ISNIN-15.3.2010:
Membawa adik iparku,M, bekas penuntut Uitm Shah Alam yang datang dari Kedah untuk menyelesaikan beberapa permasalahannya berkaitan PTPTN diJalan Semantan.
Jalan Semantan? Macam pernah dengar. Tapi masih blur.
Bukak google map. Siap print. Ooo baru tahu kat situ. Tapi sampai sana 'poning den'.
Dari Kajang jam, bertolak hampir 10.00 pagi dan tiba disana lebih kurang 40 minit kemudian.
Tapi belum sampai kepejabat PTPTN lagi. Dok melilau mencari Wisma Chase Perdana yang menjadi
'tabung' para pelajar berpejabat disitu.
Turut serta dalam rombongan pagi itu ialah anak dan isteri aku, dua adik ipar serta Mak mertua.
Terlajak sana-sini, pusing balik, kepala dok melangut, mata dok kalut, mulut dok merungut akhirnya
baru ternampak kelibat wisma berkenaan. Nun dihujung sekali.
Masalah. Kat mana nak parking? Dengan kawasan persekitaran yang sesak. Dikiri bahu jalan, dirusuk jalan semuanya full.
Akhirnya aku masuk parking kat dalam salah satu bangunan disitu. Senang cerita. Ada tertulis di resit itu bahawa bayarannya RM6 untuk sejam yang pertama. Tambah lagi 3 hinggit bagi jam yang berikutnya.
Aku dok perati, rupanya banyak tempat yang dijadikan kawasan meletak kereta dikebanyakkan bangunan disitu. Ini macam bisnes baru banyak untung.
Kami kemudiannya menapak dari tempat parking ke Wisma Chase Perdana. Boleh tahan jugak.
Hampeh betul. Rupanya ado jalan masuk kesitu. Kena naik bukit sikit. Dek signboard nya macam hampeh
kecik bonar, jadi aku yang rabun itik ni tak nampak le.
Banyak juga syarikat beroperasi diWisma ini termasuk satu syarikat minyak. Sewa ke beli taktaula.
Pejabat PTPTN sendiripun ada dimerata tingkat diWisma ini.
Ada dua tiga pelajar yang sedang berurusan ketika ini. Nasib baik.
Ditingkat 6, selepas sesi soal-jawab hampir 40 minit antara adik iparku dan kakaknya dengan petugas dikaunter, beliau diarahkan pulak ketingkat 11 iaitu dibahagian akaun.
Semakin ramai pelajar yang datang. Kerusi menunggu hampir penuh. Nasib baik kami cepat.
Aku sempat mengerling jam ditelefon bimbit 'belekmari' murah aku. "Dah sejam dah ni parking".
Ditingkat 11, penantian agak lama hingga mencecah waktu makan tengah hari depa. Sempat juga aku turun ketingkat satu dengan anak aku yang boring gila membeli sesuatu untuk dimakan dikedai mini disitu.
Pukul satu lebih urusan selesai.
Jalan-jalan disitu semakin sibuk dan kalut.
Berapa parking yang aku kena bayar? Entah. Aku bagi not 50, dia bagi balik belen, aku kasi kat bini aku. Sebab duit dia...keh keh keh. Tapi rasanya lebih dari RM10....
Sampai diruang udara Kajang hampir 2 petang. Singgah makan disatu restoran di Saujana Impian sebelum pulang. Adik ipar belanja.
Balik rumah. Bersiap pulak untuk ke Hospital Serdang.
Hospital Serdang?
Sepupu isteri aku yang bekerja diPD dimasukkan kehospital itu pagi tadi kerana paru-parunya bermasalah. Beliau sebelum ini dirawat diHospital PD.
Atas beberapa faktor, beliau dikehendaki menjalani pembedahan segera yakni pada hari ahad untuk mengelakkan keadaan bertambah buruk.
Hospital Serdang... kelas gitu. |
Aku, isteri dan mak mertua sahaja yang pergi melawat. Anak aku dan maklangnya dah pening kepala untuk berjalan.
Dekat sahaja Hospital Serdang dengan rumah aku. Kira-kira 25 minit sampaila. Tapi mengambil masa juga nak mencari parking. Cheh! parking lagi. Tapi kat sini free.
Seperti diJalan Semantan, diHospital Serdang pun 2x5 jugak. Atas divider pun depa kerabat. Dekat signboard kereta akan ditunda pun depa tak peduli. Yang sebenarnya, mana-mana hospital pun, inilah masalahnya. Never ending story.
Akhirnya, aku terpaksa parking diluar hospital.
4.30 petang gate dibuka, ramai celapak masuk. Heran jugak aku, apa pasai depa kelam kabut nak cepat. Rupanya nak naik lif pun satu hal.
Sepupu bini aku tu, N, ditempatkan diwad 6F yang mempunyai 4 katil.
Dari pemerhatianku, Hospital Serdang mempunyai prasarana kelas 1. Nampak tenang, selesa dan mendamaikan. Tapi para pesakitnya taktaula...
Di wad itu cuma N dan seorang makcik.
Kesian juga tengok N. Orangnya muda lagi, baru 26 tahun. Semoga dia cepat sembuh doaku.
Isteri dan Mak mertua aku dok melayan dia bersembang. Aku tengok je le. Beberapa kali aku ke tepi tingkap melihat pemandangan indah dari tingkat 6. Dari jauh nampak sayup-sayup bangunan KLCC.
Hampir jam 6 petang kami meminta diri dan memintanya tabah untuk memasuki bilik pembedahan keesokkan harinya.
