Rabu, 15 Februari 2012

LIGA PROFESIONAL KITA...


Mat Zan terkilan Terengganu seri dengan Kedah
15/02/2012 4:32pm (dipetik dari Utusan Online) 

KUALA TERENGGANU 15 Feb. - Jurulatih Terengganu, Mat Zan Mat Aris merasa kecewa dengan keputusan kurang memuaskan Terengganu apabila sekadar seri 1-1 dengan Kedah dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, di sini malam tadi.

Beliau berkata, keputusan tersebut sepatutnya boleh diatasi sekiranya para pemain Terengganu tidak lalai setelah mengatasi 1-0 pada babak pertama.

Beliau berkata, pemain Terengganu banyak mengikut rentak permainan perlahan pasukan Kedah membuatkan semua percaturan yang dirancang tidak menjadi.

"Saya terkilan kehilangan dua mata menyebabkan peluang Terengganu untuk membaiki kedudukan tidak kesampaian,” katanya kepada pemberita.

KOMEN AKU:  Relek la coach, apa nak terkilan sangat, Kedah bukan koman
sepana sangat. Hilang dua mata lebih baik dari takde mato langsung.

Pengurus pasukan, Che Mat Jusoh pula berkata, Terengganu tidak pernah menang apabila menentang Kedah dalam Liga Super sejak tiga tahun lalu.

Baginya keputusan seri dengan Kedah malam tadi sudah memadai.

Beliau berkata, Kedah bermain baik terutamanya pada babak kedua menyebabkan mereka memperoleh gol penyamaan.

Katanya, beliau tetap berpuas hati dengan persembahan pasukan Terengganu walaupun kadang-kadang berlaku salah faham semasa mereka di tengah padang. - BERNAMA


KOMEN AKU:  Haa... ini komen yang positif, mai dari manager yang bijak.
Fakta yang lepas perlu diambik kira no. Liga panjang lagi...



Lampu stadium padam ketika perlawanan
memalukan - Ahmad
15/02/2012 5:51pm (dipetik dari Utusan Online) 


KUALA TERENGGANU 15 Feb. - Kejadian lampu limpah Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah terpadam kira-kira setengah jam ketika perlawanan bola sepak Liga Super antara Terengganu menentang Kedah malam tadi tidak sepatutnya berlaku.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said berkata, kejadian itu amat memalukan kerana ia membantutkan perlawanan yang sedang berlangsung.

"Kejadian lampu terpadam ketika perlawanan berlangsung amat memalukan dan saya amat tidak berpuas hati dengan kejadian itu.

"Sepatutnya pihak yang bertanggungjawab sama ada Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) atau Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) atau pihak-pihak yang berkenaan memaklumkan masalah sebenar kepada kita (kerajaan negeri) supaya kita boleh mengatasinya,” katanya selepas mesyuarat mingguan Exco Kerajaan Negeri di sini hari ini.

Ahmad berkata, sehingga kini pihak yang bertanggungjawab terhadap stadium itu langsung tidak memaklumkan kepada kerajaan negeri apa yang perlu dilakukan untuk mengatasi masalah lampu limpah di stadium itu yang berlarutan sejak sekian lama. - BERNAMA


KOMEN AKU:  Hampa ni loklaq betoi. Lampu pun takleh setel. Patut le MB angin.
Ada kemungkinan kepala pemain-pemain Kedah pening sewaktu lampu
terpadam secara tiba-tiba. Kalau tidak, kompom tiga mata wak balik Alog Setag.
Aku agak la... Pakai lampu goslin cap rama-rama pun okay apa.




loghat KEDAH klasik - 8

... Humang aiii ...


1. BEDAAH
     = mengarut / mengada-ngada /         
       Contoh ayat:
       'Adik ni bedaah betoi. Mana ada kapai selam boleh terbang'. Awang Nano
       memberi penjelasan pada adiknya Awan Nani.


2. BEDAK (sebutan huruf BE.. seperti menyebut 'berak'. 'Bedak parfume (tetap disebut bedak)
     = membahagi samarata 
       Contoh ayat:
       'Bedak sorang sikit lauk ayam tu'... kata Makcik Niloefa kepada lapan anaknya.


3. BEDEY
     = tuju (menggunakan getah)       
       Contoh ayat:
       Pantang ada getah ditangan, Brad pit akan membedey cicak disiling rumahnya.


