.
Aktiviti ketenteraan dan serangan udara Israel di Gaza sejak dua hari lepas telah mengorbankan 12 penduduk Palestin termasuk enam kanak-kanak dan seorang wanita hamil.
....................................................................................................................
(Sumbangan wang tunai boleh dibuat melalui akaun 
Maybank bernombor 5643-2460-1324)
.....................................................................................................................

Dipetik dari PORTAL UTUSAN ONLINE




Serangan terbaharu regim zionis laknatullah merosakkan
sebuah masjid di Palestin.


Buah tangan sempena Maal Hijrah 1434 dari
negara pengganas Israel. 
Apa negara Islam diseluruh dunia boleh bikin?
Tengok ajelahh.... Oooo iiiii  seeee.....



UMAT ISLAM AKHIR ZAMAN 
UMPAMA BUIH DI LAUTAN

Sebuah hadis diriwayatkan daripada Thauban r.a., 
bahawa Rasulullah SAW bersabda, yang bermaksud:

"Setelah aku wafat, setelah lama aku tinggalkan, umat Islam akan lemah. 
Di atas kelemahan itu, orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang menghadapi piring dan mengajak orang lain makan bersama." 

Maka para sahabat r.a. pun bertanya, "Apakah ketika itu umat Islam telah lemah dan musuh sangat kuat?" 

Sabda Baginda SAW: "Bahkan masa itu mereka lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak bererti dan tidak menakutkan musuh. Mereka adalah ibarat buih di laut."

Sahabat bertanya lagi, "Mengapa seramai itu tetapi seperti buih di laut?"

Jawab Rasulullah SAW, "Kerana ada dua penyakit, 
iaitu mereka ditimpa penyakit al-Wahn."

Sahabat bertanya lagi, "Apakah itu al-Wahn?"

Rasulullah SAW bersabda: 
'Cintakan dunia dan takut akan kematian'.

Khamis, 15 November 2012

SALAM MAAL HIJRAH 1434

 
 


Semuga kita semua menjadi
lebih baik dari sebelumnya.
Hargailah nikmat
IMAN dan ISLAM
yang dikurniakan
kepada kita.

Jumaat, 12 Oktober 2012

UNIFI... huhuhuhu... you ni why?

Unifi... lima kali menekan suis baru dapat tengok
tv, menggunakan telefon dan melayari internet.
Kalau sebulan? Setahun?  Ceh... sapa suruh
hang kira....


Malam tadi balik kerja ingat nak layan la Liga Malaysia separuh akhir kedua. Dapat tengok second half pun jadik le, sebab dah lambat kan...

Tentera lawan Singapore.
Kalau dah sampai tahap ni, mestile baguih punya game.

Apa lagi, on le aku punya Unifi.
Tap...tap..tap...tap... ompek suis. Tambah satu lagi... tap... tu untuk Tv.
Jadi le lima suis nak kena on setiap kali nak tengok.

Tu takpa sangat. Walupun agak leceh.

Dulu pakai Astro, lepas on keluar kat screen
'Service curently not available'.

Hujan kat Utara Somalia, kat Kajang takde gambar.
Lama juga bersabar.

Hati panas beb.
Aku stop siaran berbayar tersebut selepas bertahun-tahun dok mengadap dia. Lambat bayaq sikit, kena poton'. Padan muka aku.

Lama jugak tak tengok TV. Sebab TV pun rosak time tu.

Angkat TV baru masa World Cup tempoh hari.
Tapi pakai 'aerial' atas bumbung. Hujan ribut no hal, walau pernah patah dek pukulan angin kencang.

Masa tu Unifi dah beroperasi.
Aku menggunakan streamyx kat umah.(sebelum itu guna TMnet).

Dok ulang alik pi Tesco Kajang sambil tengok depa dok promosi Unifi beberapa kali. At last ambik jugak selepas mencongak,darab dan
bahagi bil-bil yang ada.

Bil telefon+streamyx + bla...bla...= penin kepala.

Masa depa dok kecek suruh berlanggan, kata free pasang. Oklah...
Bila time kontraktor mai pasang, kena kapak jugak dekat dua ratus...

Unifi ni bagusnya.... line internet laju.
Dapat telefon mudah alih sekali.
Boleh layan U-tube kat TV.
Nak tengok movie, boleh langgan serendah lapan dirham.
Jauh daripada modem, takde hal...
Takde wayar berserabut kat laptop kita... cuma kat TV je....