Laaa.... malam itu dirumah, cerita pasal PTPTN tak setel lagi antara isteriku dan adiknya. Aku pun pening dengar angka itu, angka ini. Sampai 1,2 pagi depa berdua dok berdiskus sambil menyemak dalam website.
Sah besok kena pi Jalan Semantan lagi. Sebut Jalan Semantan aku teringat parking 6 ringgit tu.
SELASA 16.03.2010:
Keesokkannya kami ke pejabat PTPTN lagi sambil on the way menghantar kedua-dua adik ipar kestesen bas untuk pulang kekampung. Mak mertua dan anak aku tak ikut. Tension semalam belum hilang lagi.
Kali ini situasi lebih mudah. Sebab semalam dah datang. Masuk parking dibangunan Wisma tersebut dengan senyuman mesra penjaga parking yang aku rasa bukan warga Malaysia.
Sama juga. Sejam 6 ringgit kat sinipun.
Aku lepak dibawah. Mereka bertiga ketingkat 6. Terasa boring, aku pergi kekantin yang terletak ditingkat 2. Peh... pemandangan menarik KL dapat dilihat dari sini. Kamera terlupa bawak pulak. Ciss.
Baru beberapa hirupan tongkat ali panas, isteriku menelefon. Urusan selesai katanya.
"Cepat pulak siap...hmm tunggu kat bawah", kataku sambil menghirup lagi minuman yang berharga RM1.80 ini hingga tinggal 2cm dari dasar gelas.
Bayar parking RM6 walaupun tak mencecah sejam. Ini macam hari-hari taukeh boleh demam.
Seterusnya, urusan kedua iaitu ke setesen bas. Pudu Raya atau Hentian Duta.
"Hentian Dutalah", dekat sini je kataku dan semua bersetuju.
DiHentian Duta kira-kira 10 minit dari Wisma Chase agak ramai juga penumpang yang menunggu bas untuk kedestinasi masing-masing. Parking disini ikut nasib, tapi hari ini nasib agak baik.
Selepas membeli tiket mereka bertiga menjamu selera dihentian itu. Aku tengok je, sebab tadi dah pekena. Kemudian kami meminta diri kerana perlu ke Hospital Serdang lagi.
Sampai dirumah, selepas bersiap lebih kurang kami bertolak ke Hospital Serdang.
Didepan hospital, aku turunkan isteri, anak dan mertua. Sementara aku pusing tujuh keliling mencari parking. Full. Lebih teruk dari semalam.
Akhirnya setelah meninjau-ninjau sebelah wad pakar, dapat juga menyelit disitu setelah sebuah kereta kebetulan keluar. Lega. Serentak dengan itu bunyi mesej masuk ke handphone aku.
"Sofiya tak boleh masuk". Mesej dari isteriku. Memang kat sini strict sikit. Kat Hospital lain kadang-kadang budak-budak boleh masuk.
Aku menapak kelobby hospital. Ramai pelawat dan budak-budak yang dilarang masuk berkeliaran dan mundar-mandir disana-sini.
Isteri dan mertua kemudiannya ke wad, aku dengan anakku kona kekantin. Perutpun dah berbunyi. Time makan tengah hari rupanya.
Ramai pengunjung keluar masuk dari kantin yang menawarkan berbagai jenis makanan dan lauk-pauk.
Harganyapun berpatutan.
Aku membelasah sepinggan megi goreng yang dicampur kacang panggang dan daging serta segelas teh tarik. Manakala anak aku mengenyangkan perutnya dengan sebekas bubur nasi dan dipusingan kedua memesan sepinggan kentang goreng bercampur makaroni. Off course, aiskrim dipusingan ketiga.
Tidak lama kemudian isteri dan mertua serta ibubapa kepada sepupu isteri, N, turun kekantin. Makan.
Kami kemudian pulang berenam dalam satu kereta keKajang hampir pukul 2.
Ibu-bapa N, yang kami panggil Paknjang itu turut sekali kerana ingin berehat sambil ingin memerhati
lokasi perjalanan dari hospital kerumah kami. Keretanya ditinggalkan ditempat parking hospital.
Keadaan N yang baru dibedah dilapurkan stabil dan telahpun sedarkan diri.
Selepas asar, aku menghantar Paknjang serta isterinya kembali kehospital. Aku tidak masuk. Cuma memberhentikan kereta didepan hospital dan memerhatikan mereka melangkah perlahan masuk untuk menemani anak tersayang.
Dari jauh mereka datang. Turut dibawa seekor ikan haruan hidup yang sederhana besarnya untuk dibuat sup. Kata orang, ikan haruan cepat menyembuh luka akibat pembedahan. Gitulah kasih ibu dan bapa kepada anak. Tidak pernah surut.
Dan dalam dua tiga harini, keluarga N berulang dan bermalam kekadang dirumah aku dan dihospital sehingga tahap kesihatannya beransur pulih.
Kami sekeluarga cuma mampu berdoa agar N segera sembuh dan cepat mendirikan masjid bersama gadis pilihannya dari Lukut, Negeri Sembilan. Mereka bertunang tahun lepas.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Dan buat PTPTN pulak, bagi aku... ada baiknya mereka mencari lokasi yang lebih mesra pelajar.
Kesian ooo. Nak parking cukup seksa. Nak mencari parking amat menyeksakan.
Parking sejam kena 6 ringgit. Parking 6 minit pun kena 6 hinggit. Parking 6 saat pun tetap 6 linggit.
Parking kat luar, takut kereta kena angkit.
Dunia, dunia... meniaga parking lebih baik dari meniaga unta. WOWWWW!
(- usin lempoyang, penjaga parking di Damansara)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
...angin barat gambar solo...