4. BELEH
     = lemah         
       Contoh ayat:
       Team takraw negara tewas pada pasukan beleh, Senegal.



Selasa, 14 Februari 2012

Loghat KEDAH klasik - 7



1. BEDENE
= berair / cair (... ialah perkataan penambahan dihujung)

Contoh ayat:
1 - Agar-agar yang dibuat oleh Yuntawaty lembik bedene dan terpaksa dilupuskan.
2 - Kudis buta dikaki Mas Joko yang kekurangan zat itu nampak bedene.

2. BO GAYA
=  tengah bersiap sedia / baru plan

Contoh ayat:
'Bo gaya nak pi sekolah, hujan pun turun, apa lagi tarik selimut balik la cikgu' 
tegas Ferolhapis kepada guru kelasnya mengenai ketidakhadiran beliau kesekolah kelmarin.


3. BULIH
= dapat / memperolehi 
= siap kau (marah) 
= boleh


Contoh ayat:
1. 'Kawan kita, Mat Sapaq tu bulih anak jantan pulak'... beritahu Zun Pak Datuk pada Zun Pak Itam.
2. 'Hang balik sat lagi bulih hang!'... kata Mak Lang Jah pada anaknya Talib yang cabut lari apabila
    disuruh pergi kekedai.
3. 'Dia lupa bulih!' (boleh lupa) ... rungut Pakcik Din sendirian bilamana kopi o yang dipesannya
    diwarung mamak itu sebaliknya yang tiba ialah teh tarik.

4. BERDAERAH
= berjalan (perkataan ini biasanya diucapkan bila marah)


Contoh ayat:
1. 'Anak dara ni berdaerah rumah sapa ni, tak balik-balik lagi!'... Mak Long Tipah membebel bila
anaknya belum pulang kerumah menjelang senja.





 
 
 
 

Ahad, 12 Februari 2012

Loghat KEDAH KLASIK - siri B-6



Pehh... lama betoi kelas  bahasa Kedah berehat....

Dialog kartun diatas adalah ungkapan popular dikalangan
kanak-kanak di Kampung Lahar Tunjung, Kubur Panjang,
Alor Setar, Kedah sekitar tahun 70-an. 


Ianya dalam bahasa Siam yang merupakan bahasa rasmi
kampung tempat kakak sulung aku menetap.

Bila time cuti sekolah je, aku akan kesana
bila berpeluang terutamanya bila abang ipar aku
berkunjung kerumah atau bila bapa aku kesana.

Best dapat mungai@pancing ikan puyu dibendang ditepi rumah.

Guna umpan sejenis serangga yang dipanggil 'klepek' yang
diperolehi sekitar reban itik berhampiran rumah kakak.


Jorannya menggunakan sebatang kayu yang panjang.
Pantang letak umpan, menyambar je puyu.


Dok sana tiga empat hari, hati mula gelisah teringat nak balik..


Nampak je kelibat bapa aku datang dengan motor Honda C50 nya
yang bernombor KA 2239, pehh.. seronok betoiii....


Kenangan lalu.



... B ...

1. BAJU PANAS @ Baju Panaih
    = Singlet

Contoh ayat: 
Azman Taha dimarahi guru pendidikkan jasmaninya kerana tidak memakai
baju panas ketika bersenam.

2. BESAG GAJAH
    = Besar (digunakan bila marah)

Contoh ayat: 
'Dah besag gajah pun penakut lagi hang ni' marah makcik Yuntawaty pada
anaknya Sokardy pelajar tingkatan lima yang takut untuk ketandas pada waktu malam.

3. BERGENCOK
    = Menari

Contoh ayat: 
Pak Maun bergencok sakan didewan tarian sempena malam Pesta Muda-mudi anjuran
belia 4B 1C Kampung Batang Rokan tanpa menyedari kehadiran isterinya.

4. BERETUH
    = Sentuh / Tersentuh

Contoh ayat: 
1. Punca Encik Jabar menumbuk Slyvester Stallone hingga koma hanya kerana mereka        
    berdua beretuh tanpa sengaja sewaktu berasak melihat kejohanan Ayam Sabung
    sedunia di Brussel.

2. Zaidee yang baru bersunat meraung bila adiknya Ucop terberetuh dikawasan yang
    masih belum pulih tersebut. 

5. BALUN
    = Pukul / Makan

Contoh ayat: 
1.'Ishk...budak-budak ni nak kena balun sat lagi ni.' Rungut Pak Ya bila tidurnya
    asyik terganggu dek riuh-rendah anak-anaknya bermain.

2. 'Ai tadi dah balun mee goreng sorang dua pinggan tak kenyang-kenyang lagi ke?'
     Soal Meor pada Asbulah dan Din Tamblong yang mengajaknya kewarung lagi.