Rabu, 4 November 2015

Himpunan Sang Kartunis - blog 3

Selepas ucapan Dato' Lat, kemuncak majlis mengambil tempat iaitu
majlis penganugerahan kepada lapan kartunis yang layak mengikut kacamata juri.

Anugerah Kampung Boy 2015 diberikan kepada kartunis yang memenuhi
kriteria seperti kualiti karya, komitmen dan kesungguhan memperjuangkan
seni kartun dan keberkesanan serta pengaruh besar kepada masyarakat.

Jaafar Taib menerima penghormatan tertinggi bila beliau dinobatkan
sebagai penerima Anugerah Perdana Kampung Boy 2015. 


Kiri:... Jaafar Taib menerima anugerah dari Perdana Menteri. 
Kanan:... Jaafar Taib, Mishar dan Cabai

Tujuh penerima serta anugerah yang dimenangi mereka seperti berikut:
  • Kartunis Berbakat:.......................LAMBOK
  • Kartunis Watak Animasi:.............DON
  • Kartunis Editorial:........................ REGGIE LEE
  • Kartunis Malaysiana:................... FATAH NGAH
  • Kartunis Terbaik:......................... CABAI
  • Kartunis Legenda:....................... ZAINAL BUANG HUSSEIN
  • Kartunis Anugerah Juri:............... MISHAR

Kiri:... Bersama Don dan Miki. Kanan:... bersama Kimo, Azmi@pungguk dan Roslim.




Namron tak mai...
(Gambar dari 
Blog AlmariKartun)
Majlis berakhir on time.
VIP dan sebilangan kecil tetamu pulang atau beredar keluar dewan.
Diluarnya ada pameran kartun-kartun mengenai GAZA.
  
Didalam dewan meriah dan riuh dan tidak rendah frekuensinya.
Maka bermulalah sesi akhir, salam-menyalam. Bertanya khabar.

Bergambar? 
Sudah tentu. Acara wajib. Entah bila pula akan ketemu seperti malam ini. 

Pemenang pula sibuk dicari wartawan.
Yang tak menang sibuk dok cari kawan.

Kartunis Bor, yang aku tidak pernah berjumpa ada malam itu.
Namron? Ceh... Namron takdak. Ada hal kut tu.

Sebenarnya Namron ini kawan dan seusia dengan abang dan sepupu aku 
kat kampung dulu. Persamaannya, bersekolah yang sama di SM Guar Cempedak, Kedah.



Kiri: Bersama Bor. Ditengah, dengan otai Rossem dan paling kanan bersama 'abang' Mishar.

Walaupun begitu, amat mustahil untuk berjumpa dengan semua penggiat kartun
pada satu malam yang singkat. Terutamanya generasi-generasi baru.

Segan pun ada sikit.

Takut tangan dihuloq, dia bertanya...'Hang sapa?', 'Hang lukih natang apa?'...bla...blaaa.
Malu den. Theee hee... Just joking. Bior Kenal pelan-pelan...


Nan dan Dato' Lat. Dua 'Kartunis Legenda Tanahair'. 
(Gambar dari buku cenderamata)

Mana Nan?
Bukan aku saja yang tercari-cari, ramai juga mengintai-ngintai kelibat kartunis tersohor yang popular dengan lawak Din Teksi dalam akhbar Mingguan Malaysia dan Ayub Anak Tulakang dalam Gila-Gila. 

Hampa.

'Nan tak dapat datang'... kata Mie, Pengerusi AJK Augerah menjelaskan kepada rakan-rakan
yang bertanyakan darihal kartunis kelahiran Parit Buntar, Perak itu. 

Sedar tak sedar sejam lebih juga berdiri didalam dewan.
Lauk ikan keli tadi pun dah hadam agaknya dalam perut.
Rancangan asalnya selepas majlis, nak singgah minum on the way balik rumah.

So, pelan-pelan beredar kebawah.

Miki dan Pakya telah menunggu diluar.
Melepak diluar bangunan, sambil menunggu beberapa rakan lagi turun.



Apa agaknya topik perbualan Miki dan jurugambar
Utusan, Zaki. Sementara Pakya  asyik
membelek hp. Ni turun kira nak balik dah ni.
Dok tunggu member yang belum turun. Sudahnya melekat
kat situ sejam lebih bila sorang demi sorang turun. Ceh. 

Sesi sembang kosong dan berisi bermula balik sambil diiringi asap rokok dan jerebu
yang masih bermastautin diruang udara Malaysia.

Bermula dari tiga orang, korum semakin bertambah.
Asap rokok pun meriah dengan  pertambahan ahli.
Sudahnya sejam lebih juga tersangkut kat situ.

