Mat Zan terkilan Terengganu seri dengan Kedah
15/02/2012 4:32pm (dipetik dari Utusan Online)
KUALA TERENGGANU 15 Feb. - Jurulatih Terengganu, Mat Zan Mat Aris merasa kecewa dengan keputusan kurang memuaskan Terengganu apabila sekadar seri 1-1 dengan Kedah dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, di sini malam tadi.
Beliau berkata, keputusan tersebut sepatutnya boleh diatasi sekiranya para pemain Terengganu tidak lalai setelah mengatasi 1-0 pada babak pertama.
Beliau berkata, pemain Terengganu banyak mengikut rentak permainan perlahan pasukan Kedah membuatkan semua percaturan yang dirancang tidak menjadi.
"Saya terkilan kehilangan dua mata menyebabkan peluang Terengganu untuk membaiki kedudukan tidak kesampaian,” katanya kepada pemberita.
KOMEN AKU: Relek la coach, apa nak terkilan sangat, Kedah bukan koman
sepana sangat. Hilang dua mata lebih baik dari takde mato langsung.
Pengurus pasukan, Che Mat Jusoh pula berkata, Terengganu tidak pernah menang apabila menentang Kedah dalam Liga Super sejak tiga tahun lalu.
Baginya keputusan seri dengan Kedah malam tadi sudah memadai.
Beliau berkata, Kedah bermain baik terutamanya pada babak kedua menyebabkan mereka memperoleh gol penyamaan.
Katanya, beliau tetap berpuas hati dengan persembahan pasukan Terengganu walaupun kadang-kadang berlaku salah faham semasa mereka di tengah padang. - BERNAMA
KOMEN AKU: Haa... ini komen yang positif, mai dari manager yang bijak.
Fakta yang lepas perlu diambik kira no. Liga panjang lagi...
Lampu stadium padam ketika perlawanan
memalukan - Ahmad
15/02/2012 5:51pm (dipetik dari Utusan Online) memalukan - Ahmad
KUALA TERENGGANU 15 Feb. - Kejadian lampu limpah Stadium Sultan Ismail
Nasiruddin Shah terpadam kira-kira setengah jam ketika perlawanan bola
sepak Liga Super antara Terengganu menentang Kedah malam tadi tidak
sepatutnya berlaku.
Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said berkata, kejadian itu
amat memalukan kerana ia membantutkan perlawanan yang sedang
berlangsung.
"Kejadian lampu terpadam ketika perlawanan berlangsung amat memalukan dan saya amat tidak berpuas hati dengan kejadian itu.
"Sepatutnya pihak yang bertanggungjawab sama ada Majlis Bandaraya Kuala
Terengganu (MBKT) atau Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT)
atau pihak-pihak yang berkenaan memaklumkan masalah sebenar kepada kita
(kerajaan negeri) supaya kita boleh mengatasinya,” katanya selepas
mesyuarat mingguan Exco Kerajaan Negeri di sini hari ini.
Ahmad berkata, sehingga kini pihak yang bertanggungjawab terhadap
stadium itu langsung tidak memaklumkan kepada kerajaan negeri apa yang
perlu dilakukan untuk mengatasi masalah lampu limpah di stadium itu yang
berlarutan sejak sekian lama. - BERNAMA
KOMEN AKU: Hampa ni loklaq betoi. Lampu pun takleh setel. Patut le MB angin.
Ada kemungkinan kepala pemain-pemain Kedah pening sewaktu lampu
terpadam secara tiba-tiba. Kalau tidak, kompom tiga mata wak balik Alog Setag.
Aku agak la... Pakai lampu goslin cap rama-rama pun okay apa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
...angin barat gambar solo...