Sabtu, 20 Mac 2010

SEKETIKA ... bersama Sudirman

Siapa Sudirman?

Siapa yang tidak kenal dengan beliau?

Lebih-lebih lagi bila menjelangnya 1 Syawal, nada riangnya mengalunkan lagu Balik Kampung memang menambah-meriahkan suasana Hari Raya. Begitu juga dengan bait-bait lirik ini.... 'dalam dingin subuh, hatiku terusik....' nada suara beliau meruntun jiwa pada yang mendengarnya.

Yang tak kenal tu memang samtingrongsamwer.

Dia adalah legenda yang tiada gantinya setara Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.

Namakan apa sahaja... dari penyanyi, penghibur, penggubah, peguam, penulis, pengarang (buku kanak-kanak), pelukis kartun, usahawan, dan pelakon. Semuanya milik beliau.

Aku mula mengenali nama Sudirman dari jauh sebaik sahaja beliau merakamkan album pada tahun 1976 selepas menjuarai Bintang RTM pada 11 Ogos tahun yang sama.
Album mini yang berbentuk EP itu mengandungi empat lagu. Satu lagu yang aku masih ingat
dimuatkan dalam album tersebut berjudul 'Teriring Doa'.

Seterusnya album-album yang dihasilkan dibawah ini
meletakkan beliau ditahap 'satu dalam sejuta' yang mana
tiada penyanyi dulu, seangkatan dan sekarang yang mampu menandinginya.

Abang aku beli piring hitam
album ni masa aku darjah 5.


1978... Album Aku Penghiburmu.
1979... Album Perasaan
1980... Album Anak Muda dan Lagu Anak Desa
1981... Album Lagu dari Kota 
1982... Album Lagu Cinta dan Abadi
1984... Album Orang Baru dan Lagu dari Sebuah Bilik
1986... Album Orang Kampung
1987... Album Kul It

Perhatikan senarai album yang diterbitkan diatas. Perasan tak, mulai 1980 hingga 1984 dua album dihasilkan dalam setahun. Kelas gitu.

Tidak tersenarai sebenarnya, lagu-lagu beliau yang aku suka... kerana memang banyak. Kalau tak silap, lebih 168 buah lagu telah beliau rakamkan.

Secara peribadi, gandingan S. Atan dan Sudirman adalah yang paling aku suka sekali.
Begitu juga gubahan muzik terutamanya 'strings' oleh Oi Eow Jin dan Datuk Ahmad Nawab, memang class.

Chow... Chow... Chow Kit Road...

Pada 15 April 1986, Sudirman melakar sejarah dengan konsert percumanya ditengah bandar Chow Kit.
Aku adalah sebahagian dari puluhan ribu yang menontonnya.
Walaupun nampak 'kocik' yo, tapi sound system dia tidaklah mengecewakan. Tu yang aku bulih
stay sampai abis.

Diwaktu ini, aku masih bekerja di Amir Enterprise dan tinggal di rumah kedai di Jalan Genting Klang, Setapak bersama beberapa rakan yang jaraknya kepejabat kira-kira 50 langkah.

Depa tak berminat dengan konsert ni, jadik akupun lone-ranger. Bus stop pun depan rumah jer.
Itulah konsert pertama dan terakhir Sudirman yang aku tengok live. Yang lain-lain tu, aku cuma
tengok TV aje la.

Program Hari Raya FM Stereo

Tanggal 5 Mei, 1986 sewaktu tengah dok melopong takde kerja, abang angkat aku, Encik Din Osman menghubungi aku dipejabat.

Beliau bertanyakan samada aku berminat untuk menyertai satu program Hari Raya yang akan diterbitkannya menjelang 1 Syawal nanti.

Deadline dah lepas. Line clear. Missing in action le apalagi... jadi!

Menurut abang Din, rancangan ini berkonsepkan temubual artis dan peminat dan aku boleh memilih sesiapa artis yang aku inginkan tapi disekitar KL je.

'M. Nasir'. Comfirm. Itulah yang ada dalam kepala hotak aku. Lain artis takdak.
'Ok. Hang cari dia', nanti kita pi sana". Kata Abang Din sebaik sahaja aku mempersembahkan
nama artis 'phojaaaan hatey koo'.

Tapiii... hampeh betulllll. Naik lenguh aku dail, orang yang dicari tak ade. Mana dia pi taktau..
Entahlah labuuu... Lama-lama aku give-up.