Plan nak minum bersama sudah lari.
Kami bertiga angkat kaki. Driver Kancil  pun ada hal tu.
Mengantuk pun ado le sikit.
Kami membelah malam yang semakin larut dari Putrajaya menuju Kajang.

Singgah sat 'mengeteh' di Prima  Saujana  dan cabut 1.30 pagi.

Khabarnya Maro dan rakan-rakan lain menyertai Mie minum-minum
di sekitar Putrajaya sehingga 3 pagi. Cayalah. Mato den tak tahan tu.

Gitule lebih kurang den membuang dan mengisi maso mengarang ni.
Ado apo silap lebih kurang kiro halal le yo.

Apapun, majlis yang diadakan tempoh hari berjalan lancar.
Tahniah pada Kelab Kartunis Malaysia.

Hidup seni kartun di Malaysia.

Gambar dari kamera kartunis Padi.

Isnin, 2 November 2015

HIMPUNAN SANG KARTUNIS - blog 2

Dato' Lat berucap pada majlis  Anugerah Kampung Boy 2015.

Majlis Anugerah Kampung Boy 2015 diadakan sempena Sambutan Setengah Abad Kartun Lat. Ianya dianjurkan oleh Kelab Kartunis Malaysia (KKM).

Majlis berlangsung pada 12 Oktober lalu di Menara Sri Wilayah, Putrajaya itu
dirasmikan oleh PM dan turut dihadiri beberapa tetamu kehormat.

Hmmm... berbalik pada kisah kemajlis tersebut.

Selepas maghrib, aku dan Miki menumpang 'Kancil' Pakya.
Perjalanan dari Kajang ke Putrajaya lancar. Dekat je...pun. (Bukan dekat Jepun)

Cuma nak mencari Menara Sri Wilayah agak kacau, maklumle semua al kalabul malami.
Selepas mendapat bantuan encik waze bin oppo, baru jumpa lorongnya. Tak terlajak, tak sah.

Biasa le tu. Kalau mencari tak jumpa. Kalau tak cari, itu yang mata kita nampak dulu.

Dari parking, sayup-sayup kedengaran bunyi siren bapak polisi mengiringi PM.
Tanda kami lambat la tu. Kelibat Acai dan Piza tiba-tiba muncul dari arah belakang.
Ceh... ada geng lambat juga. 

Beberapa langkah menghampiri bangunan, Acai yang berbaju batik menjerit memanggil
kartunis mie@Azmi tshirt. Pun lambat juga.  

Kami biarkan VIP naik ketingkat satu menuju dewan majlis.
Sementara ada dikalangan kami yang nak ke tandas 'tukar minyak hitam', 'alignment- balancing tayar ' atau ganti' timing belt'...



Majlis dah selesai. Kat luar bangunan sambung lagi.
Dari kiri... Armus, Miki, Acai, Zoy, Mie, Piza, Pakya, Maro,
Shah, Aku dan Nazan (kanan)

Dewan hampir penuh bila kami masuk.
Tercari-cari meja... mata melilau kiri kanan.

Nun didepan sana.
Kelibat Maro berseorangan. Angin satu badan dia, kawan-kawan masuk lambat.
Yang penting sampai. Meja kami kosong dua seat. Apis dan Kazim absent. Ada hal.
Ni tak termasuk kartunis Halo Boss, Dee dan Nuek yang menyepikan diri.

Kalau takde ucapan, taksah. Taksah kalau ucapan tak panjang.

So, mendahului...ucapan alu-aluan oleh kartunis Juragan selaku Presiden Kelab Kartunis Malaysia diikuti ucapan perasmian oleh PM.

Acara yang ditunggu-tunggu pun mengambil tempat. Makan.
Menu ok. Sambil nyekik, tetamu dihiburkan oleh orkes keroncong yang khabarnya
dianggotai sebahagiannya kartunis juga. Antaranya Adiputera.

Pernah nampak kelibat dia sewaktu dibahagian majalah (1994+) dahulu.

Ada antara rakan-rakan berkira-kira nak menolak Miki kepentas untuk 'membalun'
selagu dua. Tapi masa tidak mengizinkan. Tahan je telinga dengar keroncong.
"Kalau Keroncong Untuk Ana...cantik", Shah membuat ulasan ringkas.

Kemudian giliran Dato' Lat kepentas.
Beliau berkisah tentang pengalamannya dalam dunia kartun sejak dibangku sekolah
hingga sekarang. Memang seronok mendengarnya.


Turut hadir... kartunis Ronasina (kanan sekali).

Bersama Dato' Lat. Disebelahnya ialah Mohas yang
mempunyai lakaran seni yang hebat.