Tapi yang membuat aku Hangin satu Kajang ni semalam la. (Khamis)
Nak tengok live bola kat TV1, yang ada kat layar TV ialah...

Khamis... ATM vs KODOMOlion

 

Jumaat... Red Giant vs Red Warrior



'HyppTV regrets to inform that we're unable to broadcast
the 2012
Piala Malaysia matches due to broadcast rights issues.

Normal programmng will resume right after the match.

We apologise for any inconvenience caused.'

Malam sabtu, Selangor lawan Kelantan pun sama jugak.
Cuma dengar jiran-jiran sekitar rumah menjerit dan bersorak je le.

Memang Unifi ada 'bola' iaitu disaluran 173,174 (ragbi) dan 175.
Tapi ntah mana punya liga ntah. Tu pun bukan live.

Kalau tak kerana ada kontrak dua tahun, isnin depan comfirm aku pi
tutup buku.

Yang satu tu, 'ujan turun takde siaran.'
Yang satu lagi, 'tak dapek tengok bola sebab tak dapat hak penyiaran.'

Apala RTM ...dengan TM pun nak berkira ke?
Ataupun.... TM dengan pelanggan pun nak berkira ke?
Takkan tak bulih kautim dengan RTM...

Nampak gaya, final Piala Malaysia nanti kena pi tengok kat kedai la.

Nasib le Labuuuuu.









 






Khamis, 11 Oktober 2012

Hello Bosssss..... tQtq


Kartun Helo Boss diatas disiarkan dalam akhbar
UTUSAN MALAYSIA semalam. (10 Oktober, 2012)

Dee mengulas mengenai gejala rasuah yang
datang dalam berbagai bentuk yang menyerang
sesiapa sahaja tanpa mengira pangkat atau kedudukkan.

Oh ya...
kebenaran dari kartunis Dee telah aku perolehi
melalui sms lewat malam 
tiga hari lepas.

Dah siar baru nak mintak permision. Cehhh.

'Boleh... publisiti'... ringkas sms dari beliau
yang aku terima sebaik sahaja sampai kerumah
dari pejabat kira-kira hampir 12 malam.
(Walhal aku hantar mesej kat dia pagi-pagi buta lagi.)

Apo la Dee.... anyway. TQ.

Ahad, 7 Oktober 2012

HELLOOOOO BOS.... kasihan itu Rosli... 2

Kartun Hello Bos bertarikh 2 oktober, 2012.
Aku pun hangin tengok bos ni....

HELLOOOOO BOS.... kasihan itu Rosli... 1

Kartun DEEusop yang disiarkan  dalam akhbar UTUSAN MALAYSIA.
Jenaka yang berkisar dipejabat antah-berantah manatah ini disiarkan lima kali seminggu.

Ni semua kisah benar ni....

Isnin, 17 September 2012

ANDA patut MALU...


Kartun HALO BOSS yang dilukis oleh sahabat aku, kartunis DEEusop.

Kartun penuh sinis ini disiarkan didalam akhbar
Utusan Malaysia bertarikh 17 September, 2012.

Aku adalah seorang dari peminat kartun-kartun Dee sejak dulu.

Sorry le Dee, gua amik kartun lu tanpa permisi tampal kat blog gua.
Takkan nak saman kut.
Ala setakat teh tarik dengan roti nan kat 

Bistro Batu 9, takde hal punya...

Aku respek betul si Dee ni, kartun Halo Boss ni
keluar paper tiap-tiap hari kecuali sabtu dan ahad.

Banyak betul idea dia...
Satu hari nanti, kalau berkesempatan aku nak
story kisah dia dan kartunnya...


Meminjam kata-kata Dee diatas...


...ANDA PATUT MALU...
DAH LAMA MERDEKA, AKAI TAKDAK!

Ahad, 16 September 2012

HARI MALAYSIA...selamatlah tanahairku


Negaraku
Tanah tumpahnya darahku,
Rakyat hidup
bersatu dan maju,

Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan,
Raja kita
selamat bertakhta,

Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan.
Raja kita
selamat bertakhta 



Tegakkan Bendera Kita - (Sudirman)


Hormatilah bendera kita
Ia lambang negara
Bersatu padu kita dibawahnya
Hidup berkeluarga

Putih merah biru kuning
Warna bendera kita
Berkibar-kibar megah
Di angkasa
Kemegahan semua

Tegakkan bendera kita



JALUR GEMILANG (Siso)


