Dato' Lat berucap pada majlis Anugerah Kampung Boy 2015. |
Majlis Anugerah Kampung Boy 2015 diadakan sempena Sambutan Setengah Abad Kartun Lat. Ianya dianjurkan oleh Kelab Kartunis Malaysia (KKM).
Majlis berlangsung pada 12 Oktober lalu di Menara Sri Wilayah, Putrajaya itu
dirasmikan oleh PM dan turut dihadiri beberapa tetamu kehormat.
Hmmm... berbalik pada kisah kemajlis tersebut.
Selepas maghrib, aku dan Miki menumpang 'Kancil' Pakya.
Perjalanan dari Kajang ke Putrajaya lancar. Dekat je...pun. (Bukan dekat Jepun)
Cuma nak mencari Menara Sri Wilayah agak kacau, maklumle semua al kalabul malami.
Selepas mendapat bantuan encik waze bin oppo, baru jumpa lorongnya. Tak terlajak, tak sah.
Biasa le tu. Kalau mencari tak jumpa. Kalau tak cari, itu yang mata kita nampak dulu.
Dari parking, sayup-sayup kedengaran bunyi siren bapak polisi mengiringi PM.
Tanda kami lambat la tu. Kelibat Acai dan Piza tiba-tiba muncul dari arah belakang.
Ceh... ada geng lambat juga.
Beberapa langkah menghampiri bangunan, Acai yang berbaju batik menjerit memanggil
kartunis mie@Azmi tshirt. Pun lambat juga.
Kami biarkan VIP naik ketingkat satu menuju dewan majlis.
Sementara ada dikalangan kami yang nak ke tandas 'tukar minyak hitam', 'alignment- balancing tayar ' atau ganti' timing belt'...
Majlis dah selesai. Kat luar bangunan sambung lagi. Dari kiri... Armus, Miki, Acai, Zoy, Mie, Piza, Pakya, Maro, Shah, Aku dan Nazan (kanan) |
Dewan hampir penuh bila kami masuk.
Tercari-cari meja... mata melilau kiri kanan.
Nun didepan sana.
Kelibat Maro berseorangan. Angin satu badan dia, kawan-kawan masuk lambat.
Yang penting sampai. Meja kami kosong dua seat. Apis dan Kazim absent. Ada hal.
Ni tak termasuk kartunis Halo Boss, Dee dan Nuek yang menyepikan diri.
Kalau takde ucapan, taksah. Taksah kalau ucapan tak panjang.
So, mendahului...ucapan alu-aluan oleh kartunis Juragan selaku Presiden Kelab Kartunis Malaysia diikuti ucapan perasmian oleh PM.
Acara yang ditunggu-tunggu pun mengambil tempat. Makan.
Menu ok. Sambil nyekik, tetamu dihiburkan oleh orkes keroncong yang khabarnya
dianggotai sebahagiannya kartunis juga. Antaranya Adiputera.
Pernah nampak kelibat dia sewaktu dibahagian majalah (1994+) dahulu.
Ada antara rakan-rakan berkira-kira nak menolak Miki kepentas untuk 'membalun'
selagu dua. Tapi masa tidak mengizinkan. Tahan je telinga dengar keroncong.
"Kalau Keroncong Untuk Ana...cantik", Shah membuat ulasan ringkas.
Kemudian giliran Dato' Lat kepentas.
Beliau berkisah tentang pengalamannya dalam dunia kartun sejak dibangku sekolah
hingga sekarang. Memang seronok mendengarnya.
Turut hadir... kartunis Ronasina (kanan sekali). |
Bersama Dato' Lat. Disebelahnya ialah Mohas yang mempunyai lakaran seni yang hebat. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
...angin barat gambar solo...