"Bang Din, mamat Singapore tu takdak". Aku memberitahu Bang Din dengan nada agak hampa
dalam B minor 7.

"Takpa, jom ikut aku". Balas beliau sambil kami berdua berkereta ke Jalan Ipoh.

Melalui lorong-lorong dicelah bangunan yang dikiri kanannya ala-ala kilang kecil dan pejabat,
tiba-tiba mataku terpandang nama jalan disitu.

JALAN MURAI SATU... JALAN MURAI DUA...

Ait! macam familar je nama jalan ni. Macam pernah dengar je. Itu yang terlintas dikepalaku.
Bang Din kemudian memberhentikan kereta dan sekali lagi mataku terpandang sebuah nama
syarikat yang terpampang betul-betul dihadapan tempat kami berhenti itu.

EMI MUSIC (SDN) BHD.
Terlintas dihatiku. Sudirman. Ha ni la syarikat pring hitam yang menerbitkan album Sudirman.

Aku mengekori Bang Din yang membawa alat perakam menuju ke anak tangga syarikat rakaman
berkenaan. Aku tak ingat tingkat berapa kami naik. Langkah demi langkah kami atur, dan aku
semakin saspen.

Sebaik daun pintu dikuak, korang tahu apa yang aku nampak?
Sudirman berada ditengah-tengah lautan longgokkan kad-kad ucapan hari-raya dari peminatnya.

Ada sesi fotografi rupanya.
Berbagai aksi dan gaya beliau posingkan sambil dilimpahi dengan lampu-lampu yang
terang benderang.
Dengan pakaian Kebangsaan yang beraneka warna, aku menjangkakan hasil fotografi berkenaan
memang menarik dan meriah.

Sambil menunggu sesi fotografi yang mungkin memakan masa, kami dipelawa kesebuah
bilik dimana aku nampak komposer Fauzi Marzuki dan Miss Beh sedang berbual dan mereka keluar tidak lama kemudian selepas kami berdua masuk.

Bang Din memang dikenali dipejabat EMI ini kerana dia diantara komposer dan penerbit  yang bertanggung jawab membawa Sudirman menjadi artis rakaman.

Majalah aku yang tidak sempat
aku berikan pada Allahyarham.


Aku didalam bilik agak blur. Apa soalan yang aku nak tanya Sudirman nanti. Soalan untuk M. Nasir
memang ada. Banyak pulak tu. Tapi dengan...

"Assalamualaikum". Salam dari Sudirman menghalau keserabutan aku, tapi mengundang
gemuruh pulak.

Selepas bersalam, Abang Din dan Sudirman berbual. Aku tak ingat apa butirannya sebab kepala
aku tengah berpusing macam gasing memikirkan apa soalan yang aku nak mula dulu.

Aku tanya dia jawab dan ralat

Akhirnya sesi soal jawab antara aku dan Sudirman bermula.
Ada beberapa soalan yang aku lontarkan dan dengan selamba dia jawab. Memang beliau seorang
yang bijak, berkarisma dan aku cukup kagum dengannya. Kena pulak kami berdua berkongsi tarikh lahir yang sama, tahun lain-lain.

Maaf. Aku tak berapa ingat jenis soalan yang aku tanyakan. Tapi yang paling aku ingat
ialah soalan dibawah ini.

"Bang Sudir... kalau macam sa..sa...saya nak hantar lagu kat abang Sudir, abang terima tak". Kataku
dengan bibir yang menggeletar dan muka separuh biru dan hijau bercampur malu dan segan.

Ini jawapan beliau. " Err.. boleh... kalau kena dengan konsep.... bla.. bla... boleh dipertimbangkan... cubalah....bla..bla". Lebih kurang gitulah.

Hampir sejam kami disitu, selesailah misi dan program Hari Raya tersebut.
Sayang sedikit kerana gambar kenangan tidak dirakamkan. Kamera tikam pun takde apalagi
kamera betul.


Program ini disiarkan pada Hari Raya ketiga di siaran FM stereo.  Comfirm aku tak dapat dengar
sebab ada kat kampung. Lagipun siaran ini disekitar Lembah Kelang sahaja. Cheh! (FM stereo kemudian dikenali dengan nama Radio Muzik.)

Cuma selepas pulang ke KL, ada mamat yang turut terlibat dalam program ni (tapi dengan artis
lain) memberitahu siaran ini telahpun keudara seperti yang dinyatakan diatas.