Merahmu bara semangat waja
Putihmu bersih budi pekerti
Kuning berdaulat payung negara
Biru perpaduan kami semua

Puncak dunia telah kau tawan
Lautan luas telah kau redah
Membawa semangat jiwa merdeka
Semarak jaya kami warganya

Empat belas melintang jalurnya
Semua negeri dalam Malaysia
Satu suara satu semangat
Itu sumpah warga berdaulat

Jalur gemilang... di bawah naunganmu
Jalur gemilang... kami semua bersatu
Perpaduan ketaatan
Amalan murni rakyat Malaysia
Jalur gemilang... megah kami terasa
Jalur gemilang... kibarkanlah wawasan
Merah putih biru kuning
Jalur semangat kami semua

Berkibarlah
Berkibarlah
Berkibarlah

Jumaat, 7 September 2012

PANTUN MALAM MERDEKA





GRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRR


Pantun 1
ANAK CINA PIJAK GAMBAQ,
ANAK MELAYU TUNJUK PUNGKOQ,
SAHHH DEPA KURANG AJAQ,
ELOK DITONYOH DALAM KELEBOQ...






Pantun 2
AYAQ MENET ROTI KAPAI,
MAKAN MINUM TEPI PERIGI,
BAGI MUKA PUNYA PASAI,
ESOK LUSA BUAT LAGI...





Pantun 3
TOUCH N' GO,
CATCH N' RELEASE,
NAK TUNJUK TERER BRO,
LAIN TEMPAT... PLEASE...

tHEEeeiiii...heiii..heeeee......



Jumaat, 17 Ogos 2012

AIDILFITRI... memori silamku - siri 4

Budak-budak dahulu tidak kisah dengan
duit raya yang diperolehinya.

Dapat lima sen pun syukur.
 Sedekah standard 
adalah antara sepuluh sen dan dua puluh sen 

yang diperolehi hasil kunjungan rumah ke rumah.

Sedikit demi sedikit, lama-lama membukit...

Dapat modal beli pistol air atau pistol yang pelurunya
kertas merah bergulung pun jadilaaa...

Mercun papan pun murah dahulu.
Antara 40 sen dan 80 sen sebungkus.

Rancangan TV pun bebudak tak kisah sangat.
Kecuali rancangan SARKIS yang menjadi rancangan
wajib RTM pagi-pagi raya dulu.

Kekadang disebelah tengahari, ada ditayangkan
cerita purba Melayu terbitan
Cathay Keris atau Shaw Brother seperti
Panglima Harimau Berantai.

Ni wajib ditonton.

Selebihnya, bebudak kampung betul-betul beraya
samada dirumah orang atau berperang dengan
kawan-kawan sepermainan dengan mercun
sambil memegang kayu api yang masih berbara...

Cehhh... memang best dulu.
BEST BANGET.



BACA bahagian 1 - DISINI
BACA bahagian 2 - DISINI
BACA bahagian 3 - DISINI

SALAM AIDILFITRI SEMUA





AIDILFITRI... memori silamku - siri 3


LAIN hulu lain parang.
Lain 'dolu' lain 'sikalang'... haiyaaa...

Keseronokkan menyambut 1 Syawal dahulu
lebih terasa meriahnya berbanding sekarang.

Terutamanya yang tinggal dikampung.

Tidak dapat dilupakan, mandi dipagi raya
diparit yang terletak 500 meter dari rumah.

Air yang mengalir dari sebuah kolam besar dan
juga dari mata air yang jernih.

Pehhh... sejuk derrrr.



BACA bahagian 4 - DISINI

AIDILFITRI... memori silamku - siri 2

BUNYI letupan mercun walau tak sehebat sekarang,
tapi riuh-rendah dimalam hari tetap meriah.

Bertemankan pelita minyak tanah,
budak-budak kampung berpesta dengan cara tersendiri.

Tiada muka yang pecah, tiada yang putus jari 
dan takdak yang hilang mata... macam la ni.

Cuma ada sesekali kes member yang hilang bulu kening
disambar api meriam karbaid.

Ini kes cucuh meriam tak meletup.
Member dengan penuh eksyen dan berani
menjenguk serombong meriam didepan.

Member yang sekor lagi mengetuk lubang meriam
dengan selipar... apa lagi...
KABOMMM.... 'Bulu kening terbakar'.


BACA bahagian 3 - DISINI

Khamis, 16 Ogos 2012

AIDILFITRI... memori silamku - siri 1

KAWAN bilangan ke-30.
Diterbitkan pada Februari, 1997.

