Isnin, 22 Julai 2019

Oh my kibod... LINGKUP jua AKHIRNYA -part3


1994 - 1996. Grup The Hantok-Hantok. Semua dah berterabur.




Foto diatas adalah band yang dianggotai unit kreatif majalah di Jalan Lima, Chan Sow Lin.  Jarak dengan ibu pejabat Utusan lebih kurang 500 langkah dimana studio latihan tersorok nun dibelakang.

Kibod yang aku main ni bukan KN1500.

Brand Yamaha dan Kawai ini milik syarikat yang dimainkan oleh generasi lama 
otai terdahulu. @ (Kumpulan News print)


Berpeluh nak mencari soundnya. Last main belasah jer...

KN1500 dirumah digunakan untuk berlatih lagu baru yang akan dimainkan band.

Pernah sekali aku membawa KN1500 dan Yamaha PSR ketempat kami jaming untuk
last rehearsal sebelum anual dinner di ibu pejabat, namun mengecewakan.



Gegaran dari pukulan dan hentakan drummer diatas pentas mengakibatkan dua-dua kibod yang aku bawa tetiba blackout. Nasib baik tak rosak. 

Ingat nak berlagak sikit. Konon bawa kibod sendiri yang mesra tangan jadi cantikkk

punya skill. Hampeh. Itulah pertama dan akhir bawa depa keluar rumah. Hihihee.


HARI KREATIF 1 & 2

..................................

Selepas beberapa tahun, Unit majalah berpindah ke Taman Shamelin Perkasa.

Disana ada pula tugas baru menunggu KN1500.


Entah idea bernas siapa yang mencadangkan Hari Kreatif untuk meraikan budak-budak grafik majalah. Apalagi berpeluh la aku dengan aturcara atau persembahan

yang dicadangkan selain sukaneka di Tasik Permaisuri, Cheras.

Karaoke salah satunya. Acara wajib ni.


Diwaktu itu muzik minus one tak berapa banyak dipasaran. 

Jadi sahabat yang ingin menyanyi karaoke tapi malas mencari kaset karaoke
diluar meminta aku meminta menjadi pengiring.

Boleh no problem... kalau problem pun kena layan jugak 


Bila time nak berlatih baru tau betapa sukarnya nak menyesuaikan timing nak masuk. Selepas terkandas dijaring dek rentak yang belum mesra telinga maka

iringan KN1500 dimansuhkan. Pehh...

Cuma lagu boria Hari Kreatif yang dinyanyikan beramai-ramai diiringi KN1500

berjaya dipersembahkan. Penat mengusung dua biji kibod tu kira berbaloi tapi
sikit je. 

Sayang. Gambar semasa show takde dalam simpanan.



1998... Hari Kreatif ke 2... di Tasik Titiwangsa, K.Lumpur.
Nampak tak kelibat KN1500 dihujung tu...


KN1500 terus berbakti pada Hari Kreatif musim kedua.
Tapi...malang menimpa. 

Malang apa pulak?



....BERSAMBUNG....




Sabtu, 20 Julai 2019

Oh my kibod... LINGKUP jua AKHIRNYA -part2


Cehh... baru nak sambung. Hampeh betul.

Terpaksa amik angin di kepulauan Hawaiian Chicken selama 
beberapa hari untuk mengembalikan mood menulis 
di blog koman sepana ini.  Yaa... mood datang, 
err tapiii... tapi selepas tiga bulan. Cehhh!


Banyak jasa sebenarnya kibod ni dalam mengembangkan
minat aku dalam bidang penciptaan lagu. 

Kibod ini menterjemahkan ilham rasa aku dalam pelbagai nada dan rentak.
Bermula dengan lagu kanak-kanak hingga ke lagu untuk dewasa.

Dari irama pop, dangdut, keroncong, broadway, latin, samba hingga ke rock.

Curahan idea yang ditumpahkan masuk kebilik muzik RTM, TV3, DBKL dan lain-lain.
Namun nasib tidak menyebelahi.

Gambar 2004. Tengah aktif berkarya.

Berapa  banyak lagu yang dihasilkan dengan kibod ini?




... BERSAMBUNG ...



BUKU KARTUN... BILA NAK SIAP BRO? - 1


Bukan sehari dua berangan-angan untuk mempunyai koleksi buku sendiri.
Bertahun-tahun-tahun-tahun dan tahun. Lama sungguh tu.

Rasanya kebanyakan kartunis mempunyai hasrat sedemikian.

Koleksi yang bukan saja menjadi sumber pendapatan, (kalau popular le) malah yang lebih penting menjadi kenangan selepas menggantung pen dan berus.

Tapi... itulah.
Banyak faktor yang merintangi jalan. 

Masa. Waktu. Time.
Elehhh... Alasan. Bukan alasan. Yang bener deh...

Setiap kali menatap koleksi karya Datuk Lat yang berpuluh-puluh tu,
semangat membara dan menyala... tapi tak jalan juga.

Karya yang disimpan sejak lama dah menimbun-nimbun.
Sebelum anai-anai membikin rumahnya, sesuatu perlu dilakukan segera.

Ya.. langkah pertama perlu diambil...

Artwork lama... disusun

Ni baru majalah KAWAN ni...

Dengan izin Allah, mudah-mudahan impian ini menjadi kenyataan.

Rakan-rakan seperjuangan...
Miki, Shah & Maro. Ada yang dah ada
koleksi sendiri. Ramai yang belum.








Rabu, 20 Februari 2019

DEE... 'selamat pulang kenegeri abadi'



PADA 6hb Jun 2014, aku menulis sedikit tentang kartunis Dee 
didalam blog aku yang suam-suam kuku ku. Sebanyak empat siri diterbitkan. 

Apa saja yang aku ingat mengenai kartunis yang begitu disegani ini, aku coretkan.

Plan asalnya  selepas Dee, kisah rakan kartunis lain pula bakal menyusul. 
Bahan nak goreng ada. Masa pulak tak ada. Ada masa, mood pulak kelaut dalam.

Sudahnya... dah memasuki 2019, cuma ada cerita Kartunis Dee sahaja. Hukaloo...

Aku pun taktau, samada Dee dan rakan kartunis lain membaca atau tidak. 
Rasa macam takkkkkkkk... Yang kompom baca...Ujang Gomoncheh.

Dan... aku pun taktau mengapa hikayat perjalanan seni Dee menjadi 
pilihan pertama yang ditampal dalam blog separuh masak ini pada waktu itu...

............................................................................................................................................


PAGI semalam... Selasa, 19hb Februari 2019.
Lebih kurang 7.30 pagi ....Terima berita yang mengejutkan dari kartunis Maro.

Dee telah pergi untuk selama-lamanya.

Sahabatku, selamat pulang kenegeri abadi.
Semuga damai disana... dilimpahi rahmatNYA.



AKHBAR KOSMO - 20 FEB 2019
AKHBAR UTUSAN MALAYSIA - 20 FEB 2019
RUANGAN KARTUN
AKHBAR UTUSAN MALAYSIA - 20 FEB 2019
TIADA LAGI 'HALLO BOSS...'

..............................................................................................................................................

Klik link dibawah ...untuk membaca artikel yang ditulis pada 2014.

1- kartunis DEE yang ku kenali - 1

2- kartunis DEE yang ku kenali - 2

3- kartunis DEE yang ku kenali - 3

4- kartunis DEE yang ku kenali - 4

5- HELLO BOSS (2012)



KENANGAN... BUAH TANGAN ALLAHYARHAM DEE