Aku juga merasa ralat kerana tidak sempat memberi naskah kartun MAT SCRAMBLER aku kepada
beliau, walaupun telah digulung untuk diposkan.

Sebenarnya lagu yang aku 'angan-angankan' untuk diberikan kepada beliau telahpun siap pada waktu itu bersama liriknya yang panjang. Tajuknya juga sama iaitu... MAT SCRAMBLER.

Mungkin rasa rendah diri begitu tebal menguasai diriku menyebabkan 'hasrat hati'  terbantut.

Engkau tiba bagaikan pelangi...

22 February 1992,  Sudirman kembali kerahmatullah  dengan membawa bersama kebaikkan dan jasa yang tidak ternilaikan yang telah ditaburkannya.

Pemergiannya memang dirasai dan tiada berganti.
Semuga roh beliau ditempatkan bersama roh para salihin. - AL FATIHAH

Seketika.... bersama Allahyarham Sudirman... memang tidak akan dilupakan.

Jumaat, 19 Mac 2010

PTPTN... nak bayar hutang... nak bayar parking

Hari isnin dan selasa lepas mungkin menjadi hari yang paling sibuk bagiku dalam bulan mac ini.

ISNIN-15.3.2010:
Membawa adik iparku,M, bekas penuntut Uitm Shah Alam yang datang dari Kedah untuk menyelesaikan beberapa permasalahannya berkaitan PTPTN diJalan Semantan.

Jalan Semantan? Macam pernah dengar. Tapi masih blur.

Bukak google map. Siap print. Ooo baru tahu kat situ. Tapi sampai sana 'poning den'.

Dari Kajang jam, bertolak hampir 10.00 pagi dan tiba disana lebih kurang 40 minit kemudian.
Tapi belum sampai kepejabat PTPTN lagi. Dok melilau mencari Wisma Chase Perdana yang menjadi
'tabung' para pelajar berpejabat disitu.

Turut serta dalam rombongan pagi itu ialah anak dan isteri aku, dua adik ipar serta Mak mertua.

Terlajak sana-sini, pusing balik, kepala dok melangut, mata dok kalut, mulut dok merungut akhirnya
baru ternampak kelibat wisma berkenaan. Nun dihujung sekali.

Masalah. Kat mana nak parking? Dengan kawasan persekitaran yang sesak. Dikiri bahu jalan, dirusuk jalan semuanya full.

Akhirnya aku masuk parking kat dalam salah satu bangunan disitu. Senang cerita. Ada tertulis di resit itu bahawa bayarannya RM6 untuk sejam yang pertama. Tambah lagi 3 hinggit bagi jam yang berikutnya.

Aku dok perati, rupanya banyak tempat yang dijadikan kawasan meletak kereta dikebanyakkan bangunan disitu.  Ini macam bisnes baru banyak untung.

Kami kemudiannya menapak dari tempat parking ke Wisma Chase Perdana. Boleh tahan jugak.
Hampeh betul. Rupanya ado jalan masuk kesitu. Kena naik bukit sikit. Dek signboard nya macam hampeh
kecik bonar, jadi aku yang rabun itik ni tak nampak le.

Banyak juga syarikat beroperasi diWisma ini termasuk satu syarikat minyak. Sewa ke beli taktaula.

Pejabat PTPTN sendiripun ada dimerata tingkat diWisma ini.

Anak aku berikrar tidak akan meminjam wang PTPTN bila belajar
di U suatu hari nanti selagi mereka tidak berpindah dari daerah
6 ringgit sejam sambil memberi amaran pada ayahnya agar tidak
'mencilok' duit simpanannya.

Ditingkat bawah pejabat PTPTN, selepas adik iparku menjelaskan tujuan kedatangannya sejauh 450 kilometer beliau kemudiannya diarahkan petugas disitu ketingkat 6.

Ada dua tiga pelajar yang sedang berurusan ketika ini. Nasib baik.

Ditingkat 6, selepas sesi soal-jawab hampir 40 minit antara adik iparku dan kakaknya dengan petugas dikaunter, beliau diarahkan pulak ketingkat 11 iaitu dibahagian akaun.

Semakin ramai pelajar yang datang. Kerusi menunggu hampir penuh. Nasib baik kami cepat.

Aku sempat mengerling jam ditelefon bimbit 'belekmari' murah aku. "Dah sejam dah ni parking".