Pejabat sewaktu ini beroperasi 
di Taman Shamelin Perkasa, Cheras.

Lukisan muka depan dihasilkan
oleh kartunis Miki Mat Salleh.


Memandangkan Februari pada tahun itu
adalah musim Raya, maka aku pun
bercerita pasal raya...

Kisah raya no problem...
Yang problem, nak mendrawnya



BACA bahagian 2 - DISINI
BACA bahagian 3 - DISINI
BACA bahagian 4 - DISINI

Khamis, 9 Ogos 2012

LAILATULQADAR

Hari ini dah masuk hari ke 20 kita berpuasa.
Malam ini, insyallah solat sunat tarawih yang ke 21 kita akan dirikan.

Maknanya kita kini berada didalam fasa ketiga Ramadan yang mulia.
Fasa penting iaitu 'PEMBEBASAN DARI API NERAKA'.

Adakah kita termasuk dalam golongan yang dibebaskan itu???
Sepuluh malam terakhir Ramadan yang menjanjikan malam yang lebih baik dari seribu bulan.

Dibawah ini, sedikit info mengenai malam Lailatulqadar yang dipetik dari ruangan Bahasa Arab
akhbar Utusan Malaysia (muka surat 21) keluaran Jumaat (10, Ogos, 2012).


Ruangan ini dibawah kelolaan *Dr. Abd. Razak Abu Chik.



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Berbagai pendapat ulama tentang tarikh Lailatulqadar. Menurut jumhur ulama, malam Lailatulqadar ialah pada malam-malam ganjil di sepuluh malam terakhir Ramadan iaitu malam 21 atau 23 atau 25 atau 27 atau 29.

Bagi mereka yang berpegang teguh dengan pendapat malam ke-27, mereka bersandarkan kepada surah al-Qadr. 

Dalam surah al-Qadr  terdapat lima ayat yang mengandungi 30 perkataan. Mereka mengaitkan perkataan “hiya” yang bermaksud ”ia” yang merujuk Lailatulqadar adalah perkataan ke-27 daripada 30 perkataan. 

Sehubungan itu ia malam ke-27. Manakala perkataan tanazzalu pada perkataan ke-17 boleh dihubungkan dengan nuzul Quran pada malam ke-17. Sila buat analisis surah Lailatulqadar di kertas lain seperti gambarajah di bawah.


*Sebarang maklumat berkaitan Bahasa Arab sila hubungi   019-2788055
atau layari http://drarabic.blogspot.com. Emel: drarabiah@yahoo.com

Selasa, 7 Ogos 2012

SYAWAL menggamit kenangan lalu - 4

Barisan karyawan KAWAN.
Dilukis oleh Maro.


Bagaimana suasana Hari Raya dikalangan
pelukis KAWAN waktu zaman kegemilangan dahulu?

Pehh... meriah gitu.

Maklumle happy tunggu hari nak ber 'Aidil Fitri'.

Lawak merapu, lawak cerdik dari bertaraf kebangsaan hingga
keperingkat antarabangsa menghiasi hari-hari yang dilalui.

Maklumlah kartunis. (kecuali aku....ceh)
Bikin bising, hingaq sikit baru idea mari.

Lagu raya tak payah cakap la, silih berganti.
Kalau takde lagupun, dia orang menyanyi sendiri.

Suara Miki memang takde tandingan kat pejabat.
Ada pertandingan karaoke semua hadiah dia sebat.
Kawan ada yang naik meluat.
Peluang nak menang telah disekat.

Jamal Abdillah pun boleh terperanjat,
tengok Miki punya kelibat.
Jamal Pak Tongko boleh pengsan.
Dek suara Miki punya penangan.

Maro pula apa kurangnya.
Mirip Awie suara sopranonya.

Ubi Stelor lagu kegemarannya.
Bersama Udin Jubakar pentas digegarnya.

Hafiz jejaka tinggi lampai.
Bernasyid berzanji semua boleh.
Kumpulan Kuntum beliau tubuhkan.
Pernah dioffer buat rakaman.

Tu je yang boleh menyanyi.
Bakat-bakat terendam yang lain tu pun banyak.
Malaslah nak cerita. Lain kali je la.

So... kemana bebudak KAWAN ni balik beraya?

