Selasa, 20 Disember 2011

Sampai juga aku ke 'Dome Of the Rock'



Dome Of The Rock dari jauh.

Ompek lima hari lepas aku mengambil cuti tahunan yang masih berbaki 13 hari.

Biasa masuk hujung tahun, belen cuti tinggal paras hidung je.

Ada lebih 10 hari kira boleh masuk Malaya Book of Record le ni.

Nak amik lebih-lebih boss tak kasi.
Siap kena potong lagi ada.

Dia cuti takpa. Ceh.

Kena pulak dia ni sakit, dia tu mc hammer, dia nu e.l.e.k.

Tu le puncanya tak boleh cuti panjang.
Potong stim betul.

Tapi... jadi le dari tak boleh cuti langsung.
Bak kata rang tua, dari cempedak bior le nangka.
Dari tidak biar ada.

So... kemana destinasi?
Takde kemana.
Cuma ke Baitul Maqdis je.

Dah lama dok idam, baru tercapai hajat.

Dapat le melawat Kubah Batu atau dalam bahasa Arabnya, Qubbat As Sakhrah. 
Bahasa orang putihnya Dome Of the Rock.Tupun selepas menyiku dan menyekeh kepala beberapa askar Yahudi laknatullah
yang banyak songeh tak bagi aku masuk.

Baru nak bukak beberapa bunga silat Abjad depa dah belah.

Belah kerana takut, atau pi ambik kereta kebal taktau le.

Dalam kesempatan yang terhad, dapat le aku bergambar kenangan lebih kurang.

Tengah dok baguih posing anak aku yang mengambil gambar berkata...
' Ayah jom pi beli keropok lekor, satgi hujan lebat... susah'.

Keropok Lekor ada jual kat Baitul Maqdis ke bang?

Ceh. Nak kelentong agak-agak le.





Dome Of the Rock cawangan Kuala Terengganu.


Terletak di Taman Tamadun Islam berhampiran
Masjid Kristal. Banyak replika monumen-monumen bersejarah
dari seluruh dunia ada di negeri Sang Penyu ini.


Tiada askar-askar Yahudi berkeliaran.
Aman dan bebas bergerak kemana-mana.


Yang ada angin sepoi-sepoi bahasa menyapa muka
dan hujan renyai-renyai membasah kepala.

--------------------------------------------



Dome Of the Rock
 Bangunan ini merupakan sebuah kompleks yang dalamnya terdapat sebuah bongkah batu besar yang dikatakan tempat atau lokasi Nabi Muhammad SAW berdiri sebelum baginda diangkat ke langit dalam peristiwa Israk dan Mikraj.


Kompleks ini terletak di Baitul Maqdis, iaitu di kawasan Al-Haram asy-Syarif (kawasan Suci) yang juga sering disalah ertikan sebagai Masjid Omar yang merupakan masjid sempena sahabat besar Rasulullah itu mendirikan solat sebaik tiba di bandar suci itu.


Bangunan kubah ini dibina antara tahun 687 hingga 691 Masihi oleh Khalifah dari Dinasti Ummaiyyah iaitu Khalifah Abdul Malik bin Marwan.