Ditingkat 11, penantian agak lama hingga mencecah waktu makan tengah hari depa. Sempat juga aku turun ketingkat satu dengan anak aku yang boring gila membeli sesuatu untuk dimakan dikedai mini disitu.

Pukul satu lebih urusan selesai.
Jalan-jalan disitu semakin sibuk dan kalut.

Berapa parking yang aku kena bayar? Entah. Aku bagi not 50, dia bagi balik belen, aku kasi kat bini aku. Sebab duit dia...keh keh keh. Tapi rasanya lebih dari RM10....

Sampai diruang udara Kajang hampir 2 petang. Singgah makan disatu restoran di Saujana Impian sebelum pulang. Adik ipar belanja.

Balik rumah. Bersiap pulak untuk ke Hospital Serdang.

Hospital Serdang?

Sepupu isteri aku yang bekerja diPD dimasukkan kehospital itu pagi tadi kerana  paru-parunya bermasalah. Beliau sebelum ini dirawat diHospital PD.
Atas beberapa faktor, beliau dikehendaki menjalani pembedahan segera yakni pada hari ahad untuk mengelakkan keadaan bertambah buruk.

Hospital Serdang... kelas gitu.
Sementara menunggu keluarganya tiba dari Kedah, kami perlu menemaninya walaupun  sekejap.
Aku, isteri dan mak mertua sahaja yang pergi melawat. Anak aku dan maklangnya dah pening kepala untuk berjalan.

Dekat sahaja Hospital Serdang dengan rumah aku. Kira-kira 25 minit sampaila. Tapi mengambil masa juga nak mencari parking. Cheh! parking lagi. Tapi kat sini free.

Seperti diJalan Semantan, diHospital Serdang pun 2x5 jugak.  Atas divider pun depa kerabat. Dekat signboard kereta akan ditunda pun depa tak peduli. Yang sebenarnya, mana-mana hospital pun, inilah masalahnya. Never ending story.

Akhirnya, aku terpaksa parking diluar hospital.

4.30  petang gate dibuka, ramai celapak masuk. Heran jugak aku, apa pasai depa kelam kabut nak cepat. Rupanya nak naik lif pun satu hal.

Sepupu bini aku tu, N, ditempatkan diwad 6F yang mempunyai 4 katil.
Dari pemerhatianku, Hospital Serdang mempunyai prasarana kelas 1. Nampak tenang, selesa dan mendamaikan. Tapi para pesakitnya taktaula...

Di wad itu cuma N dan seorang makcik. 
Kesian juga tengok N. Orangnya muda lagi, baru 26 tahun. Semoga dia cepat sembuh doaku.

Isteri dan Mak mertua aku dok melayan dia bersembang. Aku tengok je le. Beberapa kali aku ke tepi tingkap melihat pemandangan indah dari tingkat 6. Dari jauh nampak sayup-sayup bangunan KLCC.

Hampir jam 6 petang kami meminta diri dan memintanya tabah untuk memasuki bilik pembedahan keesokkan harinya.

Laaa.... malam itu dirumah, cerita pasal PTPTN tak setel lagi antara isteriku dan adiknya. Aku pun pening dengar angka itu, angka ini. Sampai 1,2 pagi depa berdua dok berdiskus sambil menyemak dalam website.

Sah besok kena pi Jalan Semantan lagi. Sebut Jalan Semantan aku teringat parking 6 ringgit tu.

SELASA 16.03.2010:
Keesokkannya kami ke pejabat PTPTN lagi sambil on the way menghantar kedua-dua adik ipar kestesen bas untuk pulang kekampung. Mak mertua dan anak aku tak ikut. Tension semalam belum hilang lagi.

Kali ini situasi lebih mudah. Sebab semalam dah datang. Masuk parking dibangunan Wisma tersebut dengan senyuman mesra penjaga parking yang aku rasa bukan warga Malaysia.

Sama juga. Sejam 6 ringgit kat sinipun.

Aku lepak dibawah. Mereka bertiga ketingkat 6. Terasa boring, aku pergi kekantin yang terletak ditingkat 2. Peh... pemandangan menarik KL dapat dilihat dari sini. Kamera terlupa bawak pulak. Ciss.