Dee... balik Kampung Pandan. Lepas tu balik Perlis nu...
Maro.... balik Wakaf Mek Zainab, Kelate
Miki... mula-mula beraya di Sungai Tekali.
Pastu.... start kereta balik Taiping.
Roslim... balik Segambut sat, kemudian ke Labu Sendayan.
Kazim... Setiawangsa, pastu ke Parit Buntar.
Nuek... Teluk Intan
Hafiz... Subang Jaya
Alin... alamak? Alin balik mana???
Rosli Usin... beraya kat opis...

KAWAN.... memang banyak kenangan.
Artwork asal...


BACA SYAWAL 1 - KLIK sini da...
BACA SYAWAL 2 - KLIK sini da...
BACA SYAWAL 3 - KLIK sini da...


SYAWAL menggamit kenangan lalu - 3


Syawal, kedatangannya memang dinantikan kanak-kanak.
inilah peluang mereka menerima limpahan rezeki.


Kata orang tua, jauh perjalanan luas pemandangan.
Bagi anak-anak, jauh berjalan lagi banyak wang.

Dahulu dihulur sekupang dua kupang
diterima tanpa kerenah.

Sekarang seringgit disedekah,
'Aisey... singgit je ke Pak Dolah?'

Ialah.... zaman dah berubah.
Bak kata orang, 'sekali air bah dua tiga kampung pindah'.

Hari Raya memang indah.

Bebudak suko dapek duit.
Orang tua suko anak cucu balik.

Taukeh kedai pula
melompat tengok duit membukit.




Sidang redaksi majalah KAWAN.
Ramainye line-up.... yang bertungkus-lumus
menyiapkan majalah lima enam kerat je.
Biasale kannnn.




Isnin, 6 Ogos 2012

SYAWAL menggamit kenangan lalu - 2

Biasanya bila bulan Ramadan memasuki
minggu kedua, mood hari Raya mula menyelinap
dalam sanubari pada setiap budak kampung.

Pantang jumpa, mesti topik pasal 'Raya' yang
dibualkan. Sapa gatal mulut bawa topik selain itu
alamat bernanah telinga la kena kutuk.

Bukan setakat dirumah. Kat sekolah pun sama.
Cikgu pun sekali sekala tumpang menghangatkan suasana.

Pada waktu dahulu, kuih-muih raya banyak  yang dibuat sendiri.
Antara kuih yang wajib dibuat ialah kuih BAHULU.

Lain-lain kuih ialah kuih LOYANG (ada yang memanggil kuih rose atau kuih goyang),
PUTU KACANG dan beberapa jenis kuih tradisional lagi.

Membuat kuih tradisional juga  menggunakan cara tradisional untuk
memasaknya iaitu dengan api kayu atau sabut.

Dan itulah dapurnya yang digunakan seharian dikampung.

Tugas aku pula ialah mencari ranting-ranting kayu, kulit biji getah dan
sabut kelapa kering untuk dijadikan bahan pembakar.

Memandangkan tempat tinggal aku dikelilingi ladang getah,
mencari bahan-bahan bakar tersebut amatlah mudah.

Kekadang aku turut membantu
menyediakan bahan asas membuat kuih Bahulu
iaitu 'menimbuk' tepung yang sudah diadunkan
dengan telur dan gula didalam bekas yang dipanggil pasu.

Lenguh juga tangan dibuatnya.




Semakin hampir dengan hari Raya, makin meriah
suasana dikampung.

Malam paling dinantikan.

Time ni le budak-budak kampung aktif semacam atau dua macam.

Bunyi meriam kabat (karbaid) batang besi dan mercun silih berganti.

Malam Raya paling best.

Segala bahan letupan berkuasa rendah dihabiskan.

Esok dapat duit raya, beli lain.

Bersambung EPISOD 3



BACA SYAWAL 1 - KLIK sini da...
BACA SYAWAL 3 - KLIK sini da...
BACA SYAWAL 4 - KLIK sini da...

SYAWAL menggamit kenangan lalu - 1


Kartunis Miki diberi tugas melukis
kartun untuk muka depan majalah
KAWAN bilangan ke 18.

Sambil pekena lima gelas kecik
teh tarik bercampur sedikit serbuk
kunyit, halia dan segudang garam,
 beliau menyiapkan
tugasan tersebut dengan pantas.

Keluaran ini diterbitkan
pada bulan Februari 1996.

Hari ini Isnin, 6 Julai, 2012.
Bersamaan dengan 17 Ramadan 1433H.

Dan hari ini adalah hari Nuzul Quran.
Beberapa negeri bercuti hari ini seperti Selangor.

Ramai mengambil kesempatan cuti pada
hari ini untuk meng'kaya'kan taukeh-taukeh
kedai terutama yang menjual pakaian kanak-kanak.


Sempena Syawal yang bakal menjengah
lagi dua minggu, aku menyelongkar

almari mencari majalah KAWAN
yang menyiarkan kisah Hari Raya.

Ceh... ado pun.
Kartun diatas disiarkan dalam majalah
KAWAN
 bilangan ke 18. 

Ianya berkisar kepada ragam
menyambut Aidil Fitri dikampung.

Walaupun cuma ompek muka surat,
namun berpeluh ketiak juga nak menyiapkannya.


Masa diambil untuk menyiapkan
artwork ialah tiga hari.
Bermula 28 Disember hingga 28 Disember, 1995.

Ianya diterbitkan pada bulan Februari, 1996.
Maknanya, setiap isu perlu disiapkan dua atau tiga 
bulan lebih awal.
Sewaktu ini, aku bertugas diunit majalah
diTaman Shamelin dan membuat grafik untuk
majalah WANITA.

BACA SYAWAL 2 - KLIK sini da...

BACA SYAWAL 3 - KLIK sini da...

 BACA SYAWAL 4 - KLIK sini da...



Ahad, 5 Ogos 2012

zakatFITRAH... dah bayor ko?

...jangan dok tunggu lasmenet...


Rasa nak menulis mengenai zakat fitrah, selepas membayarnya
disurau Jenaris tengah hari kelmarin sebaik selesai solat jumaat.

Dan terus teringat lagu Rukun Islam ciptaan seniman agung kita,
allahyarham Tan Sri P. Ramlee.

Lagu yang dicipta pada tahun 1963 (aku tak lahir lagi nih)
ini, ditulis liriknya oleh S. Sudarmaji.

Lagu dakwah klasik ini tidak akan hilang ditelan zaman.
Ianya cukup lengkap dan menarik menceritakan perihal Rukun Islam dalam
bentuk hiburan.

..........................

 Rukun Islam

Rukun Islam lima perkara
marilah kita mengerjakannya

Pertama mengucap dua kalimah sahadat
kepada Allah kita beribadat
supaya hidup kita tak sesat
dari dunia sampai akhirat
 
Kedua sembahyang lima waktu
sujud ke hadrat Allah yang satu
mengenal ia supaya tentu
dengan putih bersih di kalbu

Ketiga Ramadan hendaklah puasa
lapar dahaga harus dirasa
supaya kasih sama manusia
tauhid kepada yang maha Esa

Keempat fitrah dan memberi zakat
segantang beras pula disukat
tanda Islam semua bersahabat
 Allah akan memberi berkat

Kelima fardu haji ke Baitullah
rukun Islam sudah terjumlah
lima perkara tunailah sudah
itulah semua perintah Allah

Rukun Islam lima perkara
marilah kita mengerjakannya

..................................................


Membayar zakat fitrah dibulan Ramadan dikampung dan dibandar
ada bezanya.

Dibandar, bayaran dibuat kepada amil-amil yang dilantik oleh pihak
berkuasa agama negeri.

Dikampung-kampung, pemberian zakat fitrah dalam bentuk beras
masih berlangsung.

Sekarang, beras fitrah sudah tersedia yang dibungkus khas oleh pengilang.

Dahulu beras disukat dan dimasukkan kedalam bungkusan kertas.
Kertas pembungkus boleh didapati dikedai-kedai runcit.

Kemudian beras-beras ini akan dibahagikan kepada sesiapa yang difikirkan
layak. Biasanya pada guru-guru agama atau warga tua dikampung.

Aku pernah melalui pengalaman membawa beras fitrah ini sewaktu
dikampung dahulu.

Melihat proses pembayaran fitrah yang sudah pupus kini.
Antaranya berlaku surung dan tarik bungkusan beras antara pembayar
dan penerima.

Antara penerima beras fitrah yang sering aku kunjungi ialah Allahyarham Tok Ismail.

Kini semuanya tinggal kenangan.

Yang penting, rukun Islam keempat ini perlu ditunaikan segera.
Cara bagaimana terpulang. Ala kampung atau ala bandar.

Bak kata P. Ramlee dalam lagu tersebut...
'Keempat fitrah dan memberi zakat
segantang beras pula disukat
tanda Islam semua bersahabat
Allah akan memberi berkat'


Ya. Semuga Allah memberi kita 'berkat'.