Baru beberapa hirupan tongkat ali panas, isteriku menelefon. Urusan selesai katanya.
"Cepat pulak siap...hmm tunggu kat bawah", kataku sambil menghirup lagi minuman yang berharga RM1.80 ini hingga tinggal 2cm dari dasar gelas.

Bayar parking RM6 walaupun tak mencecah sejam. Ini macam hari-hari taukeh boleh demam.

Seterusnya, urusan kedua iaitu ke setesen bas. Pudu Raya atau Hentian Duta.
"Hentian Dutalah", dekat sini je kataku dan semua bersetuju.

DiHentian Duta kira-kira 10 minit dari Wisma Chase agak ramai juga penumpang yang menunggu bas untuk kedestinasi masing-masing. Parking disini ikut nasib, tapi hari ini nasib agak baik.

Selepas membeli tiket mereka bertiga menjamu selera dihentian itu. Aku tengok je, sebab tadi dah pekena. Kemudian kami meminta diri kerana perlu ke Hospital Serdang lagi.

Sampai dirumah, selepas bersiap lebih kurang kami bertolak ke Hospital Serdang.

Didepan hospital, aku turunkan isteri, anak dan mertua. Sementara aku pusing tujuh keliling mencari parking. Full. Lebih teruk dari semalam.

Akhirnya setelah meninjau-ninjau sebelah wad pakar, dapat juga menyelit disitu setelah sebuah kereta kebetulan keluar. Lega. Serentak dengan itu bunyi mesej masuk ke handphone aku.

"Sofiya tak boleh masuk". Mesej dari isteriku. Memang kat sini strict sikit. Kat Hospital lain kadang-kadang budak-budak boleh masuk.

Aku menapak kelobby hospital. Ramai pelawat dan budak-budak yang dilarang masuk berkeliaran dan mundar-mandir disana-sini.

Isteri dan mertua kemudiannya ke wad, aku dengan anakku kona kekantin. Perutpun dah berbunyi. Time makan tengah hari rupanya.

Ramai pengunjung keluar masuk dari kantin yang menawarkan berbagai jenis makanan dan lauk-pauk.
Harganyapun berpatutan.

Aku membelasah sepinggan megi goreng yang dicampur kacang panggang dan daging serta segelas teh tarik. Manakala anak aku mengenyangkan perutnya dengan sebekas bubur nasi dan dipusingan kedua memesan sepinggan kentang goreng bercampur makaroni. Off course, aiskrim dipusingan ketiga.

Tidak lama kemudian isteri dan mertua serta ibubapa kepada sepupu isteri, N, turun kekantin. Makan.

Kami kemudian pulang berenam dalam satu kereta keKajang hampir pukul 2.
Ibu-bapa N, yang kami panggil Paknjang itu turut sekali kerana ingin berehat sambil ingin memerhati
lokasi perjalanan dari hospital kerumah kami. Keretanya ditinggalkan ditempat parking hospital.

Keadaan N yang baru dibedah dilapurkan stabil dan telahpun sedarkan diri.

Selepas asar,  aku menghantar Paknjang serta isterinya kembali kehospital. Aku tidak masuk. Cuma memberhentikan kereta didepan hospital dan memerhatikan mereka melangkah perlahan masuk untuk menemani anak tersayang.

Dari jauh mereka datang. Turut dibawa seekor ikan haruan hidup yang sederhana besarnya untuk dibuat sup. Kata orang, ikan haruan cepat menyembuh luka akibat pembedahan. Gitulah kasih ibu dan bapa kepada anak. Tidak pernah surut.

Dan dalam dua tiga harini, keluarga N berulang dan bermalam kekadang dirumah aku dan dihospital sehingga tahap kesihatannya beransur pulih.

Kami sekeluarga cuma mampu berdoa agar N segera sembuh dan cepat mendirikan masjid bersama gadis pilihannya dari Lukut, Negeri Sembilan. Mereka bertunang tahun lepas.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Dan buat PTPTN pulak, bagi aku... ada baiknya mereka mencari lokasi yang lebih mesra pelajar.
Kesian ooo. Nak parking cukup seksa. Nak mencari parking amat menyeksakan.
Parking sejam kena 6 ringgit. Parking 6 minit pun kena 6 hinggit. Parking 6 saat pun tetap 6 linggit.
Parking kat luar, takut kereta kena angkit.

Dunia, dunia... meniaga parking lebih baik dari meniaga unta. WOWWWW! 
(- usin lempoyang, penjaga parking di Damansara)